Rabu, 5 Ogos 2015

14 Kehidupan di Jepun yang buatkan anda tak mahu pulang

Terkadang ada kenalan bertanya nak duk Jepun sampai bila.. Apa plan lepas grad? Nak kerja dekat mana? ‘Baliklah cepat’.. bila aku jawab taknak balik Malaysia nak stay Jepun lama sebab sini best, ramai yg suka menyindir aku 'lupa daratan' , 'tak rindu keluarga' , 'lupa kawan' , 'bajet da jadi org jepun' , 'duk negara maju dah tak pandang kampung' etc..

Biarlah aku berterus-terang. Jujur, aku memang takde jawapan untuk sindiran2 ni, cuma nk ajak korang berkhayal seketika. Cuba bayangkan apa perasaan korang kalau kehidupan korang hari-hari mcm bawah ni :


1. Setiap kali korg membeli-belah korang disambut dengan kata2 'selamat datang, terima kasih kerana datang' beserta senyuman..

2. Setiap kali sudah membeli-belah walaupun sebiji gula2 korang dihargai dengan kata2 'terima kasih sila datang lagi' bermula dari pekerja di kaunter, pengemop lantai, hinggalah tukang buang sampah di luar kedai ..


3. Korang bawak sekeping rm100 ke kedai runcit nak beli aiskrim sebatang, bila nak bayar korang tak perlu risau kena suruh dengan cashier pergi pecah duit dulu tempat lain atau risau kena buat muka dengan cashier ni sebab menyusahkan dia nak bagi baki..korang boleh bayar aiskrim yang berharga 50sen tu dengan sekeping rm100, siap bayar dia terima kasih, senyum lagi kt korang..

4. Kalau korang tengah beratur ada urusan atau membeli belah, korang tak perlu risau langsung barisan kena potong begitu jugak masa tengah beratur jam di jalan raya, takkan ada pemandu terencat yg kononnya ‘aku sorang lah yg nak cepat sampai’ pakai line kecemasan potong barisan..

5. Tiap kali ada org buat salah sekecil mana sekalipun dia ni akan terus mintak maaf dengan badan, kepala sekali ditundukkan walhal kesalahan tu adakalanya kita yg salah..

6. Pintu rumah korang tak perlu geriji, tak perlu kunci, apatah lagi CCTV, korg boleh tinggalkan harta karun emas berselerak di ruang tamu/ bilik sepanjang tahun sambil bercuti ke Europe sebulan dua bulan atau setahun tanpa perlu risau hilang dicuri rumah masuk penyamun..

7. Tiap kali korang berjanji dengan orang sekeliling korang tak perlu kalkulator nak congak waktu nak sampai samada lewat sejam, atau sejam selepas waktu yg dijanjikan tu sebab partner korang memang akan sampai sharp on time/punctual dengan kadar kelewatan serendah 0.000001 saat

8. Korang tak perlu pikir pasal masa tiap kali nak travel or keluar dating dengan awek kalau naik public transport sebab transport mmg akan punctual dengan jadual masa..


9. Korang boleh sampai ke seluruh pelusuk hujung tanah mana sekalipun dengan hanya naik train..

10. Korang nk buang sampah tapi tong sampah takde, sampah keliling pun takde so korg akan rasa segan nak buang sampah merata n secara automatic persekitaran korg akan bersih n terjaga..

11. Di jalan raya, time korang tengah drive tiap kali ada kereta dari jalan lain nk masuk depan & bila korang bagi laluan driver tu kasi lampu emergency sepintas lalu n tak pernah hiraukan budi baik korang (signal terima kasih)


12. Tiap kali korang di satu simpang nk keluar jalan lain, korg tak perlu rush nak tekan pedal minyak nak cepat sebab kejap je akan ada kereta yg bagi korang masuk line tanda masyarakat keliling korang yg prihatin & suka mengalah..

13. Korang masuk tandas awam mana2 pun bersih, kadang2 bersih sangat sampai korang was-was itu tandas atau surau ?


14. Tiap kali mengidam nak beli sesuatu, korang boleh goyang kaki dalam bilik, boleh beli/bid hampir kesemua barang secara online tanpa perlu risau dikencing scammer/penipu/penyangak, dan barang yang dipesan akan sampai terus di rumah sehari atau dua hari selepas pembayaran..

15. Korang tak perlu pergi ke banyak tempat nk bayar bil2 rumah, insurans kereta, nak beli tiket bas, tiket jet nak gi umrah ke, nak post barang, cukuplah sekali ke convenient store, kedai serbaneka je (cth : 7eleven, KK) semua boleh setel kat situ..

