Halaman

Selasa, 14 Ogos 2018

Perjuangkan hak OKU bukan golongan songsang

Aku rasa isu yang paling hangat diperkatakan selepas kerajaan baru memerintah bukanlah isu tentang kos sara hidup, isu cukai, isu harga minyak, isu pemansuhan tol, isu 1MDB, FELDA, perpaduan kaum, pemantapan agama, sahsiah dan moral, sebaliknya adalah isu yang berkaitan dengan LGBT, dan bagi aku ini adalah suatu yang amat sedih dan mengecewakan.

Kalau dulu golongan songsang ini tidak ramai yang berani bersuara dan memunculkan diri, kini mereka sudah berani keluar dari gua, tanpa segan silu mengakui diri mereka gay atau pondan secara terang-terangan bukan sahaja dari kalangan orang bukan Islam tetapi dari mereka yang mengakui dirinya muslim.


Malah mereka ini semakin melampau-lampau bersuara meminta agar mereka identiti songsang mereka diterima masyarakat dan menuntut pelbagai hak atas nama hak asasi manusia, sehinggakan mereka sanggup membuat laporan terhadap orang yang membantah gejala songsang agar dikenakan tindakan dan diberhentikan kerja.

Bukan setakat itu, mereka juga akan turut membuat laporan kepada Facebook jika ada status yang mengecam dan mengkritik mereka sehingga menyebabkan penulis status disekat dari Facebook selama beberapa hari, malah boleh menyebabkan akaun FB mereka ditutup terus.

Disebabkan isu ini sudah menjadi terlalu besar, ramai pihak yang membuka mulut dari orang ramai, selebriti, ahli politik, mufti dan juga menteri. Ada yang membantah, mengecam, mengkritik dan memberi nasihat agar golongan songsang ini kembali ke pangkal jalan.

Namun tidak kurang juga mereka yang memberi sokongan dan mempertahankan golongan songsang ini, bukan hanya dari aktivis golongan songsang malah dari segelintir menteri, ahli politik dan juga orang yang berpengaruh seperti anak kepada pemimpin tertinggi negara dan sebagainya.

Dan kini, timbul pula pertikaian tandas manakah yang perlu digunakan oleh golongan songsang ini, terutama mereka yang mengalami kekeliruan jantina atau transgender iaitu pondan dan tomboy/pengkid, sampai ada pula timbalan menteri yang mencadangkan agar mereka menggunakan tandas untuk golongan OKU. Ini adalah cadangan paling aku tak boleh brain yang datang dari pemimpin kerajaan hari ini.

Sudahlah golongan OKU paling banyak dinafikan haknya. Banyak tempat yang sangat tak mesra OKU. Kemudahan untuk OKU pun tak banyak, kalau ada pun macam tempat letak kereta dan tandas awam khas untuk OKU, ia sering disalahgunakan oleh golongan bukan OKU yang tak berotak.

Parking OKU pula selalu dirembat, nampak orang berkerusi roda nak masuk lif, orang kat dalam lif buat bodoh je tak nak keluar bagi keutamaan. Kau boleh naik tangga atau eskalator la gila, kau ingat orang yang naik wheelchair ada pilihan lain ke?

Tandas OKU pula orang normal pun sibuk nak pakai, malah selalu dikunci dan dijadikan stor tempat penyimpanan peralatan kerja pembersihan. Sudahlah tandas OKU ini biasanya satu je dikongsi oleh lelaki dan perempuan, kali ini dicadang pula untuk berkongsi dengan golongan transgender songsang?

Transgender bukan golongan OKU. Mereka bukannya ada kecacatan fizikal atau memakai kerusi roda sehingga memerlukan mereka menggunakan tandas OKU yang dibina dengan peralatan khas untuk memudahkan OKU. Mereka sihat walafiat, boleh berjalan, boleh kencing berdiri, boleh kencing duduk, boleh berak cangkung. Mereka tak perlu pun menggunakan segala kemudahan dan peralatan yang berada dalam tandas OKU, melainkan mereka adalah transgender OKU.

Golongan transgender ni kalau nak pergi tandas, kau pergi jelah tandas ikut jantina asal kau. Kalau kau pondan, kau masuk tandas lelaki, kau tutup dan kunci pintu tandas, kau kencing macam biasa. Kalau kau pengkid, kau masuk tandas perempuan, kau tutup dan kunci pintu tandas, kau berak macam biasa.

