Tahniah dan syabas aku ucapkan dan terima kasih kerana telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Semoga ia dapat menjadi inspirasi kepada pelawak dan penghibur di luar sana. Baca berita penuh di Astro Awani.
Namun dalam kejayaan manis ini, ada respon yang sangat mengecewakan dari sebilangan rakyat negara kita sendiri.
Baca tulisan oleh Mufarwa Farid dari FB beliau:
Harith Iskander menang Funniest Person On The Earth dekat Finland. Dia lawan dekat 90 orang pelawak dari seluruh dunia. Bila kemenangan dia diumumkan di media sosial, komen-komen yang berbahasa Melayu adalah:
1) PM dan Ahmad Maslan lagi lawak lah. Takat Harith ni anak buah diorang je.
2) Lawak sangat ke dia ni? Hek eleh. Pak menteri dan Jamal Tongkol lagi lawak la weh!
3) Dia ni buat lawak syok sendiri. Tak layak lah menang. Orang lain lagi layak.
4) So, apa effect dia pada negara? Dia menang, ekonomi negara akan kukuh balik ke?
5) Ramai lagi orang lagi lawak daripada dia ni. Kita je yang tak tahu. Dia menang ni pun sebab nasib. Kalau orang lain masuk ni, habis dia ni confirm kalah.
Dan, ada lagi yang power:
1) Untunglah dapat hadiah duit banyak. Jadi jutawan sekelip mata dengan berlawak saja. Aku berlawak setiap hari, takde siapa pun nak bagi duit.
2) Menang tu tak penting sangat. Yang penting dapat 100,000 USD tu.
3) Eloklah duit tu bawak pergi sedekah. Duit tu tak bawak ke mati. #donedakwah
Penat aku stalk setiap page yang paparkan berita pasal kemenangan Harith ni. Dari tadi aku dok usha je satu persatu komen-komen di Facebook. Selepas baca, aku tergerak hati nak ulas panjang tentang isu ini.
1) Sebagai rakyat Malaysia, aku cukup bangga dengan Harith Iskandar. Bangga yang betul-betul bangga. Teruk mana pun kerajaan kita, tetapi apa saja yang membanggakan Malaysia, aku cukup bangga. Rumah kita dijaga oleh orang yang teruk tapi tak bermakna kita perlu benci rumah kita.
Harith bukan pergi ke Finland atas nama dia seorang sahaja. Tetapi dia mewakili Malaysia. Jadi, ketika pertandingan ini berlaku, orang akan pandang Harith sebagai Malaysia. Bukan Harith.
2) Harith berlawan dengan 89 orang pelawak lain di seluruh dunia. Ada 56 negara yang masuk. Dalam 56 orang, Harith Iskandar tersenarai sebagai 5 calon terbaik. Akhirnya, petang tadi menyaksikan Harith adalah pelawak yang paling lucu antara semua pelawak yang hadir.
3) Apabila tengok komen-komen di Facebook tentang kemenangan dia, hati aku jadi amat kecewa melihat sikap penulis-penulis komen yang berbahasa Melayu.
Sangat sedikit komen yang ucap tahniah. Selebihnya, mereka letakkan komen-komen lawak bodoh, campurkan lawak politik yang bangang, serta tukar-tukar cerita lain yang tak berkaitan langsung.
4) Takkan kau takde sekelumit rasa bangga, nama Malaysia menjadi sebutan di dunia? Takkan kau takde rasa bangga, anak Malaysia dapat tumpaskan berpuluh-puluh mat salleh yang orang Melayu agungkan sangat tu?
Kau ingat senang ke nak libatkan diri dalam penyertaan antarabangsa macam tu? Kau dulu masa sekolah, dapat wakil daerah main bola tampar pun kau dah canang satu kampung, lepas tu bila dah besar, orang lain berjaya wakil Malaysia dan menang, kau sikit pun tak peduli.
Kurangnya sokongan dan penghargaan daripada rakyat Malaysia yang macam kau ni lah ramai orang malas nak berbakti untok negara. Menang anugerah bola kena kutuk, menang anugerah filem kena kutuk, jadi penyanyi top antarabangsa pun kutuk.
Semua serba tak kena. Kebanyakan negara yang mempunyai rakyatnya yang berbakat dan mendapat anugerah, rakyat yang lain akan beri sokongan padu serta limpah doa supaya dia berjaya.
