Jumaat, 13 November 2015

20 Sikap yang dididik dari kecil akan menjadi budaya

Ada satu hari tu aku pergi ke sebuah hospital kerajaan dan aku singgah kafe hospital itu untuk bersarapan pagi. Macam biasalah hospital kerajaan ni memang ramai orang, maka kafeterianya juga penuh dengan orang. Meja makan pun penuh, so aku tunggu la sekejap sementara nak tunggu ada meja kosong. Sekali ada satu keluarga bangun tinggalkan meja dan aku terus ke meja tersebut.

Di atas meja tersebut penuh dengan pinggan mangkuk dan sisa2 makanan mereka. Aku baca sebuah notis di tiang berdekatan yang tertulis "Sila letakkan pinggan dan cawan di sini SETELAH makan" di mana di bawahnya terdapat besen besar dan juga tong sampah.

Gambar hiasan

Maka aku pun angkatlah pinggan2 dan sisa2 makanan di atas meja itu dan letakkan ke dalam bekas dan tong sampah yang disediakan tersebut. Dan aku perhatikan juga orang lain yang telah selesai makan, kebanyakannya memang terus meninggalkan meja tanpa mengemas peralatan makanan mereka.

Sekarang aku tak tahu sama ada orang kita hatta orang dewasa dan tua pun memang rata2 bengap tak reti membaca ataupun notis tu salah yang mana ia sepatutnya tertulis "Sila letakkan pinggan dan cawan di sini SEBELUM makan" memandangkan kemas meja selepas makan memang bukan budaya kita walaupun sudah diberi peringatan.

Sebenarnya kafeteria yang ada notis macam tu biasanya tempat di mana mereka tidak menyediakan pekerja pembesihan atau sama ada pekerja pembersihan tidak ramai atau pun mahu mendidik orang ramai akan nilai murni itu, tapi bila ada orang meninggalkan sisa2 makanan di atas meja selepas digunakan dan terpaksa dibersihkan oleh orang lain yang mahu menggunakan meja tersebut selepasnya adalah ibarat kau masuk tandas awam, berak banyak2 taik keras ke cirit ke, lepas habis berak kau tinggal taik kau timbul kat jamban tu untuk diflush oleh orang lain yang mahu menggunakan jamban tersebut.

Entahlah.

Aku cuma agak rasa terkilan. Terkilan sebab masyarakat kita gagal untuk mendidik dan membentuk suatu budaya yang baik dan positif sebagaimana budaya positif orang Jepun. Aku terkilan orang dewasa kita gagal untuk memberi contoh dan tauladan yang baik kepada mereka yang lebih muda.

Sebenarnya kalau nak membentuk budaya baik dan nilai2 murni ni perlu bermula dari kecil, dari rumah, dari sekolah. Lihat sahaja bagaimana pelajar di Jepun diterapkan budaya mengemas dan mencuci sendiri kelas dan sekolah mereka setiap hari serta dibantu oleh guru2 mereka untuk menanam rasa cinta kepada kebersihan, kerajinan dan berdikari.


Baca juga bagaimana Jepun menerapkan nilai2 positif dalam budaya mereka dan kenapa Malaysia masih kekal sebagai negara membangun di sini.

So daripada kita nak invest berjuta2 untuk hasilkan sistem kemasukan markah secara online atau pening2 kepala fikir bahasa apa yang nak digunakan untuk mengajar sains dan matematik, adalah lebih baik kita fokuskan kepada benda yang paling asas dan basic iaitu mendidik dan membudayakan nilai yang baik dan murni agar generasi akan datang bukan sekadar mempunyai akal yang bijak tetapi juga akhlak serta nilai yang baik.

Sikap yang dididik, diterap dan dilentur sejak dari kecil akan menjadi amalan, tabiat, budaya dan kebiasaan masyarakat apabila mereka besar nanti. Jika buruk sikap yang dididik itu maka buruklah budaya masyarakat kita. Jika baik sikap yang dididik itu maka baiklah budaya masyarakat kita.

tags: japanese students clean classrooms to learn life skills budaya nilai positif amalan murni terap akhlak adab baik bersihkan meja setelah makan kemas kelas sekolah berdikari pelajar murid gotong royong

20 ulasan:

  1. Ya sokong 120%, patutnya kerajaan peruntukkan lebih dana buat iklan berkaitan tauladan dan budaya yang baik.

    Gaji pengarah yang boleh buat iklan yang memberi kesan mendalam bila iklan tu dibuat, jangan buat iklan kroni mcm lagu nyamuk aedes (serius macam bodoh) atau guna animasi 3D zaman 80an.

    Iklan tu biar semua siaran tv perdana tayangkan tiap-tiap hari

    Ni cuma penyelesaian jangka pendek je huhu

    BalasPadam
  2. Setuju. Kita terlalu mengejar sesuatu yang bersifat kebendaan daripada kita menitik beratkan aspek etika dan adab dalam kehidupan seharian.

    BalasPadam
  3. Wow, bagus la kau Noob sanggup kemaskan sisa makanan orang lain. Itu menunjukkan kematangan.

    Kalau aku ada di situasi kau time tu samada aku bangun dan tunggu meja lain yang bersih atau pergi kedai luar je.

    I applaud you.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak tunggu meja bersih lambat, nak tunggu orang kemaskan meja sendiri lepas makan pun memang tak la, nak makan kat kedai luar pun lambat sebab ada appoinment doktor, so nak tak nak kena la kemaskan meja gak.

