Jumaat, 6 November 2015

17 Meramal masa depan dunia dalam soalan Sejarah SPM

"Berdasarkan perkembangan teknologi persenjataan masa kini, ramalkan masa depan dunia."

Itulah salah satu bentuk soalan yang ada dalam peperiksaan matapelajaran Sejarah Kertas 3 SPM 2015 yang kalau tak silap boleh dijawab secara Open Book, dan ia menjadi viral di media sosial di kalangan pelajar2 yang baru lepas jawab soalan tersebut selain daripada soalan "hubungkait gerakan penentangan dengan gerakan nasionalisme".


Seperti yang umum tahu, kebanyakan soalan peperiksaan di sekolah2 kini banyak yang berbentuk KBAT iaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang memerlukan pelajar lebih banyak berfikir dengan lebih rasional, menggunakan logik dan daya imaginasi serta kreatif yang lebih tinggi.

Sebagai contoh jika soalan biasa berbentuk begini:
Ali ada 10 pen, Abu ada 5 pen, berapa pen Ali yang lebih daripada Abu?
Maka soalan KBAT berbentuk begini:
Ali ada 10 pen, Abu ada 5 pen. 1 pen berharga RM1. Apa yang perlu Abu buat agar dia memiliki 2 kali ganda lebih banyak pen dari Ali?


Berbalik kepada soalan subjek sejarah di atas, dia suruh pelajar ramalkan masa depan dunia berdasarkan perkembangan teknologi pada gambarajah yang diberikan seperti jet pejuang, pesawat tanpa juruterbang, bom nuklear dan BUK missile system.

Bagi aku, soalan begini tiada jawapan yang khusus, kerana ia berbentuk ramalan. Ramalan ini siapa2 boleh buat berdasarkan imaginasi masing2, dan ramalan tak semestinya betul. Sedangkan ramalan ahli nujum dan kaum kuno Mayan pun mengarut, apatah lagi nak expect budak2 buat ramalan. Malah aku pun tak rasa cikgu atau orang yang buat soalan ini boleh ramalkan masa depan.

Soalan ini sepatutnya bukan "ramalkan masa depan dunia", tapi "apakah kemungkinan yang boleh berlaku pada masa depan dunia", dan antara jawapan2 yang boleh aku bagi adalah seperti berikut:
  • Perang dunia akan meletus sekali lagi dan akhirnya dunia hanya diperintah oleh 3 kuasa besar. Bagi mengelakkan peperangan besar tercetus lagi, akhirnya mereka bersetuju untuk mengadakan sebuah permainan hidup dan mati yang diberi nama Hungry Game.
  • Perang besar berlaku, 1/3 daripada bumi telah musnah akibat peperangan. Pemenang kepada peperangan ini telah mewujudkan sebuah bandar di mana hanya golongan elit dan bangsawan sahaja yang layak tinggal di bandar tersebut manakala yang lain terpaksa hidup di luar dan berjuang sendiri demi survival hidup. 
  • Negara2 besar berlumba2 mencipta senjata sehingga akhirnya tercetusnya peperangan di antara 3 blok utama iaitu US, Rusia dan Iran. Peperangan menjadi semakin teruk sehingga membawa kepada peperangan nuklear. Kesan daripada peperangan besar ini, pencemaran radiasi yang teruk telah berlaku di seluruh dunia sehingga menyebabkan ramai manusia berubah menjadi raksasa dan mutan. Kini semua manusia terpaksa bersatu demi menyelamatkan tamadun manusia daripada menjadi mutan dan menjadi makanan raksasa.
  • Akibat kerakusan manusia mencipta senjata dan berperang sesama sendiri, akhirnya kebanyakan negara musnah dan pemenang kepada peperangan ini adalah Korea Utara yang kemudiannya telah memerintah bumi dengan ideologi komunis di bawah kepimpinan diktator Kim Jong-un II. Beberapa tahun selepas itu muncul pasukan pemberontak yang mahu menjatuhkan kepimpinan Kim Jong-un II untuk menyelamatkan tamadun manusia daripada terus ditekan oleh rejim diktator itu.

