Jumaat, 26 Jun 2015

15 Masalah pembayar, pengutip dan penerima zakat

Menyara tiga orang anak yang bersekolah dengan wang bantuan persekolahan sebanyak RM300 sebulan merupakan bebanan hebat buat Rosli Hamid yang lumpuh kedua kakinya selepas terlibat dalam kemalangan motosikal.

Rosli, 46, kini terpaksa bergantung harap sepenuhnya kepada wang Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan selain berdoa mendapat bantuan wang zakat yang sudah dipohonnya sejak tahun lepas.

Beban Rosli yang kini menetap di Kampung Air Itam, Terachi, Kuala Pilah itu dilihat semakin berat selepas dikatakan terpaksa berpindah dari rumah sewa yang didudukinya dengan kadar RM100 sebulan kini.


"Anak ada tiga, seorang darjah tiga, seorang darjah satu dan seorang lagi pra-sekolah.

"Mereka mendapat bantuan persekolahan sebanyak RM300 sebulan, jadi tiga anak ini akan berkongsi RM300 untuk wang belanja serta keperluan sekolah sehari-hari," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Rosli terlibat dalam satu kemalangan motosikal sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Kajang ke rumahnya di Kuala Pilah pada tahun lepas.

Sejak itu, dia hanya terbaring di atas katilnya setelah seharian mencari rezeki ala kadar dengan kerja-kerja kampung.

Rosli kini tinggal di rumah sewa selepas beberapa kali berpindah dan menetap bersama ibunya yang berusia 77 tahun.

Kata Rosli, paling menyedihkan apabila dikatakan ketua kampungnya tidak memberikan bantuan selepas permohonan zakat melaluinya dibuat pada tahun lepas.

"Dia (ketua kampung) tidak mahu angkat tangan walaupun berselisih di tepi jalan. Dia seolah-olah tidak mahu melayan saya.

"Saya benar-benar mengharap wang zakat untuk meringankan beban kehidupan. Saya sudah memohon namun sehingga kini masih tidak ada sebarang maklum balas.

"Kenapa jadi begini? Saya rasa benar-benar layak untuk mendapat zakat dan keperitan hidup dengan bergantung kepada wang bantuan persekolahan, JKM dan kerja-kerja kampung dengan keadaan diri yang tidak sempurna benar-benar memeritkan," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek berkata, Rosli perlu segera membuat aduan kepada pusat khidmat wakil rakyat di kawasannya.

Hasan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjelaskan, Rosli juga tidak boleh terlalu mudah membuat dakwaan kepada ketua kampung tanpa mengetahui perkara sebenar mengenai status permohonan zakatnya.

"Dia (Rosli) perlu lihat kembali permohonannya, apakah ada masalah atau dokumen yang tidak lengkap di sana.

"Kita tidak pernah meminggirkan mana-mana penduduk yang susah, saya sendiri turun padang setiap minggu untuk bersama penduduk Kuala Pilah mengikut bahagian. Apa juga aduan akan saya lihat dan salurkan bantuan.

"Susah jika ada aduan yang terus ke media tanpa berbincang dengan pihak saya terlebih dahulu. Kita tidak mahu ada penduduk yang cakap terpinggir selepas kerajaan sendiri ada memberi bantuan melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)," katanya.

Dalam pada itu jelas Hasan, Rosli mungkin kurang bercampur dengan penduduk lain sehingga kesusahannya menjadi seolah-olah kes terpencil.

"Rosli mungkin tidak membuat aduan melalui ahli jawatankuasa kampung dan pegawai kawasan sendiri.

"Saya andaikan Rosli ini kurang hidup bermasyarakat namun kita akan kaji semula kes ini selepas menerima aduan, kita tidak mahu ada penduduk yang terpinggir," ujarnya.

Menurut laman Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), agihan zakat di negeri itu pada tahun 2013 adalah RM76,833,689.98.

Ia merangkumi agihan antaranya kepada amil, miskin, muallaf, fakir dan fisabillilah.

Sumber Astro Awani.


* * * * * * * * * *

Kisah Rosli Hamid yang saban hari menunggu bantuan zakat kian mendapat perhatian ramai.

