Rabu, 27 April 2016

7 Respon terhadap teguran di dunia realiti dan maya

Nasihat dan teguran itu adalah suatu yang biasa dalam masyarakat kita. Apabila seseorang ternampak sesuatu yang tidak elok serta melanggar nilai-nilai moral, kemanusiaan, adab, etika dan agama berlaku di depan mereka, pasti mereka akan menegur, dan bentuk teguran itu pula ada pelbagai cara seperti nasihat yang baik, lemah lembut, sopan santun, kasar, marah, provokasi, sindiran, sarkastik, menghukum dan sebagainya.

Namun tidak kira apa jua bentuk teguran pasti akan mendapat respon daripada orang yang ditegur atau masyarakat sekeliling. Berikut adalah perbezaan dalam respon tipikal masyarakat terhadap teguran dan nasihat antara dunia sebenar dan juga dunia maya terutama di media sosial.


Kebiasaannya jika teguran di dunia realiti, ia lebih berkesan dan orang ramai pasti akan menyokong teguran itu. Seperti ibu menegur anak, cikgu menegur anak murid, pelanggan menegur peniaga, seseorang menegur seseorang yang lain. Namun silap-silap boleh juga terus membawa kepada pergaduhan.

Berbeza dengan teguran di laman sosial, oleh kerana benda tu terlalu open dan siapa-siapa pun boleh baca dan komen, maka respon yang biasa kita akan dapat pasti berbeza di mana akan ada muncul ramai orang mempertahankan orang yang ditegur walau dah terang-terang benda tu tak elok dan salah lebih-lebih lagi jika orang yang ditegur itu seorang yang popular dan ramai pengikut. Lepas tu masing-masing tag kawan ramai-ramai dan terus bergaduh di laman maya membuang masa untuk mempertahankan perkara yang sangat sia-sia.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: respon teguran nasihat di laman maya media sosial vs versus dunia realiti sebenar macai keyboard social justice warrior sjw 

7 ulasan:

  1. ish ish..sia sia betul gaduh mcm ni haha..

    BalasPadam
  2. Umpama menegakkan benang yang basah.

    BalasPadam
  3. Kat media sosial ni mcm kes tgk wyg tp realiti version...so enjoy n eat pop corn. Pas2 penonton bebas mengkirtik 'wayang' yang berlaku n no effort nak tolg solvekan isu tersebut secara sukarela..then lagi chatchy isu itu, lg ramai org share, lg ramai orj like...then live moves on, yg jd mangsa biar kesusahan smpi bila2

    BalasPadam
  4. Realiti sebenarnya takda sapa yang nak menegur hanya cakap belakang jela yg ada..

    BalasPadam
  5. Sebab kebanyakan org tak percayakan rezeki,jadi tak takut pada yg Esa.Ideologi kalau tak nampak nak takut apa,uninstall Akal

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.