Isnin, 9 November 2015

23 Jika mahu ada tanggungjawab, jagalah betul-betul

Pagi semalam tak tau macam mana kucing jiran boleh masuk rumah dan berak atas carpet rumah aku. Memang rasa marah dan geram yang teramat sangat, tapi memandangkan kucing tu takde akal, aku cuma keluarkan saja kucing tu, cuci taik dia dan hantar carpet ke kedai dobi (melayang $$$).

Disebabkan benda2 macam ni lah aku tak bela kucing. Bukan sebab aku tak suka kucing atau tak suka bela kucing, tapi disebabkan aku tahu aku bukan seorang pembela kucing yang baik, maka jika aku bela juga mungkin akan mendatangkan kemudaratan kepada kucing atau menyakitkan hati jiran lain atas kecuaian dan kegagalan aku.


Sama juga dengan perkahwinan. Aku pernah jumpa orang yang tidak mahu berkahwin bukan kerana dia benci pada lelaki, atau perempuan, atau percintaan, atau perkahwinan. Mereka cuma tidak mahu kahwin kerana tidak mahu mendatangkan kesusahan atau kemudaratan pada pasangan atau anak2 mereka.

Bagi aku pilihan tersebut adalah sesuatu perlu dihormati, bukan memperlekeh mahupun dipaksa2 kerana akhirnya ia adalah kehidupan orang itu bukan kehidupan kita pun. Kita ni tau cakap dan tau suruh je, tapi at the end, susah atau senang dia yang kena tanggung bukan kita pun. Dia nak kahwin atau tidak, bukan masalah kita pun, yang kita pulak nak susah hati lebih2 tu dah kenapa? Sampai ada yang cakap orang tu tolak dan hina sunnah Nabi sebab tak kahwin atau tak nak kahwin.


Dia macam ni, bila kau nak berkahwin, atau ambil anak angkat, atau nak bela haiwan peliharaan, ia sebenarnya datang dengan tanggungjawab. Sekali kau dah setuju untuk berkahwin, atau ambil anak angkat, atau bela haiwan peliharaan dan sebagainya, kau sebenarnya harus bersedia dan sanggup untuk dipertanggungjawab dan bertanggungjawab atas pasangan kau, anak2 kau, haiwan peliharaan kau, siapa2 atau apa2 jua yang sudah menjadi tanggungan kau. 

Lebih2 lagi hal berkaitan perkahwinan. Ingatlah yang perkahwinan tu datang dengan tanggungjawab yang besar. No point kau berkahwin jika kau suka lepas tanggungjawab sehingga memudarat dan memberi penderitaan pada pasangan dan anak2, atau lebih teruk akhirnya mendatangkan masalah pada orang lain kerana kau tak menjaga pasangan dan zuriat kau dengan baik.


Maka bila kau nak bela kucing ke, anjing ke, whatever binatang pun, nak bela tu bukan sekadar untuk kau usap2 bulu dia dan bermanja dengan dia. Kau kena jaga dia jangan sampai dia menderita, kelaparan dan menyusahkan jiran2 yang lain. Kalau kau tak mampu dan gagal nak buat benda2 tu, jangan bela kucing, atau lain2 haiwan.

Begitu juga halnya dengan kahwin. Kahwin ni bukan sekadar nak romen atau buat anak sahaja. Kalau kau tak boleh nak jaga pasangan, jenis suka lepas tangan sampai buatkan diorang menderita dan tak bahagia, jangan kahwin. Kalau kau malas dan tak boleh nak jaga anak kau dengan baik sampai anak kau menyusah dan merosakkan orang lain, jangan buat anak.




tags: ambil tanggungjawab kahwin perkahwinan buat anak zuriat bela kucing haiwan binatang peliharaan berak merata tak pandai jaga

23 ulasan:

  1. Tanggungjawab ni bukan satu pekara yang boleh dipandang mudah, x kira la apa jenis tanggungjawab sekali pun

    Lagi lagi ianya akan disoal oleh Allah kelak di hari pembalasan

    Btw first!

