Rabu, 7 September 2016

14 Anak nakal dan biadab berpunca daripada ibu bapa

Nakal.
Biadap.
Kurang ajar.
Kuat Buli.
Kaki pukul.
Gangsterisme.
Lucah.

Ini adalah antara perangai segelintir kanak-kanak dan remaja, bukan hanya di zaman ini, tapi juga dari zaman dulu lagi. Bezanya zaman dulu tiada Internet, telefon pintar berkamera, Facebook, Tumblr, Instagram dan sebagainya.

Ada beberapa isu viral sejak kebelakangan dan juga tidak lama dulu ini yang melibatkan sikap budak-budak seperti di atas. Budak kecik nakal baling buah kat kereta orang lain sampai kena marah dan tengking oleh pemilik kereta, budak sekolah rendah agama pukul rakan sekelas, kes buli di sekolah berasrama, remaja baling batu dari atas jejantas ke jalanraya, pelajar sekolah memukul dan mencalarkan kereta cikgu dan sebagainya.

Gambar hiasan

Aku tidak mahu komen sangat tentang pakcik yang memarahi dan memaki budak kecil itu. Kalau ikutkan adab seorang Islam, memanglah sewajarnya kita bersabar dan nasihat baik-baik, lebih-lebih lagi dengan kanak-kanak, tapi mungkin pakcik itu memang jenis baran atau dah tak boleh tahan marah sebab dah beberapa kali keretanya kena baling dengan budak itu. Kalau aku berada di tempatnya mungkin aku juga akan bertindak di luar kawalan.

Namun aku nak sentuh tentang sikap kanak-kanak dan remaja yang sangat teruk ini. Apa sebenarnya punca kelakuan dan perangai mereka jadi sebegitu rupa?

Boleh jadi disebabkan pengaruh rakan sebaya, pengaruh TV, pengaruh filem dan sebagainya. Tetapi faktor utama... adalah disebabkan oleh ibu bapa. Masalah sesetengah ibu bapa zaman sekarang adalah, mereka pandai buat anak, tapi tak pandai jaga.

Pertama, anak-anak mewarisi sikap buruk ibu bapa.
Ibu bapa suka buang sampah merata-rata, anak akan ikut.
Ibu bapa suka meludah merata-rata, anak akan ikut.
Ibu bapa suka merokok, anak akan ikut.
Ibu bapa suka naik motor tak pakai helmet, anak akan ikut.
Ibu bapa suka mencarut, anak akan ikut.
Ibu bapa suka menengking orang, anak akan ikut.
Pendek kata, children see, children do.
Sikap buruk anak-anak adalah bermula dengan ibu bapanya.

Kedua, ibu bapa tidak mengambil tahu dan tak kisah langsung akan sikap buruk anaknya.
Anak suka mencarut, ibu bapa tak rasa ia adalah suatu yang salah yang perlu ditegur dan dilarang.
Anak pukul anak jiran, ibu bapa tak rasa ia adalah suatu yang salah yang perlu ditegur dan dilarang.
Anak buli kawan sekolah, ibu bapa tak rasa ia adalah suatu yang salah yang perlu ditegur dan dilarang.
Anak baling batu kat orang, ibu bapa tak rasa ia adalah suatu yang salah yang perlu ditegur dan dilarang.
Anak suka kacau orang lain, ibu bapa tak rasa ia adalah suatu yang salah yang perlu ditegur dan dilarang.
Anak suka ejek kawan lain, ibu bapa tak rasa ia adalah suatu yang salah yang perlu ditegur dan dilarang.
Anak suka pulaukan kawan lain, ibu bapa tak rasa ia adalah suatu yang salah yang perlu ditegur dan dilarang.
Anak curi barang kawan, ibu bapa tak rasa ia adalah suatu yang salah yang perlu ditegur dan dilarang.
Anak tiru tunjuk jari tengah, ibu bapa tak rasa ia adalah suatu yang salah yang perlu ditegur dan dilarang.
Anak merendek kat taman, ibu bapa tak rasa ia adalah suatu yang salah yang perlu ditegur dan dilarang.

