Ahad, 26 Jun 2016

8 Suami isteri ideal dari mata lelaki dan wanita

Dalam memilih pasangan hidup, kita akan mencari orang yang kita suka, seseorang yang mempunyai ciri-ciri lelaki/wanita idaman, yang memenuhi citarasa kita, yang sedap mata memandang, yang kita cuba untuk terima luar dan dalam, orang yang kita rasa dapat hidup bersama kita hingga akhir hayat. Maka bagaimana ciri-ciri seorang suami yang ideal mengikut pandangan mata lelaki dan wanita, dan juga ciri-ciri seorang isteri yang ideal juga mengikut pandangan mata lelaki dan wanita melayu.


Berikut adalah antara jawapan yang aku perolehi ketika membuat soal selidik tempoh hari di FB aku. Sebenarnya survey ini sudah lama aku buat dalam bulan Januari 2016 hari tu cuma aku dah terlupa nak publish di blog keputusan survery tersebut.


Ciri-ciri SUAMI IDEAL


Mengikut pandangan MATA WANITA:

1. Bagi saya, cukuplah sekadar dia dapat menerima kelemahan kita, kita dapat menerima kelemahan dia. Allah tak cipta manuisa ni sempurna, tetapi manusia diberi suatu kelebihan dan kelemahan. Manusia memerlukan antara satu sama lain untuk memperbaiki kelamahan mereka agar menjadi lebih baik dalam pembentukan diri mereka dalam kehidupan.

2. Masa kakak pilih untuk nikahi encik suami dan terus bercinta lepas nikah.. soalan yang kakak tanya masa beliau melamar..

"Kalau rasa mampu jadi ayah terbaik untuk anak anak atie, atie terima lamaran ni.."

dan anak dah 2 pun.. beliau seorang ayah yang baik..

Maksud baik ni betul betul baik.. semua segi.. tak payah la kakak nak kelas kan solat, pemimpin, gaji banyak, bleh bawak g shopping tetiap minggu.. hee~ cukup baik..

3. Bertanggungjawab dari pelbagai aspek terutama dari segi agama.
Boleh bagi komitmen pada rumah tangga.
..dan bukan perfectionist.

4. Paling penting solat 5 waktu tak culas. Hormat & Taat ibu bapa. Bulu mata lentik, ada misai, hensem itu sudah pasti..

5. Yang mampu tahan dan tak putus asa jd pebimbing sy sbb sy ni degil dan keras kepala.and opkos kena yg fhm tgungjwb

6. Lelaki yg boleh jaga parents dia..sbb lelaki mcm tu bkn yg jnis lps tggungjwp dia..

7. Solat cukup lima waktu, memahami dan mengamalkan agama, sudi tolak-ansur, memahami kerja pasangan, setia, hormat orang tua, rajin bekerja

8. Cukuplah sekadar yg biasa2 sj. blh terima masing2 apa adanya. pastu kang kita sama2 la top up ilmu duniawi n ukhrawi. mesti lbh manis gitu

9. Tak cakap kasar n tk mencarut. Because im sensitive.. Straight to the point doesnt mean it has to be rude...

10. Walau baik mcm mana pun dia.. Klo mulut tk jaga, itu saja dh boleh cloud pandangan aku kt dia. (Senang kata major turn off)

11. Setia. Menerima bukan kerana rupa. Sabar. Bertaggungjawab. Komited. Kelakar.
Hm, macam tak wujud je.

12. Tak pyh tulis byk2 la 1 je ckup.memahami..ade bnda ni yg lain tu tutup sblah mata je la

13. Tak semua perempuan sama. Ada yang nak lelaki tu bijak, lelaki tu hensem, lelaki tu itu ini, tpi untuk aku, aku suke lelaki yang tegas dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Ade seorang pengawas sekolah aq penah tegur kawan aq bawak fon akhir tahun lepas. Semue pengawas sekolah yang lain rilek2 je, buat bodoh sebab yelah, tu geng die kan (salah aq jugk aq x tegur die walaupun aq bukan pengawas tpi sebab nk jage hati manusia dripada jaga hati Tuhan huhu) die kot senior pertama yg aq betul2 respect kat skolah tu. Second time aq tengok laki tu dia ada kat atas pentas mengarah kawad kaki perggh disiplin and smart gile <3 kalau lah lelaki tu bertanggungjawab dan amanah melaksanakan tugas, die mesti amanah dalm hal2 agama kan?


Mengikut pandangan MATA LELAKI:

1. Melalui pengalaman saya, kena sekufu dengan pasangannya. Baru ideal. Masalah tetap ada. Tapi kemesraan dan kebahagiaan tu banyak atau sikit.

2. Ni pendapat peribadi saya:
1. Bertanggungjawab, jujur & amanah
2. Able to lead
3. Able to plan
4. Memahami
5. Able to give emotional support
6. Bertolak-ansur
7. Rajin bantu isteri kerja2 rumah
8. Menjaga pandangan pada wanita lain
9. Menjaga perkataan & perbuatan pada wanita lain
10. Pandai bergurau

3. Lelaki yang berkerjaya dan lelaki yang mampu menyuap anak bini

4. Berfikiran luas dan tidak terburu buru. Guys need this.

5. Penyabar dan rajin.


Ciri-ciri ISTERI IDEAL


Mengikut pandangan MATA LELAKI:

1. Pompuan yg prnah idop susah dan yg pndai hormat org2 sekeliling xkire bos mahupon pengemis.

2. Supportive dan mudah untuk berbincang

3. Aku cari yang pandai masak je.

4. Setia dalam susah senang.

5. Pandai mengoda.xD

6. Simple mudah.. Pimple jerawat..

7. Isteri yang boleh ditunjuk ajar.

8. Yang kita kenal dan dia kenal kita. faham dan menerima kita.



Mengikut pandangan MATA WANITA:

1. Saya hendak cari calon suami yang berbangsa Caucasian, bermata biru, berambut perang, pandai memasak masakan Itali, memiliki sebuah restoran, pandai berbahasa Inggeris, sukakan kucing dan kanak-kanak, ada citarasa dalam fesyen dan tidak akan marah sekiranya saya menghabiskan kesemua makanan dalam peti sejuknya.

