Ahad, 28 Jun 2015

26 Masalah filem animasi tempatan buatan Malaysia

Peminat animasi di Malaysia sudah terlalu lama berkiblatkan Jepun dan US, malah di kaca TV, Internet dan juga pawagam sudah disesaki dengan pelbagai animasi dari luar terutama siri2 anime dari Jepun dan juga kartun2 dari US. Negara kita sebenarnya sudah mula menceburi industri filem animasi dengan menerbitkan filem animasi sendiri bermula dari tahun 1998 dengan filem animasi Silat Lagenda.

Namun mengapakah ia tetap sukar mendapat sambutan oleh rakyat Malaysia sendiri sehingga seringkali mencatat kutipan tiket yang rendah berbanding kos pembikinannya? Mengapakah begitu sukar sekali industri animasi tempatan untuk berjaya di negara sendiri?

Kami merungkai beberapa faktor utama di sebalik ketandusan animasi tempatan.


Berikut adalah semua filem animasi tempatan yang ditayangkan di pawagam beserta kos pembikinan dan kutipan tiketnya. Hanya filem Geng - Pengembaraan Bermula (2009) yang menampilkan Upin dan Ipin sahaja yang mendatangkan keuntungan dengan kutipan tiketnya melebihi kos pembikinannya, manakala kutipan tiket yang paling rendah pernah dicapai adalah filem animasi Cheritera (2001) yang hanya mengutip RM2 ribu sahaja!


Mengapakah ini terjadi? Berikut adalah antara punca kesuraman animasi tempatan tidak mendapat sambutan di kalangan rakyat tempatan:

1. Mentaliti kartun hanya untuk kanak2

Mentaliti kebanyakan masyarakat kita adalah kartun itu hanya untuk kanak2 menyebabkan orang dewasa tak berminat nak pergi tengok filem animasi di pawagam, apatah lagi animasi Malaysia. Kalau ada pun sebab nak bawak anak2 mereka tengok kartun tu kat wayang. Nak harap budak2 pergi sendiri tengok wayang memang tak lah.


2. Cerita tidak memenuhi citarasa orang dewasa

Kebanyakan filem animasi tempatan yang dihasilkan cerita dan wataknya difokuskan untuk kanak2. Takde animasi tempatan yang jalan ceritanya lebih berat dan kompleks yang memenuhi citarasa dan sesuai untuk tontonan remaja dan dewasa seperti mana anime Jepun dan barat. Bandingkan filem anime Studio Ghibli, filem animasi Disney dan juga filem animasi tempatan. Filem animasi luar fokusnya terbuka kepada semua peringkat umur sedangkan filem animasi tempatan hanya fokus kepada kanak2.


3. Tidak ramai orang dewasa minat kartun

Tidak ramai orang dewasa di Malaysia yang minat kartun terutama orang Melayu. Orang Melayu dewasa kebanyakannya lebih minat filem yang dilakon orang sebenar berbanding animasi. Sama halnya juga dengan buku. Orang Melayu dewasa kebanyakannya lebih gemar membaca buku novel terutama novel cinta mereput pemikiran berbanding buku komik kerana bagi mereka lukisan2 kartun ini hanya untuk budak2.


4. Orang dewasa yang minat kartun pula lebih minat kartun animasi Jepun dan barat

Dan orang dewasa yang minat kartun pula, mereka lebih minat untuk menonton anime Jepun dan animasi US berbanding animasi tempatan. Sebab itu apabila filem animasi Jepun seperti Naruto dan Doraemon apabila ditayangkan di pagawam Malaysia, ramai gila orang remaja dan dewasa yang tengok berbanding kanak2 sendiri. Malah animasi2 barat terbitan Disney, Pixar dan Dreamworks juga mempunyai peminat yang ramai di kalangan orang dewasa seperti filem animasi Big Hero 6, Frozen, Monster Inc, Despicable Me, Toy Story dan lain2, sementara filem animasi tempatan masih tercari2 peminat setia mereka.


