Khamis, 8 Oktober 2015

12 Masalah ketagihan telefon pintar dalam masyarakat

Ada suatu fenomena yang sekarang ini kita boleh nampak di mana2 iaitu fenomena ketagihan telefon pintar atau smartphone addiction. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di negara kita malah di negara2 lain pun. Dalam rumah tengok telefon, depan TV pun tengok telefon, tengah berjalan tengok telefon, tengah memandu tengok telefon, tengah makan tengok telefon, dalam mesyuarat tengok telefon, kat ofis tengok telefon, masa khutbah Jumaat tengok telefon, nak selfie pakai telefon, sebelum tidur tengok telefon, bangun dari tidur pun tengok telefon dulu, senang kata telefon tu dah tak boleh berenggang dari kita.

Asal tengok telefon je kalau tak main mesej kat Whatsapp, Telegram atau Wechat, mesti tengah layan Facebook, Youtube, Instagram ataupun main game. Tak dinafikan aku sendiri agak ketagih dengan smartphone ni walaupun aku sendiri tak suka akan ketagihan aku ni. Sebab itu aku pernah tulis artikel "Alangkah indahnya dunia tanpa telefon pintar" ini suatu ketika dulu, sebab walau kita dulu hidup tanpa smartphone tapi kehidupan kita lebih bahagia dan bebas tanpa perlu risau menjadi zombi smartphone.

Aku kongsikan 2 artikel berkaitan dengan fenomena ketagihan smartphone ini.


Gajet Musnahkan Hubungan!

Jika dahulu kita menggunakan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) namun kini kita lebih cenderung menggunakan aplikasi WhatsApp. Ini kerana SMS menggunakan bayaran untuk setiap pesanan atau gambar yang dihantar. Manakala WhatsApp adalah percuma dan hanya perlukan talian Internet.

Malah aplikasi ini juga boleh dibina untuk grup dan pelbagai sembang boleh diadakan dalam satu masa. Segalanya boleh dikongsi termasuklah teks, gambar, suara dan video. Disebabkan pelbagai perkara boleh dilakukan pada gajet, ada individu yang terlalu asyik dengan gajet sehingga menggugat keharmonian rumah tangga.

Kurang komunikasi

Apabila terlalu asyik menggunakan gajet, maka tidak mustahil sesebuah rumah tangga itu akan menjadi hambar. Di mana wujudnya keharmonian jika anda dan pasangan tidak berkomunikasi antara satu dengan lain?

Misalnya si isteri sibuk melayan sembang grup WhatsApp dengan rakan seuniversiti dahulu. Manakala si suami pula sibuk melayan grup sembang WeChat. Hal ini membuatkan anda dan isteri kurang berbual dan akhirnya rumah tangga menjadi hambar.

Anda sepatutnya mengehadkan penggunaan gajet tatkala di rumah. Jangan terlalu asyik melayan keseronokan segala macam aplikasi di telefon bimbit anda itu. Luangkan masa yang ada bersama keluarga. Berkomunikasilah dengan baik dengan pasangan.

Cipta topik yang menyeronokkan misalnya kisah-kisah lucu yang berlaku di pejabat, mengenai filem yang anda berdua gemari atau mengenai rancangan televisyen yang menarik perhatian anda berdua.

Kekalkan hubungan cinta anda dan jangan jadikan gajet sebagai penghalang untuk anda berdua berkomunikasi.


Leka

Penggunaan gajet memang boleh melekakan. Apatah lagi segala aplikasi boleh dimuat turun ke dalam telefon bimbit. Paling popular ialah penggunaan facebook yang menghubungkan kita dengan sesiapa sahaja yang turut sama mempunyai akaun facebook.

Pasangan suami isteri dinasihatkan supaya tidak terlalu ralit menggunakan gajet sehingga leka melayari facebook atau lain-lain aplikasi sembang. Malah tidak mustahil ada pasangan yang semakin renggang disebabkan leka bermain game di telefon bimbit.

Hal sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana dalam perhubungan suami isteri, anda sepatutnya lebih bijak membahagikan masa. Anda perlu meluangkan masa untuk pasangan dan anak-anak. Jangan sesekali mengabaikan mereka kerana menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga adalah tanggungjawab utama.

