Ahad, 25 September 2016

6 Pelajar IPT disaran miliki lebih satu ijazah

Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) disaran menggunakan kaedah pembelajaran secara dalam talian untuk memiliki lebih daripada satu ijazah, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.   

Menurutnya ia bagi memudahkan mereka memasuki pasaran kerja berikutan terdapat pelbagai pihak termasuk sektor industri dan majikan mengakui graduan yang mempunyai satu ijazah lebih sukar mendapat pekerjaan.  

"Sistem pendidikan tinggi kita sedang berubah untuk membina jenama pendidikan Malaysia dan dengan itu kita laksanakan pendekatan yang lebih fleksibel supaya rakyat dapat memiliki sekurang-kurangnya dua ijazah.

Gambar hiasan

"Jadi, bila tamat pengajian kelak, graduan akan mempunyai lebih banyak peluang memasuki pasaran kerja dengan pelbagai kelayakan dan kemahiran yang ada," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan jelajah program 'Soaring Upwards: Let's Talk Higher Education', di Management and Science University (MSU) di sini, hari ini.   

Mengambil contoh kursus "Massive Open Online Courses (MOOC)" yang ditawarkan di 20 universiti di negara ini, Idris menyifatkan ia mampu meletakkan kualiti sistem pendidikan tinggi negara bertaraf dunia dalam melahirkan lebih banyak graduan memiliki lebih daripada satu ijazah.

MOOC yang dilancarkan Kementerian Pendidikan Tinggi pada September 2014 menawarkan lebih 60 kursus secara dalam talian di 20 universiti awam di negara ini.   

Ia ditawarkan secara percuma menerusi platform www.OpenLearning.com kepada semua penuntut universiti dan orang awam.

Mengulas berhubung program 'Soaring Upwards', Idris berkata kementerian itu mengambil pendekatan baharu dengan membawa peserta industri dalam program itu untuk mendekati penuntut dan graduan bagi meyakinkan mereka mengenai kualiti pendidikan tinggi negara.   

Katanya pengalaman ikon-ikon industri dalam pelbagai bidang itu boleh dijadikan inspirasi kepada para pelajar untuk lebih berjaya.

'Soaring Upwards' merupakan usaha yang dilaksanakan KPT untuk menyebar luaskan maklumat mengenai perkembangan pendidikan tinggi negara termasuk kejayaan yang telah dicapai pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sumber Sinar Harian.

* * * * * * * * * *

Maaf.
Aku tak setuju.
Sangat tak setuju dengan saranan ini.

Nak pelajar IPT ada lebih dari satu ijazah?
Nak dapat satu ijazah dah makan masa 4 - 5 tahun.
Kalau nak 2 ijazah yang memang berbeza cabang dan jurusan, tak ke dah makan masa 8 - 10 tahun?
Kalau ambil degree secara online, jarak jauh atau part time, tempoh pengajian biasanya akan mengambil masa yang lebih lama, mungkin 4 ke 8 tahun.

Sampai masa dah ada 2 ijazah, umur kau dah lanjut, dah melebihi 30 tahun.
Masa tu mungkin kau ada pengalaman kerja dalam bidang ijazah kau yang pertama, tapi kalau kau nak mencari kerja mengikut bidang ijazah yang kedua, kau langsung tiada pengalaman, dan terpaksa bersaing dengan orang lain yang jauh lebih muda yang lebih bertenaga dan sanggup dibayar gaji yang lebih rendah.
At the end, ijazah kedua kau hanya sekadar untuk simpanan sahaja.
Dahlah nak dapatkan ijazah kedua kena bayar yuran pengajian mahal, kalau takde duit kena berhutang buat pinjaman PTPTN lagi.

Yang terbaik adalah kalau dah ada satu ijazah sarjana muda, kalau nak belajar lagi sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi dalam pengajian ijazah sarjana (Master) dan PhD, terutama kalau kau nak fokus dan mencari kerja dalam bidang akademik.

Tapi kalau kau nak cari kerja dalam bidang profesional, tak perlu ambil 2 ijazah, atau sambung belajar dalam bidang master atau PhD. Sebab at the end majikan bukannya pandang sangat degree, master atau PhD kau, tapi sama ada kau boleh buat kerja yang mereka nak atau tidak, terutama dalam sektor swasta. Mereka lebih cari orang yang mempunyai kemahiran "street smart" bukan sekadar "book smart".

Sebaliknya, kau boleh keluar duit sikit dan ambil kursus pensijilan profesional yang berjangka pendek yang berkaitan dengan bidang kerjaya kau sekarang. Yurannya pun kalau diikutkan lebih rendah dari kau buat ijazah degree yang baru.

