Ahad, 19 Jun 2016

4 Analisa keputusan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar

Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru berakhir semalam. Untuk makluman PRK ini diadakan setelah ahli parlimen kedua-dua tempat terlibat dalam nahas helikopter di Sebuyau sewaktu Pilihanraya Negeri Sarawak bulan lepas. Dalam kedua-dua PRK ini, seperti yang dijangka parti Barisan Nasional menang besar. PRK Kuala Kangsar menyaksikan pertembungan 4 penjuru antara calon BN, PAS, AMANAH dan Bebas manakala PRK Sungai Besar menyaksikan pertembungan 3 penjuru antara calon BN, PAS dan AMANAH.


Kenapa aku cakap kemenangan BN sudah dijangka?

Pertama, sebab kerusi itu asalnya pun memang milik BN pun, so untuk merampas kerusi oleh pihak lawan biasanya amat sukar.

Sebab kedua lebih kurang je sebenarnya dengan PRN Sarawak dulu seperti yang aku dah tulis di artikel ini - "Sekilas pandang Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016". BN menang bukan kerana BN itu terlalu bagus, tetapi kerana parti pembangkang itu lebih teruk. Biarlah BN tu sembang lebat macam mana pun, tapi orang tetap akan pangkah mereka kerana sukar untuk memberi kepercayaan kepada parti pembangkang yang semakin berpecah dan kacau bilau.

Sebelum itu kita lihat statistik PRU13 sebelum ini:

P067: KUALA KANGSAR
1. Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (BN): 14,218
2. Khalil Idham Lim Abdullah (Pas): 13,136
3. Kamilia Ibrahim (Bebas): 447
* Campuran undi yang kalah: 13,583

P093: SUNGAI BESAR
1. Noriah binti Kasnon (BN): 18,695
2. Mohamed Salleh bin M Husin (PAS): 18,296

Lihat statistik PRK kali ini pula:

P067: KUALA KANGSAR
1. Mastura Mohd Yazid (BN): 12,653
2. Dr Najihatussalehah Ahmad (Pas): 5,684
3. Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah): 4,883
4. Izzat Bukhari Ismail Bukhari (Bebas): 54
 * Campuran undi yang kalah: 10,621

P093: SUNGAI BESAR
1. Budiman Mohd Zohdi (BN): 16,800
2. Azhar Ab Shukur (Amanah): 7,609
3. Dr Abdul Rani Othman (PAS): 6,902
* Campuran undi yang kalah: 14,511

Secara keseluruhan, peratusan orang yang keluar mengundi adalah menurun berbanding PRU13. Mungkin orang kurang berminat nak keluar atau pulang mengundi kerana ia diadakan pada bulan Ramadhan atau kerana ada yang boikot tanda protes.

Namun jika dilihat berbanding PRU13, undi kepada BN di kedua-dua tempat mengalami penurunan lebih kurang 1,500 - 1,800 undi, manakala jumlah undi kepada selain BN mengalami penurunan sebanyak lebih daripada 3,000! Sudahlah undian semakin menurun, undi pula semakin berpecah dan menjadikannya jauh lebih sedikit berbanding dulu.

Majoriti yang undi PAS hanya penyokong PAS dan orang Melayu Islam. Majoriti yang undi Amanah adalah penyokong Pakatan Harapan, penyokong PKR, DAP dan orang yang anti-BN tapi tak suka PAS. Manakalah BN masih disokong oleh kebanyakan orang Melayu dan mungkin segelintir orang bukan Melayu.

Seperti skrip lama, selepas sudah kalah barulah parti pembangkang nak ajak bersama, nak duduk sepakat cari penyelesaian, nak bekerjasama, nak perbaiki itu ini, tapi akhirnya sama sahaja. Sebab apa? Sebab masing-masing tidak sanggup untuk mengorbankan ideologi masing-masing untuk mencari kesepakatan, dan masing-masing nak juga bertanding untuk jadi calon pilihanraya.

Dengan rentetan pilihanraya kecil selepas PRU13 di peringkat Parlimen dan DUN yang menyaksikan BN berjaya merampas 1 kerusi parlimen pembangkang (DAP) di Teluk Intan pada tahun 2014 serta pilihanraya negeri Sarawak yang menyaksikan BN menang besar, maka adakah parti-parti pembangkang di Malaysia ini terutama PAS, PKR, DAP, Amanah dan lain-lainnya masih bermimpi untuk menawan Malaysia dan benar-benar bersungguh mahu menjadikan Malaysia ini lebih baik?

Baca artikel ini - "Sekilas pandang tentang politik Malaysia hari ini" dan fikir-fikirkanlah.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: rumusan analisa ulasan kronologi keputusan prk pilihanraya kecil kuala kangsar sg sungai besar bn menang pr ph pas amanah pkr dap

4 ulasan:

  1. Papepun bg sy, sy x suka konsep politik kebencian....cite non stop masalah org lain xkan setel masalah rakyat di kawasan sendiri. Bg sy, fokus apa sumbangan yg anda boleh lakukan jika menang n kurgkn mencari kesalahan pihak lawan. Lgpun mmg ciri2 seorg pemimpib muslim sejati tidak berkata buruk pasal org lain n komited memberi sumbangan kpd masyarakat.

    Politik kebencian ni akan membuat masyarakat pun suka benci membenci sesama manusia sbb nak mengatakan diri mereka jauh lebih baik, sedangkang kita perlu bersatu padu nak pastikan pemimpin follow their demand.

    BalasPadam
  2. Undi BN saja lah.. Pembangkang dah jadi pembangang!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kdg2 undi BN buatkan peminpin2 mereka terasa releks n buat suka hati dia, lg2 lepas PRU n PRK. Papepun kita skrg perlukan pembangkang yang betul2 boleh membantu rakyat especially membantu kos sara hidup n pada masa sama mengekalkan perpaduan n hak org melayu sedia ada. Bukan senang nak jd pemimpin yg bagus, tp mmg sgt senang pau duit rakyat bila dah jd MB sbb ramai org nak bg duit kat ko kalau ko sign n agree diaorg menang mana2 project.

      Padam
  3. hmmm..tipikal politik malaysia ni ulang2 kitaran yg sama je..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.