Bila kuku panjang pulak ada yang kata, tak elok biarkan panjang, satu kuku panjang umpama membela sepuluh kandang babi katanyaa. Benda2 macam ni pun boleh jadi bahan ke. Tak payah la nak tunjuk Islamik sangat. Nampak bodoh je aku tengok. Ada caranya kalau kau nak berdakwah sekalipun, tapi bukan dengan cara macam ni. Bila dia tak ikut kau, selagi tu lah kau akan kata benda yang sama, kau tak rasa dia rimas ke asyik dihukum sepanjang masa.
Gambar hiasan - Felixia Yeap |
Lagi satu, bila ada mat saleh masuk Islam ke, pandai cakap Melayu ke, mulalah puak2 batak ni bangga konon dah mulia sangat dah tu. Dey, Bangla, Nepal, pun ramai yang Islam, malah diorang pun boleh cakap Melayu dengan baik. Siap boleh azan lagi. Punyalah ramai, bersepah sepah, kau tak bangga ke? Dengan cina lawa/mat saleh handsome je ke yang korang sanjung?
Apa kau ingat, Islam itu milik Melayu? Nak kena jadi Melayu baru afdhol? Tapi, Melayu sendiri pun sibuk nak jadi arobb. Macam mana pulak tu? Sigh. Budaya dengan agama pun tak reti beza, ada hati nak mengajar orang. Apa kau lahir2 dulu terus hidup berpandukan sunnah semata mata? Tak pernah buat salah? Kau tak fikir ke apa perasaan orang yang baru nak kenal Islam tapi dihukum sepanjang masa, dipaksa menukar namaya dengan nama2 arobb..?
Ada ke Tuhan kata, taruk nama Lucy tak boleh masuk syurga, taruk nama Awang, Melati, tak boleh masyuk syurga? Ada? Sampaikan nama melayu pun, nak tiru arob, sembang pun ana, unta, pakai awak saya tak cukup sopan kah? Apa kau ingat semua arob itu islam? Pakai jubah terus islam? Mudah lah kalau begitu.
Kau tak rasa malu ke, kat media so-sial asyik nak menghentam kafir, tapi Melayu sendiri pun tak betul. Entah entah, anak bini pun tak tutup aurat, tapi bila nampak kafir yang baru masuk Islam ni pakai tudung, kau kata ehh tak boleh pakai tudung macam tu, bonggol unta lah apa lah, tak tutup dada lah, kurang labuh lah. Tapi ada je niqabis yang up dia punya selfie sehari paling kurang pun lima keping, apa tujuan tah aku pun tak faham. Bila ditanya kau pakai niqab buat apa, kan panas sini. Dia jawab, 'nak elakkan fitnah' tapi bukan ke apa yang dia buat tu mendatangkan fitnah?
Kalau macam ni lah sikap melayu sekarang, kau rasa ada bagi apa2 kesan yang baik ke pada agama? Atau buat orang lebih meluat dengan Islam. Malah aku tak pelik, kalau ada melayu yang murtad, walaupun dia dari keluarga yang baik-baik. Kau sendiri tahu kenapa.
Sumber dari FB Ell Shakila.
* * * * * * * * * *
Islam bukan hak milik Melayu.
Melayu tidak semestinya Islam.
Masuk Islam bukan bererti masuk Melayu.
tags: cina mat saleh orang putih india masuk peluk agama islam bukan masuk melayu hak milik felixia yeap raisyyah rania yeap bekas model playboy ell shakila
Ngaaa setuju ngan nub!
BalasPadamAgak2 bila nak tengok orang melayu kristian, melayu hindu dan melayu buddha ada kat malaysia ni?
Padamyg indah diagung2kan yang buruk di pandang macam sampah. Padahal taraf kita sama je disisi Allah. yang membezakan kita hanyalah amalan...
BalasPadammemang ramai yg salah anggap macam tu.agama je bertukar. cara hidup selagi tak bertentangan dgn islam tu tak salah pun.
BalasPadamYup... setuju sangat... Melayu pun ramai yang solat pun tak cukup lima waktu... At least orang yang baru memeluk Islam itu sudah menerima hidayah nya... Orang Melayu yang asalnya Islam nie bila pulak nak berubah untuk menjadi lebih baik lagi? Fikir-fikir dan renung-renungkan lah...
BalasPadammelayu ngan batak atau sinonimnya obses yang melampau tak dapat dipisahkan.
BalasPadamencik noob. thanks buat info2 mcm ni. boleh menyedarkan bani melayu yang makin lama hanyut.
abang gelojoh
seriously, kadang jd malu dgn bangsa sendiri. tetambah lg bila berkelakuan tak senonoh depan org bukan melayu. melayu tu sinonim dgn Islam, so bila org bukan Islam tgok melayu yg cmtu sikit sebyk akan tercalar jgk imej Islam, hm.