Ketua keluarga berusia 46 tahun ini lumpuh kedua belah kaki selepas terlibat dalam satu kemalangan motosikal pada tahun lepas.

Sejak dari itu, bapa kepada tiga orang anak ini dirundung bebanan untuk menyara keluarga apabila terpaksa bergantung kepada wang Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

Tambah menyedihkan keadaan, wang bantuan zakat yang dipohon tidak juga kunjung tiba.

Menurut Rosli, ketua kampungnya sendiri tidak memberikan bantuan selepas permohonan zakat dibuat melaluinya pada tahun lepas.

Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek menyatakan bahawa Rosli tidak boleh terus memanjatkan aduan kepada pihak media kerana banyak lagi cara untuk meneliti dan memproses permohonannya.

Sementara itu, para netizen yang membaca kisah Rosli di laman web Astro AWANI mempunyai pandangan tersendiri yang diluahkan di Twitter.









Pengguna Facebook turut menzahirkan pendapat mereka dengan pelbagai reaksi terhadap rentetan kisah malang yang melanda Rosli sekeluarga.

Rosli Hamid, Zakat FB 1

Rosli Hamid, Zakat FB 2

Rosli Hamid, Zakat FB 3

Rosli Hamid, Zakat FB 4

Rosli Hamid, Zakat FB 5

Rata-rata pengguna media sosial mempersoal proses untuk mendapatkan bantuan zakat yang sedikit rumit atau terlalu banyak prosedur.

Sumber Astro Awani.

* * * * * * * * * *

Apa yang dapat disimpulkan daripada cerita Rosli:
1. Rosli memberitahu media setelah ketua kampungnya tidak memberikan bantuan selepas permohonan zakat melaluinya dibuat pada tahun lepas.

Maksudnya Rosli memang ada membuat permohonan zakat melalui ketua kampungnya tapi sampai sekarang tidak dapat jawapan, sebab itu dia beritahu media akan masalahnya.

2. Menurutnya ketua kampung tidak mahu angkat tangan walaupun berselisih di tepi jalan, seolah-olah tidak mahu melayan saya.

Sepatutnya pihak yang berkaitan menyiasat betulkah dakwaan ini, adakah memang benar ketua kampungnya tidak mahu melayan beliau sehingga menyebabkan permohonan zakatnya tidak diproses.

Jawapan Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek:
1. Hasan Malek berkata Rosli perlu segera membuat aduan kepada pusat khidmat wakil rakyat di kawasannya.

Rosli sudah pun memohon zakat melalui ketua kampung tapi masih tidak dapat bantuan. Nak expect dia buat pula aduan kepada pusat khidmat wakil rakyat? Dia bukan hidup senang macam kita, dan dia bukan sihat tubuh badan macam kita.

2. Menurutnya lagi Rosli juga tidak boleh terlalu mudah membuat dakwaan kepada ketua kampung tanpa mengetahui perkara sebenar mengenai status permohonan zakatnya.

Dah Rosli cakap macam tu, pergi la siasat betul atau tidak, bukan salahkan Rosli balik

3. Rosli tidak boleh terus memanjatkan aduan kepada pihak media kerana banyak lagi cara untuk meneliti dan memproses permohonannya

Seperti banyak kes2 sebelum ini, suatu isu tu bila dah masuk berita, masuk rancangan Bersamamu, viral kat Internet, barulah menteri dan jabatan kerajaan berkaitan terhegeh2 nak tolong dan turun padang, jadi melaporkan kepada media adalah tindakan yang perlu dalam keadaan terdesak.

4. Rosli perlu lihat kembali permohonannya apakah ada masalah atau dokumen yang tidak lengkap.

Sekali lagi, Rosli tu bukan senang dan sihat macam orang lain, kalau ada masalah pada dokumen permohonan ke apa, tolonglah dia, takkan nak harap dia pergi sendiri pusat zakat.

5. Hasan Malek membuat andaian yang Rosli ini mungkin:
  • Kurang bercampur dengan penduduk lain sehingga kesusahannya menjadi seolah-olah kes terpencil
  • Tidak membuat aduan melalui ahli jawatankuasa kampung dan pegawai kawasan sendiri
  • Kurang hidup bermasyarakat
Belum apa2 dah buat 3 assumption yang masalah tu semua berpunca dari Rosli, bukan dari ketua kampung mahupun pusat zakat. Ya, memang orang yang susah tu salah.

