Pengerusi Gagasan Sejahtera yang juga Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tawaran yang digariskan ini mampu menarik sokongan rakyat kerana ia mengambil kira keperluan mereka pada masa kini tanpa mengira kaum dan agama.
Antara tawaran yang diumumkan beliau termasuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan menggantikannya dengan sistem cukai yang lebih adil seperti Cukai Atas Simpanan Korporat.
Selain itu, Gagasan Sejahtera turut menjanjikan bas sekolah percuma serta bantuan pembelian kereta pertama bagi kereta berkuasa bawah 1,300 kuasa kuda melalui pengecualian duti eksais dan pembiayaan pinjaman tanpa faedah.
Berikut merupakan intipati dan ringkasan kandungan manifesto Gagasan Sejahtera:
Teras pertama
Pembentukan sebuah kerajaan yang berintegriti dan beramanah serta bebas daripada korupsi.
Teras kedua
Penambahan pendapatan boleh guna dan penjanaan peluang baru untuk rakyat.
Teras ketiga
Pemberdayaan rakyat untuk meredakan kesan peningkatan inflasi dan kenaikan kos sara hidup.
Teras keempat
Pengurangan jurang agihan pendapatan dan kekayaan ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar.
Teras kelima
Peningkatan kualiti pendidikan ke arah pembinaan modal insan cemerlang.
Teras keenam
Pengharmonian sistem perundangan dan tadbir urus negara selaras dengan kehendak syariah.
Teras ketujuh
Pengukuhan semula konsep federalisme dengan mengembalikan hak-hak tertentu kerajaan negeri.
Teras kelapan
Pemerkasaan suara rakyat selaras dengan tuntutan syura dan amalan demokrasi.
Teras kesembilan
Penambahbaikan keberkesanan sistem sokongan sosial untuk golongan yang memerlukan.
20 Tawaran Utama Manifesto Malaysia Sejahtera
1. Menghapuskan Goods and Services Tax (GST) yang membebankan rakyat dan menggantikannya dengan sistem percukaian yang lebih adil seperti Cukai Atas Simpanan Korporat dan Cukai Saham di Bursa Saham Malaysia.
2. Melupuskan hutang peminjam-peminjam PTPTN yang sedia ada untuk meringankan bebanan anak muda sebagai satu inisiatif permulaan ke arah memberikan pendidikan percuma.
3. Memberikan bantuan makanan asasi kepada golongan fakir dan miskin secara bulanan menerusi program It’aam Kebangsaan.
4. Menawarkan bantuan sekali (one-off) sebanyak RM 2,000 sebagai modal kepada wanita bekerjaya untuk memulakan kerja dari rumah.
5. Melaksanakan program bas sekolah percuma untuk membantu meringankan bebanan ibu-bapa.
6. Memberikan bantuan pembelian kereta pertama di bawah 1300 cc (1.3 liter) menerusi pengecualian duti eksais dan pembiayaan pinjaman tanpa faedah (Qardul Hasan).
7. Mengurangkan harga rumah m ampu milik antaraRM 50 ribu sehingga RM 180 ribu.
8. Mengembalikan semula fungsi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sebagai program untuk memperkasakan golongan miskin bandar dan luar bandar.
9. Menstrukturkan semula kadar bayaran tol untuk mengurangkan kos hidup rakyat menerusi semakan semula perjanjian konsesi tol yang melebihi 15 tahun.
10. Mewujudkan pentadbiran Malaysia yang bebas rasuah selaras dengan kehendak dan tuntutan syarak menerusi konsep tadbir urus yang berkonsepkan ‘Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI).
11. Memperkasakan peruntukan Islam sebagai agama persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam sebagai al-Din iaitu sistem yang melengkapi seluruh aspek kehidupan.
12. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran dalam sistem pendidikan negara.
13. Mengembalikan sistem kuota di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi mengimbangi jurang pendidikan antara golongan kaya dan miskin, serta masyarakat bandar dan luar bandar.
14. Mempertimbangkan semula pelaksanaan dasar pembangunan yang berupaya membasmi kemiskinan dan menyusun semula ketidak seimbangan ekonomi dalam kalangan masyarakat Malaysia.
15. Membantu kerajaan-kerajaan negeri membuka rancangan-rancangan pembangunan tanah khususnya untuk golongan muda.
16. Membangunkan penempatan baru mampu milik untuk generasi kedua dan ketiga FELDA.
17. Membantu golongan kurang upaya (OKU) menerusi pemerkasaan sistem sokongan berasaskan potensi dan keupayaan diri.
18. Mewujudkan Pusat Komuniti Keluarga Sejahtera (PKKS) di setiap daerah dan lokaliti yang memerlukan untuk memberi khidmat kaunseling, perundangan, kemahiran, bimbingan agama dan latihan keibubapaan.
19. Menyemak kembali nisbah anggota keselamatan berbanding populasi setempat untuk mengurangkan kadar jenayah.
20. Menambah bilangan doktor pakar dan hospital pakar untuk memenuhi keperluan penduduk berasaskan nisbah yang disyorkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Muat turun buku Manifesto Gagasan Sejahtera 'Malaysia Sejahtera' Peringkat Pertama untuk PRU-14 versi penuh di sini.
Lain-lain artikel berkaitan:
- Ringkasan Manifesto Pakatan Harapan PRU-14
- Ringkasan Manifesto Barisan Nasional PRU-14
- Persaingan untuk meraih sokongan penjawat awam
- Bajet 2018: Apa yang golongan pertengahan tunggu?
- Ringkasan dan rumusan intipati Bajet 2018
- Subsidi BR1M dan manfaat kepada yang tidak layak
- Ringkasan dan rumusan intipati Bajet 2017
- Ringkasan dan rumusan intipati Bajet 2016
- Janji untuk ditepati bukan untuk dibeliti
- Intipati Semakan Bajet 2015: Negara tidak gawat
- Ringkasan dan rumusan intipati Bajet 2015
- Ahli politik memang banyak kerja sebelum pilihanraya
- Mentaliti politik Malaysia yang membantut kemajuan
- Tunaikan janjimu, surat terbuka buat PM tersayang
- Tol terpaksa naik walau manifesto janji turun
- Tukar kerajaan amat berisiko dan beri kesan buruk
- Semua kawasan perlu PRK baru selesai masalah
- Janji manis pilihanraya kecil bila mahu ditepati?
- Ringkasan dan rumusan intipati Bajet 2014
- Analisa dan ulasan keputusan PRU-13
- Keputusan penuh Pilihanraya Umum ke-13: BN Menang
- Ulasan Manifesto Barisan Nasional PRU-13
- Ulasan Manifesto Pakatan Rakyat PRU-13
- Masalah dengan sistem demokrasi
- Manifesto pilihanraya pasti menang
- Janji pilihanraya sudahkah ditepati?
- Nak Undi Siapa? for Dummies
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.
tags: manifesto akujanji gagasan sejahtera pas ikatan berjasa pilihanraya pilihan raya umum pru 14 intipati sorotan ringkasan
Ok..mana MANIfesto partii buasirotak bersatu..? 👅👅💘💝💞💟💖👍👎👆☝👊✋✌✊👇👈👉👋👏👐
BalasPadamnak bisjut?
BalasPadamPrOooTttt lega baq hang!
PadamPALING WORLD kerete di bawah kuasa 1300 kuasa kuda.. hihi..lps ni dh bole la nak beli koenigsegg atau pagani zonda F.
BalasPadam