Post asal dan sumber gambar asal dari FB Bring Back The Kebaya. |
Aku pernah tulis tentang isu ini di artikel ini dulu - "Apabila budaya Melayu ditelan budaya Arab" so korang boleh baca kat situ je.
Cuma again, aku pelik, bukan setakat segelintir orang Melayu je yang benci asimilasi budaya Arab ke dalam budaya Melayu ni, malah orang bukan Melayu pun dok lebih-lebih pulak sibuk dan anti arabisasi ni. Orang Melayu tak pernah pulak sibuk dengan orang kaum lain nak asimilasi budaya dari mana pun, mereka pulak sibuk lebih-lebih, ntah hapa-hapa.
Pada aku, golongan anti-arabisasi ni korang nak pakai baju kebaya ketat ke, baju kurung ke, baju melayu ke, busana melayu ke, whatever baju tradisional melayu ke, korang pakai la, takde masalah pun.
Aku tengok orang Melayu pun bukan ramai mana yang pakai baju arab sepanjang masa sangat pun. Kalau yang lelaki mereka pergi kerja pakai kemeja, kot, tali leher, seluar slack. Pergi jalan-jalan pakai baju t-shirt kolar atau kolar bulat, pakai seluar jeans, khakis, seluar pendek. Orang perempuan ramai la yang pakai baju kurung pergi kerja, tak pun blouse dan skirt. Pergi jalan-jalan diorang pakai t-shirt dan jeans juga.
Orang lelaki pakai baju Melayu atau jubah pun sebab nak ke masjid atau ada majlis tertentu. Orang perempuan pun jarang yang pakai jubah sepanjang masa, melainkan memang dia suka pakai jubah. Dan aku tengok tak ramai pun orang Melayu yang pakai baju melayu, songkok, kopiah, jubah, purdah sepanjang masa, melainkan orang tu memang jenis pakai sepanjang masa.
So dari segi gaya pemakaian, kita sebenarnya dah lebih mengikut barat dan yahudi berbanding arab pun. Maka apa benda yang dok dikecoh-kecoh sangatnya sampai nak menyaran dan memperjuang untuk buang budaya arab? Orang Melayu Islam ni senang, pakai la baju apa pun, berasal dari budaya mana pun, yang penting tutup aurat. Kalau rasa nak ikut cara pemakaian Nabi, pakailah jubah dan serban.
Lagipun kita bukan pergi mana-mana naik unta pun kan? Kita bukan makan nasi arab ayam mandy dengan kambing kabsah tiap hari. Kita bukan makan buah kurma tiap-tiap hari pun, cuma masa bulan puasa je pun. Orang melayu yang makan makanan barat, KFC, McD, Starbuck lebih banyak dari yang makan makanan arab.
Malah nama anak-anak Melayu zaman sekarang pun bukan ikut arab sangat pun macam dulu. Jarang dah orang guna nama Yusof ke, Sulaiman ke, Jamal ke, Aminah ke, yang banyak nama-nama moden seperti Daniel, Danish, Haikal, Qistina, Adelia dan sebagainya. Tapi yang pelik tak ramai pun nak guna nama Melayu klasik untuk anak-anak mereka seperti Tuah, Waja, Jati, Aduka, Melur, Cempaka dan sebagainya. Malah nama Muhammad dah menjadi nama paling popular untuk bayi lelaki di negara England dan Wales. Kalau golongan anti-arabisasi tahu ni mesti meroyan.
Nak kata jatidiri orang Melayu, ketahuilah yang jatidiri orang Melayu bukan sekadar pada berpakaian tradisional Melayu sahaja. Orang Melayu dulu naik kuda, pandai memanah, bersilat, berpantun, bersopan santun, berbudi bahasa, fasih berbahasa Melayu, dan paling penting, pandai membaca dan menulis jawi.
Kalau setakat pakai baju kebaya ketat rambut karat dah terus klaim sebagai orang paling melayu tapi tulisan jawi pun tak pandai nak baca, jatidiri Melayu ke benda? Oh lupa pula, tulisan jawi juga berasal dari bahasa arab.