2. Pasangan yg ideal adalah yg ngam dgn kita. Xkisahla dia jenis mcm mana pon, janji dia boleh terima perangai kita n kita boleh terima perangai dia.

Punca utama cerai tu ada 2:
1. Suami baran
2. Isteri mulut puaka
Marriage is simple.

2. Jenis yg tau.

Tau menjalankan tanggungjawab dan peranan dia sebagai seorang suami/isteri.

3. Yang solat. Yg independent ..yg faham minat lelaki. Yg x byk berleter. Yg tak tag nama suami dlm post 'menasihati suami' hihihi

4. Untuk ideal psangan, Jika anda darah B sila cari pasangan darah O n sbaliknya... jika anda darah A sila cri drah AB... tidak pon... cari sama jenis darah anda sendiri utk sama kepala n sefahaman.. hehe

5. Taat allah dan suami...xmenyusahkan suami and tabah.

6. Yang tau sedar diri dan sedar ruang. Simple je sebenarnya.

7. Sanggup menerima kelemahan pasangan... bertolak ansur.

8. Bijak menguruskan rumah

9. Beragama n beramal dengannya.

10. Berdikari, bijak, sabar

11. Supportive

* * * * * * * * * *

Itulah antara jawapan yang diberikan dalam soal selidik ini. Mungkin ada yang serius memberikan jawapan, mungkin ada yang sekadar main-main dan bergurau. Walau bagaimanapun semua jawapan aku terima dan tidak akan judge siapa-siapa berdasarkan jawapan yang diberikan.

Namun dari jawapan-jawapan ini, berikut adalah kesimpulan aku:

1. Dalam bab rumahtangga, wanita lebih suka akan topik ini dan lebih terbuka untuk meluahkan isi hati mereka berbanding lelaki.

2. Wanita agak detail manakala lelaki lebih simple.

3. Expectation atau harapan wanita terhadap seorang suami lebih besar menggunung berbanding harapan lelaki terhadap isteri.

4. Lelaki tidak berapa gemar membincangkan betapa idealnya seorang suami itu perlu jadi, manakala wanita lebih banyak membincangkan betapa ideal seorang suami itu perlu jadi berbanding betapa ideal isteri itu perlu jadi.

5. Kriteria biasa seorang isteri yang lelaki mahukan adalah isteri yang supportive, simple, mudah berbincang, memahami dan setia ketika susah dan senang.

6. Kriteria seorang suami yang wanita mahukan pula adalah bertanggungjawab, beragama, menjaga hati, boleh membimbing, setia, memahami dan lain-lain.

Maka dengan soal selidik dan kesimpulan ini diharap sedikit sebanyak dapat dijadikan tips dan panduan kepada kita dalam memperolehi kebahagiaan dan keharmonian dalam rumahtangga setelah seorang suami dan juga isteri tahu apa yang mereka perlu buat dalam menjadi suami atau isteri ideal buat pasangan masing-masing.



Artikel lain berkaitan kesedaran dan tips kebahagiaan rumahtangga dan memilih pasangan:

Artikel lain berkaitan masalah rumahtangga yang boleh dijadikan pengajaran:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: suami isteri perkahwinan ideal marriage husband wife dari sudut pandangan mata lelaki dan wanita perempuan pendapat survey soal selidik

8 ulasan:

  1. Antara contoh Suami yang baik, balik kerja pun masih mampu senyum tolong isteri mandikan anak dan buatkan susu tengah2 malam.

    BalasPadam
  2. kebanyakan sy setuju dgn ciri2 yg disebut..cuma ada beberapa yg kurang sy setuju,terutama bab jenis darah..apa kaitan dan relevannya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seperti yang saya maklumkan di atas, mungkin ada maklumbalas yang sekadar gurauan, so komen itu mungkin salah satu daripadanya.

      Padam
  3. kalau subjek N lagi banyak mesti lagi banyak input survey ko ni..

    apapun banyak gila artikel pasal laki, perempuan dan kahwin..

    dah boleh buat e-book ni nub..

    BalasPadam
  4. Suami ideal:
    1. Kaya
    2. Cute
    3. Bertanggungjawab
    4. Manja
    5. Beriman
    6. Memahami
    7. Pandai kat dapur
    8. Pandai buat kerja bertukang (wow hot)
    9. Berani
    10. Sedikit pemalu
    11. Romantik
    12. Tahan lama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahan lama tu mcm mana? Ahahahaha!

      Padam
  5. Bila baca ni memang patut la drama maghrib tu popular... rmi perempuan yg memang suka letak harapan tinggi kat lelaki....

    BalasPadam
  6. Type lelaki yg ppuan suka --> Song Jong Ki!!

    Type ppuan yg laki suka --> Katy Perry...sedap.

    Papepun dlm perhubungan kesetiaan, toleransi n memahami pasangan sgt2 penting, yg lain 2 bonus je. Jimak2 tiap2 malam jgn lupa ye....

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.