Selasa, 24 November 2015

8 Tak siapa boleh ubah diri kita selain diri sendiri

Seringkali sewaktu kita kecil, kita sering mendengar nasihat daripada orang dewasa yang mengatakan kita hendaklah pandai memilih kawan, kalau boleh kawan yang boleh membimbing, mempengaruhi dan mencorakkan kita ke arah yang lebih baik.

Ya, tak dinafikan memang bagus cari kawan yang boleh tolong kita dan membawa kita menjadi lebih baik dan berjaya, namun jika kita sendiri yang tak mahu bantu diri kita sendiri, carilah kawan pandai ke, alim ke, usahawan berjaya ke, tak guna juga, kerana akhirnya kita sendiri yang perlu membentuk masa depan dan menentukan hala tuju kita sendiri.

Pelukis: Remy


Berkawan juga tidak semestinya cari orang yang pandai, baik2 dan berjaya sahaja, kerana jika orang yang tidak cerdik, nakal dan tidak berjaya ini kita jauhi, siapa pula yang mahu membimbing dan memberi pengaruh baik kepada mereka?

Apabila nampak budak yang nakal, kita terus kata itu semua pengaruh rakan sebaya. Takkan pengaruh rakan sebaya hanya boleh menyebabkan kerosakan dan keburukan? Takkan tiada pengaruh rakan sebaya yang boleh membawa kepada kebaikan dan kejayaan?

Dan adakah kita ini lembik sangat sampai kawan buat benda bodoh, buruk dan jahat pun kita nak ikut? Lepas tu bila dah gagal salahkan pengaruh rakan sebaya. Takkan semurah itu pendirian dan prinsip kita?

Come on...

* Komik di atas adalah sedutan daripada buku Buasir Otak: The Komik [RELOADED] yang baru. Ada banyak lagi komik menarik di dalam buku Buasir Otak: The Komik ini. Untuk membeli boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: pengaruh rakan sebaya mahu berjaya jadi baik alim warak kena pandai pilih kawan rakan sahabat

8 ulasan:

  1. i'm the living proof! hahaha masa lower 6 dulu selalu merapu sebb ikut kwn yg kuat merapu, exam semua C straight, hahaha then upper 6 mula kwn dgn geng baik end up dpt straight A, haha, alhmadulillah. pokok pangkalnya, boleh je kalau nak merapu nk nakal sekali-sekala tp kena jugak fikir masa depan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus seriously hang memang handal membuat tajuk novel yang panjang seperti novel ringan jepun, good job!

      Padam
  2. Kawan yang baik hanya dapat berikan panduan untuk kita memilih laluan yang betul.
    Namun dalaman kita harus dipupuk terlebih dulu, mana jalan yang kita mahu pilih.
    Thanks for sharing this.

    BalasPadam
  3. kira bagus la budak tu nak ikut zamri walopun akhirnya tertido, daripada terus taknak berdamping langsung dgn students yang boleh membimbing dorang. Janji jangan suruh zamri buat keje skolah atau tiru keje skolah zamri dah la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmm, kalau nak ikut terma "kira bagus", memang tak maju2lah bangsa kita..

      Padam
    2. @ 12:21
      kira ok la tu dia cuba nak damping di kalangan orang yg baik2, daripada taknak langsung dan pulak tu mengecam dan mengejek. dr situ la kita kena cuba ajak dia slow2 berubah ke arah kebaikan tanpa jemu dan putus asa. kita jgn nak trus orang perfect trus berubah. xde ape yg perfect kt dunia ni. kalo cmtu bestla.

      Padam
  4. Poin rakan sebaya tu sebenarnya dah masuk no.3, 4 atau lima.
    Poin utama untuk berjaya ialah diri sendiri.
    Kawan laa dengan genius mana sekalipun, kalau diri sendiri tak nak usaha takkan ke mana jugak. Hahaha

    BalasPadam
  5. Faktor untuk berjaya bukanlah diri kita sahaja.

    Malah diri kita hanya 20% dari faktor berjaya atau gagalnya kita. 80% lagi adalah berpunca dari persekitaran kita, iaitu rakan2, ibubapa, tempat, budaya dan lain-lain lagi.

    Jika kita mahu berjaya kita mesti beri tumpuan kepada faktor yang 80% dengan serius. Faktor diri kita hanya sebagai pemula sahaja dan kita tidak akan mampu berjaya jika faktor yang 80% lagi tidak positif.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.