Dan yang orang bukan Melayu yang sibuk dok anti-arabisasi dan kononnya memperjuangkan pakaian tradisional Melayu bagai, sebelum nak pergi jauh-jauh, korang cuma perlu buat benda yang paling asas je sebagai seorang rakyat Malaysia sejati, iaitu bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan baik dan menggunakannya dalam perbualan dan urusan rasmi seharian. Kalau itu pun korang masih tergagap-gagap, pergi belajar dan perjuangkan Bahasa Malaysia dulu.
Yang aku nampak orang yang anti sangat dengan budaya Arab ni, secara zahirnya adalah kerana dia berideologikan liiberal barat je pun, dan agak tidak suka dengan Islam. Budaya selain arab semua boleh kecuali arab, sebab arab dan Islam dah agak sinonim lebih-lebih lagi Islam memang bermula di tanah Arab dan Nabinya juga berasal dari orang Arab.
Sebab tu mereka anggap rambut perempuan bukan aurat, perempuan boleh pakai baju ketat sehingga nampak susuk badan, undang-undang Islam itu kejam, istilah arab tidak patut digunakan dalam agama seperti solat, iftar, dua dan sebagainya.
Kesimpulannya, kau nak pakai baju apa, kau nak letak nama anak kau apa, terpulang. Namun ia tidak akan menjadikan kau terkurang Melayu, atau terlebih Melayu. Selagi darah yang mengalir dalam diri kau masih darah dari keturunan Melayu, kau tetap Melayu, biar pun kau tak makan budu dan sambal belacan, biar pun kau makan chicken chop dan blue cheese setiap hari.
Tapi jangan paksa orang Melayu lain kena ikut Melayu yang berdasar acuan kau. Sebab at the the end, agama itu lebih atas dari bangsa. Biar pun ada adat dan budaya Melayu yang dah berasal beratus ribu tahun dan telah menjadi amalan nenek moyang zaman berzaman, kalau agama dah cakap tak boleh dan tak sesuai, maka ia harus ditinggalkan.
Come on la. Orang Amerika yang memeluk agama Islam pun boleh tinggalkan budaya lama mereka yang menyimpang dari ajaran Islam, orang Jepun yang memeluk agama Islam pun boleh tinggalkan adat mereka yang tak selari dengan ajaran Islam, ini pula Melayu. Mereka yang dah bertahun-tahun makan babi, minum arak, pun boleh tinggalkan budaya mereka lepas mereka masuk Islam. Ini dok sibuk perjuang kebaya ketat dan rambut free hair, macam dah takde benda lain yang lebih penting dan utama yang boleh diperjuang.
Nak pakai, pakai je la, its your choice. Nak pakai setiap hari pun takde orang kisah. Macam mana kau nak patuh pada ajaran agama, itu antara kau dengan Tuhan. Maka tak perlu juga pertikai kalau orang lain nak pakai jubah, serban, kurta, kimono, yukata, hanbok dan sebagainya.
Mereka... tak kacau... hidup kau pun!
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: kembalikan gaya stail pakaian malaysia melayu cara budaya style baju kebaya ketat kurung tudung hijab jubah niqab purdah kopiah serban songkok arabisasi buang penjajahan pendudukan arab
sokong !
BalasPadamSokong apakejadahnya..arab mmg xleh pakaii..💰
Padambuang yang keruh ambil yang jjernih...
BalasPadambangsa melayu ni pon bukanlah bangsa yang pure/asli. ada mcm2 budaya yg membentuk budaya melayu ni termasuklah arab.
BalasPadamTruth!
PadamSaya keturunan Bugis, tapi dibesarkan sebagai Melayu. Bahasa Melayu tu bahasa kedua bagi atuk, nenek moyang saya.
Saya pi Sabah dan Sarawak , rasa cemburu dengan orang2 bugis yang boleh bertutur bahasa ibunda mereka.
Untuk orang-orang yang tak tahu identiti bangsa mereka sendiri, sudah tentu akan memilih budaya yang mana lebih cool atau superior (barat, arab, korea?)