Membosankan

Hubungan suami isteri boleh jadi membosankan apabila pasangan terlalu asyik membuang masa pada gajet. Apabila hubungan suami isteri mulai bosan, maka hubungan tersebut akan mudah retak.

Sebagai pasangan suami isteri, anda perlu bijak menentukan hala tuju sesebuah perkahwinan. Jangan sampai hubungan telah retak barulah anda mahu memperbaikinya. Elakkan wujud perasaan bosan dengan menjadi pasangan yang tahu tanggungjawab.

Artikel dipetik dari portal Majalah Keluarga Karangkraf.


* * * * * * * * * *

Kekasihku, telefon pintar
“Apabila kita bertemu, tolong jangan luangkan separuh daripada masa pertemuan itu dengan telefon pintar anda. Saya mahu meluangkan masa dengan anda – bukan menyaksikan anda bercinta dengan telefon pintar anda.”
Demikianlah terjemahan mesej ringkas (SMS) yang biasanya saya kirim kepada mana-mana individu yang mahu berjumpa dengan saya; biasanya untuk minum dan berbual santai.

Sudah banyak kali saya bertemu rakan-rakan dan kenalan tetapi saya terpaksa duduk bersendirian sementara individu itu pula sibuk menjawab atau membuat panggilan, membaca dan membalas SMS, mesej WhatsApp, menyemak perkembangan terkini di Facebook, melihat foto terbaru di Instagram dan sebagainya menggunakan telefon pintar (smartphone).

Saya menyatakan mengenai sikap dan pendirian saya dalam hal ini menerusi catatan di ruangan status Facebook pada 19 Mac 2014. Lalu, seorang kenalan – seorang guru besar – menyatakan bahawa perkara seperti itu sudah menjadi kebiasaan pada masa kini.



Itulah masalahnya.

Kita lupa bahawa apabila sesuatu sudah menjadi kebiasaan, tidak bermakna ia harus dibenarkan dan diterima.

Kita mungkin mahu bertolak-ansur kerana tidak mahu melukakan hati kenalan tersebut yang sedang sibuk dengan telefon pintarnya.

Bagi saya secara peribadi, saya lebih rela bangun dan pergi (walk away) daripada duduk seperti orang bodoh (atau patung) sementara “rakan” saya sibuk melayan rakan-rakan lain menerusi telefon pintarnya.

Tidak lama dahulu, saya sedang dalam perjalanan bersama seorang kenalan. Perjalanan kami sekitar tiga jam.

Sementara saya memandu kereta, kenalan saya pula sibuk melayan rakan-rakannya menerusi telefon pintar selama dua jam. Kami tidak berpeluang berbincang tentang acara.

Malah, dia hanya menghentikan perbuatan itu setelah saya menegur dan memberikan amaran.
Alasan yang diberikan adalah bahawa kami belum tiba di destinasi (tempat acara), maka dia fikir dia sempat lagi berbual-bual (chat) dengan kawan-kawannya.

Sebenarnya, apabila kita terlalu sibuk dengan telefon pintar – atau mana-mana peralatan komunikasi canggih yang menghubungkan kita dengan “dunia luar” – mesej yang kita berikan kepada individu yang berada di depan kita atau di sebelah kita adalah bahawa dia “tidak cukup penting”.


Telefon pintar dan aktiviti Kavyan

Hal ini turut diakui seorang pakar psikoterapi, penulis dan pakar motivasi, Nancy Colier, menerusi bukunya Inviting a Monkey to Tea: Befriending Your Mind and Discovering Lasting Contentment (2012).

“Dalam era digital, kita tidak lagi memberikan perhatian penuh kepada seorang individu sahaja.
Apabila kita bersama seorang rakan atau kekasih, sebahagian daripada diri kita sebenarnya tidak berada di sana.

“Secara sedar atau tidak, kita sedang menunggu untuk seseorang yang lain muncul pada skrin telefon pintar kita; sama ada panggilan atau mesej. Maka, secara terang-terangan, kita seolah-olah mendapati individu (rakan/kekasih) yang berada di depan atau sebelah kita pada saat itu tidak mencukupi,” katanya.