Apabila mereka tidak ditegur dan dilarang, mereka akan rasa ia adalah suatu yang normal dan tidak salah. Maka dari situlah sikap nakal dan buruk mereka mula terbentuk. Ibu bapa yang macam ini, aku tak tahulah mereka sedar tak yang mereka lahirkan itu manusia bukan haiwan.

Dan apabila sikap buruk dan nakal ini dah sebati dengan diri mereka, kau tahu apa mereka akan buat?
Di sinilah baru pengaruh rakan sebaya terbentuk. Budak yang nakal dan jahat ini akan mempengaruh rakan-rakan mereka dengan sikap buruk mereka.

Mak bapak tolonglah ambil tahu tentang hal anak korang, apa mereka buat, apa aktiviti mereka, siapa kawan mereka, dekat sekolah mereka buat apa, apa diorang buat kat telefon/tablet, apa aktiviti mereka di Internet, tegur dan marah kesilapan mereka dan sebagainya. Ini kalau semua kau buat tak kisah dan tak peduli, apa point kau nak kena ada anak?

Kalau kau tak nak sekolahkan anak kau sendiri, jangan marah bila ada orang dewasa lain tolong sekolahkan anak kau. Ini anak nakal tahap biadab dan kurang ajar, bila orang lain marah, bila cikgu bagi hukuman, ibu bapa marah pula siap buat laporan polis dan viralkan cerita kononnya merekalah mangsa.

Bila anak ada buat salah, jangan guna alasan "tak apa mereka masih kecil" untuk tidak memarahi mereka. Sebab alasan tak apa inilah bila mereka besar mereka tak kisah untuk buat jahat dan menyusahkan orang lain.

Ni aku nak cerita beberapa insiden buruk aku dengan kanak-kanak biadab ini yang pernah aku hadapi:

1. Aku pergi ke taman permainan, nampak ada seorang kanak-kanak yang mungkin dalam usia 6 atau 7 tahun berada di atas taman permainan. Aku pandang dia dari bawah dan senyum kat budak tu. Kau tahu apa dia buat? Dia ludah muka aku.

Maaf kalau aku mencarut, tapi kau rasa babi ke tak babi? Aku rasa kalau dah ikut nafsu amarah aku, aku dah lempang budak tu kat situ je, tapi aku fikir malas nak cari hal dengan mak bapak dia je, lebih-lebih lagi zaman viral ni. Nanti orang rakam letak kat Internet, aku pulak yang kena maki.

Kau rasa dari mana dia belajar perangai bangsat tu? Sama ada dia mewarisi perangai mak bapak dia, atau dia belajar kat mana-mana tapi mak bapaknya tak pernah marah dengan sikap dia yang suka meludah tu.

2. Anak jiran sebelah rumah aku. Satu pagi aku nak keluar rumah pergi restoran untuk bersarapan, dia pergi kat kereta aku cakap nak ikut. Masa tu aku takde mood nak bawak siapa-siapa, so aku tak bagi. Kau tau apa dia buat? Dia hempas pintu kereta aku kuat-kuat?

Siapa yang ajar perangai kurang ajar tu? Kalau dia buat kat kereta mak bapak dia aku malas nak peduli, tapi dia buat kat kereta aku. Tapi nasib baik dia tu anak jiran, aku panggil dia balik dan tegur dia terus.

3. Kawan anak kawan aku. Kawan aku cerita, kawan anak dia ni bukan sahaja suka mencarut, tapi gila lucah. Dia lukis gambar lelaki dan gambar perempuan, lepas tu lukis gambar kemaluan dan cakap mereka tengah beromen.

Sial apa perangai macam tu? Dari mana datang perangai lucah tu? Mak bapak dia takkan tak tahu anak dia sikit punya lucah? Dan kau tahu berapa umur kawan anak aku tu? Baru darjah 2.