    Cool Guy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Noob, tanggungjawab tu kita akan sanggup pikul kalau dh betul2 minat/suka.contohnya klu dh betul minat kt sesorg perempuan, kita akan berusaha memilikinya kalau dia jodoh kita.dah kawin dpt anak dgn sendirinya kita akan bertanggungjawab bela anak klu kita betul2 nak bukan kawin nafsu nk projek je. Kucing tu intro je kan...
      beginilah, ada org suka kereta, maka sanggup bayar ansuran,tambah aksesori, servis maintenance minyak insurans road tax tayar dll hanya untuk memandu sampai ke destinasi tapi org lain yg xde kenderaan pun boleh sampai ke destinasi dgn pengangkutan awam yg mudah/ murah tapi pada akhirnya dia tetap tak ada apa2 kenderaan milik sendiri krn tak mahu komitmen/ tanggungjawab. Apatah lagi kalau dia lelaki yg fitrahnya jadi khalifah kpd keluarganya- Isteri dan anak/2. Klu kita ada rumah besar,kereta mewah harta berjuta pun ia semua adaptable,sampai 1 masa rasa mewah teruja akan hilang. Tapi kasih sayang Isteri Dan yang lebih penting,anak darah daging kita sentiasa buatkn hidup lebih bermakna dan bahagia ( sebenarnya xde perkataan yg boleh describe).hubungan ini sampai ke akhirat. Maksud aku klu kita betul2 nak dan bila dh dapat kita bahagia rasa hidup kita dh lengkap,dgn sendirinya kita akan bertanggungjawab.ada org yg kawin krn terpaksa/nafsu je so bila dh ejaculate dh puas menyesal pulak,(boleh melancap atau carik ayam bohsia apa ! ) tu yg abaikan Isteri n anak. Nak harta boleh btanggungjawab bayar ansuran,nk blog boleh usahakan buatkan entry hari2, tu semua setakat dunia je.anak yg akan mendoakan kita bila dh meninggal, dpt bonus pahala kt dlm kubur,klu asyik bertangguh nk kahwin persoalannya Sempat Ke.. umur kita setiap saat semakin pendek bro, klu dh sampai ajal x kira cara x kira tua muda. * ada kesempatan, ALLAH permudahkan maka kahwinlah,jgn ditolak jodoh yg datang. Klu betul caranya kahwin dan berkeluarga itulah super duper hyper bahagia hidupnya.

      Padam
  2. ak pernh jumpe budak2 kecik mcm ni ko tau ak buat ak x mcm sibbodoh tu ambik brg budak tu simbah air itu lagi melampau degn budak tu.... ye budak tu x beradab tp ak straight pergi kat budak tu ak ckap ngan nada geram "jHAIP!! jangan buat benda tu lagi" insyaAllah 100% budak tu terdiam ak straight buat mcm tu je walaupun ad mak bapak dia sebb ngan adik2 ak kecik2 dulu ak tolong jaga pun ak yg pergi marah degn nada geram " jgn kacau orang" masalah nyer kebanyakan orang suka menghukum melampau2 itu paling meluat betul ak tengok orng sekang ni.... hukum hukum la yg berpatutan bukannye melampau2 itu sebb Babi negara pun cas mcm2 kat rakyat pun melampau2.... ntah la baik ak solat zohor...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ProOO00ootTt! Arghh leganya

      Padam
    2. Maaf ye sirosli..kalau boleh, gunalah ayat sebetulnya sebab pembaca2 kat sini boleh dikatakan berusia lebih 20an..kami dah jarang guna ayat2 shortform macam tu..aku nak fahamkan ape yg sirosli tulis tu sampai 4 5 kali baca..tu pun masih ada yg kurang faham..kalau nak kentut tu,suka hati kau laaa..prooooottttt sikit..
      -lanun-

      Padam
  3. Sesungguhnya benda yang paling besar di dunia ialah NAFSU,

    Benda yang paling jauh dengan kita ialah MASA YANG TELAH BERLALU,

    Benda yang peling dekat dengan kita ialah MATI,

    Benda yang paling tajam di dunia ialah LIDAH MANUSIA,

    Benda paling ringan di dunia ialah MENINGGALKAN SOLAT

    Benda yang peling berat di dunia ialah..........


