Khamis, 12 November 2015

23 Nyawa semua manusia itu sama sahaja nilainya

Suatu hari berlaku satu kemalangan jalanraya pada tengah malam menyebabkan seorang kanak2 yang berusia 5 tahun cedera parah lalu dikejarkan ke sebuah hospital kerajaan yang terdekat. Kecederaan budak itu amat teruk dan pembedahan dilakukan dengan segera. Pada ketika itu di hospital tersebut hanya ada seorang doktor pakar bedah yang available, maka pakar bedah tersebut terus ditugaskan untuk membuat pembedahan terhadap budak yang cedera itu dengan segera.

Sedang doktor tersebut membuat persiapan dan mahu memulakan pembedahan, tiba2 dia dipanggil oleh seorang kakitangan hospital. Katanya ada seseorang yang bertaraf VVIP baru dimasukkan ke hospital yang tangannya patah akibat jatuh dalam bilik air dan memerlukan pembedahan segera, dan doktor tersebut diarahkan untuk menangguhkan pembedahannya terhadap budak 5 tahun itu untuk melakukan pembedahan terhadap VVIP tersebut.


Namun dia tahu, sekiranya dia menangguhkan pembedahan kanak2 tersebut, kebarangkalian untuk dia meninggal dunia amat tinggi dan sekiranya dapat diselamatkan pun, budak itu akan mengalami kecacatan kekal.

Doktor tersebut buntu, adakah dia perlu menurut perintah untuk pergi membuat pembedahan terhadap seorang VVIP atau mengabaikan perintah untuk menyelamatkan nyawa seorang kanak2 berusia 5 tahun? Pada masa itu, isu kemanusiaan dan moraliti mula mengganggu fikirannya sehingga menimbulkan persoalan di kepalanya iaitu...

Antara seorang kanak2 berusia 5 tahun, nyawa siapa yang lebih bernilai untuk diselamatkan?


Kebiasaannya bila kita menonton sebuah filem atau drama aksi, kita pasti akan lihat banyak adegan kematian selain watak utama seperti orang awam kena tembak dengan orang jahat, pekerja di bangunan yang mati setelah tempat kerjanya dibom, pemandu dan penumpang kereta di sekitar yang keretanya berlanggar, terbalik dan meletup dalam sebuah adegan kejar mengejar antara hero dan penjahat, dan kita tak rasa apa2 pun bila tengok orang lain selain watak hero mati.

Jika watak hero mati, atau watak yang berdekatan dengan hero seperti isteri, ibu bapa, anak2 dan kawan hero mati, kita merasa sungguh sedih dan sangat kasihan, namun selain daripada itu bila orang lain mati, kita tak rasa sedih pun seolah2 kita sudah menganggap nyawa orang lain macam tiada nilai atau terlalu kecil nilainya.

Namun bila kita berbalik kepada kehidupan sebenar, hakikatnya tiada siapa2 yang menjadi hero dalam dunia realiti kerana hero itu adalah diri kita sendiri. Kita adalah hero bagi kehidupan kita sendiri. Kita sendiri yang memainkan cerita dan kisah bagi perjalanan hidup kita sendiri tanpa mengira siapakah diri kita sama ada kita ini seorang VVIP, ahli politik, doktor, jurutera, cikgu, pelajar, budak kecil dan sebagainya.

Bagi aku, dalam kehidupan kita ini, nyawa kita semuanya adalah sangat bernilai dan sama sahaja nilainya, tiada lebih tiada kurang.

Nyawa bagi seorang VVIP nilainya sama sahaja dengan nyawa bagi seorang kanak2 kecil. Mungkin ramai yang meratapi dan merasai kehilangan seorang VVIP, namun pemergian seorang kanak2 kecil juga pasti dirasai oleh ibu bapa dan ahli keluarganya.

Malah nyawa seorang penjenayah yang bakal tamat di tali gantung, walaupun hukuman mati tersebut setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya akan tetapi nyawanya tetap bernilai kerana kehilangannya pasti dirasai oleh orang yang terdekat dengannya.