4. Yang ni biasa aku jumpa kat Internet. Budak sekolah rendah yang ada akaun media sosial seperti Facebook dan Instagram, dia punya biadab dengan orang yang jauh lebih dewasa tu memang tak boleh handle. Dia punya komen, mencarut, maki hamun, melucah, ingat orang-orang kat Internet ni semua level-level kawan sekolah mereka agaknya.

Tapi perangai bangang budak-budak kat media sosial ni aku tak hairan sangat, sebab orang dewasa pun banyak yang biadap dan bangang, so mereka hanya tiru sahaja apa yang orang dewasa ni buat. Sebab tu aku sangat tak bersetuju apabila ada mak bapak yang bagi anak mereka lebih-lebih lagi yang masih bersekolah rendah ada akaun Facebook, Instagram, Smule, Vines, Keek dan apa kejadah akaun media sosial lagi, sebab diorang terlalu mudah untuk terpengaruh dengan 1001 akhlak buruk orang dewasa di media sosial. Dan tolong, jangan bagi anak-anak anda main WeChat kerana ia sangat kanser.

Namun bila diingat-ingat balik, zaman aku sekolah rendah dan menengah lagi dah ada kawan-kawan yang berperangai buruk ya amat tu, yang suka mencarut, yang kurang ajar, yang suka melucah, yang suka mengejek orang, yang suka mencuri, cuma mungkin sebab zaman tu aku pun kecik lagi so tak pandai nak berfikir atau mengkritik lagi.

Maka kita yang dah dewasa ini yang dah pernah melalui zaman nakal kita waktu kanak-kanak, takkan kita begitu bodoh nak biar mereka ulangi kesilapan dan kejahilan masa lalu kita?

Kesilapan generasi dulu adalah untuk dijadikan pengajaran, bukan untuk diwarisi, faham?


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: kanak budak biadab kurang ajar gangster nakal jahat remaja buli pukul marah tengking barua video viral pakcik baling buah kereta kemek rude spoiled brat kids

14 ulasan:

  1. Allah tak pernah silap terbuat engkau seorang perempuan kononnya dalam badan seorang lelaki lalu engkau mahu jadi pondan semula.

    Walaupun engkau rasa engkau betul, tapi aku percaya lagi Allah tak pernah salah.

    Agaknya Malaikat nanti panggil engkau dengan nama yang mana satu? Perempuan ke lelaki?

    Tahniah Safiey...abang kagum gila dengan engkau. Berani engkau lawan Allah depan-depan. Abang pun takut...tapi engkau memang selamba. Abg kagumi keberanian kau

    SN
    celahgelegar at 9:08 PM
    Share

    No comments:
    Post a Comment
    Links to this post

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tolong jangan copy paste benda takde kaitan dengan entry kat sini.

      Padam
    2. Itu lah. Tibe-tibe baca ttg komen safiey.. Ape kne mengena dengan topic anak nakal? Aiyoooo

      Padam
    3. Pasal safiey..sy dgr rumors punca u-turn berlaku bukan disebabkan penat menjadi baik..tp sbb duit. In other words, bila kita menjadi baik, dah kurg main income business uatama dia n cara nak back to normal ialah buat u-turn.

      Manusia...once diuji dengan duit, dari situ kita tau iman kita kuat ke x, berprinsip ke x. Cuba ada gerakan jahat sanggup memberi RM50 utk setiap solat yg kita tinggal sehari, ramai org islam akan sanggup ambil duit 2 n abaikan kewajipan kita kpd Allah swt.

      Padam
    4. ooh..ko dengar rumors dengar dengar je....
      terus ko tulis macam fakta betul tanpa siasat.....
      dan kemudian kaitkan dengan contoh gerakan jahat plak dah.nak menipu pun agak agak la.takde sapa peduli pun ko orang Islam ke buddha ke apa ke.yang penting buat baik kat setiap manusia

      Padam
  2. Wo woo ini aku betul2 setuju dgn tuan noob. Gila sedih aku tgk bebudak skrg. Tambah lg Mak bapak zaman skrg memang taksub gila dgn anak. Tgk dkt fb dah tau perangai mak bapak gila nak show off pasal anak. Mcm anak ko tu perfect.

