Khamis, 8 Oktober 2015

6 Taktik Baru MLM Part 1 - Keikhlasan dan Rendah Diri

Aku baru je bergaduh dengan sahabat baik aku yang aku dah kenal selama lebih kurang 20 tahun. Punca?

MLM.

Dan dalam dua posting yang akan aku tulis akan mendedahkan bagaimana cara baru cilaka-cilaka MLM Headhunters ni menggunakan taktik baru untuk menjerat rakyat marhaen macam kau dan aku untuk masuk ke jerat MLM , money game, business partner atau whatchamacallit BULLSHIT.

Ihsan google Image

  • Zaman MLM tayang duit beribu-ribu, kereta mewah dan kehidupan hedonis tak boleh pakai lagi. So, celaka-celaka MLM ni pakai taktik rendah diri, hidup biasa, family man dan banyak lagi taktik belas kasihan.
  • Kau memang murung. Samada kau baru lepas bergaduh dengan bini, kereta kau kena tarik, lepas bercerai dan apa jua masalah kehidupan sempena keruduman ekonomi yang kau hadapi sekarang.
  • Kawan baik kau yang kau kenal akan datang denagan rendah diri, penuh belas kasihan akan bertanya khabar kau dan bagi kata-kata semangat dan motivasi. 
  • Percaya kan? Mestilah!!! Ini kawan baik kau. Takkan kau tak percaya...
  • Sikit-sikit dia akan racun kau dengan fakta ekonomi.
  • Ayat biasa " Kau tengok keadaan ekonomi sekarang, kejatuhan ringit...Najib curi duit..kerja macam hamba abdi..bla..bla..bla". Percaya??
  •  Hei, kawan kau kan bekas jurutera OIL & GAS. Takkan simple economic facts pun kau tak boleh google?
  • Lagipun kau tengah terdesak. Silap-silap suruh jual dadah pun kau sanggup. So di sini peranan "berlakon Ikhlas" menjadi sangat berjaya. Dia bayar teh tarik dan roti canai kau makan kat kedai mamak. Dia berasa simpati dengan masalah kehidupan kau dan tawarkan nasihat walaupun dah beratus kali kau dengar nasihat yang sama.
  • Dia akan bukak fakta- apa bisnes paling berjaya dalam Dunia ? McD (walaupun kau boikot separuh mati). 
  • Apa networking paling berjaya dalam dunia ? Microsoft (Bodoh sebab sekarang adalah dunia GOOGLE).
  • Masa ni kau dah mula rasa 50-50. Aku faham kalau kau sembang dengan orang lain. Tapi ini kawan baik kau kot!!! Skeptikal dan Ego kau masih menang masa ni.
  • Dan kau mula start tanya " Apa bisnes kau buat ni sahabat?" Masa tu jerat dia dah mengena.
  • Jawab dia " Trading dan Franchising". Menarik!!!
  • Tapi dia akan sambung " Tapi bisnes partner aku perlukan orang berkualiti. Nanti bila aku jumpa, aku try tanya dan kau ada kualiti untuk jadi bisnes partner kitaorang..."

Dan kalau kau back-off masa ni, kau akan dapat macam-macam sindiran.

Tapi kalau kau jawab " OK, boleh. Aku berminat.."


Neraka kau akan berada di dalam PART 2.




6 ulasan:

  1. Bani meleis memang suka sangat dengan janji2 cepat kaya ni.... jual nasi lemak berjuta kali lebih berkat dan halal...

    BalasPadam
  2. Apabila t*hi MLM tersepit...

    BalasPadam
  3. Salam sehati serasuah,

    Melayu dan shortcut berpisah tiada. Mereka tidak percaya kepada usaha keras seperti kaum cina. Sebab itu cina, Pakistan, Indonesia, Myanmar yang baru datang pun boleh kaya dari mereka. Manakala mereka asyik salahkan orang walhal mereka malas dan bodoh.

    Dalam pendidikan mereka nak shortcut, tak pandai, SPM tak boleh score mahu terus ambil degree, sudah diberi peluang ambil degree pakai kuota, tak mahu belajar bersungguh sungguh pula. Attendance minta kawan tanda, assignment buat last minute atau copy paste atau upah orang buat. Benak perut, ramai ramai datang jumpa lecturer kow tim.

    Nak cari kerja mereka dayus untuk bersaing mereka nak shortcut. Pakai cable, saudara mara. Masuk cara zalim dengan rampas tempat orang masuk secara adil. Bila ditanya tipu cakap rezeki walhal cable. Berani fitnah Allah cakap itu rezeki.

    Dalam berniaga mereka nak shortcut. Masuk kerja kerajaan tapi buat bisnes luar maka tak fokus pada kerja, selalu hilang. Suka melabur skim piramid atau jadi ahli untuk paksa beli (mlm). Jual makanan sunnah seperti madu, habbatus sauda dan susu kambing dengan harga melampau untuk kaya cepat. Letak tanda rm20 bila customer pegang dan tanya terus di up harganya, ini 25 yang lain 20, yang atas promosi yang bawah tak. Dasar penipu!

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wuhu.. meleis...meleis...maaf cakap la.. ini pemerhatian gua sejak gua mula-mula kenal spesis manusia..hinggalah dah 18 tahun bekerja..dari tok imam ke pakcik kampung, dari ulamak hingga ustat ngajor muqaddam.. dari pencari barangan lusuh hingga ke menteri..hahaha..

      Baik lelaki mahupun pompuan..enuff said.."LUAR MCM NABI, DALAM MACAM BABI, REALITINYA ANJING". Annoying..tak reti jaga privacy orang lain..

      Nak jumpa yg boleh pakai sikik la kana.. kat sekolah tahfiz tu..mungkin ada 2-3 kerat.. kahkahkah.. Khalas.

      Padam
  4. Pernah kena sekali,sebab pikir dia member rapat saya jaga juga hati dia..mula macam minat,ingat sekejap jer dia..bayangkan pukul 1am paper work dia bentang kat saya dah lah post night shift lagi hangin bila dengar perlaburan yang dorang mintak nak hampir dengn yuran pembelanjaan study doc ..benda tu semua buang masa .patut dia berlagak baik and belanja macam2 .

    BalasPadam
  5. aaaarggh ggwp. Sebab sebijik jenis yang aku jumpa...dia bkn jenis yg tunjuk kereta mahal atau hp mahal atau barang mahal..
    tapi lebih pada nak tolong keluarga, bayar hutang, backup kerja etc mmg stail rendah diri...
    fakta ekonomi...
    sebelum aku ikut member ni pun aku memang anti MLM cuma sebab kawan and tak pernah dengar taktik ni dan memang nak cuba berniaga...ak mengaku aku bodoh masa tu... T.T
    aku dah masuk office dia hari tu, siap bagi training camner nak target mangsa...cth kalau mangsa(Prospect, konon) reject simpan je bawah radar tunggu ada Prospek kne pressurepoint bagai..
    tapi yang aku paling tak tahan bila dia cakap perniagaan jenis lain tak boleh buat waktu2 macam ni...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.