Halaman

Selasa, 10 Julai 2018

Orang Islam memperjuangkan LGBT suatu kejanggalan

Seorang aktivis LGBT berbangsa Melayu beragama Islam berkata, "Mudah-mudahan kita dapat hidup bermasyarakat di Malaysia yang meraikan kepelbagaian tanpa prejudis".

Sememangnya masyarakat di Malaysia sudah lama meraikan kepelbagaian tanpa prejudis. Itulah kepelbagaian agama dan kaum, tetapi tidak kepada golongan LGBT, terutama oleh masyarakat Islam.

Kerana apa?

Gambar hiasan.

Kerana dalam agama Islam sendiri, melakukan hubungan sejenis atau homoseksual (gay/lesbian) dan menukar jantina itu sendiri adalah salah dan haram, yakni perbuatan yang mendatangkan dosa.

Maka bagaimana, seorang yang mengakui beragama Islam, mengaku beriman kepada Allah yang Maha Esa, bukan sekadar secara terang-terangan mengingkari larangan-Nya, malah mahu masyarakat yang majoritinya terdiri daripada orang Islam memperakui dan menerimanya, tanpa rasa prejudis?

Cuba beritahu aku, di mana akal logiknya, apabila seorang muslim, yang secara terang-terangan melakukan perbuatan yang salah, atau secara terbuka mengakui dirinya melakukan perkara yang mendatangkan dosa, meminta agar masyarakat Islam lain  mengiktraf perbuatannya, tanpa rasa prejudis?

Rasa-rasanya...
Adakah orang Islam boleh meraikan berzina tanpa prejudis?
Adakah orang Islam boleh meraikan merogol tanpa prejudis?
Adakah orang Islam boleh meraikan sumbang mahram tanpa prejudis?
Adakah orang Islam boleh meraikan meminum arak tanpa prejudis?
Adakah orang Islam boleh meraikan berjudi tanpa prejudis?
Adakah orang Islam boleh meraikan merompak tanpa prejudis?
Adakah orang Islam boleh meraikan membunuh tanpa prejudis?
Adakah orang Islam boleh meraikan memfitnah tanpa prejudis?
Adakah orang Islam boleh meraikan syirik tanpa prejudis?
Adakah orang Islam boleh meraikan segala perkara yang mendatangkan dosa ini tanpa sebarang prejudis?

Kalau orang Islam tidak boleh menerima segala kemungkaran ini tanpa prejudis, maka di mana akal logiknya yang dirasakan orang Islam patut meraikan LGBT tanpa prejudis? Kerana pada akhirnya, ia sama sahaja, iaitu hal yang mungkar yang mendatangkan dosa.

Maka segala perjuangan untuk menghalal atau legalize LGBT di Malaysia, yakni sebuah negara yang majoritinya orang Islam, yang agama persekutuan rasminya Islam, adalah satu kesilapan besar, apatah lagi jika ia diperjuangkan oleh orang yang mengakui dirinya Islam.

Boleh tak kau mengaku yang kau percaya kepada Allah, kau solat, puasa, tapi dalam masa yang sama, kau meyakini yang berzina itu tak salah, merogol itu dibolehkan, minum arak itu tak berdosa, berjudi itu tidak haram, melakukan hubungan sejenis itu tidak berdosa, dan menukar jantina itu mendatangkan pahala? Rasa-rasa boleh ke tak boleh, ke macam mana?


Perjuangan untuk legalize LGBT yang dilakukan oleh orang Islam di Malaysia ini, tiada bezanya dengan orang Islam yang berjuang menuntut kebebasan seks, kebebasan sumbang mahram, kebebasan minum arak dan berjudi, kebebasan untuk melakukan segala perbuatan yang mungkar dan yang seumpamanya. Terasa sangatlah janggal dan pelik.

Hukum hakam agama ini takkan berubah ikut kemahuan, nafsu dan logik akal kau. Apa yang dah tertulis dalam Al-Quran serta hadis yang sahih, itu lah dia.

Dalam hal agama ni, kau bukan boleh selalu ikut logik akal, yang mana semua benda kau perlu buat kajian dan eksperimen untuk percaya. Seperti contoh kita manusia tak pernah nampak Allah dan malaikat, maka adakah kau tak percaya pada kewujudan Allah dan malaikat?

Atau dalam Islam umatnya diwajibkan solat 5 kali sehari, dan diwajibkan untuk berpuasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan. Sebagai umat Islam, kau perlu patuh jelah, tak payah la nak persoal dan pertikaikan macam kenapa kena solat 5 kali sehari dan bukannya 2 kali, atau kenapa kena berpuasa bulan Ramadhan dan bukan bulan lain?

Sama halnya dengan larangan homoseksual dan transgender ini. Kau tak perlu pertikaikan pun kenapa ia diharamkan dalam Islam, dan kau sebenarnya tak perlukan sebab dan logik akal pun untuk menerima larangan ini, sebabnya Tuhan sendiri dah larang. Macam Tuhan larang makan babi dan minum arak, tak perlu dah nak pertikaikan apa lagi pun, kau ikut jelah.

Lainlah kalau kau tu bukan orang Islam, nak buat apa pun lantaklah sebab orang bukan Islam tidak terikat pada segala peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam.

Tapi kalau tetap mahu amalkan hubungan songsang di luar tabii tu, buat jelah senyap-senyap, tak perlu sibuk nak perjuang menuntut dilegalkan. Kalau nak berkahwin dengan pasangan sejenis kau, kau pergilah ke luar negara cari negara yang membenarkan perkahwinan sejenis, kau kahwin dan menetap la kat situ, takde orang akan kacau kau. Apa-apa yang kau nak buat, itu dah antara kau dengan Tuhan.

Ya, memang takde orang akan kacau, tapi dosa tu dah boleh buat dah bekalan di akhirat nanti.


Lain-lain artikel berkaitan:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags:pejuangan legal legalize halal menghalalkan lgbt lgbtq lesbian gay bisexual transgender queer numan afifi anjur uftar gay terbesar pride day event

8 ulasan:

  1. dalam al-quran dah terang2 benda ni x boleh siap ad pengajaran... gila babi menjilat benda mainstream ni. ap benda mainstream semua nak ikut membuta tuli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko lagii..aku ada terbaca kt laman sosial gay nii..budak melayu toron juboq pekerja kilang warga nepall..sedap katanya..juboq nepall berbaur hamis..😋😚😙🙄😲😖😞😕🙃😵😵😵😵

      Padam
  2. Artikel yg baikk..matlamat menghalalkn cara..mcm syed sadiq..abg dia mmg gay..jarang ada gay bertubuh sasa kt malaysia nii..tgk gay luar negara semua sasa belaka jarang ada yg gemuk..noob gay juga kerr ..?? 👬

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko ni cite mcm haram jadah. Ko ni bangsat ke apa. Hanat

      Padam
  3. aku pernah terlibat dalam 'debat' dengan diorang ni sebab nak tahu jugak pemikiran diorang ni macam mana kan, tapi 100% 'debat' tu berkisar pasal homoseks dalam kalangan haiwan and well, kita pun tahu, diorang sangat percaya manusia ni daripada haiwan, so diorang tetap fikir benda ni natural. aku pun undur diri.

    BalasPadam
  4. Ni bukan setakat kejanggalan..tapi nak menghalalkan perkara haram.
    BN dan PAS pun tak boleh harap sangat nk atasi isu ni.. PH lagi la ke laut. Inilah salah satu bukti keburukan demokrasi, suara rakyat lebih tinggi daripada syariat Islam. lagi sadis suara rakyat tu suara orang-orang bukan Islam...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.