Oh ya "Daniel, Danish, Haikal" mana ada moden sangat. sebelum satu masihi dah ada org pakai la. Danish tu asal dari parsi, nama popular juga di Tanah Arab, juga kerap kedengaran di India juga.
Bugiiss..? Mohd najib pun bugiss juga..lanun..?💸💸💸💰
PadamMelayuu..? Bodoh..? Pemalas..? ����
Padammelayu toktok je masih main telur kata arab miskin padahal kat UAE orang barat terkejar2 ngan orang arab kaya sebb minyak.... bodoh bin badigol ni mesti pengikut barat buta2 ni....tapi baju kebaya tu kan seksi gila kan? ak pernah ada cikgu aku sekolah menengah dulu kadang2 pakai baju kebaya damn seksi abis sebb baju tu memang ketat dan ikut bentuk badan... pada aku personally x suka kebaya sebb pakaian tu mcm melanggar hukum islam kalau pakai.
BalasPadamBongok..ko ingat arab tuu xde pki ketat2 kee..gelek2 ntahapahapa tah..kalau arab pergi barat lagi teruk dari barat..parti sampai pagii..dari pemimpin sampai rakyat mmg xleh pakai..dendam sampai mati..prOoTt
PadamKaninia jibai lu rosli meyamar jd denoutantei pastu komen bajet edmin. Patut la dh lama x romen di blog ni. ProooooO0ooOo0Tt d muka ungx. pullstop..
Padam- gaynouTantei Ft.ted Gaynoff-
Tanpa Nama26 September 2016 11:05 PTG gi mamposs
PadamAku palingg menyampah bila ustaz guna "ana anta" tapi selebihnya cakap melayu. Sama meyampah bila orang guna " I You". Lagi menyampah bila guna macam "Rasulullah idola ku" tanpa selidik idola itu asal dari idols yang boleh bawa maksud berhala, sembahan atau pujaan (dari pooja buat penganut hindu). Begitu juga "ikon" yang berunsurkan katolik. Juga "Allah selamatkan kamu" yang terjemahan dari GOD saves you.
BalasPadamSetuju 100%. Aku rasa ramai yang keliru antara ikut Arab dengan ikut Islam. Kalau kau tutup aurat, pakai gaya macam mana pun suka hati kaulah. Tapi kalau pakai kebaya ketat sendat, apa kejadahnya nak ikut? Orang pakai serban dan jubah sebab nak ikut sunnah Nabi, bukan sebab nak gila jadi Arab.
BalasPadamPakaian jubah, kurta. Serban dan sbgnya adalah pakaian para Nabi dan Rasul
BalasPadam.merupakan pakaian yang sempurna menutup aurat mengikut sunnah Rasulullah SAW.cara hidup termasuklah cara pemaikaian sunnah adalah pekara yang telah ALLAH SWT redha.. Memakai pakaian tersebut mendapat ganjaran Pahala.. cantiknya Islam sampai pakaiaan pun disusun atur comel.. Jika diri x mampu mengikut Sepenuhnya sunnah.. Jangan polok jadi pembangkang.. Takut2 kita dilabel anti sunnah polok... Ingat dlm Sunnah pasti ade kejayaan..
ntah nya dah lah lebih sopan dan kebanyakannya pakai nak pergi solat... bukan pki jubah nak pergi majlis rasmi pejabat dsb ades...
Padamorang kita ni serba serbi over mengalahkan arab sendiri. arab pakai jubah plain, longgar. smpi ke dia buat jubah warna warni, kain melekap ke badan, boh corak mcm kain tampung seribu
BalasPadamAs usual, tulisan Noob ni sentiasa seksis bila bab melibatkan wanita. Orang Arab dan budayanya tu suci sgt ke? Sejak bila jadi hukum pakai Jubah dapat pahala? Tak boleh beza apa yang sunnah dan apa budaya Arab?
BalasPadamTriggered sebab tak pandai silat. Tahu Taekwondo je...
BalasPadam