Sabtu, 8 Jun 2024

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Orang Yang Asing

Orang yang asing boleh menjadi sahabat semudah sahabat boleh menjadi orang yang asing.


Buasir Otak: The Muzik - Orang Yang Asing
 
Lirik:

Huuuuuuu

Pada suatu masa yang lalu
Di sekolah asrama kita bertemu
Kita belajar di kelas yang sama
Tinggal juga di bilik yang sama

Kita sering berbagi cerita
Kongsi kisah suka dan duka
Belajar bersama tiada beza
Tidak terpisah begitu eratnya

Kini telah berubah segalanya
Jarak dan waktu memisahkan kita
Dulu kita panggil dengan nama
Mungkin kini sekadar sis sahaja

Sahabat yang dulu jalan seiring
Kini hanyalah orang yang asing
Orang yang asing
Orang yang asing

Setelah lama tidak bersua
Namamu muncul di layar kaca
Kita saling menjadi kawan maya
Tapi masih tidak bertegur sapa

Masihkah kau ingat saat kita berdua
Bersama bermimpi menjelajah dunia
Detik bahagia tersimpan di jiwa
Meski yang tinggal hanya cerita lama

Hubungan rapat telah menjadi janggal
Kau yang dulu ku ucap selamat tinggal
Walau kita meniti haluan berbeza
Ku takkan lupa memori kita bersama

Kini telah berubah segalanya
Jarak dan waktu memisahkan kita
Dulu kita panggil dengan nama
Mungkin kini sekadar sis sahaja

Sahabat yang dulu jalan seiring
Kini hanyalah orang yang asing
Orang yang asing
Orang yang asing

Oo oo ooo ooo oooh
Oo oo ooo ooo oooh

Sahabat yang dulu jalan seiring
Kini hanyalah orang yang asing
Orang yang asing
Orang yang asing

Oo oo ooo ooo oooh
Oo oo ooo ooo oooh

Kisah kita berakhir sudah
Namun menyesal ku tak pernah
Setiap kenangan membawa makna
Akan ku simpan hingga ke syurga

Oo oo ooo ooo oooh

Lirik: Prince of Noob
Komposer: AI Generated



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak the muzik lagu song single lirik ciptaan sendiri soundtrack intro ost orang yang asing



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.