Semasa aktiviti dan mesyuarat Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), peserta akan diingatkan supaya “jangan biarkan telefon pintar anda mengganggu acara”.

Selain membantu peserta mendisiplinkan diri, arahan tegas ini juga bertujuan memastikan peserta tidak mengganggu tumpuan peserta lain.

Tidak lama dahulu, saya dan dua rakan menyertai suatu rombongan.

Pada sebelah malam hari pertama, kami sepatutnya mengadakan perbincangan mengenai hasil lawatan hari pertama serta merancang aktiviti bagi hari kedua.

Peserta awal-awal lagi sudah diingatkan mengenai syarat telefon pintar.

Malangnya, kedua-dua rakan berkenaan sibuk dengan telefon pintar masing-masing – Facebook, WhatsApp dan entah apa-apa.

Selepas menunggu sekitar dua jam dengan penuh sabar sambil meneliti foto-foto yang dirakam sepanjang hari itu, akhirnya saya masuk tidur sementara mereka masih sibuk berbual (chatting) dan melayan dunia sendiri.

Pada keesokan pagi, saya mengumumkan bahawa saya tidak mahu menyertai rombongan hari kedua memandangkan tiada sebarang persiapan dibuat.

Saya meminta mereka berdua sahaja pergi.

Seorang rakan menyedari kesilapannya dan berjanji tidak akan mengulanginya. Seorang lagi rakan merajuk dan terus mengambil beg pakaian untuk pulang.

Saya membiarkan sahaja kerana itu adalah pilihannya.


Merenggangkan hubungan, keintiman

Apabila ada rakan atau kenalan yang mengajak untuk bertemu, saya lebih suka jika kami berdua sahaja yang bertemu.

Hal ini adalah kerana saya secara penuh sedar mahu memberikan tumpuan penuh kepada rakan berkenaan.

Katakanlah rakan itu membawa seorang kawan bersamanya – atau saya juga membawa seorang kawan.

Dalam keadaan itu, tentulah tidak ada peluang untuk dua individu bagi meluangkan masa berbual dan memberikan tumpuan sepenuhnya.

Pertemuan kami biasanya di kedai makan. Tentulah ada ramai orang di sana. Tetapi, individu yang terlibat dalam perbualan adalah kami berdua sahaja.

Saya mahu rakan berkenaan tahu bahawa saya datang dengan penuh persediaan untuk meluangkan masa bersamanya, untuk berbual dengannya.

Semasa pertemuan itu, saya hanya akan menjawab panggilan telefon yang penting. Malah, saya memastikan perbualan telefon itu tidak lama.

Bukan setakat itu sahaja, semasa menjawab panggilan telefon yang penting itu, mata saya akan tetap tertumpu ke wajah rakan yang berada di hadapan saya.

Perbuatan itu adalah untuk menghantar mesej kepada rakan yang duduk di hadapan bahawa saya masih “bersama”nya walaupun terpaksa menjawab panggilan telefon itu.

Tentu Nancy Colier tidak akan bersetuju dengan tindakan saya.

Pada pandangannya, apabila telefon bimbit berada di atas meja semasa kita bertemu rakan, kehadiran telefon itu sendiri sudah merenggangkan hubungan dan komunikasi antara dua individu yang sedang duduk bersama di meja berkenaan.

“Kita tidak akan mampu memberikan perhatian penuh. Minda kita masih sedar bahawa ada isyarat atau deringan telefon walaupun diletakkan pada mod senyap. Kita pasti akan menyemak telefon untuk tahu siapa yang menelefon atau siapa yang mengirim mesej.

“Kita mungkin tidak menjawab panggilan itu atau membalas mesej pada waktu itu. Tetapi apa yang kita lakukan – menyemak telefon – tetap mengganggu pengalaman kita berbual bersama rakan yang berada di hadapan kita pada waktu itu,” pakar psikoterapi itu menghuraikan dalam bukunya.

Sama ada disedari atau tidak, sikap terlalu memberikan perhatian kepada telefon pintar menjadikan kita hilang keakraban dan keintiman dengan rakan yang berada bersama kita.

