Sabtu, 1 Ogos 2015

4 Usah cela wira tak didendang yang kerja makan gaji

Biasa bila ada orang membangkitkan pasal gaji yang kecil dan kos sara hidup yang tinggi terutama golongan yang kerja makan gaji, akan ada golongan cerdik pandai yang cakap:
"Itulah kau, sampai bila nak kerja makan gaji. Jom join bisnes MLM aku, lama2 boleh pakai kereta BMW."

"Jom join seminar Jutawan yang Professor Madya Doktor Air Liur tu anjurkan, dia boleh ajar macam mana nak jadi jutawan."

"Buang masa je kau belajar ambil degree semua tu, tengok macam aku takde degree tapi boleh kaya sebab buat bisnes online."

"Ini semua silap sistem pendidikan kerana mendidik orang Melayu supaya kerja makan gaji, patut ajar macam mana nak kerja sendiri buat bisnes."

"Kau ni manja, lembik, tak bersyukur. Dah tau gaji kecik siapa suruh kau mintak kerja tu? Nak gaji besar jadi ahli hartanah macam aku ni."


Mereka yang dengar ayat ni pasti rasa perit dan akan rasa kerja yang mereka lakukan selama ini sangat worthless dan tiada nilai.

Kita dah terlalu dididik dan dipaksa untuk memandang nilai material dan mengejar banyak wang ringgit, harta benda dan kemewahan sebagai matlamat hidup sampai hampir semua solusi yang diberikan berkaitan sara hidup adalah dengan keluar dari kerja makan gaji dan bekerja sendiri.

Kalau kita suruh semua orang buat bisnes, habis tu siapa yang nak kerja makan gaji?

Kita tak perlu ramai MLMer.
Kita tak perlu ramai businessman.
Kita tak perlu ramai jutawan.
Kita tak perlu ramai ahli hartanah.

Tapi kita perlu lebih ramai cikgu untuk mendidik anak bangsa.
Kita perlu lebih ramai doktor untuk merawat dan mengubati orang sakit.
Kita perlu lebih ramai jururawat untuk menjaga pesakit.
Kita perlu lebih ramai jurutera untuk mencipta pembangunan.
Kita perlu lebih ramai bomba untuk menyelamatkan mangsa bencana.
Kita perlu lebih ramai polis dan askar untuk menjaga keselamatan dan keamanan negara.

Ya, kita perlu lebih ramai "Wira yang tak didendang" atau "unsung hero" yang tidak meletakkan kekayaan sebagai matlamat semata2 sebaliknya meletakkan usaha dan kerja yang memberi sumbangan jasa dan bakti di dalam komuniti dan masyarakat lebih bernilai daripada wang ringgit semata-mata.


Sebab itu bila ada orang yang makan gaji ini membangkitkan isu gaji yang kecil dan kos sara hidup yang tinggi terutama mereka yang bekerja sebagai "unsung hero", janganlah mencela, mengutuk, memperlekeh dan memandang rendah kepada mereka, cakap mereka pemalas, tak bersyukur, tak pandai berdikari, tak bijak ambil peluang, kuat merungut hanya kerana mereka kerja makan gaji sehingga menyuruh mereka berhenti kerja untuk buat bisnes, join MLM dan sebagainya. Mentang-mentanglah kita ini ahli perniagaan yang berjaya dan banyak duit.

Sebaliknya berilah solusi lain dengan sama-sama mendesak agar para majikan menaikkan gaji pekerja dan menambah elaun, mendesak kerajaan mengawal kos sara hidup dan menurunkan harga barang, tol dan sebagainya serta beri sokongan moral dan motivasi kepada mereka agar mereka tahu betapa mulia dan pentingnya mereka dalam sistem masyarakat berbanding mereka yang hanya pandai membuat kekayaan.

Kalau semua orang pun kau suruh berhenti dan bekerja sendiri, kita sebenarnya bukan sahaja akan hilang kepakaran dalam pelbagai bidang malah sedikit demi sedikit nilai kemanusiaan dalam masyarakat akan menyusut kerana semua orang hanya akan memandang wang ringgit semata2. Akhirnya, segala kerja dan kepakaran itu diambil alih oleh orang asing kerana kita semua sudah tidak berminat untuk kerja makan gaji dan sibuk mencari kekayaan.

Kita tak perlu suruh semua orang menjadi jadi kaya, sebaliknya jagalah kebajikan mereka yang kerja makan gaji ini dan berilah mereka imbuhan agar mereka tidak merasa kerja yang mereka lakukan ini sia-sia sehingga berputus asa dan hilang minat dari terus menjadi "unsung hero".

Seterusnya berilah influence dan semangat kepada generasi muda agar mereka turut sama berminat untuk menjadi "unsung hero" pada masa hadapan yang memandang betapa hebat dan tinggi nilainya untuk menjadi seseorang yang dapat memberikan khidmat kepada masyarakat.

Baca juga:





tags: wira tak didendang unsung hero yang kerja makan gaji kerjaya pekerjaan guru cikgu askar polis bomba jurutera jururawat doktor semua nak jadi mlm jutawan bisnen perniagaan berniaga seminar hartanah

4 ulasan:

  1. ak di tipu mmber sendiri sebb MLM ni.... gampang sungguh,nasib hati ak keras xnk masuk...jilakee punya mmber...

    -petai

    BalasPadam
  2. Kerjalah apa pun.. asalkan jangan meminta2 sudah la. Gaji kecil besar ikut ganjaran dan jenis kerja. Yg sembang lebat tu, sedekahnya kecil atau xder langsung.

    Ada aku perhatikan, seorang tukang kebun sekolah mampu dermakan pada tabung masjid secara konsisten seringgit setiap kali bersolat jamaah. Bagi pegawai yg bergaji besar, seminggu sekali ke masjid berjamaah jumaat pun kerap miss. Apatah lagi nak masukkan dlm tabung RM50. Sesuai dgn gaji 10k katanya. Kaki MLM lagi2 la.. kedekut nak mampus..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.