      Padam
  4. Senang cakap,org kita mmg suka org lain yg buatkan kerja utk depa..a.k.a malas.nk suruh budak2 mengemas kt sekolah?almost impossible.ada sekali kt sklh anak saya cikgu suruh bw kain buruk plastik n selipar sbb nak gotong royong bersihkan sekolah..tp bila balik Anak2 ckp x jadi buat pun sbb ada ramai parents dtg sklh marahkan cikgu..so,how now?

    BalasPadam
  5. noob, apasal bila aku klik dekat website hang, kena direct ke website ntahapapa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pun sama.
      Klik dekat mana-mana pun, terutamanya dekat background keliling, dia akan bukak satu tab baru ke srv.revdepo.com/... dan seterusnya forward ke website ads.
      Sedikit menjengkelkan laa Boss.

      Padam
  6. Bani Melayu hanya tau cakap saja hal baik2, mulut manis hati mak aaiii.. dan tidak ikhlas dalam bersopan santun. Akhirnya terlahirlah segala umat ketahian ini.

    Mereka hanya berbuat baik jika ada kepentingan wang dan habuan. Jarang benar niatnya baik serta kompleks dgn nafsi-nafsi.

    Malas membaca, malas menulis, suka berperangai mcm pengawas sekolah (ini mmg betul2 cibai la), sensitif butthurt tak tentu hala walau halnya kecil semut jer etc.. serius, aku x mengharapkan apa2 lagi kebaikan dari bani melayu. Hendakkan sesuatu apa, usaha sendiri.

    BalasPadam
  7. sy setuju sgt sbb sy seorang guru..

    BalasPadam
  8. kemungkinan tak nampak notis tu adalah tinggi sebab orang ni tak beri perhatian sgt kt dinding n tiang sbb nak mengejarkan nak isi perut yg lapar so kebarangkalian tak nampak notis tu tinggi. mngkin kena try buat notis tambahan kt setiap meja makan tulis "SILA LETAK PINGGAN DAN CAWAN ANDA KE BESEN SELEPAS MAKAN" . mcm style gini http://i.ebayimg.com/images/i/390883081077-0-1/s-l1000.jpg

    Kalo yg tu mmg agak susah la tak perasan sebab dah mmg depan mata masa tengah makan tu. hmmm nak tengok gak ade tak lagi yg x paham2 bahasa walopun dah letak notis btul2 depan mata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Letak atas meja makan. Kalau tak perasan juga tataulah...

      Padam
    2. Setuju. Letak atas meja makan. Kalau tak perasan juga tataulah...

      Padam
  9. prooot d muka sirosli

    BalasPadam
  10. Let just hope nanti akan ada dari generasi muda yang ambil alih kepimpinan dan ubah sistem yang sedia ada teruk ni.
    Nak harap pemimpin generasi sekarang, asyik nak songlap duit je kerjanya...

    BalasPadam
  11. Nilai-nilai murni dalam masyarakat Malaysia sangat rendah.

    Sekecil-kecil perkara seperti menjaga kebersihan pun masih sangat gagal. Itu belum lagi dari segi kualiti kerja, ketepatan masa, adab sopan, kesederhanaan dan pelbagai lagi.

    Kalau pergi ke tempat peranginan di Malaysia, rasa sangat sedih dan marah apabila tempat awam yang cantik dikotori dengan sampah sarap yang dibuang di merata-rata tempat. Padahal, tong sampah sudah ada disediakan, dan ia tidaklah jauh atau kurang. Tinggal hanya perlu berjalan selangkah dua sahaja untuk ke tong sampah. Itu pun masih lagi membuang sampah merata-rata, mengotori alam yang cantik dan bersih ini. Inilah mentaliti masyarakat hari ini yang dapat dilihat di sini. Pemalas, pengotor dan tidak bertanggungjawab.

    Ibu bapa dan orang dewasa di Malaysia sambil lewa dalam mendidik golongan muda dan anak-anak. Malah merekalah yang meracun fikiran golongan muda dan anak-anak dengan menunjukkan sikap yang buruk, ideologi politik, tidak bertanggungjawab dan suka mencari salah orang. Anak-anak dan golongan muda banyak dihasut dengan kebencian dan hasad. Ini bakal merosakkan, sangat merosakkan. Merekalah yang merosakkan.

    Pembangunan nilai insan nampak seperti sudah tiada. Mungkin Malaysia perlu jadi negara polis malah tentera seperti Singapura dan Korea untuk mendisiplinkan semula masyarakat dalam sekecil-kecil perkara seperti kebersihan, ketepatan masa, kepatuhan terhadap peraturan dan adab. Hendak diharap kepada generasi hari ini (muda, dewasa dan tua), nampaknya mereka sendiri pun sudah hanyut dan punah. Malah guru-guru dan ustaz-ustaz sendiri pun membuang sampah di merata-rata tempat, tidak menepati masa, tidak bekerja sedaya upaya, tiada kesopanan dan lain-lain.

    BalasPadam
  12. Semua bergantung kpd pemimpin n perlaksanaan....kalau mereka x start, no body willing to start 1st. Jgn ckp Jepun, Singapore buat strict rules smpi denda beratus2 dollar utk make sure people ada disilpin n kebersihan ikut standard dunia. Cuma kat Malaysia ni xde strict rules n enforcement, event kempen dilarang merokok pun rilek je..kalau kena tangkap pun leh kawtim...

    Yes..etika bagus ni kena didik sejak kecil..kalau dah tua or dewasa sekali pun susah nak ubah bad habit.....so sapa akan jadi punching bag pasal isu ini? menteri, ahmad maslan? Last2 semua politician sibuk penuhkan kantung masing2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan lu dulu macai tegar ke ayam?

      Padam
    2. X kira bn ke pr ke..sapa salah sy tegur....full stop.

      Padam
    3. X kira bn ke pr ke..sapa salah sy tegur....full stop.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.