16. Korang boleh chill wat lek wat pis je kalau ada barang berharga (wallet etc) tercicir, tak perlu gelabah sangat sebab chance korang nk jumpa balik di tempat terjatuh / balai polis tu tinggi ..

17. Korang boleh pegang duit banyak2 dalam wallet, pakai n bawak gajet2 or perhiasan mahal dengan selambe je ke sana sini tanpa risau disamun..

18. Korang boleh keluar jalan sorang2 tengah malam buta nak tenang pikiran time putus cinta ke tanpa pikir panjang soal keselamatan yakni risau dengan penjenayah perompak pembunuh perogol mahupun peliwat..

19. Korang bebas buat apa saja aktiviti/benda pelik di tempat awam tanpa risau aksi korang dirakam orang lain dan diviralkan di fb kerana masyarakat keliling korang bukan keyboard warrior dan memang jenis tak hiraukan orang lain ..

20. Bagi yg biker n ada helmet mahal2 macam Shoei, Arai, Barai ke korang tak perlu susah2 angkut ke sana sini helmet tu takut hilang dicuri letak je di motor pastu tinggallah berapa puluh tahun sekalipun nescaya takkan berganjak dari tempat asal tu..

21. Korang tak perlu risau terkena darah tinggi sebab tekanan perasaan ketika main game online sebab internet sangat laju selaju-laju-laju-lajunyee selaju jet snack Apollo tak kira celah semak mana korang duduk..

22. Juga tak perlu risau kena darah tinggi sebab tertekan tengok gelagat menteri korang sebab dorg memang hati bersih bagai air yang jernih di dalam bekas yang berdebu zahirnya kuturan itu terlihat kesucian yang terlindung jua... eh ni lagu !

23. Korang bebas berselfie tanpa dikecam………….. hm.

24. Last sekali, bayangkan korang dapat jadi orang paling power bahasa inggeris walaupon english SPM korang dulu fail teruk E+, beza nasi dengan nation pon tak tau, tapi korang lah yang paling power sekali fuhh perasaan ni yg paling win ..


Tu baru sikit, nak bagi semua situasi memang takkan habis nak ditulis. Pernah ada yg kata kt aku Malaysian2 yg taknak balik & memilih nak duk lama tempat orang ni dorg dah lupakan negara sendiri, atau alasan lain yg masuk akal sikit sebab nk menikmati keseronokan 4 musim. Sebenarnya pada aku bukanlah benda tu yg buat kami perantau2 ni taknak balik ke tanah air, tapi segala-galanya soal keamanan, kesejahteraan & kesenangan dalam meneruskan kehidupan seharian. Kalau di Malaysia sekarang situasi sangat tenat esp politik, ekonomi, jenayah..tak hairanlah mereka2 ni nk kena halau dulu baru pandai nak balik.

Aku kalau diberi pilihan aku pilih untuk stay selama yg boleh kat negara matahari terbit ni bukan sebab aku tak rindukan Malaysia, bukan sebab tak rindukan keluarga, bukan sebab lupakan member, tapi sebab hidup di Malaysia tanah air sendiri sekarang ni ibarat warga asing yg di anaktirikan kerajaan, sangat membebankan, bermacam masalah. Pun begitu, aku terpaksa balik jugak tahun depan. Malaysia pada aku walaupun tanpa 4 musim, kalau kehidupannya seharmoni waktu kecilku dulu, pemimpinnya yg sepandai Tun Mahathir memerintah dulu, pastinya lagi indah didiami berbanding Jepun tanah yang aku pijak sekarang ni !

Sumber dari FB Onesy Kun.

* * * * * * * * * *

Entahlah, kadang2 bukan nak banggakan sangat pun orang Jepun ni, tapi hakikat dan realitinya budaya, sikap dan mentaliti orang Jepun memang sangat superior berbanding orang2 negara lain termasuklah Malaysia.

Aku pernah pergi ke Jepun dan rasa sendiri pengalaman berada di Jepun, dan sejujurnya aku sangat kagum. Aku pernah tulis sedikit coretan aku mengenai pengalaman aku di entry ini - "Perkara di Malaysia yang dirindui ketika di Jepun".

Lain2 entry yang berkaitan dengan negara Jepun:


Namun walau sehebat mana pun negara Jepun, aku tetap lebih suka duduk di Malaysia, sebab nak buat macam mana, aku orang Malaysia, keluarga aku orang Malaysia dan aku dah terbiasa dengan persekitaran di Malaysia.