5. Judul tidak dikenali dan tiada fanbase yang kuat dan ramai

Filem animasi tempatan yang ditayangkan di wayang adalah cerita baru yang langsung tidak dikenali sebelum ini. Belum lagi dapat bina kumpulan peminat yang kuat, filem dah keluar wayang. Lihat bagaimana filem anime Naruto, Dragon Ball, Doraemon dan Gundam mendapat sambutan yang baik ketika ditayangkan di pawagam, kerana jenama judul2 itu sendiri sudah mempunyai ramai pengikut dan kumpulan peminat mereka sendiri serta fanbase yang kuat.

Dalam banyak2 filem animasi tempatan, hanya filem "Geng - Pengembaraan Bermula ft. Upin dan Ipin" yang boleh dikatakan bijak dalam mencatur permainan dalam industri animasi ini, di mana mereka terbitkan rancangan kartun Upin dan Ipin dulu di kaca TV dan Youtube agar jenama watak kedua2 butak botak ini popular dan mendapat peminat yang ramai serta fanbase yang kuat dahulu, kemudian barulah mereka menayangkan filem Geng yang dibintangi Upin dan Ipin.

Maka filem Boboiboy The Movie yang bakal ditayangkan nanti dijangkakan boleh mendapat kutipan sekurang2nya lebih daripada RM1 juta kerana judulnya sudah popular dan mempunyai kumpulan peminat yang agak ramai juga.


6. Masalah pemasaran dan promosi filem

Dalam banyak2 filem animasi tempatan yang dipaparkan di atas, berapa banyak filem yang anda tahu kewujudannya sebelum ia ditayangkan di pagawam, atau mungkin sebelum anda membaca artikel ini? Masalah pemasaran dan kurangnya marketing adalah salah satu faktor kenapa filem2 ini tidak mendapat sambutan. Iklan trailer tidak banyak ditayangkan di kaca TV, promosi jarang dilihat di media2 cetak, lagu soundtrack filem (OST) pun langsung tidak mendapat tempat di radio atau mungkin langsung takde lagu OST, so macam mana nak harap orang datang tengok kalau orang pun tak tahu akan kewujudannya?

Namun ia berbalik juga kepada isu kos tinggi perlu dikeluarkan untuk membuat marketing. Salah satu filem animasi tempatan yang banyak marketingnya adalah filem Ribbit yang iklan promosi, trailer dan rancangan di sebalik tabir banyak disiarkan di kaca2 TV, sebab itu ia berjaya juga mendapat kutipan tiket lebih daripada RM1 juta. Lagipun yang terbitkan filem itu adalah KRU Studios, so memang patutlah banyak duit berbanding studio2 animasi kecil lain yang baru nak bermula.


7. Kos pembikinan yang tinggi dan mahal

Kita perlu sedar yang nak menerbitkan filem animasi ini sebenarnya menelan kos belanja yang lebih tinggi berbanding filem lakonan orang sebenar, lebih2 lagi untuk menghasilkan filem animasi yang berkualiti yang boleh setanding dengan filem animasi Jepun dan barat. Oleh itu, dengan faktor2 sebelum ini, adalah tidak realistik jika kita mengharapkan dengan membuat filem animasi ini pasti akan mendatangkan keuntungan yang besar mahupun balik modal. Jika anda mahu menerbitkan filem animasi sendiri, suka atau tidak anda kena bersedia untuk gagal dan mengalami kerugian.


8. Kualiti filem tidak seperti yang diharapkan

Kadang2 apabila keluarnya filem animasi tempatan di pawagam, ada yang mahu pergi menonton atas dasar patriotik dan mahu menyokong industri animasi tempatan sambil meletakkan harapan yang filem tersebut pasti menarik dan bagus, namun setelah menonton 1 atau 2 filem animasi tempatan ini, mereka kecewa kerana filemnya tidak seperti apa yang mereka harapkan.