6. Hasan Malek tidak mahu ada penduduk yang cakap terpinggir selepas kerajaan sendiri ada memberi bantuan melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),

Tidak mahu penduduk terpinggir lepas kerajaan bagi bantuan BR1M? Hahaha. Don't make me laugh. BR1M dalam RM900 setahun, sebulan dalam RM75. Ya, memang cukup. Memang sangat cukup.

Ko tengok situasi dan jawapan menteri kat atas ni pun ko dah boleh agak betapa complicated dan penuh birokrasinya golongan asnaf nak mohon zakat malah sampai ke tahap golongan asnaf pula yang disalahkan, berbanding kemudahan yang pusat zakat sediakan kepada pembayar zakat betapa mudahnya mereka untuk membayar zakat.

Sumber

Ada yang mencadangkan juga kita bayar zakat direct kepada asnaf kerana lebih mudah dan kurang birokrasi seperti gambar berikut:

Sumber FB Megat Cartoonist

Namun bagi aku, kita masih perlu bayar zakat kepada amil, pihak yang ditanggungjawabkan untuk mengutip dan mengagih zakat. Ini kerana jika bayar direct kepada asnaf, akan berlaku ketidak adilan dalam pengagihan di mana mungkin ada asnaf akan dapat banyak kerana ramai orang kenal dan ada asnaf yang dapat sikit atau tidak dapat langsung kerana tidak ramai orang kenal.

Malah, asnaf juga mungkin akan dapat sikit sahaja duit zakat, contohnya seorang pembayar zakat pergi bayar zakat fitrah RM7 kat seorang asnaf, dan dia seorang sahaja pula yang bagi kepadanya, maka RM7 itu sahajalah jumlah zakat fitrah yang asnaf itu terima sebelum hari raya. Kalau nak bagi juga direct kepada asnaf bagi aku takde masalah tapi anggap ia sebagai sumbangan dan sedekah jariah.

Sebab yang sepatutnya berubah bukan kita sebagai pembayar zakat mahupun penerima zakat, tapi pengutip dan pengagih wang zakat itu sendiri yang perlu berubah. Jika mereka masih lagi di takuk lama dan sukar berubah, jangan risau, kita terus tegur mereka, kita terus viralkan orang2 yang susah yang kita tahu dan kenal yang tidak mendapat bantuan agar ia mendapat perhatian ramai orang di Internet dan media seterusnya membuatkan jabatan2 zakat dan kebajikan ini tidak senang duduk dan membuat kerja mereka.

Akhir kata, bayar zakat bukan hanya setahun sekali masa nak raya sahaja ya. Ada macam2 lagi zakat nak kena bayar, zakat pendapatan, zakat simpanan, zakat emas, zakat perniagaan dan lain2 lagi, bukan sekadar zakat fitrah.




tags: kisah rosli bapa lumpuh oku mohon zakat ketua kampung hasan malek sukar prosedur sulit birokrasi pembayar penerima asnaf amil jabatan lembaga pusat kutipan

15 ulasan:

  1. kita tak boleh menidakkan fungsi keyboard warrior di laman sosial & fungsi viral yang banyak membantu golongan macam ni di beri perhatian. Sebab zaman sekarang kalau setakat mengeluh sorang, mengemis kat pejabat zakat atau ketua kampung je memang tak cukup.. nak kena viral, kena hentam, kena kritik baru ada tindakkan pantas. tak pun kena ada program tv.. time tu keluar la muka2 wakil depa nak tunjuk baik & dapat publisiti. bunyi memang pedih tapi itulah hakikat yg berlaku. semua nak kena ada publisiti atau nak kena di perbesarkan kat media sosial baru nak ambil tindakkan

    BalasPadam
  2. Allah hu akbar this should not be happening .. Someway or somehow i want to help for those who "needed" the most .. Thanks for sharing admin ...

    BalasPadam
  3. Kalau cite pemimpin tempatan atau negeri..kebanyakan antara mereka hanya tolong jika membawa value untuk politik mereka. Susah nak cari pemimpin yg ikhlas menolong org susah tanpa mengharap balasan.