Nyawa tidak boleh dibezakan nilainya. Kesakitan kehilangan nyawa semua orang sama sahaja. Perasaan dari kehilangan orang terdekat dan yang tersayang semua orang pun sama sahaja. Semua orang berhak untuk hidup.

Maka walau apa juga yang berlaku, walau apa keputusan yang kita terpaksa buat, janganlah kita merasakan nyawa seseorang itu lebih penting dari seseorang yang lain.


tags: nyawa manusia sama sahaja nilainya kemalangan maut mati meninggal dunia rawat bedah pakar pembedahan vvip kanak orang biasa awam

23 ulasan:

  1. ok tapi mana satu pilihan doktor tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah yang perlu difikirkan, rasa2 mana satu pilihan doktor tu, atau jika kita sendiri yang jadi doktor tu, apa pilihan yang akan kita buat?

      Padam
  2. By common sense, mmg semua org boleh bg jawapan betul..tp once kita berada di real situation and ada berlaku conflict of interest...mmg sgt sukar buat keputusan.

    Percayalah....the most dangerous drug in the world is.....MONEY. Tp nice entry from noob, jika berlaku situasi di atas, nyawa org terdekat kita dgn org yg kita x kenal semuanya sama value...tp by standing instruction, selamatkan nyawa yg lebih cepat utk diselamatkan, then heiraki ke dua ialah ikut umur/jantina.

    BalasPadam
  3. ada 2 pilihan

    1. First come first serve
    2. Priority, Life or broken hand.
    3. Bulat2 mengikut arahan.

    for me, life come first, screw the instruction

    BalasPadam
  4. budak tu ... vvip tu patah tangan je .... ape la sgt .... esok2 boleh bedah

    BalasPadam
  5. Bagi aku, nyawa budak tuh lagi penting, walaupun dia mungkin cacat fizikal sekiranya dia selamat menjalani pembedahan. Walau cacat sekalipon, dia mungkin dapat menyumbang kepada negara kelak. VVIP tuh, tak tau la camner punya teruk patah tangan sampai perlukan pembedahan? Mana lagi penting; nyawa budak cedera parah lepas kemalangan atau VVIP yg hanya patah tangan? Bagi aku, jawapannya sudah cukup terang dan jelas.

    BalasPadam
  6. Mesti vvip tu kan?
    Kalau tak, confirm Dr tu kena tukar pedalaman atau tetiba bankrupt.

    BalasPadam
  7. Mesti VVIP tu kan?
    Kalau tak, Dr tu bakal ditukarkan di pedalaman atau tetiba bankrup

    BalasPadam
  8. Kenapa awak delete 2kali komen saya? T_T
    Penat taip.

    BalasPadam
  9. ayam afrika ni admin bersama blog ni ke? ke pengulas jemputan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gua pun rase menda yang sama. Gua rasa dia pengulas jemputan. Ayam Tambatan.

      Padam
    2. Haha.....semua sangka sy ni admin..adakah cara komen sy sama stail mcm Noob?

      Padam
  10. bagaimana pula jika kedua2 watak pesakit sedang nazak nak mati.. siapakah yang en. doktor akan pilih?

    BalasPadam
    Balasan
    1. En. Doktor pergi mengeteh kejap nak fikir dulu..wawawawaaa..
      -lanun-

      Padam
  11. Masa kecik dulu aku selalu kata kat mak aku,
    "Mak, tak best jadi orang jahat. Hidup berpuluh-puluh tahun, last-last mati kena tembak dekat tepi jalan"
    Ayat tersebut terpacul sebab pengaruh layan drama Roda-Roda Kotaraya dulu2.
    Now, to think from perspective orang jahat tu, rasanya mesti ada yang akan sedih bila dia mati, kan?