Macam dalam bidang IT, ada banyak pensijilan professional yang majikan lebih tengok malah mungkin lebih bernilai dari sijil degree yang kau ada seperti CCNA, CCNP, RHCE, RHCSA, MCSD, MCSE, MCSA, Oracle Cert, CISSP, CEH dan sebagainya, boleh rujuk di sini - "Best IT Certifications For 2016". Malah aku pernah jumpa ada majikan dia ambil pekerja yang tiada degree IT pun tapi ada sijil professional.

Bidang lain juga ada sijil profesional yang boleh diambil untuk menjadi nilai tambah kepada degree yang dah ada seperti dalam bidang akauntan, kewangan, ekonomi, kejuruteraan, perubatan, undang-undang dan sebagainya. Nak tahu cari sendiri kat Internet, aku pun tak pasti apa sijil profesional yang ada untuk bidang-bidang tersebut sebab ia bukan bidang aku.

Melainkan kau nak berniaga atau buat kerja selain dari makan gaji dalam bidang profesional atau akademik, kau tak payah belajar tinggi-tinggi pun takpe. Lepas SPM terus je belajar selok belok perniagaan dengan orang yang dah lama berniaga. Cukup 3 4 tahun, kau pun dah pandai berniaga.

Tapi kalau korang nak ambil juga 2 3 ijazah, korang buat je lah, takde masalah pun. Duit korang, hidup korang.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: pelajar ipt disaran miliki lebih satu ijazah dua tiga banyak multiple degree cert professional certification course

6 ulasan:

  1. Raja Pengasih Minyak Ibu Cenuai Dan Minyak Bulu Perindu

    Mengaktifkan titik-titik chakra tubuh jasad, justeru menyerlahkan aura dan seri wajah, meningkatkan kewibaan dan keyakinan diri, membuat orang sekeliling tunduk dan terpaut memandang wajah anda. Menyah-cas tenaga gelap aura negatif dan menyerlahkan tenaga-tenaga positif,menarik segala unsur kebaikan di sekeliling.Memikat hati si dia malah mengikat kasih sayang supaya si dia merasa rindu selalu. Membuka segala pintu hikmah kebaikan kerana minyak ini bersifat putih diruqyahkan dengan ayat suci quran. Dan banyak lagi yang tidak dapat dijelaskan dengan akal fikiran.
    ----------------------------------------
    Kandungan dan proses pembuatan:
    Proses pembuatan suci tanpa sebarang unsur kotor mahupun unsur khurafat. Gabungan minyak kelapa dara bersama pelbagai pati minyak tapa dari berbagai ramuan akar-akar tumbuhan hutan dan gunung seperti akar cenuai, senduduk putih, buluh perindu, teras ular cintamani, pati minyak buluh cabang tiga, janggut adam dan beberapa ramuan rahsia pengasas, dibacakan zikir dan ruqyah ayat suci quran serta doa para wali dan masyaikh.
    -----------------------------------------
    Siapa yang sesuai menggunakan cenuai dan wangian bulu perindu?
    - Pasangan kekasih yang ingin mengikat jodoh
    - pasangan suami isteri atau kekasih yang bermasalah dalam perhubungan.
    - Ahli perniagaan dalam melariskan jualan menarik pelanggan ke kedai atau untuk menangkap kontrak atau tender
    - Ahli korporat dalam mencari pengaruh dan menundukkan orang bawahan.
    - Bagi yang ingin memenangi kes lawan di mahkamah.
    - Pemburu yang mencari buruan calitkan di hujung senapang atau senjata.
    Namun harus diingat ini salah satu ikhtiar sahaja. Khasiat dan keberkesanannya atas izin Allah. Segala asbab atas ketentuannya juga, bukan minyak yang berkuasa.Gunakan kearah kebaikan insyaallah.
    ----------------------------------------
    Klik link untuk testimoni pengguna minyak kami:
    Koleksi Testimoni Album 1:
    https://www.facebook.com/media/set/?set=a.951821151533790.1073741832.908696412512931&type=3

    Koleksi Testimoni Album 2:
    https://www.facebook.com/media/set/?set=a.951409591574946.1073741830.908696412512931&type=3

    ******Cara membuat pesanan********

    1. Taip "PM" di ruangan komen untuk mahar dan promosi terkini
    2. Like page kami
    3. Atau terus taip dan hantarkan ke whatsapp untuk informasi dan maklumat lanjut.
    017- 27201604
    017- 27201604
    017- 27201604

    Klik link untuk terus ke blog kami

    BalasPadam
  2. aku kadang berfikir..sistem yang telah membuat aku menjadi tidak berani dan selalu mengiyakan yang ada.. aku selalu rasa cara berfikir kita pun diatur oleh sistem. kita selalu diberitahu dan disuruh mengamininya, tanpa harus kita difikirkan dan difilter terlebih dahulu. selalu dsuruh untuk mengamini yang ada, selalu disuruh untuk melakukan yang sudah grand, populer dan dianggap orang banyak baik. .tanpa harus difikirkan, dan berusaha untuk mencetus sesuatu yang baru..🐷

    BalasPadam
  3. Saya sokong encik Nub..!