Dan sejauh mana kita mahu meniru dan mencontohi kehebatan orang Jepun, aku tahu yang ia memang tersangat mustahil untuk dicapai kerana aku tahu, kita adalah orang Malaysia!




tags: 24 sebab punca kenapa graduan ini rasa lebih selesa di jepun tidak mahu pulang ke malaysia onesy kun fb viral masyarakat sikap mentaliti hebat superior maju sains teknologi

14 ulasan:

  1. diharap mereka-mereka yg balik dari Jepun berhemah sebegitu, lama2 ramai lah akan terikut dan masyarakat di Malaysia akhirnya seperti di Jepun jua,,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pernah duduk Kansai 2 tahun dan bekerja sbg RnD Engineer 2000-2003. Mmg aku target balik Mesia nanti, aku nak amalkan apa yg boleh dilakukan semasa di Jepun. Walaupun 80% rakan sekerja aku paling kurang 6 bulan pernah study dan relocate di Jepun, tapi balik Mesia semuanya hampeh..

      Jangankan nak amalkan dlm ofis yg 30% nya Japanese yg dah 25-35 tahun kerja dgn kompeni dan x pernah pikir nak lompat ke kompeni lain. Balik Mesia pun, naik Kansai Int Airport pun dah hilang sikap Jepun.

      Balik Mesia.. masuklah kandang babi, kambing, lembu dan kerbau balik. Ini aku cakap mewakili kompeni yg sudah berpuluh tahun ada culture Jepun di Malaysia.

      Ironinya, kita adalah meleis jhainese indions yg mmg macam pelaq. Terimalah hakikat ini. Khalas.

      Padam
  2. sumbangan terbesar ds najib kepada masyarakat adalah berjaya menjadikan malaysia setanding bahkan melebihi jepun dari sudut sosiologi dan teknologi, sekaligus menaikkan nama negara ke kedudukan pertama dirantau asia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pertama? Pertama kepala opah nkau!!! Pertama kantoi merembat 2.6 billion ada la..

      Yg ni aku bangga.. sbb bebal berlapis-lapis tahap tertinggi.

      Padam
    2. Hmm.. ayat2 kau terlalu sempurna. Aku yakin kau cuma bersarkastik bukan?

      Padam
  3. Kalau aku duduk kt negara luar pun aku takkan balik dalam masa terdekat hoho

    BalasPadam
  4. baiknya kita tauladani..buruknya itu biasanya datang dari kita sendiri..

    BalasPadam
  5. Tapi aku pulak berbeza dengan ko, kat sinilah tempatnya seks bebas, muzium seks ada, benda-benda yang tak senonoh punya memang banyak, tak duk kat jepun pun tak pa,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko fikir seks je yek?

      Padam
    2. Hampir semua benda mengenai jepun positif kecuali seks. Ya betul tu.

      Padam
    3. Mana2 tempat pun ada sex bebas.. tu kat penang tu.. siap buat sukan bogel.. video 3gp seks bebas melambak2 org buat kat malaysia..

      Padam
    4. kat jepun dah mmg sah2 majoriti dia bkn islam..kite ni..negara islam..pemimpin islam..nama islam..tapi club2 byk..maksiat..bersepah jgk...lebih teruk...malah yg beserban pun didenda rm90..manakala yg gro penari tiang hanya rm25 denda nya..lihat disitu mana lebih teruk...negara kita yg majoriti islam sgp menindas sama sendiri

      Padam
  6. Macam aku kat mesir ni.. dah 4 bulan lebih.. rase tak nak balik.. awal2 x biase mmg la.. dah lame rase seronok je.. kalau tak pikir nak jimak dgn bini, mmg aku tak nak balik.. tapi nak buat mcm mane.. air dah naik ke kepale daaaa....

    BalasPadam
  7. Still majority graduate atau pekerja yg base kat Jepun akan still balik ke Malaysia. ..sebagus mana sekali pun negara asing, tp hujan batu gak dipilih. .mmg naluri org kita.

    Pasal ada org sharing xnk balik Malaysia, sy beranggapan ini isu terpencil sbb just melambangkan % kecil yg decide dduk sana. Tp lebih baik ambil yg positif di bawa kembali ke negara asal supaya dikongsi n dipelajari bersama...cuma bg sy klau ilmu boleh lagi, tp klau culture agak payah sbb bila kembali ke komuniti asal, sikap malas n x tepati masa akan come back sbb hmpir semua org dlm komuniti mcm 2.

    Tp yg bnyk kita copy ilmu dr Jepun ialah beli brand teknologi dr sana mcm tv dan motor, anime n ****, 2 je. HAHA!!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.