    TANGGUNGJAWAB. Renung2kan sbb ramai antara kita ambil mudah..terutamanya lebih perjuangkan hak dari tanggungjawab. Sebelum kita pasal tanggungjawab org lain kpd kita, fikir dulu tanggungjawab KITA kpd org lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila nk buat entry kt buasir otak ni aym? Kau kn slh satu admin blog ni,

      Padam
    2. Sy bukan admin la....tukang komen je...maybe popular sbb rajin komen kat BO. Tp klau diberi peluang jd temporary admin leh gak....tp malas sbb komitmen kerja tinggi skrg.

      Padam
  4. eh betul sangat.... i ada kawan yang jenis 'Jaki' sangat nak carikan pasangan untuk i. Geram nyer tak terkata. tapi sebab kawan dibiarkan saja. But bila i ckp i xnk kawan lebih dri tu mula mrh2 ap smua.... diorang tak pikir yang kawin tu i. yang tanggung tu i..sorry sensored skit..yg akan romen dan ada ank tu i...what if di tengah perkahwinan ap2 terjadi. Mereka kah yang akan tanggung masalah kita? Kalalu hati dah tak suka jangan ditambah ayat manis sudah. Nanti jadi lagi benci sebab i mmg jenis cmni. penyudahnya i terus benci mamat tu sebabkan desakan kawan. Naknak bila mamat tu buat ayat2 konon baik contohnya " awk tak balik kampung?" "kenapa tak balik nanti mak ayah rindu" dalam hati i da maki hamun. Mak ayah i pun tak cakap pape u nak sebuk pasal hidup i. tapi nasib ada rasa hormat je. Kalau tak memang dah kena sembur. Btw lega dapat meluahkan rasa dihati dan pendapat yg xseberapa. Thanks juga sebab sharekan N3 sebegitu. huhuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. sudikah adik manis menerima pinangan beta?

      -prince of nubian-

      Padam
    2. Aku setuju dengan akak!Aku paling takleh terima kalau aku cakap benda betul orang tak percaya,ingatkan aku main-main ke apa.Kesnya,kawan aku selalu tanya siapa crush aku tapi aku cakap takde.Kawan tuh mulalah nak eleh hek eleh tak suka sesape konon.Banyak kali pulak tuh.Serious,aku gila benci bila orang cakap camtu.Lainlah kalau best friend sebab dia cakap biasanya main-main.Apapun,orang macam kita ni memang selalu sangat kena bash dengan stereotaip masyarakat yang berfikiran tertutup bab remeh-temeh.Kita hanya mampu bersabar atau bertindak pada tempatnya.Hmmmhmmm give me five sikit akak!

      Padam
    3. Hotstuff nmpk.....teringin benda yg sama berlaku pada teruna mcm saya...xde sapa yg menyakat nak kenen2kn sy ni.....Biase la...org melayu jenis suka menyakat..produktiviti kurang sbb asyik bercerita pasal org. Smile n move forward, x perlu jiwa kacau sgt...best jadi lelaki sbb ada power of ignorance yg sgt tinggi.

      Padam
    4. Tanpa Nama a.k.a Prince Nubian: haha

      Syaz Oneniy : Give me Ten. Ada geng upenyer.... hehe..memang betulla tuh.....

      Ayam Afrika: bertuahlah badan kerana awk sorg lelaki. Kami yang perempuan ni cepat lembut hati. Maka bila lembut hati jadi lah macam tu. Bukan kami xnk smile n move forward. Mungkin kerana awak sendiri tak pernah dialami dimana ada sepuluh dan berpuluh orang yang terlalu 'jaki' nak kenenkan awak dengan semua orang dalam dunia ni maka boleh lah awak mengerluarkan status " xperlu jiwa kacau sgt..best jadi lelaki sbb ada power of ignorance." btw.. setiap orang ada pendpt masing2.. maaf sy ni tak reti nk mengarang ayat. Naknak kalau menaip panjang lebar cenggini lagi tak pandai. Tapi itulah antara pendapat yang sy boleh katakan. Tapi apa pun terima kasih atas info yang Ayam Afrika berikan. ^^

      Padam
    5. Diam la ayam... hotstuff, hotstuff....