Sifat dengki, sifat suka merendah-rendah orang lain dan sifat tidak menghargai, merupakan sifat-sifat yang membuatkan generasi kita ke belakang, bukan ke hadapan. Orang lain dah 50 tapak, kita dua tiga tapak nak ke depan pun dah kena kutuk.
Reaksi-reaksi netizen terhadap kemenangan Harith perlu kita sama-sama risaukan. Kalau benda anugerah dunia pun kita dah tak mau raikan, maknanya yang sakitnya bukan pemimpin negara sahaja, tetapi rakyat pun sakit.
5) Tolonglah, bersikap matang dalam menerima isu dan berita. Macam budak terencat akal lah kau ni. Sikit-sikit nak kaitkan dengan politik. Sikit-sikit nak buat lawak PM. Sikit-sikit nak kaitkan menteri.
Kemenangan Harith Iskander bukan sesuatu yang perlu untok dibuat lawak,lebih-lebih lagi lawak bodoh tentang politik. Kemenangan dia perlu diraikan dengan hujanan ucapan tahniah dan kebanggan yang tinggi terhadap pencapaian dia.
Kau buat lawak bodo macam tu, menunjukkan IQ kau tahap tu je lah. Orang lain dapat pencapaian tinggi, kau tetap dengan pemikiran aras rendah kau tu. Tak kesian ke dengan diri sendiri.?
6) Ada juga yang kata Harith Iskandar tak lawak, dan persoalkan macam mana dia boleh menang.
Bai, ini pertandingan melalui undian. Bukan orang Malaysia je boleh undi. Satu dunia boleh undi. Populasi kita tak sampai 30 juta orang. Rakyat Malaysia yang tahu pasal pertandingan ni mungkin dalam 3 juta orang. Tapi mengundi, aku rasa sejuta pun tak sampai.
Peserta-peserta lain pun diundi oleh rakyatnya yang berkali ganda lebih ramai daripada rakyat kita. Kalau ikut logik, takkanlah Filipina yang dekat 98 juta penduduk, tak undi peserta yang wakil Filipina?
Maknanya, Harith bukan dapat undi daripada rakyat Malaysia sahaja, malah negara lain pun undi dia. Orang undi dia sebab dia kelakar dan orang suka lawak dia. Kau yang tak suka tu, diam-diam sudahlah, tak pun, patutnya kau undilah calon Israel bagi kalahkan Harith.
Kau kata ramai lagi orang yang lagi lawak daripada dia. Memang lah, bodo. Dalam dunia ni, takde siapa yang boleh menang kalau ada perkataan 'paling'. Harith lawak pada orang lain, tapi dia tak lawak pada kau. Kalau ikut logik ramai orang lebih lawak daripada dia, Usain Bolt tu pun bukan orang paling pantas di dunia sebab ada orang yang tak masuk sukan tu lebih laju.
Beza Harith Iskandar dengan pak cik jiran sebelah rumah kau yang kau rasa lebih kelakar tu adalah, Harith pergi masuk pertandingan tapi jiran kau tu tidak. Harith korbankan banyak bena untok diiktiraf secara rasmi tapi jiran kau buat lawak kat kedai kopi.
7) Berbicara tentang korban, aku perasan yang ada orang kata Harith ni menang nasib dan kerja berlawak pun dia senang-senang je menang.
Aku ikut perkembangan Harith sejak dia mula umumkan yang dia join pertandingan ni. Dia buat promosi besar-besaran, guna iklan sponsored yang memakan ratusan ringgit, dia pergi ke Finland dengan duit sendiri, menginap di sana dengan duit sendiri (atau kalaupun dia ditaja oleh kementerian atau badan-badan lain, tapi yang penting dia ada kesungguhan nak cari sponsor).
Tak cerita lagi kesungguhan dia ketika latihan, korbankan masa dan job lain, semuanya untok dia fokus memenangi pertandingan ni.
Kita baru tahu dia masuk pertandingan ni, kita rasa macam senang je la dia masuk. Ni sebab dia menang kita nampak mudah. Kalau dia kalah? Tak terkorban gitu saja ke pengorbanan yang dia curahkan untok program ni?
8) Bila wang dan duit menjadi nilai ukuran hidup, kiblat kita pun semua pasal duit. Tu sebab bila dia menang, ada sesetangah netizen ni fokus pasal duit je. Diorang ni lagi teruja Harith dapat dekat RM500, 000 berbanding kejayaan dia memenangi pertandingan ni.