Sebabnya kau pondan macam mana pun, orang normal lelaki dan perempuan akan tetap menganggap kau lelaki. Kau tomboy macam mana pun, orang normal lelaki dan perempuan akan tetap menganggap kau perempuan. Kalau kau rasa orang perempuan akan rasa selesa kalau pondan masuk tandas mereka, adakah kau rasa orang lelaki akan rasa selesa kalau pengkid masuk tandas mereka?

Itu belum masuk hal aurat lagi. Kalau kau pondan, aurat kau tetap aurat lelaki. Kalau kau pengkid, aurat kau tetap aurat perempuan. Benda tu takkan berubah. Kalau kau masuk tandas milik jantina yang berbeza dengan jantina asal kau, kau rasa macam mana orang lain mahu memperlindungkan aurat mereka dari pandangan mata kau?

Golongan minotiti yang sepatutnya diperjuangkan hak mereka adalah golongan OKU, bukan golongan songsang. Itu yang lebih utama dari melayan rungutan dan rengekan golongan songsang yang macamlah selama ini mereka ditindas dan dinafikan hak untuk hidup dalam masyarakat.

Selama ini ramai ke pondan yang tak boleh bekerja? Yang jadi mak andam, buat bisnes jual produk kecantikan tu bukan ramai bapok ke, siap keluar kat TV lagi. Pengkid pun berlambak-lambak ko boleh jumpa dalam sektor pekerjaan, kat agensi kerajaan pun ada. Malah jarang sangat aku dengar kes pondan atau pengkid kena buli atau pukul tak tentu pasal. Orang normal lagi banyak kena buli atau pukul.

Kau rasa kau perlu diiktiraf, rasa diri tu istimewa sangat sebab kau sering dipandang serong, diejek dan disisih masyarakat? Kau ingat orang normal tak pernah kena pandang serong, kena ejek dan disisihkan masyarakat? Kau ingat orang yang berkulit hitam, muka penuh jerawat, orang yang hodoh, gemuk, miskin, bau badan busuk, malah mereka yang dari golongan OKU sendiri tak pernah lalui benda-benda macam tu?

Aku kalau golongan songsang tu bukan beragama Islam, aku tak kisah sangat tentang ideologi dan gaya hidup mereka, selagi mereka menghormati sentimen dan sensitivi masyarakat setempat, sebab mereka bukan ada batas agama yang melarang perbuatan songsang mereka terutama bagi golongan songsang yang tiada agama atau atheis. Aku anggap golongan songsang bukan Islam ini macam orang bukan Islam makan babi, minum arak, main judi, beromen sebelum nikah dan sebagainya.

Tapi kalau golongan songsang itu orang yang beragama Islam, pusing la macam mana pun hak asasi manusia bagai, masyarakat Islam pasti tidak akan menerima cara hidup mereka. Kau nak perjuangkan apa lagi, ia dah terang-terang salah di sisi agama.

Secara logiknya lah, kalau kau seorang yang mengaku diri muslim, dan kau pula mahu masyarakat Islam lain mengiktiraf gaya hidup kau yang suka makan babi, minum arak, main judi dan amalkan seks bebas, kau rasa masuk akal ke tak masuk akal? Samalah dengan amalan songsang ni pun.

Percayalah, sampai bila-bila pun masyarakat Islam yang menjadi majoriti di negara Malaysia boleh terima kau sebagai seorang manusia, tetapi tidak sekali-kali ideologi dan cara hidup songsang kau. 

Titik.

Baca lain-lain artikel berkaitan:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ADRENALINE) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk5.



tags: perjuangkan hak oku golongan songsang lgbt pondan bapok gay shemale tomboy pengkid gay lesbian transgender guna tandas oku

6 ulasan:

  1. Menteri lyn sgt..benda slh tapii org berhujah tentang hak asasi manusia..bila berckp soal lgbt nii mesti ada yg akn ckp psl hak diorang..pokoknya yg slh tetap slh..mungkin noob knl dgn wartawan nyah iaitu huzz..dia nii boleh dikatakan rasional dlm berhujah tentang isu2 semasa..kikiki..brg pun bkn turun sgt noob..malah ada yg naik..

    BalasPadam
  2. bodoh dan naik minyak... alih2 benda penting pasal masalah kemiskinan, harga barang terus senyap je.... celakak tul... memang betul la ap ak rasa keluar dari mulut harimau masuk mulut buaya.... 2-2 pergi mati kalau undi sapa pun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bawa bertenang..baru 100 harii bagii ruang utk mereka perbetul apa yg perlu..😝😜

      Padam
  3. apa2 pun yg awk ckp saya sokong dua ratus percent...hehe

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.