Ia berbeza dengan norma etika deontologi yang mementingkan nilai moral dalam kaedah untuk mencapai matlamat. Matlamat tidak menghalalkan cara. Melanggar undang-undang atau memukul pesalah jalanraya tetap salah secara moral walau bagaimana baik sekalipun tujuannya.
Demikian juga halnya kempen tendang cermin sisi kereta yang guna lorong kecemasan. Sama ada sokong atau tidak vigilantism seperti ini, ia mencerminkan pegangan etika kita - mementingkan matlamat semata-mata atau turut mengambilkira asas moral kaedah mencapai matlamat.
Status ini ditulis oleh Ahmad Farami tentang isu yang berlaku baru-baru ini.
Kira-kira 2 minggu lepas berlaku kemalangan berhampiran susur keluar tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka, di mana dua orang penunggang dan pembonceng motosikal yang merupakan adik dan abang telah terlanggar sebuah kereta rosak.
Kemalangan tersebtu menyebabkan kedua-dua mereka mengalami cedera parah dan memerlukan rawatan secepat mungkin. Namun, kerana dek sifat tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sesetengah pemandu kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan menyebabkan pihak ambulan telah tiba begitu lewat sehingga 3 jam kerana dihalang.
Dikhabarkan kedua adik beradik yang terlewat menerima rawatan sepatutnya angkara pemandu-pemandu yang tidak bertanggungjawab ini telah meninggal dunia di Hospital Seremban.
Baca berita dan lihat gambar serta video berkaitan di artikel ini - "Sesiapa Yang Salah Guna Lorong Kecemasan Ketika Kejadian Semalam, Anda Adalah Pembunuh!”.
Rentetan daripada kejadian itu, ada sesetengah pihak memulakan kempen tendang side-mirror kereta yang menyalahgunakan laluan kecemasan untuk menunjukkan protes dan memberi pengajaran kepada golongan yang masih menyalahkan lorong kecemasan tersebut.
Ada pihak yang menyokong dan ada juga yang membantah kempen tersebut seperti yang ditulis dalam artikel ini - "Kempen Tendang Side Mirror Tanda Protes – Tindakan Mat Moto Dihentam Netizen".
Malah pihak polis menyatakan yang penunggang motor tersebut melakukan 2 kesalahan iaitu khianat dan guna laluan kecemasan seperti di artikel ini - "Penunggang Motosikal Ini Lakukan Dua Kesalahan, Khianat Dan Turut Guna Laluan Kecemasan".
Aku pun pernah menulis artikel dahulu yang "Lorong kecemasan lebuhraya bukan khas untuk motor".
Isu ini telah menyebabkan perbalahan di antara penunggang motorsikal dan juga pemandu kereta. Masing-masing ada yang mengecam antara satu sama lain dan mempertahankan tindakan sesama kelompok sendiri.
Namun percayalah, tak kira kau bawa kenderaan apa sekali pun atas jalan raya, ia bukan milik siapa-siapa sampai nak buat macam jalan mak bapak korang. Masing-masing perlu bertoleransi. Masing-masing termaktub pada undang-undang. Ia bukan tentang kenderaan, tapi tentang macam mana kau guna otak kau.
Jika ada masalah, selesaikan mengikut saluran undang-undang. Ada orang guna jalan kecemasan, langgar lampu isyarat, langgar bontot kereta dan sebagainya, buat laporan kepada pihak berkuasa, bukan acah-acah jadi hero dengan ambil tindakan sendiri nak konon nak jatuhkan hukuman sendiri mengganas bagai.
Marah memang marah tapi kau bukan Batman mahupun Captain America. Takde siapa lantik atau suruh kau jadi perwira atau penegak keadilan jalanan. Kau bukan vigilante. Kau cuma samseng jalanraya, dan kau tiada hak pun nak jatuhkan hukuman sendiri.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: batman vigilantism kempen tendang cermin sisi side mirror kereta motor motorsikal kemalangan maut halang ambulan laluan lorong kecemasan
puasa kay?