Dengan jalan cerita yang tidak menarik, syok sendiri dan terlalu kebudak2an, watak yang tidak menarik, kualiti animasi yang rendah, dialog yang tidak natural dan terlalu mengikut skrip, bukaan mulut watak ketika bercakap tidak sama dengan apa yang dipertuturkan membuatkan orang hilang harapan terhadap industri animasi tempatan lantas tidak mahu menyokongnya lagi.

Bukan mahu memperlekehkan filem industri tempatan, tapi cuba kau tengok sendiri trailer filem Oh! La La ini, rasa2 ada hati tak nak belanjakan wang 8 ke 15 ringgit untuk menonton filem ini kat pawagam? Dengan animasi dan watak yang sangat dull, dialog dan narator yang sangat tidak natural, lagu OST muzikal yang sangat tahap sekolah tadika, rasa macam kembali ke zaman 90-an. Lebih baik kau tengok kartun Kacang kat RTM dulu. Kos pembikinan sebanyak RM4 juta, sama sahaja kosnya dengan filem animasi Geng, tapi kualiti sangat jauh berbeza. Kalau untuk tayangan TV tu memang boleh diterima lah, tapi untuk tayangan di pawagam? Entahlah. Korang nilai sendiri.



9. Masalah pengurusan

Satu lagi masalah adalah masalah pengurusan. Biasanya filem2 animasi macam ni dapat geran berjuta2 daripada kerajaan untuk dihasilkan. Tapi tak tahu apa silapnya, nak buat pemasaran pun takde duit, bayar gaji animator pun ciput je, nak beli dan belajar teknologi2 baru untuk buat animasi takde bajet, last2 studio animasi pun tutup kedai. Kalau ada pun hasil cuma ala kadar sahaja sekadar melepas batok di tangga.

Contohnya animasi tempatan yang bergayakan anime Jepun iaitu SATRIA The Warriors of 7 Elements yang dikatakan mahu dihasilkan oleh FINAS dan sebuah studio tempatan dengan kerjasama dengan sebuah studio anime Jepun iaitu Gonzo yang dirancang untuk dilancarkan pada tahun 2012, namun sehingga kini masih krik krik. Kebiasaannya projek2 yang tertangguh ini disebabkan oleh masalah pengurusan.


Malah kegagalan filem animasi Oh! La La seperti yang dipaparkan di laman web Amanz.my ini juga kemungkinan besar disebabkan oleh masalah pengurusan seperti yang ditulis oleh pengkomen tersebut:



10. Kerana ia adalah buatan Malaysia.

Ya, kerana ia adalah produk buatan tempatan. Seriously, produk buatan tempatan apa yang boleh menandingi produk buatan luar? Kereta? Motor? Barang elektrik/elektronik? Komputer? Gajet? Telefon bimbit?

Tiada.

Dan rakyat Malaysia juga tidaklah begitu patriotik sangat untuk membeli dan menyokong produk tempatan secara membabi buta sahaja lebih2 lagi produk yang bermutu rendah. So tiada apa yang nak diharapkan sangat untuk rakyat Malaysia menyokong produk buatan tempatan walaupun ada juga yang agak berkualiti dan meyakinkan, seperti contoh filem animasi War of The World - Goliath dan juga Seefood, kalau tengok trailer memang macam tak percaya yang ia adalah filem animasi buatan tempatan.

Cuma untuk keluar dari kepompong mentaliti rakyat Malaysia yang mengganggap ia hanya salah sebuah produk filem animasi buatan Malaysia tipikal yang kualitinya pasti lebih kurang sama, mereka perlu juga buat kerjasama juga dengan mana2 studio luar negara seperti studio anime Jepun, studio Disney dan lain2 untuk menumpang nama dan keluar dari kepompong "Produk Buatan Tempatan", barulah orang akan sanggup pergi wayang untuk tonton.