Padahal patutnya kita lebih utamakan berita kejayaan dia yang mengharumkan nama negara. Ni sikit-sikit duit. Sikit-sikit duit. Sampai mampus pun tak berjaya lah kalau fikir pasal duit je.
9) Penat aku tulis pepanjang ni. Punyalah runtun hati aku bila tengok reaksi netizen pasal kemenangan Harith ni. Tak dihargai langsung, malah dipersoal pulak kemenangan dia.
Patutnya kitalah orang yang support dia. Bagi ucapan tahniah. Bagi kata-kata penghargaan. Bagi kuntuman doa.
Tiga minggu lagi pemenang Anugerah Puskas diumukan pulak. Faiz Subri iaitu anak Malaysia kita tercalon 3 manusia paling cantik golnya sepanjang 2016.
Kita nantikan apa pula reaksi netizen kalau Faiz menang. Adakah reaksi mereka sama dengan reaksi hari ini terhadap Harith, kau fikirlah sendiri.
10) Kepada Harith Iskander, kalau kau baca status aku ni, ketahuilah aku antara ribuan insan yang berbangga dengan kemenangan kau pada hari ini. Persetankan mulut dan jari orang yang memperlekehkan kemenangan kau.
Semoga kau terus mengharumkan nama negara di masa akan datang!
Tahniah Harith!
* * * * * * * * * *
Orang kita memang ada satu mentaliti mental block yang bukan sahaja tak sensitif buat lawak bodoh tak bertempat, bukan sekadar tak suka akan kejayaan orang lain, malah remehkan pula kejayaan orang itu. Tambah lagi dengan ada satu perasaan negatif, hasad dengki, suka buat guilt trip supaya orang yang berjaya rasa bersalah dan dia dapat sedapkan hati sendiri sebab takde apa-apa pencapaian pun.
Bila ada orang berjaya dalam peperiksaan, dia cakap "alah keputusan cemerlang tu bukan boleh bawak masuk kubur pun".
Bila ada orang jadi juara dalam pertandingan, dia cakap "alah menang kat dunia je pun bukan menang kat akhirat pun".
Bila ada orang dapat hadiah dalam peraduan, dia cakap "alah dari duit tu bagi kat dia lebih baik bagi kat orang miskin".
Macam sial.
Orang macam ni memang spoil annoying brat. Manusia jelek.
Ada orang berjaya, kalau kita tak suka pun, lebih baik diam.
Sekurangnya-kurangnya dia dah berjaya dalam bidang dia, kau?
Baca juga "Berjasa dan mengharumkan nama negara itu berbeza".
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Klik pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut. Untuk membuat pre-order boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: harith iskander iskandar menang juara manusia paling kelakar lawak komedi stand up comedian 2016 fuuniest person in the world laugh factory
bangga dgn harith yg berjaya mengharumkan nama Malaysia...
BalasPadamTahniah. Mmg otai dan konsisten. Sorg lg yg layak aku rs, harun salim bachik tp beliau dah tiada.
BalasPadamAlhamudulillah aku bangga ada orang mcm dia mengembirakan insan yang lain...
BalasPadamSorang2 atas pentas, nk buat lawak, nk hiburkn org..bkn mudah..harith insan terpilih. Tahniah harith
BalasPadamSirosli lebih lawak tapi malangnya beliau x masuk bertanding
BalasPadam-zirarok-
Jibai sirosli meyamar jd zirarok. Proot d muka hang
Padam-siroslin-
yg peliknya ada gak melayu yang consistent dengan lawak x bertempat dan ayat nak menjatuhkan orang. mcm mana la cara hidup dia agaknya.
BalasPadamProoot!
Padam-gaynoutantei-
slamat takde orang kondem,ala setakat komik buasir otak je pun.bukannya apps dalam handphone..
BalasPadamSebab lawak harith selalunya educated dan in english. Org yg komen tak puas hati tu mungkin tahap iq budak tadika lagi, takpun tak faham english.
BalasPadamCuma rasa sikit terkilan bila dia menang dia ucap terima kasih dekat bangsa johor je.. Habis bangsa lain tak undi dia ke? Toing toing
Puan zirarok ade masalah kentut x lawas ke? Meh saya bantu, proooooooot!! Ah lega baq ang!
Padam-zirakok-
https://www.youtube.com/watch?v=66QWiENZOiI
BalasPadamasal usul harith iskandar
tahniah harith iskanderrr... :)
BalasPadamsetuju dengan pendapat fb tu