Rabu, 14 Oktober 2015

29 Betapa teruk khidmat pelanggan di negara kita

Pertama sekali, tonton video berkaitan khidmat pelanggan atau customer service di Jepun ini. Maaf, aku sekali lagi terpaksa gunakan contoh dari Jepun kerana seperti yang diketahui umum, Jepun adalah negara yang rakyatnya paling berdisiplin, beretika, beradab dan bersopan santun dalam dunia dalam kebanyakan perkara, termasuklah hal2 berkaitan perniagaan, pekerja dan pelanggan. Senyuman, ucapan untuk menyambut pelanggan yang datang, tunduk hormat, semua itu sudah menjadi budaya mereka dalam memberi khidmat yang baik dan mesra kepada pelanggan.







Berbeza di Malaysia, aku bagi satu contoh paling mudah dan biasa, apabila berurusan di mana2 kaunter, berikut adalah perkara yang paling biasa dapat dilihat pada manusia di balik cermin kaunter itu:

1. Tak reti senyum
2. Tak reti greet pelanggan
3. Tak reti cakap dengan baik dan mesra
4. Tak reti cakap terima kasih
5. Tak reti buat muka selain muka ketat

Aku tahu la kita takde budaya dan sikap macam orang Jepun dan expect kita jadi macam orang Jepun, tapi budaya khidmat pelanggan kita ni dah level sampah sangat ni. Tak payah nak pergi jauh2, benda asas dan basic macam 5 perkara yang aku tulis kat atas tu pun dah fail, apatah lagi hal lain.


Itu belum yang main handphone waktu tengah layan pelanggan, yang pulangkan duit baki main campak je, jeling muka pelanggan macam kita ni mencuri kat kedai dia, gelak2 dan sindir pelanggan.


Memang tak semua tapi memang banyak khidmat pelanggan yang ada budaya sampah ni, dari kaunter2 tiket bas ekspress, kaunter kedai, kaunter tol, telefon helpdesk/call center hinggalah ke kaunter pejabat gomen dan kaunter pertanyaan.

Seperti contoh, kau boleh tengok berapa ramai pelanggan memberi aduan dan komplen terhadap masalah yang berkait dengan perkhidmatan bas ekspress kat FB page mereka ini:


Budaya khidmat pelanggan kita kebanyakannya memang ada masalah attitude, masalah sikap, masalah khidmat yang sepatutnya memudahkan pelanggan sebaliknya menyusah dan menyakitkan hati pelanggan. Ini baru bas ekspress, belum lagi perkhidmatan lain yang korang boleh tengok sendiri pelbagai macam komplen dan aduan pada Facebook page mereka.

Bila kita komplen pasal hal ni, ada orang balas balik cakap orang yang tak penah kerja sebagai cashier memang tak faham kerja cashier, ada masalah sendiri, duduk lama kat kaunter, penat, kerja stress lagi, tak sihat, mood tak cantik, pelanggan pun banyak yang buat muka masam, marah2 cashier, kita pun manusia jugak.


First of all, masalah kau masalah kau, tak perlu tempiaskan pada pelanggan.

Kedua, dah kerja berhadapan dengan pelanggan, walau macam mana pun perlu la bagi perkhidmatan yang baik pada pelanggan. Kalau tak mau layan pelanggan dengan baik, pergi kerja kilang ke, kerja pejabat ke, kerja depan komputer ke, kerja jaga stor ke dan lain2 kerja yang tidak perlu berurusan dengan pelanggan dan orang ramai.

Ketiga, kalau tak nak layan ramah sangat pun pada pelanggan, sekurang2nya buat adab dan etika yang basic tu walaupun kau rasa sangat hipokrit dengan senyuman yang dibuat2. Buatkan pelanggan tu selesa, bukan rasa benci kat kau termasuk syarikat2 tempat kau kerja.

Keempat, kalau pelanggan yang datang tu memaki2 kau dan sangat kurang ajar, memang logik la kalau kau maki dia balik walaupun sepatutnya tak boleh pun, tapi kalau pelanggan yang datang tu jenis baik2 dan senyum kat kau tapi itu pun kau tak boleh balas balik senyuman dia malah buat muka celaka yang sangat menjengkelkan, itu memang bukan tahap sampah lagi tapi tahi.

Yang terakhir, keyword untuk khidmat pelanggan ni adalah menghormati dan menghargai. Asal kau menghormati pelanggan kau dan hargai mereka yang dah keluar duit untuk beli kat kedai kau atau guna perkhidmatan syarikat kau yang duit tu akhirnya digunakan untuk membayar gaji kau pun dah cukup baik. Tak perlu biadap dan benci pelanggan sendiri. Jangan sampai nanti mereka semua boikot kedai/syarikat kau bekerja sebab perangai sampah kau, habis dengan syarikat2 kau jatuh dan bankrap.

