Rabu, 12 Jun 2024

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Bukan Perlumbaan

Kehidupan bukanlah suatu perlumbaan seperti yang ramai sangka.


Buasir Otak: The Muzik - Bukan Perlumbaan
 
Lirik:

Dulu guruku pernah berkata
Kehidupan suatu perlumbaan
Yang lambat akan ketinggalan
Yang lemah akan kalah

Banggakan orang tuamu
Banggakan sekolahmu
Teruslah aku berlari pantas
Mengejar orang di hadapanku

Ramai yang telah ku tinggalkan
Ramai yang jatuh tersungkur
Namun aku terus berlari
Tanpa mempedulikan

Akhirnya ku tiba di garis penamat
Banyak yang telah ku berjaya kecapi
Namun ku sangka aku telah menang
Hakikatnya hidup bukan perlumbaan

Tiada siapa yang menang atau kalah
Hanya ada kejayaan dan kegagalan
Bersyukurlah pada setiap kejayaan
Dan bangkitlah pada setiap kegagalan

Dalam perlumbaan semua bermula
Di garis mula yang sama
Namun dalam hidup setiap orang
Garis mulanya tidak pernah sama

Dalam hidup ini nasib kita tak sama
Ada yang lahir dengan timbunan emas
Ada yang lahir di timbunan sampah
Ada yang miskin ada juga yang kaya

Kita semua punya kehidupan berbeza
Kita semua punya impian berbeza
Usah bandingkan dengan yang lain
Bandingkan sahaja diri kita yang dulu

Akhirnya ku tiba di garis penamat
Banyak yang telah ku berjaya kecapi
Namun ku sangka aku telah menang
Hakikatnya hidup bukan perlumbaan

Tiada siapa yang menang atau kalah
Hanya ada kejayaan dan kegagalan
Bersyukurlah pada setiap kejayaan
Dan bangkitlah pada setiap kegagalan

Tiada siapa perlu dikejar selain diri sendiri
Kerana kehidupan ini bukan perlumbaan
Sebaliknya sebuah perjalanan yang panjang
Hinggalah kita temui akhiran yang abadi

Lirik: Prince of Noob
Komposer: AI Generated



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak the muzik lagu song single lirik ciptaan sendiri soundtrack intro ost bukan perlumbaan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.