    Ni contoh orang tak pk sehabis-habisnya sebelum cakap.. Adeyhla..

    At least cuba masukkan sikit pendapat2 graduan2 ni.. dia ingat senangla nak amek 2nd degree tuh kat Malaysia ni, 1st degree pun kadang merangkak.. Plus, buat apa nak amek degree banyak2? Apesal tak fokus pada satu jek..

    In conclusion, cara dorang cakap ni menunjukkan Malaysia tak banyak peluang pekerjaan.. Nak kena ada second degree plak so ada second choice untuk bina career? Lepas tu kalau masih tak dapat kerja jugak, amek 3rd degree? Sedeyh..!

    2nd degree sebab nak kejar impian lain citerla.. Bak kata encik Nub, hidup mereka dan duit mereka..

    BalasPadam
  4. nak ikutkan, menteri atau cikgu sekolah...apatah lagi pensyarah IPT masih banyak yang belum tahu tentang keperluan sijil kompetensi / proffesional cert sekiranya mereka tidak pernah masuk ke industri. Tamat belajar universiti, terus jadi Guru atau pensyarah. Menteri..welll

    Ibu Bapa dahulu juga (masih ada lagi sekarang) yang hanya tahu - nak anak masuk ke menara gading...masuk universiti. sedangkan banyak bidang di luar yang menjamin dan juga mendatangkan pendapatan yang jauh lagi lumayan berbanding dengan graduan universiti yang hanya berbekalkan sekeping kertas ijazah majoriti bermula dengan gaji Rm 1,500- 2,500 pada usia 23-24 tahun. Pencapaianmere ka hanyalah disahkan oleh pihak universiti dan MQA.

    sedangkan lepasan bidang kemahiran/vokasional yang hanya memiliki sijil kemahiran atau diploma kemahiran...biasanya dibekalkan juga dengan pelbagai sijil kompetensi (kemahiran dan pengetahuan mereka dinilai dan disahkan badan2 Industri tempatan, antarabangsa) yang insyaAllah menjamin pendapatan yang jauh lebih tinggi berbanding graduan universiti.

    Contohnya pelatih kemahiran bidang elektrik / pendawaian elektrik...mereka berpeluang untuk ditauliahkan dan disahkan kompeten oleh pelbagai agensi - TNB, SEDA untuk kemahiran mereka..PW2,PW4, A0, B0, Chargeman dll. Hinggakan ada syarikat yang mengunapakai lesen mereka dan 'Gantung Lesen' tersebut sahaja dibayar RM 2,000-10,000. ini belum lagi gaji mereka sebagai technician.

    pekerja berkait minyak dan gas, daripada welder, boilerman, NDT, inspection...sijil kompetensi mereka bertaraf antarabangsa. Sijil2 ini tidak perlukan kelayakkan diploma atau ijazah utk memiliki, tetapi pengalman dan pengetahuan mendalam sangat diperlukan. Ada sahabat yang antara anaknya belajar di kolej kemahiran sahaja...ada sijil sahaja tetapi pada umur anaknya 24 tahun, sudah bergaji RM 6-7ribu sebulan sedangkan anak2 yang lebih 'bijak', graduan universiti masih berpendapatan Rm 3,500 sebagai jurutera di kilang pada umur hampir 30 tahun.

    Ada seorang kawan, adiknya masih berhutang dengan universiti (masih tiada scroll ijazah sebab hutang belum dibayar-ditambah dengan extend sem yang banyak....pointer paham2 jela) tetapi gaji yang dimilik adalah lebih tinggi berbanding rakan-rakan adiknya yang grad ikut masa, dengan pointer yang ok. Sebabnya, adiknya gunakan pelbagai sumber kursus percuma yang ditawarkan oleh pelbagai pihak yang menawarkan sijil profesional dalam bidang IT. maknanya, adik kawan ini mendapatkan kerja yang bagus kerana disahkan kompeten dan memiliki sijil profesional, sedangkan masih tiada ijazah (kalau syarikat masih perlu pengesahan, syarikat perlu hubungi pihak universiti utk pengesahan - ini alasan adiknya utk mendapat gaji yang jauh lebih lumayan berbanding rakan yang hanya ada ijazah...ada profesional cert dan nak gaji tinggi utk bayar hutang universiti)

    BalasPadam
  5. dulu, ada program...graduan Ijazah yang menganggur dicadangkan dan ditawarkan untuk sambung belajar ke peringkat Ijazah Sarjana(Master)

    kompeni bila tgk ada master, kekadang tu gerun nak amik jugak sebab gaji fresh entry mungkin 2500 je..tu pun ade degree sahaja.

    pengalaman kerja takde, tapi ada degree+master...takkan nak mintak gaji basic

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.