Selasa, 23 Jun 2015

4 Ada apa di Jambatan Kedua Pulau Pinang tahun 2015?

Pada yang tak tinggal kat belah utara, atau belum pernah lagi melancong kat Pulau Pinang terutamanua, inilah masanya nak merasai sendiri pengalaman menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah atau orang dok sebut Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Biasanya pun, kalau orang nak guna jambatan ni, kena guna kenderaan sama ada motor kaa, kereta kaa, lori kaa, but ade satu acara yang membolehkan korang guna jambatan ni naik basikal, hehehe... Citer dia lagu ni haaa...


Pada tahun ini, ada dua event yang akan di organise oleh Jambatan Kedua Sdn Bhd. Pada yang suka acara yang menguji ketahanan mental dan fizikal, boleh la join Merdeka Hunt yang akan berlangsung pada 29 Ogos 2015 ni nanti.

Pada yang suka pada aktiviti berbasikal santai bersama keluarga, boleh pulak join pada 20 Disember nanti. Meh aku nak story satu-satu...

Merdeka Hunt - 29 Ogos 2015 
 


Aktiviti Merdeka Hunt ialah acara Treasure Hunt yang diadakan bersempena dengan sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini. Pada yang suka aktiviti macam ni, boleh dapatkan borang penyertaan dengan klik di sini. Yuran penyertaan ialah RM 300 untuk satu pasukan di mana minimum pasukan seramai 2 orang dan maksimum 4 orang.

Hadiah best menanti pemenang iaitu :

Tempat pertama : RM5,000
Tempat Kedua : RM 3,000
Tempat Ketiga : RM2,000
Saguhati (4th-10th place) : RM 250.00

Memang berbaloi melabur RM 300 pastu dapat hadiah ribu riban... hehehe... nak tengok media release berkenaan event ni?

Klik sini.

Kalau ada syarikat korporat yang sudi nak sponsor, boleh emel saya (syuhada@jambatankedua.com.my).

JKSB Ride - 20 Disember 2015



JKSB Ride ialah acara berbasikal santai bersama keluarga dan rakan-rakan. Program ni sebenarnya adalah untuk mengutip dana untuk Tabung Bencana Alam Yang Dipertua Negeri dan Pertubuhan Kebajikan di sekitar Negeri Pulau Pinang. Tapi kena ingat tau. Acara ni bukan pertandingan. Jangan racing atas jambatan pulak sebab ni acara santai bersama keluarga. hehe...

Yuran penyertaan ialah RM 95 sahaja dan penyertaan adalah untuk yang berusia 12 tahun ke atas. Untuk menyertai program ni, daftar kat sini.

Yang ni pun kalau ada sesapa pihak korporat yang berminat nak taja, emel kat saya syuhada@jambatankedua.com.my naaa... Kalau nak baca media release berkenaan event ni, leh tgk sini.

Ok..kalau nak tau maklumat lanjut, boleh pi kat JKSB punya website, www.jambatankedua.com.my atau "Like" Facebook kitorang kat www.facebook.com/jsahmsofficial.

Pas join dedua aktiviti ni, boleh la jenjalan kat sekitar Penang.. Penang best wo.. cari Nasi Kandar, Char kuey tiaw... MARVELLOUSSS...!!

Ok tu jaaa nak habaqqq..!!

Hebahan oleh Luvayoie.




tags: acara event di jambatan sultan abdul halim mu'adzam shah jambatan kedua pulau pinang merdeka hunt jksb ride naik basikal

4 ulasan:

  1. Huyooo... macam menarik jer...

    BalasPadam
  2. naik ngan kete rm7.00 jer..kene GST..NAIK rm2.00.. apasal nak bayar ratus2 kerana hal nak naik jambantan pulau pinang?

    sumuanya kerja nak menipu belaka.. tima nak cover, petik la berbagai hadis, nama2 nabi dan nama tuhan untuk membodohkan orang..

    inilah wajah malaysia yg sebenar..

    BalasPadam
  3. Niat saya nak mengintai orang berak!

    Lepas berak orang tidur!

    BalasPadam
  4. selalu lalu sini bila balik usm

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.