* * * * * * * * * *

Kesuraman industri animasi ini bukan sahaja dirasai di Malaysia malah negara jiran kita iaitu Indonesia sendiri mengalami masalah yang sama walaupun mereka juga banyak menerbitkan animasi buatan mereka sendiri.

Boleh baca artikel "Lima Sebab Industri Animasi Indonesia Tidak Maju-maju".


So apakah solusi untuk meningkat dan memajukan industri animasi kita?

Entahlah. Aku pun tiada cara untuk memajukan industri animasi tempatan. Mungkin menteri2 yang bijak pandai lebih tahu dan ada cara.

Cuma aku sendiri tak mengharap ia pergi jauh ke peringkat antarabangsa internasionale pun, cuma sekurang2nya setanding dengan industri perfileman tempatan yang walaupun banyak tayang filem bertahap sampah yang dicedok dari dari novel cinta khayalan dengan jalan cerita yang ntah apa2 seperti komedi seram, hantu tahyul, mat rempit, gangster insaf namun masih mampu mengaut keuntungan lebih daripada kos pembikinannya.

Sekian sahaja buat kali ini.

Bacaan lain:




tags: masalah filem animasi tempatan buatan ciptaan hasil malaysia silat lagenda cheritera putih budak lapok geng pengembaraan bermula upin ipin seefood war of the worlds goliath bola kampung the movie supersquad ribbit oh! la la boboiboy the movie

26 ulasan:

  1. Serius aku igt war of theworld animasi omputih. Lain kali buh la nama melayu. Mcm mna org nak sapot . . filem melayu pun xnak buh tajuk melayu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kang boh nama melayu hang kata cerita kampung pulak..apa jadi kat bola kampung..rugi teruk woo

      Padam
  2. Saya selalu juga membawa anak-anak saya menonton filem animasi tempatan. Cuma kadang-kadang, kualitinya tidak seperti yang diharapkan.

    BalasPadam
  3. Bhai Noob...

    Gua pernah terlibat dengan sebuah syarikat animasi dalam Malaysia... Kami buat animasi untuk siri TV ... tahun 1994... guna 2D Animation.... tapi untuk tayangan di Peranchis je... bagi pihak SABAN International ... 40 Episod...

    Krew cuma 12 orang jer termasuk Bos... dan Bos collect paymemt dari SABAN International sebanyak RM15 juta masa tue... dan kami staff dapat bonus 36 bulan gaji.... Alhamdulillah....

    Apa yang menarik, cerita tersebut adalah untuk multi genre... kids to adult.

    BalasPadam
  4. ni full noob tulis ke? atau cedok dr blog lain? dari banyak2 list animasi movie malaysia ak salah seorang animatornye.. cer teka cer teka hehe :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak buat animasi perlukan ketua dan pasukan berdedikasi dan bukan pikir untuk nak beli kete besar rumah besar...tumpukan management, storyline dan lukisan konsep bagus.... insyAllah boleh pergi jauh kebanyakan x leps mcm bro yang tulis kat amanz tu la management x bagus....ada je orang terlibat animasi "lurking' around laman web amanz tu huhu

      Padam
    2. ProoooOOOOOooOoOoooOOOoOoooOOoOtttTtttTTTTtTtT d muka sirosli. arrhh lega baqq angg..

      Padam
  5. Malaysia kalau buat filen hentai baru pecah panggung. .haha

    Tp utk rekod x kira anine Malaysia atau luar negara mmg x byk kutipan...x mcm negara barat sekali buat filem pixar atau Disney sure box office...paling meletop pun cite minions je. Mmg demand kat Malaysia kurg.

    Cite anime buatan msia better masuk market oversea..sure demand ada n masyuk..hrap market msia mmg x pulg modal. Cite kampung boy pun sbnrnya untung sbb market oversea. .kat Malaysia serupa xde peminat

    BalasPadam
  6. em..aku rasa boboiboy ni meletup gak.

    tapi mungkin tak tinggi cam filem geng.

