Mesti korang ingat entry ni cerita pasal seks dan proses nya, kan?
Ada sedikit kebenaran dan pengajaran dari cerita benar yang diceritakan kepada aku supaya pengajaran ini kita kongsi sama-sama dan kenapa pendidikan seks mesti diajar secara sistematik, Islamik dan berdasarkan situasi terkini kepada generasi muda sekarang supaya mereka lebih sedar dan prihatin. Bukan sekadar tengok porno dan praktik.
Porno adalah salah di sisi undang-undang. ( ANDA telah diberi amaran KERAS)
Cerita 1 - Pandai tak semestinya Cerdik.
Ain (bukan nama sebenar) adalah seorang pelajar Master kat UM . Kawan sekolah dan kampung aku dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah. Sampai lepas SPM, aku ke UiTM.
Dia ke UM.
Cantik orangnya Ain ni.
Gaya Islamik menutup aurat dan muka merah-merah pink (adoi..apsal lah aku tak ngorat dulu), cermin mata hipster , hijabista.
Ya, Ain adalah hipster yang lebih awal dan lebih cantik dari berbanding hipster-hipster baru nak up sekarang.
Keluarga Ain sangat konsevatif. Sangat kental budaya Melayu dan Islam. Boleh aku katakan agak keras didikan agama kerana semua adik beradik beliau perempuan. Sehingga Ain berjaya sambung Master di UM dan bertemu dengan tunang beliau semasa habis konvo. Satu hari aku dapat call dari Ain. Menangis tersedu-sedu.
Ain : Soul, tolong aku Soul ( tersekat-sekat sebab nangis agaknya).
Aku: Apsal kau ni? Kau eksiden ke?
Ain : Aku takut Soul, aku nak lari. Aku buat salah Soul.
Aku: Kau buat apa sampai nak lari-lari ni?
Ain : Aku takut aku dah mengandung Soul...
Aku: Alamakkkkk ..( masa ni aku nak sakit jantung dah) ..Kau ada kat mana sekarang?
Ain: Kat Kolej. Aku dah siap baju. Kau datang amik aku ye.
Aku : Ok, macam ni..Kau tunggu aku dekat Strawberry. Kau control sikit nangis kau tu. Nanti aku sampai.
Ain: OK, aku bawak baju aku ye..
Aku :Tak payah..kau tunggu je aku kat sana..
20 minit, lepas aku bawak kereta macam ribut dan tidak berhemah seperti rakyat Malaysia, sampai kat Strawberry kat PJ.
Ain dah sampai. Berair-air mata.
Merah ke"pink-"pink'an pipi dia.
Adui..lagi sekali aku menyesal kenapa lah aku tak mengorat dia dulu. Aku order teh o' ais limau.
Ain: Bawak aku balik rumah nenek ye (Rumah arwah nenek dia kat Kuala Kedah)
Aku: Jap-jap, apa kau dah buat ni?
Ain :Aku dengan Normie , dah buat sesuatu..
Sudahhhhh, Normie tu nampak macam baik (tunang beliau yang macam Ustaz,) Aku dah mula membayangkan muka Normie kena penumbuk. Rilek, kena control emosi.
Aku : Kau dah buat apa ? Cuba kau bagitau apa? Sampai mengandung?
Ain : Aku tak tau aku mengandung ke tidak, aku tak pergi doktor , takut.
Aku : OK, ok..kau buat apa? Kau tidur dengan Normie ke?
Ain: Tak...tapi sikit-sikit..
Sikit-sikit? Kau dah nak mengandung kau kata sikit-sikit? Aku dah mula naik marah.
Ain: Aku..aaa...aku aa...(oral sign BACA: Saya harap anda semua faham).
Tersembur teh o' limau aku.
Aku : Laa..abih macam mana kau tau kau mengandung?
Ain : Aku tertelan sikit.
Laa......lepas tu aku dengan gaya expert terangkan kat Ain, dia tak mengandung dan apa yang dia buat tu tak menyebabkan mengandung. Walaupun dia buat benda yang salah, aku marah tapi aku bagi amaran JANGAN ULANG lagi dan pergi baca buku pasal Sex dan Pregnancy.
Baru lah muka Ain kembali ceria.
Muka penyesalan tapi senyum lepas menangis.
Adoii...Cantik nya Ya Allah...
Dan aku menyesal buat kesekian kali nya sebab tak mengorat Ain.
( Ain bernikah dengan Normie dan mempunyai 3 cahaya mata yang comel. )
Aku ada tanya Ain apa rasanya air mani ?
Dia bagi jawapan straight to the point .
Rasa macam..
Biarlah rahsia ini aku simpan sampai bila-bila.
Moral Cerita ini : Belajar ilmu rumah tangga sebelum kahwin dan kalau tunang kau hanky-panky, sila lempang beliau.
-
Wujud rupanya orang species camni...
BalasPadamaku ingat cerita lawak kelakar orang buat je...hahahah
Meleis.. cerita lain xder..sumernya menjurus kepada kebodohan unik level kaplavutttooo..
BalasPadamBiol segenap segi..bab air pun bodo..bab api pun bodo..bab tanah pun bodo..bab angin pun bodo..
macam kau gak.. komen menjurus kpd kebodohan yang unik..
Padamaku pernah baca kisah benar kat China
BalasPadamalkisah satu pasangan tu pi jimpa doktor setelah lebih 10 tahun berkahwin dan masih tidak mempunyai cahaya mata.
Setelah doktor korek korek cerita, paasngan tu kata kalau bercium nanti mengandung. so 10 tahun lah depa bercium saja atas katil. parent dorg yang ajar.
haha kesian giler kot
baru tunang dah buat oral? jahanamm
BalasPadamorang lawa dan sopan pun boleh mcm tu punya perangai ringan2 argk celakak ak ni yg jauh dari perangai bagus lagi tinggi le dekat ngan benda celakak ni2 ish takut la dekat perempuan kang ak bertukar jd len lak -_-
BalasPadamlupa nak cirit sket kat muka Tanpa Nama "creeettt creeet" arghhhhh lega bak hangggg
Padamprooootttttt!!!!!!! dkt muka seriously
Padamhahahah so sweet la ko ni .... hahahahha
BalasPadamGiler...perkerjaan hembus gamaknya....
BalasPadamNoob,aku ada 2 anak perempuan. Masih kecil,primary n tadika. Kalau boleh aku nak ajar an nisa kesayangan nyawa jantung aku ni - sekiranya bersentuhan pun bukan hanya berdosa,tapi boleh mengandung. Tapi dgn internet,ok yang ni mungkin aku boleh pantau; tapi bagaimana dgn pergaulan di sekolah antara kawan2 diorg in future? Siapa boleh jamin anak kita sentiasa bergaul dgn orang yg baik2 je di luar sana? Sebagai bapa aku rasa takut dan cuak.cukup pendidikan agama pun belum tentu boleh memandu hidup anak2 kita.diajar tentang sex ditakuti lain pula pemahamannya. Akhirnya babah sentiasa risau...
BalasPadam