Artikel berkaitan:



tags: perkhidmatan khidmat pelanggan customer service fail gagal teruk budaya sampah tahi kurang ajar biadap tidak mesra marah main facebook telefon kaunter cashier

29 ulasan:

  1. saya pernah je jadi cashier, padahal saya cashier ganti je masa tu sebab saya bukan kerja department cashier pun, so saya buat kerja agak lambat sedikit, yela bukan hari2 saya duduk depan komputer cashier tu, pastu ada makcik sorang ni bising2, kata lambat la ape lah. saya diamkan aje diri, malas layan, bila sampai turn makcik tu, saya senyum je, tapi makcik tu still marah2. hmm sedih saya :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. cashier?? KEDEPAN

      Padam
    2. rasanya makcik tu tak tahan nak terberak kottt..time tu ko plak bleh terhegeh2 lambat...

      Padam
    3. Aku bukan nak sarcasm ke apa noob, aku rasa inilah sebabnya MLM yg agak ketara penipuannya boleh berjaya (terutama upline) iaitu SENYUM,LAYANAN dan EMPATI. Masyarakat kita maybe dh biasa dgn pe'el frontliners jenis mintak kaki mcmni dan bila ada seseorang yg bersopan n prihatin siap bagi kata semangat maka mereka dan keluarga mereka pun mudah terpengaruh. kekadang bukan org biasa biasa kipidap dongibab,tp melibatkan golongan profesional ( soal greedy tolak tepi dulu). Layanan baik membuatkan manusia mudah terpengaruh terutamanya di negara kita ni yg mana ia agak jarang didapati tak kira servis dari swasta apatah lagi kerajaan. Apa komen Noob @ Soul ?

      Padam
    4. komen saya, ada betulnya juga apa yang anda tuliskan itu.

      Padam
    5. *off topic*

      stim plak aku bila dgr cashier macd jepun tu. byk sgt tgk hentai aku ni. haha

      Padam
  2. Aku kesian pula kt org frontline sbb kena marah ngn pelanggan. Aku cuba fikir disebaliknya, mungkin pelanggantu terlalu lapar ke atau anak kelaparan ke, tapi, itulah, macamanalah mood staff tu seharian agaknya lepas kena sembur dengan pelanggan.

    Pada aku, kita mulalah dulu bersopansantun ni, semoga org yg berurusan dgn kita akan terpengaruh selepastu.

    BalasPadam
  3. Memang takleh nak dibandingkan. Mcm langit dan bumi. Jepun lebih amalkan Islam cuma akidah je salah .

    BalasPadam
  4. Nak buat camana. Buat masa la ni, kita tiada pilihan. Inilah masyarakat yg kita ada. Tahap kita masih sampah lagi. Ugama Islam pun masih belom dapat bawa manusia Melayu keluar dari tahap sampah dalam Dunia Ketiga.

    1. Lihatlah pemimpin kita sendiri pun. Setakat hari ini, aruah TGNA masih unggul dan tidak dapat mewariskan budi dan gaya berpolitiknya kepada sesiapa hatta ulamak2 PAS sendiri. Yg UMNO, jangan cakap la..99.99% tebal dgn rasis dan gemar bodohkan orang lain.

    2. Pada aku, perkara begini elok mulakan di semua tadika atau pasti. Budaya jumpa dan tunduk hormat mcm Jepun. Mulakan dulu. Jgn banyak soal dan bincang sampai tak jadi.

    3. Budaya melayu. Penyakit bincang sampai x jadi. Semua pihak dipanggil. Kendian sekor buat emo dan alasannya remeh sangat. Habis sumer yg datang jadi bosan dan akhirnya sebulat suara x jadi buat. Perangai bincang masalah untuk mengkusutkan lagi masalah adalah satu uniknya adab sopan level tahi dlm dunia melayu . Tak ramai dan berapa kerat sangat kita boleh jumpa jenis boleh dibawa berbincang dan reti bawa diri bersabar.

    Buat masa la ni, kebanyakan yg berdegree, berdiploma, mungkin jadi malu sikik nak emo sbb taraf/status pembelajaran yg ada dlm diri. Bagi yg taraf pelajaran rendah.. ramainya tekanan hidup mereka mmg tinggi. Aku pernah melawak dgn membe ofis budak pompuan blom kawen, 25, comel dan putih gebu. Hari tu dia datang dgn make up, mmg ayu dan cun. Saja je nak acah..

    Sewel: Laaa awat hang nampak comot sangat hari ni. Mandi pagi ke tak?
    Gadis Ayu: Yelah.. mmg kita comot pun. Tak lawa...(dgn muka sengih ja)...

