Rabu, 14 September 2016

9 Betapa ramainya anak luar nikah lahir setiap hari

Secara purata kira-kira 140 bayi luar nikah dilahirkan setiap hari oleh ibu yang beragama Islam pada tahun lalu.

Menurut laporan Berita Harian hari ini, statistik Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan sejumlah 159,725 bayi luar nikah dilahirkan oleh ibu yang beragama Islam sejak 2013.

Daripada jumlah itu, 53,492 dilahirkan pada 2013; 54,614 pada 2014 dan 51,169 pada 2015.

Bagaimanapun tidak ada sebarang data mengenai anak yang lahir tanpa ikatan perkahwinan dalam kalangan ibu-ibu yang bukan beragama Islam.


Dalam laporan itu, Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Dr Norsaleha Mohd Salleh menyuarakan kebimbangan terhadap bilangan tinggi kes tersebut dan menggesa supaya pihak berkuasa yang berkaitan mengambil tindakan segera.

Katanya, masalah itu berpunca daripada pendidikan agama dan moral yang cetek memandangkan semua agama menolak seks sebelum kahwin.

Beliau juga menekankan peranan ibu bapa dalam memastikan generasi muda mempunyai akhlak dan akal yang positif.

Katanya, ibu bapa perlu menghabiskan lebih banyak masa dengan anak bagi memastikan mereka tidak berasa diabaikan dan mencari kebahagiaan di luar rumah.

Beliau juga mencadangkan agar Kementerian Pendidikan meningkatkan jumlah masa pengajaran Pendidikan Islam dan Moral di semua peringkat sekolah.

Norsaleha turut menyokong cadangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kebangsaan (PIBGN) untuk mewujudkan keseimbangan dalam modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Seksual Lelaki yang bakal dilaksana.

“Hubungan seksual adalah antara seorang lelaki dan perempuan. Perlu ada keseimbangan yang jelas dalam mengajar remaja mengenai kedua-dua jantina supaya mereka tidak terjebak dalam seks sebelum berkahwin,” katanya.

Sumber Free Malaysia Today dan Berita Harian.

Adakah angka itu suatu yang mengejutkan?

Tidak.

Tengok sahajalah di sekeliling kita, gejala dan budaya ntah apa-apa yang semakin meresap dalam jiwa dan minda anak-anak kita. Bermula dengan video 3gpnya, WeChat, Tumblr, Bigo Live, Smule, cerita lucah, kartun lucah hentai, mat rempit, dadah, pil khayal dan lain-lain perkara yang boleh menjadi punca kepada kejatuhan moral remaja dan anak muda pada hari ini.

Tapi yang sebenarnya jika nak kata anak luar nikah, bukan setakat orang Melayu, malah kaum lain juga, termasuk di negara luar juga ramai orang pernah melakukan hubungan seks seawal usia remaja, dan ramai perempuan yang telah mengandung dan melahirkan anak di luar nikah pun.

Malah di negara barat juga, orang couple yang belum berkahwin pun ramai yang sudah melahirkan anak luar nikah. Ada yang kemudiannya membesarkan anak mereka tanpa ikatan perkahwinan, ada yang baru nak kahwin selepas dah bertahun-tahun ada anak, ada yang berpisah dan si ibu terpaksa membesarkan anaknya sendirian. Cuma mereka tidaklah memandang isu lahir anak luar nikah sebagai suatu yang teruk, kerana mereka tidaklah begitu patuh kepada ajaran agama mereka serta ia sudah menjadi kebiasaan yang boleh diterima dalam masyarakat mereka.

Maka gejala hubungan seks sebelum berkahwin dan melahirkan anak luar nikah ini sebenarnya bukan masalah orang Melayu atau orang Islam khususnya. Ia adalah masalah dan kegagalan manusia yang tidak dapat mengawal hawa nafsu mereka.

Cuma apabila ia berlaku pada orang Melayu, ia nampak buruk dan teruk sebab orang Melayu budayanya penuh dengan adat ketimuran, dan orang Melayu itu juga agamanya adalah Islam, yang sangat melarang kelakuan seks sebelum nikah.