BalasPadam!ʇ0o0oOoOɹd
Padam-unuɐן-
Aku sokong batman. Polis xkan la nak ckp trg2 yg diorg sokong. Pemandu yg guna lane kecemasan ni mmg kena ajar dgn cara gitu.
BalasPadamDark knight rises.
aku plak sokong green arrow. vigilante las2 jd mayor utk protect dia punya city. & polis pun saport perjuangan dia.
BalasPadam-team oliver quenn aka green arrow-
Aku ada baca artikel yg org tepek (dr utusan) yg jpj kata motor boleh guna laluan kecemasan. Tp polis dlm berota atas kata takleh pulak. Takkan sesama peguasa pun ada confusion?
BalasPadamdah selalu sangat baca blog buasir botak tu yang otak diowang pon terbuasir kot.
BalasPadamxleh nak salahkan moto. betul line tepi bukan laluan moto. tapi keadaan yg memaksa motorian duduk line tepi. yg bawak keta suma mcm celaka x . kang xpasal kena lenyek di lori.
BalasPadamapsal sume pemandu celaka plak..yg celaka ko sorang je celaka
Padamsebab tu noob bagitau yg masing2 tak leh buat tindakan sendiri sebab masing2 tertakluk pada undang2 jalan raya..
BalasPadamyang keta salah sebab guna loorng kecemasan..
yang moto salah sebab suka2 jatuhkan hukuman tendang side mirror..
dan lorong kecemasan tu mmg moto xleh lalu pn sebenarnya..
dia jadi boleh sebab kete dah kongker jalan tengah, so mmg moto kena ikut tepi la..
spoiler, captain amerika bukan anti hero, tapi dia sebenarnya villain..
HAIL HYDRA!!!!!
PadamDalam hal ni kereta yg guna laluan kecemasan dan motor yg menyepak side mirror dua-dua salah,
BalasPadamTapi tak tahu kenapa terdetik dalam hati kecil berkata:
'padan muka kereta yg guna laluan kecemasan',
'padan muka motor kalau jatuh masa sepak side mirror'
emmm... EH! WAIT A MINUTE!
biar la dua-dua pihak ni bergaduh asalkan masalah utama kami yg mengikut peraturan ni selesai, lain-lain hal serah pada pihak berkuasa untuk difikirkan, meh aku tambah petrol kasi api besar sikit,
HAHAHAHAHA...
Bg sy, mmg salah mereka yg guna lorong kecemasan...so gunakan saluran yg betul. Guna kekerasan (sepak side mirror) bukan buat anda lebih bagus n hero...bila anda guna kekerasan, secara automatik anda akan dipersalahkan secara keseluruhan even pada asal org lain yg salah. Sama kes mcm KFC dulu, bila customer maki hamun kita, once kita sepak terajang dia, automatik dia salah.
BalasPadamBiase la, manusia suka guna kekerasan bila nak setel masalah, baru nmpk mcm adiwira!
Salah tetap salah. Walaupun penunggang moto tu tak dapat apa2 dari kelakuan dia...tapi sekurang-kurangnye dia berjaya menyampaikan mesej untuk pemandu kereta supaya tak guna laluan kecemasan jika tidak mahu perkara yang tak diingini berlaku. Yup, his a vigilante
BalasPadamKalau betul nak jadi vigilante penegak keadilan di atas jalanraya, bukan halang kereta pakai emergency lane je, kau kena juga tangkap org yang langgar lampu isyarat, yang pandu lebih had laju, yang pakai lampu putih silau bangang tu.
BalasPadamNi tak, kau pilih untuk jadi 'hero' tendang side mirror je. Itu tak nama vigilante. Itu namanya alasan menghalalkan kau nak buat jahat. Itu namanya bangsat.
Buat kotor nama penunggang moto lain je. Pttuuuiih!
PUNCA masalah ni sebab kereta guna lorong kecemasan..kalau kereta tak buat macam tu, takde jadinya masalah ni..simple..kalau lorong kecemasan pun dia nak conquer, motor nak lalu mana??
BalasPadam