1. Ada pasangan yang berkahwin memilih untuk tidak ada anak atau childfree. Mempunyai zuriat memang sangat-sangat digalakkan dalam Islam, tapi bukanlah jatuh wajib.
2. Anak adalah anugerah dan rezeki yang sangat besar terutama ketika mereka masih kecil, dan juga apabila kita telah tua. Pun begitu, ada anak atau tidak adalah pilihan masing-masing atas apa jua sebab.
3. Kita tak boleh paksa siapa-siapa untuk ada anak. Sebab akhirnya, yang perlu jaga amanah dan bertanggungjawab pada anak dia adalah dia, bukan kau pun yang tolong jaga anak dia. Hidup orang, biar dia sendiri tentukan, kita tak payah sibuk. Kau sendiri pun rimas kalau ada orang sibuk je nak tentukan hidup kau.
4. Ada pasangan mungkin memilih tidak mahu anak kerana faktor ekonomi, kesihatan fizikal, mental dan sebagainya. Ada juga yang merasakan tidak bersedia atau tidak mampu untuk menjadi ibu bapa yang baik dan bertanggungjawab.
5. Jika rasa tidak mampu lagi untuk menjadi ibu bapa, tak perlu ada anak hanya kerana desakan keluarga atau masyarakat. Kalau ikut cakap orang, memang takkan habis. Takde anak, tanya bila nak ada anak? Ada anak seorang, tanya bila nak tambah? Bila dah tambah, tanya lagi bila tambah lagi? Sampai ke sudah takkan habis.
6. Kalau kau tengok ada orang memilih tiada anak dan rasa ruginya dia tiada penerus keturunan, biarlah, apa masalah pada kau pun? Kalau kau kesian kat mereka sebab nanti dah tua tiada anak nak jaga, biarlah, apa masalah pada kau pun? Kalau dia dah tua nanti nak duduk rumah orang-orang tua pun, biarlah, itu pilihan dia, apa masalah pada kau pun? Kalau kau nak ada anak, kau buatlah, takde siapa-siapa halang pun. Hidup masing-masing, pilihan masing-masing, kau sibuk sangat kenapa?
7. Adakah bila kita ada anak, kita akan rasa diri kita lebih better dari orang lain? Kita akan rasa hidup kita lebih bahagia dari orang lain? Kita akan rasa lebih entitled untuk tentukan hidup orang lain? Kita tak duduk di kasut orang lain, dan orang lain tak duduk kat kasut kita. Period.
8. Lagipun pada aku, ada sesetengah orang tu lebih baik lah tiada anak, dari ramai anak tapi hidup melarat, anak-anak terbiar, abai anak-anak dari sudut sosia ekonomi dan pendidikan, ada pula anak yang didera dan kena abuse mental dan fizikal kerana ibu bapanya rupa-rupanya ada masalah psikologi dan kesihatan mental.
9. Malah ada juga yang hanya tahu buat anak sahaja tapi tak mahu didik anak dengan betul sampai perangai dan akhlak anak jadi sangat buruk dan kurang ajar dari dia kecil hingga ke dewasa sampai menyusahkan orang lain, bak dialog dalam filem P. Ramlee Seniman Bujang Lapok, kecik-kecik tak nak mam...
10. Maka, jadilah ibu bapa bila sudah sedia, atau kalau nak juga ada anak, paksalah diri untuk sedia, kerana anak datang dengan tanggungjawab dan amanah, bukan sekadar dapat anak dan that's it. Mungkin orang yang memilih tiada anak, bila sampai masanya dia berubah fikiran dan mahu ada anak, dan boleh membesarkan anak lebih baik dari kita, who knows? Manusia boleh berubah.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: pasangan berkahwin memilih tiada tak mahu ada anak childfree
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.