Tak dinafikan juga ibu bapa zaman sekarang ramai yang memberi anak-anak mereka bermain smartphone, tablet atau komputer untuk menonton video Youtube tanpa sebarang pengawasan, namun tahukah anda di Youtube itu terlalu banyak video yang kandungan yang tidak elok dan tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak?
Berbanding cerita di televisyen yang kita biasanya mudah nak kawal kerana skrinnya besar dan juga selalunya ditonton bersama keluarga, atau filem di wayang yang mempunyai rating untuk tontonan Umum, P13 atau atas 18 yang kita sendiri boleh pilih untuk membenarkan anak-anak kita menontonnya atau tidak, video di Youtube ini adalah suatu yang amat sukar untuk dikawal kerana ia bukan sahaja tiada rating, ia juga biasanya ditonton secara sendiri di smartphone dan anak-anak boleh memilih sendiri video apa yang mahu ditonton, malah Youtube akan mencadangkan video-video lain untuk ditonton berdasarkan pola tontonan video kita.
Sebenarnya benda macam ni bukan benda baru kat Youtube. Biasanya video original sesebuah rancangan kartun tu OK tapi jadi tak OK apabila video tersebut dibuat semula atau diparodikan oleh peminat-peminat rancangan tersebut. Apabila anak-anak ini menonton rancangan kartun yang asal di Youtube, Youtube akan mencadangkan kepada mereka untuk tonton juga video lain yang berkaitan dengan kartun tersebut termasuk video yang dibuat oleh peminat menyebabkan anak-anak turut tertengok video-video tersebut.
Sudah berlambak fanmade video atau video yang dibuat oleh peminat yang menggunakan watak-watak kartun luar negara kegemaran anak-anak seperti Mickey Mouse, My Litte Pony, Dragon Ball, Frozen, Ninja Turtles dan sebagainya yang sangat pelik, merapu, mengerikan, freak, ganas, menggunakan kata-kata lucah serta kesat dan sebagainya, cuma kita je yang tak berapa nak tahu atau sedar.
Seperti yang dikongsikan oleh Izwan Azman di FB yang mendapat lebih 7 ribu perkongsian di mana beliau menyedari anaknya terbuka video yang kandungannya agak pelik, bizarre dan distubing walaupun video tersebut memaparkan watak yang disukai kanak-kanak seperti Spiderman, Princess Elsa dan Joker.
Baca ulasan yang lebih terperinci di artikel Says.com ini - "Anak-Anak Anda Pernah Tonton Video Ini Di YouTube? Ibu Bapa Perlu Berhati-Hati".
Dalam hal ini, kita tak boleh nak salahkan Youtube atau pencipta video pelik tersebut sebab memang dah macam itu ia berfungsi, malah kandungan video tersebut dianggap normal mengikut norma dan budaya mereka. Ia adalah suatu yang kita tidak boleh kawal.
Maka apa yang ibu bapa boleh buat adalah dengan mengawal apa yang kita sendiri boleh kawal iaitu diri sendiri serta anak-anak. Jangan bagi mereka menonton langsung Youtube di smartphone, tablet atau PC, ataupun tengok sekali bersama mereka untuk pantau kandungan video yang ditonton. Boleh juga rujuk artikel ini tentang Parental Control untuk Youtube - "How to Set Parental Controls on YouTube".
So bila nampak anak-anak kita terpengaruh dengan video mengarut kat Youtube, tulis benda bukan-bukan kat Facebook atau tergedik-gedik sangap nak cari awek/pakwe kat WeChat, jangan salahkan teknologi tapi salahkan diri kita sebagai ibu bapa kerana gagal mengawal anak-anak.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: parental control youtube kawalan keluarga pilihan ibu bapa anak kanak main smartphone table telefon pintar komputer pc video mengarut bizzare disturbing weird freak soft porn
Susah nak jadi ibubapa zaman skrg..kalau sibuk cari rezeki terlepas pandang benda2 kecik yg memberi impak yg besar kat anak2
BalasPadamBila sebut pasal raya
BalasPadamSemua ingat Hari Raya
Tapi jangan pulak kita lupa
Ada seribu satu kata
Berkait dengan raya
Selain Hari Raya
Tak kira apa bangsa
Orang melayu orang cina
Orang putih atau orang india
Orang timur orang barat
Di seluruh dunia
Ada hari raya
Kalau banyak harta benda
Orang itu kaya raya
Kalau tempat lalu kereta
Itulah jalanraya
Hentian bas ibu kota
Itu di Puduraya
Di tengah bandaraya
Kalau banyak jalanraya
Dipanggil lebuhraya
Bunga lambang Malaysia
Namanya bunga raya
Tukang menyelenggara
Mengawas harta-benda
Jabatan Kerja Raya
Gembira kita di hari raya
Makan kenduri di balairaya
Kalau kita malas nak puasa
Kita sama macam hantu raya
Selamat hari raya
Selamatlah beraya
Bila sebut pasal raya
Semua ingat Hari Raya
Tapi jangan pulak kita lupa
Ada seribu satu kata
Berkait dengan raya
Selain Hari Raya
Kalau banyak harta benda
Orang itu kaya raya
Kalau tempat lalu kereta
Itulah jalanraya
Hentian bas ibu kota
Itu di Puduraya
Di tengah bandaraya
Kalau banyak jalanraya
Dipanggil lebuhraya
Bunga lambang Malaysia
Namanya bunga raya
Tukang menyelenggara
Mengawas harta-benda
Jabatan Kerja Raya
Gembira kita di hari raya
Makan kenduri di balairaya
Kalau kita malas nak puasa
Kita sama macam hantu raya
Selamat, selamat hari raya
Mari kita kumpul duit raya
Selamat, selamat hari raya
Kita semua jadi kaya raya
Membeli jalan
pak atan ada kusing,nama dia bingo..b.i.n.g.o (3x)
BalasPadamnama dia bingo hehe..
terngiang-ngiang betul lagu ni..
klau aku buang jer youtube dlm phone..senang... kalo nak tgk youtube guna android TV..mak bapak bleh tahu apa yg anak mereka tonton..
BalasPadam