Bila kau buat salah, lalu kau salahkan ibu bapa, salahkan jiran, salahkan kawan, salahkan anak buah, salahkan admin page lain, salahkan follower, salahkan netizen, salahkan kaum lain, salahkan penganut agama lain, salahkan batu, salahkan pokok, salahkan haiwan, salahkan semua benda kecuali diri kau sendiri sebab kau rasa kau sentiasa betul dan tak pernah salah.
Kenapa kita malu untuk mengakui kesilapan sendiri? Kenapa kita malu untuk meminta maaf atas kesalahan yang kita sudah lakukan?
Segala kesilapan dan kegagalan kita sebelum ini adalah untuk kita belajar dan mengambil pengajaran daripadanya, bukan untuk kita masih berlagak ego yang tidak mahu mengakui kesilapan lalu menuding pula jari kepada orang lain.
Jika kita tidak mahu mengakui kesilapan yang kita sendiri lakukan malah menyalahkan orang lain pula atas kegagalan kita itu, percayalah bahawa kita hanya seorang manusia yang bodoh sombong, dan percayalah kau akan mudah kehilangan kawan kerana itu.
Pelukis: Yura Yu
Dan kepada anak-anak, sesungguhnya ibu bapamu menegur, memberi nasihat dan memarahimu adalah kerana mereka sayang padamu dan tidak mahu kau terus hanyut.
Jika andai suatu hari nanti kamu lemas, maka tanggunglah dan salahkanlah diri kamu atas tindakan dan perbuatan kamu itu sendiri.
Usahlah salahkan kedua orang tuamu tindakan bodoh kamu sendiri sedangkan kamu sudah dewasa dan sudah mampu menilai apa yang baik dan apa yang buruk.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: salah siapa semua orang silap gagal tuding jari berlagak sombong ego
k...
BalasPadamproo0tT !
Padam-lanun-
Melayu mmg terkenal dengan downline
BalasPadamKekadang aku terfikir,
BalasPadamorang bodoh sombong ni tahu tak dia bodoh sombong?
Adakah dia tahu tapi dia terlalu ego nak mengaku bodoh sombong dan buat-buat tak tahu?
Atau adakah dia memang tak tahu dan merasakan perangai dia tu sesuatu yg normal?
setiap kali tegur kena rakam pakai hphone, baru boleh ungkit... klu tidak jwpn mana ada je...
BalasPadam