    BalasPadam
  12. Aku pilih vvip sbb aku xnak budak tu cacat kekal

    BalasPadam
  13. citer psl hero buat x kisah ramai orang mati sekeliling dengan tercengang dan menyebut "kis samaaa!!" bukan nyer nak pecut selamatkan seramai boleh... tapi kebanyakan anime atau action series memang mcm ni "art" dia mcm tu nak tunjuk orang simpati dan marah pada si pembuat kejahatan.... hmmm

    BalasPadam
  14. Betul jugak ye? Teringat aku dgn satu kuliah tentang dilemma trolley dan pendermaan organ. Yang tu lagi susah nak justify sebab kita buat keputusan.

    Aku quote dilemma trolley:
    "you are now the trolley driver. Your trolley rounds a bend and, all of a sudden, you spot five workers on the track ahead of you. You slam on the brakes, but the brakes fail. In just a few seconds, the trolley will hit the five workers, killing all of them. But now you notice an alternate track onto which you can, by hitting a switch on your control panel, turn the trolley just in time to avoid killing the five workers. But there is a single worker on that alternate track, and, if you switch to that track, you will kill him. What is the right thing to do? Do nothing, resulting in the death of the five workers? Or hit the switch, saving the lives of the five workers in front of you but killing the one worker on the alternate track?"

    Yang ni dilemma derma organ:
    "Let’s say that after your career as a trolley driver, you went to medical school and became a world-class surgeon who does organ transplants. You are so skilled that the organs you transplant are never rejected by the recipients’ bodies. Presently, you have five patients – all upstanding citizens – who need organs. Two need one lung each, two need one kidney each, and one needs a heart. If they do not get these organs today, they will all die. If you can get them the organs today, they will all live. Just in the nick of time, a young healthy upstanding citizen with the right blood type walks into your clinic for an annual check-up. Would it be morally permissible for you to slip him a drug that will completely anesthetize him and render him unconscious, and then transplant his organs to the five dying patients, obviously killing him in the process?"

    Sumber:
    http://politicsofthemind.com/2013/06/02/the-trolley-dilemma-vs-the-transplant-dilemma/

    Susah jugak nak justify sebab dalam dilemma trolley, majoriti kita akan menyebabkan seorang mati, lima hidup walhal dalam dilemma derma organ, majoriti kita akan menyebabkan lima mati dan seorang hidup.

    Nak dengar lebih lanjut dan variasi dilemma ni, ikuti kuliah Michael Sandel. Memang menarik lecture tu dan memang jauh berbeza mentaliti pelajar luar negara dengan pelajar di Malaysia.
    https://www.youtube.com/watch?v=kBdfcR-8hEY

    BalasPadam
  15. Penah tengok filem i robot kan.
    Ada satu part mana robot menilai peratusan hidup ketika babak menyelamat will smith dan anaknya yang tenggelam air.
    Kebarangkalian hidup anaknya rendah. Sebab tu anaknya dibiarkan mati.
    i robot antara filem yang terbaik.

    BalasPadam
  16. Pendapat saya, selepas membuat kira-kira dunia dan akhirat, baik bedah je VViP tu dulu, sebab budak tu baru 5 tahun dan belum akhil baligh, jika tak bedah dia akan mati (sure masuk syurga sebab belum akhil baligh), kalau bedah dia pun dia akan cacat kekal dan memberikan kesedihan kepada dia dan orang sekitar, baik mati dari hidup...tapi bagi la suntikan penahan sakit supaya dia tak rasa sakit dan pergi dengan aman..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba budak 2 anak anda atau sedara terdekat anda...jawapan anda akan berbeza....

      Cuba VVIP 2 adalah idola ikon politik anda, xpun dia verbally ckp dia akan bagi ganjaran (cash, keta) kalau dapat save his life....jawapan anda berbeza......

      Cuba VVIP tu ahmad maslan atau LGE, jawapan anda berbeza...

      So...jawapan ini sgt subjektif..even ada SI pun maybe instict anda akan berbeza n may overbreach the SI. So...kdg2 conflict of interest will overide the common sense.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.