Ya, siapa yang banyak tengok filem/anime atau baca buku/manga pasal perang, post-apocalypse, politik dunia dan science fiction mesti boleh jawab soalan ini dengan kreatif.



tags: meramal masa depan dunia soalan sejarah spm 2015 kertas 3 open book test exam teknologi perang

17 ulasan:

  1. sokong... tiada yg khusus kan.. kalau aku pun mungkin jawab pasal perang2 jugak.. =..=

    BalasPadam
  2. hungry game..hahaha

    BalasPadam
  3. Bagus juga kalau ada soalan2 yang berkaitan dengan pengetahuan semasa. Yang rajin menelaah surat khabar, artikel Internet dan majalah mesti boleh jawab.

    BalasPadam
  4. KBAT ni la canggih.. kentut saja meleis boleh buat roket.. menteri-sultan otak kartun kunfayakun..abih berjangkit kat meleis jugak..

    Aku malas komen pasal KBAT ni.. kesian tengok lagak meleis punyai teknologi kentut memajukan negara.. malas membaca.. hidup x de sejarah tuntas.. elok pakat bunuh diri sajalah lagi afdhol.. rugikan oksigen saja tuhan bagi bernafas..

    BalasPadam
  5. Inilah soalan untuk menilai tahap pemikiran.

    Kalau setakat tanya JWW Birch tu sapa, kau pun tahu soalan ni soalan jenis apa.

    APTB.

    BalasPadam
  6. Bukan nak jadi hipster,
    tapi aku seorang je ke yang anggap jawapan untuk soalan tu tak berkait dengan perang?

    Pada aku, bila kuasa besar berlumba-lumba meningkatkan teknologi senjata, jadi kerahsiaan menjadi sangat penting sbb kalau musuh tahu apa senjata yang kita ada, dia boleh counter dgn yang lebih kuat, kan?

    Maka, walaupun masing2 berlumba2 nak majukan senjata, masing2 juga akan tingkatkan kerahsian dan takkan mulakan serangan sebab tindakan mulakan serangan sebelum tahu inventori musuh sedikit tidak matang, so kuasa besar tidak akan kacau kuasa besar yang lain.
    Sebab tu USSR dgn US sampai laa ni asyik perang mulut je.

    Apa yang akan jadi ialah negara kecil yang dah confirm tak ada senjata hebat akan dijadikan tikus putih untuk menguji senjata. Maka perang dunia tak akan tercetus, tapi perang saudara dan pergolakan sempadan yang akan mencanak naik.

    Tapi kalaupun perang dunia bakal meletus, kita takkan berperang guna senjata.
    Zaman sekarang, informasi dan maklumat lebih penting dari kecanggihan senjata, jadi perang dunia ketiga mungkin adalah perang maklumat, maknanya serangan ke atas musuh bukannya atas senjata, tapi atas ekonomi, politik dan sosial. Perang yang senyap.

    Just my 2 sen.

    tl;dr.

    BalasPadam
    Balasan
    1. okay first apa kena mengena perang dengan hipster?

      second, awal2 ko kata jawapan tu tak berkaitan dengan perang tapi perang saraf juga dikira perang.

      hemph.haha.okay peace no war

      Padam
  7. hahaha aku boleh bygkan walking dead dlm jawapan ko ni hahhahaha

    BalasPadam
  8. saya lagi suka soalan sebegini berbanding dengan soalan berdasarkan hafalan sebab boleh curah apa sahaja yang ada dalam minda kita.

    BalasPadam
  9. aku x suka soalan.. aku lagi suka tido.

    BalasPadam
  10. ramalkan bilangan kentut yg diperlukan utk di hidu oleh sirosli..

    BalasPadam
  11. Nak tahu juga apa yang ada dalam skema jawapan si penanda kertas...

    BalasPadam
  12. Jawapan saya...akan wujud IronMan, Captain Amerika dan lain2 sbb kecanggihan teknologi Stark Industries....ini imaginasi saya yg banyak tgk filem omputeh, x salah pun.

    BalasPadam
  13. Wow 2015 ye..hmm i just came here to know the answer of this soalan cause i just got that exact same question.

    BalasPadam
  14. peperangan di akhir zaman nntigune pedang and dan lain ii x gune kecanggihan ni sume dah

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.