      "Teringin benda yg sama berlaku pada teruna mcm saya...xde sapa yg menyakat nak kenen2kn sy ni....."

      Pastu

      "best jadi lelaki sbb ada power of ignorance yg sgt tinggi"


      APE POINT LU NIE AYAM?

      Padam
  5. HARGA ROKOK DINAIKKAN SECARA MELAMPAU SEBANYAK RM3.20, DARI RM13.80 KEPADA RM17.00. KENAIKAN TERTINGGI INI TIDAK MASOK AKAL, TIDAK PERNAH BERLAKU DI DLM MANA2 PIMPINAN UMNO/BN SEBELUM INI.

    TERIMA KASIH KPD KERAJAAN NAJIB, KERANA KERAJAAN NAJIB SUDAH TIADA IDEA UNTUK MENJANA PENDAPATAN NEGARA.

    DI SINI DAN DI MANA-MANA PON, TIDAK ADA LAGI PENGUNDI/PEMINAT/PENYOKONG UMNO/BN.

    JUMPA LAGI DI PRU-14.

    SEKIAN TERIMA KASIH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah check harga rokok kat Singapore? Jauh lagi mahal...naik la smpi rm50 sekotak, anggap anda penyumbang tax terbesar gov...lgpun dah terang2 haram pun nak hisap gak smpi perhabis duit..yg free mcm baca alquran n ibadat ringkas lain xnak buat lak evem tax free. Lgpun mmg naik sbb 2 benda, sbb pendapatan kerajaan dah kurang sikit sbb ramai beralih ke vape, pas2 nak kurangkan tabiat merokok.

      Lg satu....kalau anda confident next gov yg anda suka sgt boleh kurang harga rokok smpi rm4-5 sekotak...xde masalah undi mereka...tp so far semua kaki auta semua x kira BN atau PR.

      Padam
    2. Yang tak ada duit tapi hisap rokok = bodoh

      Yang ada duit tapi komplen harga rokok naik = bodoh (dah tau memudaratkan kenapa hisap?)

      Padam
    3. Wei Ayam. Lu nie dah la ayam, ayam macai tegar pulak tu. Next gov akan turunkan atau tak bukan isu. Isunya ni sekarang. Naik tahap jahanam. Gua bukan nak tegakkan benang yang basah menidakkan keburukan rokok. Tapi harganya overprice. Baik haramkan terus. Kalau dah macai, confirm otak mendak dalam kotak ubat nyamuk. Asyik banding ngan negara yang perkapita jauh lagi bagus.





      Esok harga lembu naik, disalahkan rumput. Goblok.

      Padam
  6. Aku sokong sangat2, boleh tambah lagi satu golongan, yang suka tanya kenapa tak tambah anak, anak itu pembawa rezeki la,bla bla la, aku bengang gila bila ada yang cakap macamtu, kau ingat tanggungjawab jaga anak tu ringan ke,silap2 boleh tarik aku masuk neraka, stewpidd people..!!!

    BalasPadam
  7. Ramai dah tak faham konsep tanggungjawab ni.
    Orang lain kahwin, dia nak kahwin.
    Orang lain ada anak, dia nak ada anak jugak.
    Last-last tak reti nak jaga anak, hantar dekat atuk nenek kat kampung suruh bela sampai besar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu... tak faham kenapa manusia yang mempunyai pemikiran cenggini yer... apakah diorang tu sebenarnya dah tak de life sangat? atau life diorang tu sebenarnya dah terlalu bosan? atau sebenarnya diorang tu mencari simpati dan perhatian orang dengan menyibuk hal peribadi orang lain? hehehe......

      Padam
  8. selepas kawin memang tanggungjawab besar..tapi sendiri bikin sendiri kena uruskan. kalau sampaikan mak ayah kena sponsor life anda laki bini, tambah anak2 lagi, tu bukan nak jaga mak namanya. tu menghabiskan harta. serupa tak payah gatal nak kawin.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.