    Kami pun berlalu.. tanpa prasangka..

    Rupanya lepas tu, dia menghilang pegi tandas. Lps 3pm, baru membe ofis aku, pompuan jugak, bitau yg dia menangis sejak pagi tadi dlm tandas sbb aku tegur dia comot. Walhal satu ofis tau yg dia ni mmg cun dan aku ni suka tegur orang dgn ayat songsang. Bukannya niat nak sakitkan hati pun. Selama ni membe ofis xder masalah pown. Alahai meleis... jenuh minta ampun tehadap benda yg x perlu.

    Sejak hari tu.. mmg aku bosan layan pompuan melayu. Lembik dan tak mampu hidup bersaing.. Hingga akhirnya aku berbini jualah dgn Cina.

    Masih jauh lagi nak lihat Meleis nak keluar dari kepompong masing2.. jauh.. jauh.. jika nak jumpa level si kafir Donald Trump dan Steven Tyler pun payah.. kita di mana?

    Dah tahu Islam itu canggih.. kita memeluk agama yg canggih.. mengapa kita tak canggih? Mengapa org kafir jauh lebih canggih dan beretika daripada kita? Adakah kita jauh lebih kafir dari mereka? Inilah persoalannya..

    Awek KEDEPAN mungkin ada idea?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bodo wak lo kijo bodo.. nate kinzir demo..

      -mat klate-

      Padam
    2. ape taraf pendidikan ko? spm ko braper A je, ke xde langsung? setahu aku org yg suke bckp songsang ni jenis yg belajar x tinggi lps tu dengki gile dgn org yg berkelulusan tggi, lps tu x reti bckp jujur. lg satu, suke generalize. baru jumpe 1 atau 2 cth pmpuan melayu yg lembik, terus cop smue pmpuan melayu lembik.

      pathetic.

      Padam
    3. Annakholat Atastokhdevishizar8 Januari 2013 1:22 PTG

      'Tetapi kenapa bila Islam sampai ke Tanah Melayu, orang Melayu mundur, bodoh dan hina? Kuasa mereka (orang Melayu) merosot sejak merdeka?"

      Melayu sangat berpegang kepada lifestyle feudal. org melayu meletakkan raja dan sultan segala2nya. bila Islam datang, para mubaligh terus promote agama Islam bersama konsep mengawal rakyat secara total melalui agama. Agama yg dianuti sebelum ni (Buddha dan Hindu) xde konsep tersebut. Para sultan dahulu memeluk Islam bukan dapat hidayah ke apa (mungkin ada sesetengahnya), tp memudahkan dominasi terhadap rakyat dan memudahkan perdagangan dgn pedagang Islam.

      bila penjajah datang e.g. British, mereka bijak menyerahkan urusan agama kpd raja melayu sebab hanya isu ini yg menyebabkan rakyat butthurt jika diganggu. urusan ekonomi, ilmu dan politik boleh tutup sebelah mata. bagi penjajah, agama x penting kerana bukan sebab itu mereka datang menjajah.

      itu pasal sampai sekarang Islam mempunyai struktur organisasi yg menentukan apa yg patut dipercayai dan diamal. padahal ajaran sebenar takde semua tu malah dilarang dlm Quran. melayu skrg pun mana lebih butthurt; soal ekonomi, politik, ilmu atau agama?

      Padam
    4. Tanpa nama 9:23

      Jika kita tak mampu jadi orang pandai, jadilah orang yang baik. Jangan emo. Lambat hadam sifat orang melayu, memang nko cepat melenting.

      Padam
    5. So 1021, suka brckp songsang tu sifat org yg baik ke? Cara nko balas balik komen dia pn nmpk nko tu emo. Typical meleis. Kalau x mmpu jd pandai atau baik, tolong jgn backing org yg x pandai & x baik yg suke generalise. Tolonglah.

      Padam
    6. Wat lek wat pis..

      Padam
    7. 520.. dah mmg jenih suka berkelahi. Bawak berbincang pun x guna. Jadi berkelahi juga. Rasanya mamat tu bukan generalise, tapi beberapa rentetan kes awek meleis yang sama berlaku. Tak mungkin hanya sekali berlaku, terus serik.

      Aku pun butthurt mula-mula baca. Cuma aku rasa komen balas ko tu lagi emo mcm Jamal Pak Tongkol tu je. Just my 1 cent. Sorilah yer. Kedua-dua ada benar. Aku x boleh menangkan yg mana-mana.

