Ahad, 18 Oktober 2015

17 Masalah tak perlu diselesaikan dengan kekasaran

Semalam kecoh di laman sosial apabila tersebarnya video seorang pekerja warga Bangladesh di pukul oleh seorang pelanggan di kedai mencuci kereta.

Tindakan pelanggan lelaki yang ganas itu dikecam hebat oleh netizen, rata-rata turut geram dan mahu lelaki berkenaan di bawa ke muka pengadilan.

Namun menurut seorang wanita yang dipercayai pemilik kepada Car Wash berkenaan, insiden itu tidak habis di situ apabila pekerjanya dipukul lagi di belakang kedai sehingga patah hidung.


Menurut wanita ini, pekerjanya dipukul lagi di belakang kedai namun malangnya CCTV tidak berfungsi. Terdahulu, lelaki ini dikatakan berang kerana pekerja warga Bangladesh tersebut telah mengotorkan keretanya.




Malah dia enggan membayar kos mencuci kereta dan meminta ganti rugi RM1000.

Difahamkan laporan polis telah dibuat. Apa-apa pun kita tunggu susulan daripada kes ini, harap dibawa ke muka pengadilan. Jangan kerana ‘pangkat’ kes ini dipandang remeh.

Sumber OhBulan! dan FB Atie Abdul Hamid.

Baca kenyataan balas individu tersebut di Oh! Media ini.


* * * * * * * * * *

Aku tak nak cakap pasal bangsa sebab tak semua orang Melayu macam ni, malah ini mungkin kes 1 dalam sejuta yang berlaku di car wash, tapi apa yang dilakukannya tetap memalukan bangsa.

Kalau ikut pemikiran yang logik dan waras, perkara macam ni tak perlu berlaku pun.

Serius, benda basic gila kot.

Kalau tak mahu orang sentuh kereta mahal kita, tak payah hantar car wash, pergi lah cuci sendiri, tak pun suruh orang gaji basuh.
Kalau tak mahu orang bangla sentuh kereta kita, hantar la kedai car wash melayu atau cina atau india.
Kalau tak nak orang cuci belah dalam kereta, sebelum cuci tu bagitau la suruh cuci luar sahaja jangan cuci dan vakuum kat dalam.
Kalau tak mahu pekerja itu buat itu dan ini, beritahu sahajalah, bukan susah pun. Kita ada mulut, mereka ada telinga.
Kalau ada kesalahan yang pekerja itu buat, bau badan terbusuk ke, peluh menitik kat dashboard ke, tercalar seat ke, benda boleh bincang, tak perlu pukul2. Hanya kerana dia bangla dan kita melayu, bukan bermakna taraf dan darjat kita lebih tinggi dari mereka.

Malangnya, kadang2... kita ni ni... nama sahaja harta sahaja banyak, kereta sahaja besar tapi otak kecil. Kesian...



tags: melayu pukul lempang sepak pukul bangla bangladesh car wash tempat cuci kereta sungai buloh viral cctv video berdarah basuh dalam kereta range rover

17 ulasan:

  1. Hmm.. Ada hujah macam ala2 menteri kat situ.. Teringat ada artikel seorang blogger tak suka makan atau disebabkan layanan pekerja di restoran melayu suatu ketika dahulu.. Tak ingat dah, mudah lupa plak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tun maksudkan time tu dia tunggu lama and akhirnya dia belah tanpa dihidang pada waktu bulan puasa? Saya pun mcm pernah terbaca tp ingt2 lupa

      Padam
  2. Perempuan sebelah tu bini dia ke?tadek nk komen psl isteri dia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenapa nak kena komen pasal pompuan tu? apa pompuan tu buat?

      Padam
    2. Disebabkan darah setitik, rosak susu sekotak...

      Padam
  3. Ni bukan melayu... ni meleisssss...... poket tebal otak kosong...

    BalasPadam
  4. Ni bukan melayu... ni meleisssss...... poket tebal otak kosong...

    BalasPadam
  5. Aik, dalam Benama radio pagi tadi lelaki tu kata dia belasah sebab bangla tu kurang ajar, dah kena sound pun masih buat selamba, siap duduk tempat penumpang dan lap ceiling kereta guna kain lap sampai melekat hitam dari kain lap, kalau korang kena macam tu tambah2 lagi kereta baru apa korang rasa?

    tapi aku tak dapat cari link, Noob boleh tolong kasi pencerahan tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku tengok video tu bangla tu tros keluar pas kene sound meleis tu?takde pon dea wat selamba.apa yang kurang ajarnye?kalau dea wat selamba mungkin dea pekak.tapi perlu ke sound dengan penampar?kalau hitamkan ceiling kereta surohla dea cuci balik sampai bersih balik?akupon salu je g carwash indon bangla cuci kete x bersih tapi aku baik2 je cakap suroh cuci balik.masa aku pakai kete baru dulu aku cuci sendiri x g kedai

      Padam
    2. Actually seperti yang aku cakap kat atas tu, tak dinafikan mungkin ada kesalahan yang bangla tu buat, bau badan terbusuk ke, peluh menitik kat dashboard ke, tercalar seat ke, tapi benda2 macam tu semua patut diselesaikan dengan mulut je. Tegur, panggil manager dan sebagainya, sebab once dah start guna kekerasan, dia dah jadi kes lain.

      Padam
  6. Byk version cite ni...so tunggu official report n baru komen..nanti kalau tgk gambar n video je x cukup, banyak benda hidden kita x tau disebalik cerita sebenar. Again, rakyat m'sia suka sensasikan berita..not solve the issue....

    BalasPadam
  7. kereta bos dia agaknya tu yg mengamuk lebih, takut kena marah dgn bos dia pasal bos dia ingat dia yg berpeluh..... gaya je lebih, drebar je kot...

    BalasPadam
  8. Rasanya apa kesalahan seseorang tu sampai melayakkan dia dibelasah sampai patah hidung ye?
    Dr gaya video tu, macam poyo je lebih owner tu...

    BalasPadam
  9. itulah namanya bertindak dengan emosi... sebab tu boleh jadi kes camtu.. padahal boleh settle dengan baik kot..pikir laa..

    BalasPadam
  10. bodooooooohh..ada audioo ka? sial laa jai.. tiada audioo jgn la bnyk ckp..anjing kmu ni.. suka hati la dia pukul org.. mcm sial.. hoiii anjing2 sekaliannnn.. babiii kamu laa..hahahahahaha

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.