Sabtu, 16 April 2016

4 Lokasi pengiklanan yang sangat ideal dan strategik

Iklan...

Kini terdapat pelbagai cara untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka. Yang biasa kita lihat adalah iklan berbentuk audio seperti di radio dan pasaraya serta iklan berbentuk visual seperti iklan bergerak di kaca TV, Youtube dan juga iklan statik seperti iklan di banner blog, FBads, brochure, flyer, papan tanda dan sebagainya.

Namun untuk mengiklankan sesuatu ia biasanya datang dengan kos, dan kos iklan biasanya tidaklah begitu murah, biasanya bergantung kepada durasi dan tempoh iklan serta saiz iklan. Makin lama durasi iklan makin tinggilah kosnya. Makin besar saiz iklan maka makin besarlah bayarannya.


Akan tetapi adakah iklan-iklan ini praktikal, terutama iklan-iklan yang begitu besar digantung di papan tanda tepi lebuh raya. Ya memang ramai orang boleh nampak iklan tersebut terutama pengguna jalan raya yang sedang memandu kenderaan, namun kebanyakannya hanya baca sekali, dan sebaik sahaja melepasi iklan tersebut, mereka sudah pun terlupa akan iklan itu. Maka adakah iklan seperti itu berkesan dan praktikal? Adakah ia berbaloi dengan wang yang dilaburkan untuk iklan tersebut?

Maka aku terdetik satu idea, lokasi pengiklanan yang bagi aku sangat ideal dan strategik, yang mana orang boleh baca iklan dalam tempoh yang lama dan cari maklumat terus dari iklan tersebut.

Kat mana?

Dalam tandas awam.

Terutama kat pintu jamban sebelah dalam. Sebab apa?

Sebab orang zaman sekarang pergi tandas awam lebih-lebih lagi bila nak berak, bila masuk jamban dan duduk atau cangkuk kat mangkuk tandas, mesti akan keluarkan smartphone sama ada nak main game atau Internet lalu lepak lama-lama kat situ.


Kalau dulu purata seseorang dalam jamban adalah 5 minit, zaman sekarang mungkin 15 minit. Maka dalam 15 minit tu, macam-macam dia boleh buat. So jika ada iklan di pintu atau dinding jamban, mereka pasti akan baca untuk menghabiskan masa lapang mereka, dan jika mereka tertarik dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dalam iklan tu, mereka boleh terus cari maklumat di Internet menggunakan smartphone yang sudah pun berada di tangan mereka.

Seperti contoh iklan seperti ini diletakkan di pintu atau dinding tandas:

Anda berak terlalu lama?
Anda suka main smartphone sambil berak?
Anda bosan?
Jangan risau, kini anda boleh menghilangkan kebosanan ketika berak dengan membaca komik Buasir Otak: The Komik di telefon anda!
Caranya hanya scan barcode ini dan anda terus boleh mendapatkannya.

Mudah bukan? Berak anda juga pasti lawas dengan Buasir Otak: The Komik.

Macam mana, efektif bukan? Bayangkan berapa ramai orang yang guna tandas awam? Berapa banyak iklan kita dapat sampai pada orang ramai. Berapa banyak pula yang cuba scan atau dapatkan maklumat tentang iklan anda itu terus di smartphone mereka? Dan yang pasti, kos pengiklanan juga pasti lebih murah daripada kos iklan papan tanda besar gedabak tepi highway yang orang hanya akan lihat sekejap dan terus lupa.

Malah iklan kat pintu tandas ni sebenarnya bukannya suatu yang baru. Dari dulu lagi orang suka letak gambar dan iklan bukan-bukan kat pintu tandas, malah siap letak nombor telefon lagi suruh call macam ni.

Sumber dari artikel "Kenangan manis di tandas awam".

So daripada pintu tu penuh dengan iklan-iklan sampah yang tidak berbayar, lebih baik ia digunakan untuk pengiklanan, malah boleh juga menguntungkan pengusaha tandas awam. Silap-silap pengguna tandas pun tak perlu bayar dan boleh guna tandas awam percuma kerana mereka sudah boleh dapat income daripada pengiklan. Malah dengan penajaan ini mereka juga boleh menanggung kos penyelenggaraan dan pembersihan tandas bagi menjaga imej tandas. Lebih bersih suatu tandas maka lebih berseleralah penaja nak masuk iklan, bukan?

Malah kat luar negara juga pengiklanan di tandas awam adalah suatu yang biasa.






Dan ya, aku dapat idea waktu tengah berak kat tandas awam. Oleh itu kepada pengusaha-pengusaha tandas awam di luar sana, buka ruang iklan di tandas anda sekarang...

...atau emel je aku kat princeofnoob[at]gmail[dot]com kalau nak sewa tapak iklan kat blog ni, atau pun nak beli komik hehe.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: lokasi cara pengiklanan iklan paling berkesan ads advertisement location strategik tempat  

4 ulasan:

  1. 1st!!

    Bagus idea noob..terlampau mainstreem buat iklan kat tepi jalan dan ala2 dato vida kat tv..tandas x kira umur atau bangsa...apa lagi..usahawan iklan tandas!!

    BalasPadam
  2. ni idea genius gila noob..
    aku mohon ko collaborate dgn petronas untuk idea juta2 ni..
    sebab aku pergi toilet tak pakai phone, so mmg akan baca contengan bodo-bodo tu sampai habis haha..

    BalasPadam
  3. Aq letak komik buasir otak dalam tandas dengan harapan para pengguna tandas dapat sambil membuang yang keruh ambil yang jernih.

    BalasPadam
  4. Rasanya mydin usj dah buat benda ni :D

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.