      Padam
  5. Salam sehati serasuah 2.6 ,

    Melayu datang lagi dengan fitnah terbaru mereka ubat batuk terlebih ethanol.
    sebelum ni acid formic, msg, minyak mudah terbakar, panadol beracun, air ada cancer, bakar keropok baby bau plastik dll. Rampaian sains pun dapat C nak sembang pasal chemistry, pui!
    semuanya kerana nak jual barang sendiri dengan harga mahal! nasib belum ada ubat sakit perut Melayu kalau tak pil chi kit tek aun pun mungkin ada bahan kimia terlarang.
    Kumpul orang, baca quran baca hadis lepas tu memburukkan produk orang lain sebab nak jual barang sendiri dengan harga mahal.
    Kfc jual mahal tapi pekerja dilatih hormati pelanggan, ada epf socso elaun, gaji basic naik secara berkala dan peluang naik pangkat. Kebajikan pekerja diutama, sebab tu boikot camana pun tak jadi apa apa.
    Kedai makan mamak dan Nursery Melayu gaji minima pun tolak, epf socso kadang kadang tak ada, gaji kejap banyak kejap sedikit, pekerja macam tak sekolah senyum pun tak. Macamana nak berkat.

    Otak tak pandai nak ambil degree, assignment upah orang atau tiru, Attendance minta kawan tanda, exam ramai ramai jumpa lecturer minta kasi lulus, dapat degree buat cari rezeki, apa status rezeki tu?

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM > 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , amah dan pekerja am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya .heee

    BalasPadam
  6. Masalahnya Noob, frontliners tak baca blog mcm ni... susah nak hadam...

    BalasPadam
  7. Mgkin sbb kita xhensem.. sbb tu awek custoer service wat muka ketat..

    BalasPadam
  8. Banyak benda yang saya bersetuju dalam entri ni.. Budaya yang kita kena terima.. Susah nak diubah..

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Noob kau gunalah apa Jenis perbandingan pun kalau Itu dah memang hakikatnya xda masalah dalam Hal Itu.. Stand point aku dlm prkara ni ialah 'nilai' dlm individu tu sendiri.. Kita sedia maklumat org jepun ni Kaya dgn nilai adab yg tinggi.
    Dr keluarga, sistem pendidikan smpi ke peringkat Alam pekerjaan 'nilai' adab masih ditekankan. Memang utk mengubah sesuatu prkara tu bukan Hal yg mudah. Mungkin lebih baik kita mulakan Dri diri kita sendiri.

    BalasPadam
  11. noob, cuba kau pergi mesir ke, tgk sendiri mcmana negara Islam lain layan customer...indon pun boleh gak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya..dekat Airport Riyadh dan Jeddah pun cukup la. Ini tempat orang-arab Arab, cakap arab dan berketurunan bani Quraisy yang ada sangkut paut dengan nabi lagik ha.. Mungkin sindrom normal orang-orang Islam yang terasa lebih suci dari orang bukan Islam.

      Patut la Yahudi pun sama ja layan orang Palestine.

      Satu pertanyaan dan pencerahan dari 9:39.

      Padam
  12. Tp dr pemerhatian sy......cite pasal khidmat pelanggan, melayu antara yg fail...tp x semua. Kdg2 muka masam la, malas nak layan la kalau nmpk pelanggan sengkek, moody la...sbb 2 ada kaum lain jauh lagi bagus bisnes sbb khidmat pelanggan jauh lg baik, smpi tahap x kisah spend lebih janji x sakit hati.

    Belum cite pasal marketing lagi, syok sendiri pun ada mcm dia sendiri pelanggan yg rasa marketing dia tip top.

    BalasPadam
  13. Dah dapat kerja pn guna kroni.. Penyelia atas dia pun guna kroni.. Bos penyelia dia pun guna kroni.. Dapat projek untuk kompeni pun guna kroni..

    Macam mana nak maju..

    Pengecut lak tu sekor2.. Lembik.. Manja..

    BalasPadam
  14. Aku suka memandang permaslahan ini dari sudut asas.
    Asasnya, kita kena ubah individu itu sendiri dahulu baru boleh ubah masyarakat.
    Kalau setiap orang perlu buat baik sesama orang lain tidak kira kedudukan, isu ini dan masalah2 berbangkit yang lain boleh kita tangani.

    Apa kata kita semua (pembaca blog BO) ni ubah dulu diri sendiri dgn katakan kepada diri sendiri "aku perlu jadi baik supaya orang baik dengan aku"...
    Ini tak, perangai macam tahi tapi expect cashier nak hormat kita. Hah

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalu kita buat salah pun kita still boleh menegur orang lagi sbb aku pernah degar "nabi kata dengar lah nasihat dari seseorg walupon dari seorg pelacur"

      Padam
  15. butthurt be like.. dah tu? pergilah duduk di Jepun!
    kakakaka.. bukannya ada inisiatif nk berubah.. haih malaysiaku

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.