Mengikut satu laporan tak rasmi:
Rekod daftar pengundi baru di Selangor:
Melayu - 49,000
Cina - 115,000
*Ayuh gerakkan anak-anak kita yang berumur 21 tahun ke atas untuk mendaftar sebagai pengundi. *
Jangan leka main Pokemon Go, game bagai, movie di Astro bagai.
Assalamualaikum.
HARAP AMBIL PERHATIAN
STATISTIK MENUNJUKKAN setakat Januari 2016 - HAMPIR 43% (hampir 1.9 Juta) Rakyat Malaysia yang tidak mendaftar sebagai Pemilih ialah BANGSA MELAYU.
Mohon kerjasama Rakyat MALAYSIA terutama sekali orang Melayu/Bumiputra untuk daftar pemilih di Pejabat POS atau wakil-wakil pendaftar pemilih yang dilantik oleh SPR (ketua kampung @ ketua taman) di Kawasan masing-masing.
> BAWA PHOTOSTAT KP DAN ASAL.
> PENDAFTARAN PEMILIH PERCUMA.
Terutama kepada generasi yang lahir pada tahun 1993, 1994, 1995 dan yang belum pernah daftar pemilih untuk *mendaftar sebelum 30 September 2016.*
*DAFTAR PEMILIH SEBELUM 30/9/2016 akan digunapakai untuk PRU 14.*
Tolong war-warkan kepada semua ahli keluarga, anak-anak, ahli kariah serta rakan taulan kita semua.
Sebagai RAKYAT MALAYSIA dan Bangsa Yang Paling Ramai Dalam Negara Ini, kita wajib memilih PEMIMPIN dan PARTI untuk memastikan masa depan AGAMA ISLAM, BANGSA, ANAK2 CUCU dan AHLI KELUARGA SERTA WARIS kita terus terpelihara dan mampu hidup dalam keadaan yang aman, sejahtera dan tidak ditindas serta dicabul haknya seperti yang sedang berlaku di Selatan Thai, Rohingnya di Myanmar, Palestin dan lain-lain negara.
Tiada gunanya keluh kesah dan menangis air mata darah sekalipun jika pemerintahan negara sudah terlepas ke tangan mereka yang tidak sepatutnya. Hancur berkecailah segala yang telah kita bina selama ini. Jangan musnahkan masa depan anak cucu dan pewaris kita. Anda pasti akan diperbertanggungjawabkan ke atas UNDI anda sendiri.
#jomdaftarpemilih
# KAUM-KAUM LAIN SEDANG GIAT MENDAFTAR GOLONGAN MUDA MEREKA MENJADI PENGUNDI BAGI MEMASTIKAN MEREKA BERJAYA KALI INI.
# SILA VIRALKAN KEPADA ORANG MELAYU
* * * * * * * * * *
Aku tak tau nak gelak ke apa bila baca mesej ini.
Pertama, takde kaitan main Pokemon Go, game, tonton movie di Astro dan sebagainya dengan pilihanraya. Anak orang Cina juga main dan buat semua benda-benda tu. Boleh sahaja buat semua benda tu dan mendaftar pilihanraya.
Kedua, memang peratusan orang Melayu dan Bumiputera yang sudah daftar pemilih agak rendah berbanding kaum lain seperti yang dilaporkan dalam berita dan artikel berikut:
- Utusan Malaysia: 8.9 juta Melayu mudah lupa?
- Portal Isma: PRU14: Kenapa tak daftar jadi pengundi jika sudah layak?
- Utusan Malaysia: Melayu! bukalah matamu...
- MalaysiaKini: 4.39 juta belum daftar pemilih: SPR
Ini kerana kalau pengundi Cina lebih ramai daripada pengundi Melayu pun, di satu kawasan mereka cuma boleh pilih parti di bawah Barisan Nasional (UMNO, MCA, MIC dan lain-lain), PAS, parti di bawah Pakatan Harapan (PKR, DAP, PAN dan lain-lain), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dinaungi Tun Mahathir jika mereka tidak duduk di bawah payung Pakatan Harapan dan parti-parti kecil lain.
Jika di kawasan mereka yang bertanding adalah UMNO, PAS, PAN dan PPBM, mereka kena pilih pemimpin Melayu juga.
Jika di kawasan mereka yang bertanding adalah MCA dan DAP, mereka kena pilih salah satu calon Cina yang masing-masing di bawah naungan BN atau PH juga yang terdiri daripada perikatan parti majmuk berbilang kaum.
Bukannya jika pengundi Cina ramai, tiba-tiba calon pilihanraya pun ramai orang Cina. Malah kalau pengundi Melayu ramai pun, bukannya calon pilihanraya Melayu tiba-tiba ramai. Semua parti gabungan dah tentukan komposisi kerusi mengikut parti masing-masing.