Kalau ikutkan kita semua sepatutnya patuh kepada larangan yang telah ditetapkan Tuhan kepada kita. Tapi itulah, bila dah namanya manusia, mereka itu mudah dan cenderung untuk melakukan kesilapan.

Kerana itu sebagai seorang Melayu Islam, kita seharusnya telah dididik dengan perkara seperti ini sejak kecil di rumah oleh ibu bapa dan juga di sekolah. Jika seorang terjebak untuk melakukan perbuatan tidak bermoral itu, mereka akan cenderung untuk mempengaruhi rakan yang lain. Kerana itu sepatutnya setiap orang perlu memainkan peranan dalam mendidik setiap satu anggota masyarakat kita.

Namun jika seseorang itu dididik dengan pendidikan moral dan nilai keagamaan dari kecil pun, jika mereka tak boleh kawal nafsu mereka, mereka akan melakukan kesilapan juga. Dan apabila bila berlaku hal seperti ini, biasanya yang menjadi mangsa dan menerima kesan teruk adalah orang perempuan, manakala pelaku lelaki dah lari lepas tangan.

Sebab itu jika ada yang dah melakukan kesilapan dengan melahirkan anak luar nikah, jangan pula melakukan kesilapan kedua dengan membuang atau membunuh bayi tersebut.

Anda telah berbuat kesilapan, hadapilah kesilapan tersebut, bukan melarikan diri dari kesilapan dengan menambah kesilapan yang lain.


Baca juga artikel lain yang berkaitan:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: anak luar nikah tidak sah taraf haram lahir buang bayi orang melayu islam perempuan mangsa

9 ulasan:

  1. T.T betul la kata2 orang tua dunia sekarang lagi dahsyat dugaannya dari dugaan orang dulu... sekarang mudah gila nak hanyut dengan dunia dan mudah terpengaruh... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asyik ko jee komen..(1)? Selepas lahirkn ank zina apakah si ibu akn didakwa atau lps terus dn terus buat ank..?katanya msia nii negara islam..jamil khir takkn dok main golf jee tolg lh buat sesuatu..salah 1sebab mkin kerana byk sgt tonton video xxx..gunalh kondom..buat ank mmg sedap..xyah cerita psl negara lain noob..baiik laki atau perempuan klo dh xtahan sgt guna tangan jee..yg nii noob mmg pakar kahkah..gesel2 dh kluar..

      Padam
    2. Jibai lu rosli meyamar jd ted manoff. ProoT d muka hang

      -ted Gaynoff-

      Padam
    3. Aku bedal jer student2 U ..kesian diorang duit tak cukup..makan pun asik meggie jer..sesekali diorang nak gak hiburan n enjoy dihujung minggu.. hujung2 hari di hotel gak melepak releasekan tension diorang nih...bagi diorang sedap and puas..

      Padam
  2. Sejak akhir ini kedengaran cadangan untuk dipertimbangkan pengguguran kandungan yang dijangkiti virus Zika. Belum ada kata putus antara Majlis Fatwa Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan dalam hal ini.

    Jika begitu, adakah anak luar nikah dalam kandungan boleh dipertimbangkan untuk digugurkan?

    BalasPadam
  3. Yup.. Reen setuju bab manusia yang tidak dapat kawal nafsu. Bukan mereka tidak diajar tentang larangan Allah, dosa dan pahala.. Mereka tahu semua tu.

    Tetapi bila dah nafsu menguasai diri.. Iman pun entah kemana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ron jeremy dan shane diesel..walaupun usia dh lanjut tapi nafsu kuda..entah ubat apa ditelan untuk tahan lama..jeremy usia dh 63 tahun tapi zakar mcm org muda hebat mamat yahudi nii..dh tua tapi zakar besar gila..prOoTt

      Padam
  4. Bila kawin menjadi susah & zina menjadi senang. Ini lah akibat nya...

    Nak kawin zaman skrg kalu xda duit dlm 10k xpyh brangan la nk kawin. Mmg bak bapak xkan bg punya. So penyudahnya .. checkin hotel bajet modal rm50. ..

    Bila suruhan rasul tidak di ikut(murahkan kos kawin) ini lah yg berlaku.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.