Isnin, 24 Jun 2024

0 Pakar tak semestinya tinggi kelulusan akademik

1. DS Siti Nurhaliza dilantik UMCCED jadi Pakar untuk Master Class Programme dalam bidang Vocal Instrument. Ramai yang melenting. Ramai dah bagi justifikasi.

2. Tak semua bidang yang pakarnya kena ada sijil menggunung. Ada orang ada 10 tahun pengalaman dan kemahiran tinggi dalam bidang dia pun dah boleh jadi pakar. Pakar dalam bidang akademik, ya kena ada sijil menggunung, kena cari para pensyarah, Prof, Dr dan sebagainya.

3. Tapi kalau nak cari pakar dalam bidang industri dan praktikal, kena la cari orang yang dalam bidang tu, hatta dia hanya ada sekadar lulusan SPM sekalipun.

4. Benda ni simple je sebenarnya. Seperti contoh, kalau nak cari pakar elektrik untuk buat wiring rumah, cari orang yang betul-betul mahir dan dah lama buat wiring.

5. Dalam bidang perniagaan, orang yang dah lama dalam asam garam sepak terajang bidang bisnes lebih pakar. Nak cari pakar dalam bidang programming, kena cari orang yang dah lama kerja buat programming.

6. Nak cari pakar dalam bidang seni lukis, pelukis jalanan yang dah lama bergiat di Pasar Seni pun boleh dianggap pakar dan banyak ilmu yang kita boleh belajar darinya.

7. Kau tanya pensyarah, tak dinafikan mereka memang pakar, cuma kepakaran mereka lebih kepada teori dan konsep secara akademik. Kalau untuk budak lepasan SPM, diploma, yang baru nak belajar asas memang baguslah.

8. Tapi kalau nak mengajar orang yang dah bekerja lama dalam industri, lebih baik diajar oleh orang yang pakar dalam industri juga, sebab banyak ilmu yang bukan diperolehi dari kelas sahaja tapi dapat dari pengalaman sebenar.

9. Siti boleh dianggap pakar dalam bidang nyanyian dan seni hiburan sebab dah lama dalam bidang tu, lagipun dia dah dapat banyak anugerah dan pengiktirafan dia dapat dalam bidang tu. Maka layaklah dia mengajar orang dalam bidangnya.

10. Tambahan pula dia sangat popular dan masih dianggap penyanyi no. 1 negara, jadi boleh la menarik ramai orang join program yang ditawarkan tu. Kalau lantik penyanyi otai lain, ya mungkin pakar juga, cuma kurang la populariti untuk tarik orang join program tu.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: siti dilantik pakar um umced tak semestinya tinggi kelulusan akademik


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.