Masalah sama juga boleh wujud apabila melibatkan pasangan kekasih.


Hargai dan hormati ‘masa peribadi’

Hakikat yang tidak dapat dinafikan adalah bahawa generasi muda sudah terlalu intim dengan telefon pintar; seolah-olah tidak dapat hidup tanpa menyemak mesej Facebook dan WhatsApp setiap 30 saat.

Masing-masing sudah terbiasa duduk dalam kumpulan besar – tetapi setiap orang sibuk melayan telefon pintar sendiri.

Walaupun mereka berada dalam satu kumpulan yang duduk bersama-sama, mereka sebenarnya berada dalam dunia yang berbeza-beza.

Malah, usah terkejut jika sepasang kekasih sedang duduk bersama tetapi masih sibuk dengan telefon pintar masing-masing.

Keadaan ini membawa kembali kepada hakikat bahawa “individu yang berada di depan atau sebelah kita tidak mencukupi atau tidak cukup penting”.

Kita semakin lupa serta tidak tahu membezakan antara “peribadi” dan “awam”.

Kita lupa bahawa masa yang kita luangkan dengan seorang rakan (kekasih/pasangan/suami/isteri) adalah “masa peribadi” yang sepatutnya tidak diganggu “dunia awam”.

Malangnya, kita sendiri yang secara penuh sedar membenarkan “dunia awam” menyelinap masuk ke dalam “masa peribadi” menerusi telefon pintar yang setiasa berada di sisi.

Tanpa kita sedari, “dunia awam” yang kita sendiri benarkan menyelinap masuk itu bukan hanya mengganggu “masa peribadi” bersama rakan (kekasih/pasangan/suami/isteri).

Sebaliknya turut memberikan kesan negatif terhadap keintiman hubungan dengan rakan; bukan hanya pada saat itu tetapi juga pada masa hadapan.

Seperti kata Nancy Colier, tumpuan yang diberikan adalah amat penting untuk menunjukkan kepada rakan yang berada di depan/sebelah bahawa kehadirannya amat penting dan bermakna bagi kita.

“Pandangan mata individu yang benar-benar berada dengan kita – tidak terganggu, bukan di tempat lain, sepenuhnya pada kita – adalah pemberian yang amat bermakna.

“Keadaan ini boleh dicapai apabila kedua-dua individu bersetuju untuk menutup pintu ‘dunia awam’ yang cuba mengganggu ‘masa peribadi’ mereka berdua menerusi mesej dan deringan peralatan canggih seperti telefon pintar,” katanya.

Artikel dipetik dari The Malaysian Insider.


* * * * * * * * * *

Maka bagaimana kita hendak mengatasi masalah ketagihan telefon pintar dan mengelak dari terus menjadi hamba abdi kepada smartphone ini?

Entah. Anda mungkin boleh cari sahaja kat Google "Mengatasi ketagihan telefon pintar" atau "How to overcome smartphone addiction". Atau mungkin tunggu kerajaan atau mufti haramkan smartphone.

Cuma satu je lah, walaupun anda seorang penagih smartphone, tapi sekurang2nya tolonglah, jangan buat 3 perkara ni:

1. Main telefon semasa mesyuarat. Come on, its so annoying la. Orang lain tengah sibuk berbincang, kau tertunduk2 main handphone, lepas tu bila orang tanya, blur sebab tak bagi fokus dan perhatian dalam mesyuarat.


2. Ni selalu berlaku, main henfon dalam kereta waktu tengah memandu keika trafik sesak, tau2 kereta dah cium bontot kereta orang depan. Tolong la, beri perhatian sepenuhnya ketika tengah memandu. Kalau kau main henfon lepas tu eksiden sorang2 takpe, ni bila dah melibatkan orang lain memang sial la jugak.


3. Waktu berjalan tolong jangan menunduk sambil main phone. Nak berjalan tengok depan. Nak main henfon, berhenti dan pergi berdiri atau duduk di tempat yang bukan laluan seperti tepi dinding atau bangku supaya tak menghalang orang lain yang tengah berjalan. Ini berjalan sambil tunduk ke bawah, orang lain pulak yang kena mengelak daripada terlanggar kau. It's freaking annoying!


