Sabtu, 17 Disember 2016

7 Pemimpin berjiwa rakyat dan berjiwa hamba

Seperti yang semua rakyat Malaysia sudah maklum, Sultan Muhammad V yang merupakan Sultan Kelantan telah pun dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong bagi negara Malaysia yang ke-15 bermula pada 13 Disember 2016 untuk tempoh 5 tahun. Dan seperti yang ramai juga sudah maklum, YDPA Tuanku Muhammad V sangat disenangi oleh orang ramai terutama rakyat negeri Kelantan kerana imejnya yang berjiwa rakyat dan berjiwa seorang hamba Tuhan.

Baginda sangat menghormati dan sering mendekati para alim ulama, solat berjemaah di masjid bersama rakyat, menjadi imam solat jemaah di masjid, sering berpakaian biasa seperti rakyat jelata, turun bertemu dan membantu rakyat tanpa sebarang protokol, menukar laungan Daulat Tuanku kepada Allahu Akbar, bersama dalam aktiviti kemasyarakatan seperti ibadah korban, menyambut jenazah dan sebagainya. Rasanya tak perlu aku cerita dan tulis lagi bagaimana imej baginda YDPA kerana kita semua sudah tahu.


Namun apabila seorang anak muda yang merupakan seorang penyokong atau pemimpin muda sebuah parti pembangkang mempertikaikan imej Islamik YDPA kita, ia telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan ramai orang.


Berikut antara respon netizen yang kurang senang dengan komennya.



Bagi aku tak salah nak memberi pandangan namun ada cara dan adabnya, lebih-lebih lagi dengan pemimpin yang bertaraf raja dalam kepimpinan negara kita.

Seriously, apa masalahnya dengan ada pemimpin yang rajin beribadah? Apa masalahnya dengan pemimpin yang nak jadi ahli ibadah? Nabi juga rajin beribadah, so apa masalahnya. Siap tanggungjawab horizontal vertical soleh spritual sosial bagai.

Adakah kerana baginda rajin beribadah, baginda mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin? Kau tahu ke dia memang pejam mata terhadap masalah pentadbiran dan rakayt? Kau tahu ke? Kau duduk kat istana ke? Kau kerja dengan dia ke? Perlu ke kaitkan rasuah dan penunggang agama yang orang lain buat dengan baginda? Perlu ke?

Belum apa-apa dah kuat prejudis prasangka bagai. Tuanku Muhammad V pun baru beberapa hari jadi YDPA, kau dah tohmah macam-macam. Tahu tak kita punya undang-undang negara macam mana? Tahu tak negara kita bukan mengamalkan pemerintahan beraja mutlak semata-mata tetapi Demokrasi Berparlimen Raja Berpelembagaan? Walaupun raja itu raja, namun mereka tetap mengikut perlembagaan negara kita. Masing-masing ada bidang kuasa, peranan dan tugas sendiri.

Malah bagi aku lebih baik ada pemimpin yang terserlah imej Islamnya daripada pemimpin yang bukan sahaja tidak berimej Islam malah banyak kontroversi. Kerana apabila pemimpin kuat agama, patuh kepada syariat agama, punya jiwa hamba, maka insya Allah pentadbiran akan menjadi lebih baik selaras dengan syariat Islam.

Lagipun bukan YDPA sendiri yang nak ambil gambar viralkan segala ibadah dan kebaikan yang baginda buat, tapi rakyat yang viralkan kerana tersentuh dengan baginda. YDPA hanya buat dan melaksanakan apa yang kita semua patut buat, iaitu menjadi hamba yang patuh kepada Tuhan.

Aku pernah tulis satu artikel iaitu "Masyarakat tenat lahir dari ketua yang tenat". Maka apabila sudah ada seorang pemimpin yang berimej agama, aku percaya sedikit sebanyak pasti masyarakat akan berubah dan mencontohi sifat baiknya.

Bayangkan, YDPA pun boleh selalu pergi masjid untuk solat berjemaah, takkan kita rakyat biasa tak boleh?
Bayangkan, YDPA pun boleh turut bersama bantu mangsa banjir, takkan kita rakyat biasa tak boleh?
Bayangkan, YDPA pun boleh bantu menguruskan jenazah, takkan kita rakyat biasa tak boleh?
Bayangkan, YDPA pun boleh bantu menguruskan jenazah, takkan kita rakyat biasa tak boleh?
Bayangkan, YDPA pun boleh menjadi imam solat jemaah, takkan kita nak jadi imam kat rumah pun tak boleh?
Bayangkan, YDPA pun boleh patuh menjalani ibadah, takkan kita rakyat biasa tak boleh?

Pemimpin seperti inilah yang sudah lama ditunggu rakyat Malaysia terutama orang Melayu dan Islam, pemimpin seperti inilah yang patut ada di hati setiap rakyat Malaysia. Pemimpin yang boleh jadi tauladan, inspirasi, contoh dan ikutan kepada masyarakat. Pemimpin yang sentiasa dilihat dekat dengan rakyat, dan  dekat dengan Tuhan.

Dan kau, di media sosial itu, hanya seorang yang biadab, yang sekadar tahu bising, yang hanya memberi malu dan imej buruk kepada parti yang kau sokong.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Klik pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

http://buasirotak.blogspot.com/2016/11/buasir-otak-komik-awakening.html



tags: sultan kelantan jadi ydpa agong agung tuanku muhammad v mohd faiz komen kritik biadab status facebook

7 ulasan:

  1. Macam2 manusia nie..
    Tak semua orang akan suka akan perbuatan kita..
    Tak semua org akan benci tinakan kita..

    Yang biol seorang je..yang suka lagi ramai..so abaikan yang biol itu dengan biolnya..


    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    BalasPadam
  2. Orang² mcm ni mmg patut disumbat dalam lokap selama sebulan ke, supaya dia insaf.

    BalasPadam
    Balasan
    1. indahnye melayu islam...berbeza pendapat sumbat lokap....sembahyang itu wajib pe yg peliknye...kalo tk sembahyang,berzina,berjudi,menyalahguna kuasa camne plak?

      Padam
  3. haish.. macam ni punya org pun ada.. hmm..

    BalasPadam
  4. Selamat betugas ydpa. Rasanya awal2 lg ydpa dh nmpk ada rakyat yg akhlaknya masih lemah.

    BalasPadam
  5. Minta maaf, nak bagi pandangan sikit... Bagi saya keberkesanan seorg pemimpin itu patut diukur dari negara/negeri yg diperintahnya. Saya tahu raja2 di Msia x ada kuasa mutlak, tapi tak kan lah x ada kesan langsung pemerintahannya? Mari kita renung keadaan negeri2 di Msia: Selangor, Johor, NS, Kelantan, Pahang, dan seterusnya.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.