    Cite pasal zakat jugak...pasal kutipan sgt flexible, tp nak keluarkan sgt payah pulak..dah mcm status bank pulak. Tp tak diakui mereka terpaksa buat mcm 2 sbb ada penyanggak yg ckp mereka miskin tp sbnrnya xde masalah. Tp kalau jenis OKU ni maybe terang2 perlukan perhatian. Actually pihak zakat xleh memilih sangat untuk memberi zakat, kadang2 suka beri sumbangan kpd badan2 atau sekumpulan komuniti (mcm jagaan org tua, anak yatim)..bagi secara personal agak kurang sedangkan kes2 x dpt bantuan kebanyakan dr kes perseorangan. Tp bagi saya pihak zakat patut ada inisiatif sendiri pergi kepada mereka...bukan tunggu borang permohonan sampai baru nak gerak.

    Sbnrnya isu ini byk berlaku disebabkan pemimpin setempat sendiri...mereka menjadi org tengah mencari org yg memerlukan zakat dan berhubung dgn pihak zakat untuk dapat bantuan. Tp anda dak tgk politik malaysia mcmana...konsep yg sama berlaku utk pemimpin setempat...sibuk pergi meeting dan perhimpunan agong je nak dpt perhatian dari kepimpinan lebih tinggi. So....survival politik diutamakan, kebajikan rakyat cite last sekali kalau ada bajet, tp elaun MP naik 50-100%. Puih!!!

    BalasPadam
  4. Pada saya ketua kampung tu la yg salah.

    Itu unit dia yg dia dipertggungjwbkn tp dia xlyn rosli.

    BalasPadam
  5. Pada aku, hampir 99.99999% rakyat Malaysia sama perangai dgn Hasan Malek dan ketua kampung tu. Lihat sendiri jiran2 En Rosli pun x amik peduli tolong. Kita semua pun 2x5 jer dgn jiran si Rosli ni. Sembang kat web mmg kencang la nak tolong segala bagai.

    Hasan Malek adalah contoh wakil rakyat. Mewakili rakyat kawasan tersebut. Jika Hasan Malek ni hampeh, maka jelas yg 100% penfuduk parlimen ini hampeh juga.

    Memang kerja bodoh mengharapkan mana2 MP nak membantu. Allah pun x nak bantu, inikan pulak manusia?

    Jika terjadi kat diri sendiri pun, takkan ada sesiapa nak bantu. Malah siap kena pow lagi ada.

    BalasPadam
  6. habistuu mana pergi semua duit zakat yang orang bayar tuu. hhmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk pengetahuan, jabatan2 kerajaan sejak akhir2 ni, aka sejak PM Najib jaga negara, duit bajet jabatan2 kerajaan adalah RM0.00!!!! Para pegawai kerajaan terpaksa laksanakan kerja tanpa bajet!!!

      Biasanya pejabat zakat ni dibawah kerajaan negeri. Kalo tak raja dan kerabat yg rembat duit tu, maka Adun2 la yg boleng sampai licin. Begitu juga dgn pegawai2 zakat sendiri. Nanti aku bagi contoh ya. Tunggu kejap..aku nak gi berak.

      Ini bulan ramadhon, aku x tipu..lagipun bukan buleh pahala pun aku bitau..boleh tuduh aku buat fitnah..tapi ingat..ada beberapa kes mufti2 yg berani dan ada telor sebesar kuman..mereka tegur kerajaan negeri dan pejabat2 zakat masing2..tapi lu tau la adun2 BN, raja dan kerabat2nya, begitu juga orang2 dlm pejabat zakat tu sendiri. Berpuluh juta duit zakat kita hanyalah duit untuk para haramjadah ni berenjoi de menjoi..nak pergi oversea? buat family day kat borneo?

      Program2 zakat tu, wayang jer bro/sis. Kutip 30juta, program zakat cuma 300k, itupun kira banyak giler dah tu. Baki 29.7 juta tu..faham2 sajalah. Ada pejabat agama berfamily day nak belon (flight) anak beranak..mufti tegur "keras" dgn lunak ja..xder sapa amik port pun..family day satu jabatan siot!!! Ini kes kecik yg berlaku saban tahun sejak puluhan tahun duit segala duit rakyat dikutip.