Lain2 entry berkaitan isu smartphone pada hari ini:



tags: masalah ketagihan telefon pintar keluarga masyarakat kawan lepak makan dinner smartphone addiction family how to prevent break overcome menangani mengatasi android iphone media sosial social

12 ulasan:

  1. suka hati la nak minat apa semjua nak complain complain2 complain2 memang hati tu penuh najis ke apa? - tanpa Nama

    yeah2 what evarr~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Prottttttttttttttttttt......ahhhhhhh..dimuka sirosli

      Padam
    2. hoi rosli gila

      Padam
    3. Profil tidak tersedia.,, ko bodo ke sirosli? Bangang ko ni ProOO00ootTt

      Padam
    4. Thnx noob... aku tak perasan ngkau dah pernah post artikel pasal benda ni... x sampai setahun follow blog buasir otak...

      Padam
    5. prooott!!!!!!dkt muka seriously gay

      Padam
  2. Silap... bukan x sampai setahun, belum sampai setahun..

    BalasPadam
  3. Ada banyak kebaikan berbaik2 dgn smartphone berbanding berbuat baik kpd kawan2, isteri malah ulamak sekalipun.

    Telefon x reti nak marah kita. Tgk filem blue pun, xder dia merepek2 dosa segala bagai. Manusia ni..haha..macam harem. Kulitnya alim..hati busuk. Kawan2 lagilah asshole. Bini cuma diperlukan untuk kongkek saja. Lagipun bini x reti nak action mcm filem blue. Balik rumah pun, dah macam zoo. Kalo kita mampos, dia boleh cari laki lain.

    Ulamak? Hang x pernah tinggal ngan kawan serumah yg seolah2 menjadi wakil dewan ulamak negeri. Hati bengkek mcm nak tumbuk kepala dia jer. Tak reti berhenti nasihat mcm kita ni x belajar. Padahal masuk kelas menghapal sama2. Asyik dia yg kene berdiri atas kerusi dlm kelas.

    Kawan2? Derang bukannya nak bagi duit seposen kat kita pun. Nak minta duit berhutang lagi ada la. Pada aku, jika kau melayu, eloklah berbaik2 dgn smartphone. Kengkawan pun x sakit hati. Kau pun x sakit hati. Kan baik gini.

    BalasPadam
  4. Malaysia perlu mengharamkan penggunaan telefon pintar.

    BalasPadam
  5. Paling benci bila tengah duduk berkumpul tapi masing2 leka dgn smartphone. Sedangkan waktu berkumpul itulah waktu terbaik untuk mengeratkan silaturahim dan berkomunikasi.
    Sangat kurang ajar bila kau tengah seronok berbual/berbincang tiba2 kawan/sedara/adik-beradik kau sibuk reply mesej/wasap. Bukan sekali dua pulak tu... bertalu2 dok layan mesej/wasap.
    Hangen okeh.....
    Kau ingat aku ni tunggul ke hapa...???
    Hakikatnya... Smartphone dah banyak "membunuh komunikasi/silaturahim" yang sepatutnya berlaku secara fizikal dan menjadikan manusia jadi kurang ajar bila kau tak tau nak beza yg mana perlu kau utamakan; manusia yg sedang kau berhadapan(reality) atau manusia yg ada dlm smartphone(alam maya).

    BalasPadam
  6. Itulah fitnah dajjal..mintak ditetapkan iman. Dengan hanya paparan skrin smarphone..manusia leka, lalai dan dengan semudah satu button. seluruh dunia terpengarruh..wallahualam

    BalasPadam
  7. Still benda ni berlaku kat hampir semua org..termasuk sy. Cuma kita kena pandai kawal pakai, bukan all the time nak menghadap telefon pintar

    Kita skrg complain yg bila berjumpa dgn kawan2 still menghadap telefon pintar...tp menghadap Allah (masa khutbah jumaat) still hadap lagi telefon pintar, layan watsapp, youtube dll...anda rasa Allah suka ke dengan tindakan kita sedangkan dgn manusia dah bengang. Renung2kn

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.