BalasPadamyang paling best melayu berarak depan gereja suruh turunkan salib ..tapi ada kat situ lelaki pakai rantai...bangle....yang tak pernah sembahyang pun hadir sama memeriahkan majlis menghentam agama lain....sebelum tu puak makcik2...membaca yassin beramai2 didepan mahkamah dengan begitu hiba sekali ketika keputusan penggunaan kalimah Allah dibentangkan..padahal makcik2 ni selalu x baca yassin pun ,,waktu terluang lebih bnyak diisi dgn senamrobik..poco2...zumba..dan majlis2 perjumpaan politik yang merepek ...dan walaupun malaysia ini negara yang majoritinya 70-80peratus islam..tetapi penghijrahan agama antara bukan islam ke islam amat sedikit...bandingkan dengan negara eropah ketika ini ..orang islam sedikit tapi penghijrahan tinggi..kenapa..? sebab.. x de melayu disana yang akan buat benda pelik2 dengan memakai nama agama...disana orang bukan islam amat2 dialukan hadir ke kawasan pentadbiran masjid..masjid selalu buat open house untuk beri penerangan untuk komuniti bukan islam.. ..kat sana..kalau ada dan mereka memeluk islam kerana kekuatan agama itu sendiri...lihat sahaja pengalaman penceramah terkenal Hussien Yee..kisah di halau keluar masjid sewaktu mula memeluk islam ..kerana melayu rasa islam adalah ekslusif untuk melayu.even jika mufti mengeluarkan sesuatu pendapat yang bertentangan dengan agama islammelayu ,,mereka mufti tersebut dicop wahabi..
BalasPadamkes gereja salib tu memang buat aku face palm. tak leh terima akal. nonsense. and the worst part is ada makcik tu ckp tgk salib boleh tercemar otak. kepala otak dia lah. event though diorang non muslim they deserve kebebasan beragama. tak jadi masalah pasal salib. seriously double standard.
Padamabang gelojoh.
Masuk islam = masuk maleis..
BalasPadamApa lah nub ni...
BalasPadamMasuk melayu lah best...
Baru masyuk... Pahala berlipat kali ganda lagi banyak dari solat berjemaah...
Patutnya Malaysia ini kita reboot balik terutama bab agama...semua orang x kira tua atau muda asal kat ic ada tulis islam wajib masuk semula kelas fardu ain..basic agama ..bermula bab taharah..-air sembahyang-mandi wajib dan bab taurat..jadi x akan ada kita dengar dialog" terpaksa cuci darah
BalasPadamkerana makan cokelat babi, salib boleh mempengaruhi anak anak, beras sebutir yang kita makan adalah kerana umno...
Patutnya Malaysia ini kita reboot balik terutama bab agama...semua orang x kira tua atau muda asal kat ic ada tulis islam wajib masuk semula kelas fardu ain..basic agama ..bermula bab taharah..-air sembahyang-mandi wajib dan bab tauhid..jadi x akan ada kita dengar dialog" terpaksa cuci darah
BalasPadamkerana makan cokelat babi, salib boleh mempengaruhi anak anak, beras sebutir yang kita makan adalah kerana umno...
Noob.. Mcm mana yg d katakan melayu yg betul dan boleh d jadikan ikutan....
BalasPadamSetuju sangat dengan entri ni.
BalasPadamDah lama dah aku perasan, cuma tak pandai nak buat ayat power menusuk kalbu macam entri ni.
setuju.. hehe.. btul semua tu . saya islam tapi kurang berkenan dengan beberapa sifat melayu
BalasPadamlove melayu. do you ?
BalasPadamaku hairan melayu muslim ni asyik sibuk nak menirui orang arab. sbg contoh yang lelaki walaupun janggut tak menjadi mcm janggut kambing pun sebuk nak simpan, selekeh sangat dan pengotor kononnya nak tiru org arab. taksub tak bertempat. pada hal org arab tu memang spesis yang berbulu. Bodoh punya melayu.
BalasPadamAgreed, Ajar sejarah dulu kat bahalol racist ni. sebagai contohnya islam tu dah bertapak kat india dengan cina lama sebelum kat malaysia dan jumlah penduduk islam kat sana lebih dari entire malaysian.Cukur jambul la, bersanding la semua 90% ciplak Hindu tapi tak tau malu nak kutuk india itu la ini la. Sedar lah sikit, jangan asyik paksa anak belajar matematik dengan sains je, ajar anak belajar sejarah dan agama, dan jangan ajar anak jadi racist.
BalasPadamTapi,di Malaysia ada orang India Hindu pun ada,India Muslim pun ada,India Kristian pun ada.
BalasPadamAda orang Cina Buddha pun ada,Cina Taoism pun ada,Cina Kongchu pun ada,Cina Kristian pun ada,Cina Muslim pun ada,Cina Hindu pun ada,Cina Ateist pun ada.
Tapi,ada orang Melayu Muslim pun ada jugak.But, kenapa orang Melayu Kristian takde dan orang Melayu Hindu pun takde!!!!!
kenapa????