      Tak guna aku cerita dgn detail pun. Membuang masa saja sembang pasal apa2 saja di Malaysia ni. Lagi2 pasal islam!. Rasanya melancap dan berjimak di siang hari romadhon pun, ada pekdahnya berjuta2 x ganda.

      Kita sumer diperbodohkan begitu je oleh sesiapa yg ada kuasa. Tak kira la kuasa kecik atau besar.

      Untuk pengetahuan, yg ko blajar kat sekolah sampai universiti tu, satu habuk pun x pakai. Melayu ni pandai takat ABC dan 123. Kalo nak extend CDE atau 456 pun dah mcm2 masalah. Terlalu simpleton dan bodohnya kita. Terimalah hakikat ini.

      Sbb tu Allah Taala sediakan pelbagai jenis neraka untuk kita memilih kelak. Yg dijamin masuk syurga hanyalah mereka yg cacat, mati sblm baligh atau gila sejak lahir jer. Lain2 sumer, tepuk dada tanya iman, jangan berangan nak masuk syurga la..daripada ustat2, ulamak2..hinggalah yg bergaji paling minimum..semuanya aku gerenti walaupun aku bukan seorang nabi..nerakalah tempat yg layak untuk kita. Lama atau sekejap atau selama2nya..Suka atau benci, inilah reality. Khalas.

      Padam
  7. Itu satu hal pasal zakat ni. Kenapa org nak mohon zakat perlu apply segala bagai borang itu ini. Kita bukan nak mohon biasiswa ke apa. Pusat zakat tu sendiri kena turun padang buat kerja. Tahu mukim masing2 siapa penduduk yg susah. Buat bancian. Bukan nak sruh org miskin yg oku ke, tak reti membaca ke..dok susah nak isi borang itu ini. Aku senang je..kalau duit zakat yg aku bagi selama ni tak sampai kat org susah..memandai la org bertanggungjawab kat pusat zakat tu menjawab bila mati. Duit kutipan berjuta-juta. Bagi la kat org woiiii..bodoh punya pusat zakat

    BalasPadam
    Balasan
    1. supaya semasa audit, auditor pusat zakat tahu ke mana duit tu pergi.. tandatangan dan maklumat penerima wajib kena ada.. Bukan boleh kutip & pergi bagi macam tu je.. nanti duit tu tak tahu ke mana, siapa penerima.. pun akan jadi isu yang lebih besar..

      Padam
    2. Bukan tak isi borang apa langsung maksud dia bhai anon diatas. Ko tak paham ni. Pusat zakat turun la padang tgk sapa yg layak. Siasat. Dah jumpe..bg la borang apa yg patut mase tu.kumpul mklumat masa tu. Maksudnya org zakat yg wat sume kerja. Bukan org oku atau fakir miskin yg kne ke hulu ke hilir nak lengkapkan borang itu ini. Sendiri mau pikir la. Pusat zakat pikir mcm ko la.tu yg keje tak jadi

      Padam
  8. masih kecewa dgn sistem pengagihan zakat. birokrasi tahap mengarut. kadang2 rasa nk pegi sndiri zakat dekat org yg betul2 memerlukan. sailang jelah. sbb nk buat cemana. berzakat tpi hati tak yakin apa yg kita bagi tu smpi pada yg memerlukan.

    dah tu. bangunan zakat naik bertingkek2.

    kecewa. :(

    BalasPadam
  9. kahkahkah... Hasan Malek wakil Kolo Pilah....kahakkahkahkahak......buat andaian...kuala pialh

    BalasPadam
  10. semalam lepas terawikh kat rumah 8rakaat...pergi giant cari pampers anak..sampai je depan pintu masuk giant tgk amil zakat dah ada kat situ..dalam hati cakap pantas betul amil ni solat terawih...

    BalasPadam
  11. semalam lepas terawikh kat rumah 8rakaat...pergi giant cari pampers anak..sampai je depan pintu masuk giant tgk amil zakat dah ada kat situ..dalam hati cakap pantas betul amil ni solat terawih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.sama la. Aritu kat surau. Ada moreh.dia lak yg dok makan. Org tgh solat.dia dok perabih makanan.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.