    Anak ni kalu ko nak tegur nak marah nak blasah time dia kecik je. Bila dah besar xguna dah ko nak marah. Mcm tu la mak bapak aku buat dulu. Bila dah besar diorg dah stop blasah marah. Cukup dgn tegur je.

    Tu yg aku pegang smpai skrg. Aku ku praktik kan pd anak aku jugak.
    Anak2 kalu xmarah xreti nk pukul duk manja 24jam jgn pelik bila dia besar dia lawan ko balik. Xpercaya? Try buat..

    BalasPadam
  3. hmm fikir2 balik masa sekolah rendah nak masuk menengah banyak gak benda bodoh aku buat gak...mcm xde beza spesis muda2 sekarang ni... hmmm syukur aku punya bodoh x libatkan ramai orang.. huhu...

    BalasPadam
  4. Ada parents siap buatkan acc fb utk anak yang masih bby.. Urmmm. Yang ludah kt muka tu mmg kuang ajo! Itu kalau dapat kasi pang memang sedap.

    Yup.. Anak2 sebenarnya banyak belajar dari parents.

    BalasPadam
  5. Anon,
    "Anak ni kalu ko nak tegur nak marah nak blasah time dia kecik je. Bila dah besar xguna dah ko nak marah. Mcm tu la mak bapak aku buat dulu. Bila dah besar diorg dah stop blasah marah. Cukup dgn tegur je."

    Betul tu Anon.

    Anak aku yg 15 tahun mintak kebenaran nak pergi main futsal dgn kawan2 padahal aku dah plan untuk dia jaga adik umur 5 tahun kat rumah.
    Aku cakap lembut je, "Nurseri tutup hari ni, ayah plan Imran boleh jaga Khalid instead of main futsal."
    Imran memutuskan untuk tidak main futsal.

    Dah masuk sekolah menengah ni, aku dah tak guna rotan, cakap pelan je cukup (biasanya). Masih kena tegur dalam hal2 lain. Hal pergaulan lelaki/perempuan, hal media sosial, tentang solat..

    Masa kecik, kalau dah tegur masih buat salah, memang kena rotan.
    Tak solat atau solat tak betul, dendanya... ganti solat untuk seminggu (5 waktu darab 7 hari).

    -acak-

    BalasPadam
  6. Ok mmg tepat. Xbule dinafikan. Terlalu manja spoiled. Terlalu kasar ble jd negatif. Ada cara dan teknik, jgn ego dan sentiasa cri cara yg berkesan utk didik anak. But, stu yg sy x paham... why and why kalau da tau susah buat anak2 byk2? Somebody can answer me?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bongok..anak ramaiilah bagus..esok ko dh tua ada org jaga..mmglah mula2 susah klo ank ramaii utk kebaikan hari mendatang..lagi satu ibarat syurga dunia..nikmattt ahhh...prOoTt

      Padam
  7. Secara umumnya..akhlak budak2 skrg byk dibentuk oleh didikan ibu bapa mereka..kalau mereka dijaga mcm anak kucing dibiar buat apa mereka suka, so benda2 yg negatif tp pada mereka menyeronokkan akan mereka lakukan..kalau parent jenis garang but at the same time penyayang, insyaAllah budak2 tu menjadi 'orang'.

    Ramai parent zaman skrg sibuk cari rezeki tp anak diabaikan dr segi didikan dunia dan akhirat. Sesibuk mana anda, pastikan anda dpt luangkan masa dgn anak anda n cuba hadkan kerja anda dr menganggu masa bersama keluarga...sbb bila time susah n tua nanti mereka yg akan jaga n doakan kita.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.