    Upin ipin lebih besaq pengikutnya.

    Tapi, still da best setakat ni.

    Tunggu Satria.

    Harap cepat keluar dan end productnya bagus.

    kalau tak, takde la.

    harap kat upin ipin dan boboiboy je la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tinggi.. insyaAllah... dont underestimated fan dia.. pada ak fan dia overall lagi ramai dari upin ipin kalau asia tenggara hehe.. tunggu dan lihat je la

      Padam
    2. boboiboy boxoffice 17 juta beb lagi banyak dari upin ipin geng the movie

      Padam
    3. Skrg 2020 animasi malaysia dh berkembang smpai 70 buah negara

      Padam
  7. Dalam list kat atas, aku rasa filem Geng dgn seefood jer aku pernah tgk banyak diiklankan kat tv. Aku jarang tgk tv, jadi aku tak berapa pasti. Aku rasa ada gak filem animasi yang tak list. Tak salah aku tajuk dia Perak Boy.

    Dah laa kos tinggi, nak siapkan satu saat punya footage beratus lukisan kena buat. Walopon aku tak terlibat dgn filem animasi, aku pernah buat flip page kartun sendiri.

    Part yang kabo sasaran filem pada kanak2 tu, mmg betul. Tengok poster pun tak menimbulkan minat untuk aku pergi wayang nak tengok. Huhuhu... tapi yang Goliath tu aku rasa nak tgk. Tapi tak pernah jumpa plak DVD dia. Masa tayangan dulu pun aku tak tau filem tu wujud.

    BalasPadam
  8. Sebagai peminat animasi dan kartun org luar dan sebagai pelajar baru nak berjinak dengan animasi tempatan ni, sememangnya point utama adalah fanbase kena kuat. Macam kita nak jual komik, kena lah perkenalkan idea konsep and sneak peek cerita kita dekat bakal customers kita melalui sosial media sekarang. Sebab function share tu lah jadi billboard kita untuk perkenalkan produk kita. Jujurnya , kuatkan fanbase dahulu,
    macam bagi suap kat orang tempatan Malaysia ni tentang apa yang seronoknya animasi ni, dah suap lama- lama barulah kita boleh menduga -duga untuk movie pula ya.
    Dan yang palinng penting hati-hati dengan corrupted person dalam produksi = , =

    BalasPadam
  9. masalah utama gua rasa strategi pemasaran lah. i mean hello? ni first time kot gua dgr nama-nama animasi tempatan kat atas. hanya putih, boboiboy, upinipin je familiar.

    anyway, harap upinipin dan boboiboy boleh jadi batu loncatan utk filem animasi tempatan bergerak ke depan sbb depa ada potensi.

    BalasPadam
  10. Pasaran kecik. Saingan katun luar.

    BalasPadam
  11. aku kalu nak tegok apa2 animesi first kualiti, watak and jalan cerita. tu je ni kebyakan animasi2 kat malaysia banyak fokuskan pada kanak2 yng dewasa pun ada yg minat jugak jadi sambutan tu dipegaruhi oleh target sesebuat cerita itu sendiri pda masyarakat.

    BalasPadam
  12. Aku sendiri pernah berada dlm industri ni,
    memang semua poin ni bernas sangat, terutamanya poin no.1
    Kebanyakan idea animasi ni datang dr seorang induk dan dikembangkan bersama geng2nya.
    Kalau induk tu dah set dlm minda itu idea utk tarik minat kanak2, maka akan jadilah animasi yg terjurus hanya kepada kanak2.