Dalam BN sendiri, parti UMNO, MCA, MIC dan parti-parti lain ada sudah ada pembahagian kerusi masing-masing, dalam PH sendiri parti PKR, DAP dan PAN sudah ada pembahagian kerusi masing-masing. Dan jarang dalam satu kawasan tu akan berlaku pertembungan calon yang berbeza kaum.
Jika di kawasan orang Melayu, calon pilihanraya biasanya mesti orang Melayu tak kira dari parti gabungan mana. Jika di kawasan orang Cina, calon pilihanraya biasanya mesti orang Cina tak kira dari parti gabungan mana.
Ramai pengundi Melayu kalau mereka nak undi parti naungan PM Najib, mereka akan undi juga calon Cina dan India dari parti MCA dan MIC. Kalau mereka benci parti Najib, mereka akan undi juga calon Cina dan India dari parti DAP dan PKR.
Begitu juga halnya dengan orang Cina. Kalau mereka suka BN, mereka akan undi UMNO juga yang bertanding di kawasan mereka. Jika mereka benci BN, mereka akan undi calon Melayu dari PKR, PAN atau PAS juga.
Akhirnya, tak kiralah berapa ramai pengundi mengikut kaum pun, kau hanya boleh pilih BN atau PH.
"Kaum-kaum lain sedang giat mendaftar golongan muda mereka menjadi pengundi bagi memastikan mereka berjaya kali ini."Serius, pastikan mereka berjaya apa? Kerana bila berakhirnya pilihanraya, ia hanya sama ada BN atau PH yang berjaya, bukan Melayu, bukan Cina, bukan India, bukan kejayaan mana-mana kaum pun.
Jika BN menang maka kau klaim sebagai kejayaan Melayu, maka kau dah menafikan penglibatan kaum Cina, India dan kaum lain dalam BN.
Jika PH menang kau klaim sebagai kejayaan orang Cina, maka kau dah menafikan penglibatan kaum Melayu, India dan lain-lain kaum dalam PH.
Yang aku nampak, motif menyeru orang Melayu untuk daftar mengundi dengan kaedah menakut-nakutkan ini pasti tidak lain dan tidak bukan adalah agar memastikan kelangsungan parti... well, you know who... untuk terus memerintah dan perintah.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: anak orang melayu tak daftar paling sikit pemilih pengundi undi pru14 statistik generasi muda belia
Ok..kesedaran masih rendah..senang digula2kan..mereka tkmau mencorak masa dpn..ada 1negeri pantai timur yg didakwa miskin tapi kesedaran politik sgt tinggi...prOoTt
BalasPadam""Yang aku nampak, motif menyeru orang Melayu untuk daftar mengundi dengan kaedah menakut-nakutkan ini pasti tidak lain dan tidak bukan adalah agar memastikan kelangsungan parti... well, you know who... untuk terus memerintah dan perintah.""
BalasPadamOh..ko nii kira antiumno ye noob..
Pakatan Harapan bertukar nama (?)
BalasPadamPakatan Harapan wajar ditukar nama kepada Pakatan Bersatu selari dengan hasrat Tun supaya semua parti pembangkang tidak bertanding sesama sendiri menandingi BN.
Jika Muhyiddin dibenar untuk mengetuai Pakatan Bersatu ada kemungkinan besar PAS lebih selesa kembali ke pangkuan.
Pakatan Bersatu vs Barisan Nasional.
Kelantan dan Kedah diserah pada PAS
Negeri Sembilan dan Perlis kepada AMANAH
Selangor dan Wilayah kepada PKR
Pulau Pinang dan Melaka kepada DAP
kluangman at Saturday, September 10, 2016
well both are fucked up... keluar mulut harimau masuk mulut buaya... x kira undi mana pun rakyat getting bang from both side... kesian... akhirnya undi mana yang paling kurang sakit... kat amereka pun sekang tengah fucked up trump vs hillary.... 2-2 gila..
BalasPadamPolitaik bn pan pkr pas suma xboleh percaya. Pas pun kacau bilau sejak tok guru xda. Xpyh mengundi pun xpa. Puihhh..
BalasPadamBongok..ada tau tk tokgaru@guru takde beza pun..cuma p_s sekarang sederhana saja..elok ko undi BERSATU nanti..
PadamTidak mengundi juga adalah satu undi. Begitu jgk undi rosak. Jgn xtahu ok. Jd nk pksa2 org mgundi ke apa.
BalasPadamJangan lupa undi AF2016, undi anda diperlukan, bagi memastikan peserta kesayangan kekal ke Akhir!
BalasPadam