    Bab fanbase pun satu.
    Laju sangat animasi kita nak tayang movie.
    Baru dpat bayaran stesen TV beratus ribu dah nak berangan jadikan movie.
    Cuba kuatkan fanbase dulu, dan jangan laa lama sangat restnya.
    Macam BoBoiBoy contohnya, dari satu musim ke musim seterusnya mak aih, berjanggut nak tunggu.
    Nak isi slot, tayang siri berulang2.
    Budak kecik pun boleh bosan, apatah lagi orang dewasa...

    Selagi animasi kita berada di acuan yg sama, aku rasa tak kemana..
    Akan berulanglah sejarah Cheritera nanti...

    BalasPadam
  13. Last maybe kutipan rendah sbb byk org malaysia kaki download lepas kluar wayang...sbb 2 less kutipan.

    BalasPadam
  14. Ni pandangan aku sebagai penonton yang mmg suka tengok cerita kartun segala disney, pixar sume tu kat wayang. Jadi tak boleh nak kata orang dewasa Malaysia tak berapa suka tengok kartun. Cuma satu hari tu aku nak bawak anak2 tengok movie dan ternampak cerita Seefood, bukak youtube dulu nak tengok trailer samada cerita ni menarik atau tak. Masa tu tak tau pun yang cerita ni made by Malaysian. Start movie not bad, animasi cantik, pergerakkan nampak smooth, tapi lama2 rasa tak selesa tengok cerita ni, plot cerita ntah ape2..tiada unsur-unsur nasihat yang 'deep' macam cerita Kung Fu Panda,Lion King, tiada lawak2 yang mampu mengeletek jiwa raga macam cerita 'How to Train Your Dragon2", tiada unsur menarik di jiwa dan raga dengan music yang "cathcy" macam cerita "Frozen" " Despicable Me""Tangled" tiada unsur pengembaraan macam cerita "Finding Nemo" .... Ternyata skrip cerita yang sangat lemah dan pengarah atau idea asal kurang kreatif... Dari memula semangat tengok cerita ni bertukar jadi tak sabar tunggu habis. Keluar wayang baru la aku google siapa producer cerita ni dan seperti biasa ayat yg keluar "choiii...no wonder la, made in Malaysia".

    Aku tak kata semua cerita kartun animasi luar negara tu sangat hebat sebab ada beberapa cerita kartun yang kurang menarik cth mcm Shark Tale walaupun menggunakan Will Smith tapi cerita tu sangat hambar. Aku setuju bila ko kata filem animasi kita hanya target audience pada kanak2 sebab tu diorg buat cerita yang hambar macam tu...sebab konon2 kanak2 ni bukan tau nak fikir.

    BalasPadam
  15. Toadjitsu behind enemy lines

    A party on a water chalet was crashed by gunmen and a girl was taken by high powered speedboat and disappeared into the night. The attacker was believed to have taken her deep into the mountainous jungle on one of the many island surround the mainland.

    Toadjitsu is determined to go after them, with the help of "Deen the Pilot", a retired air force pilot he managed to get to the island and later with the help of the local, he traced the girl into the kidnapper's lair. Unfortunately Toadjitsu intrusion was foiled by the guards.

    Toadjitsu managed to escape and vowed to return. He sought the help of old friends, a group of contractor, whose its leader love to cross-dress. Now reinforced with a cross-dresser led contractor Toadjitsu returns to get the girl.

    BalasPadam
  16. Monsta telah bertungkus lumus untuk menyiapkan filem animasi BoBoiBoy The Movie dan dijangka akan ditayangkan pada hujung tahun ni... Sy ni peminat fanatik BoBoiBoy walaupun umur sy 23 tahun... x de alasan untuk memberikan support untuk BoBoiBoy sbb sy yakin yg Monsta Studio x kan menghampakan penantian peminat setianya dengan menyajikan story plot BoBoiBoy yg terbaik. Go BoBoiBoy and Monsta!!!!

    BalasPadam
  17. boboiboy the movie box office 16 juta

    BalasPadam
  18. Saya pernah bagi sokongan kepada kartun Usop Sontorian...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.