1. Pendidikan itu penting. Tak kira lah kat tadika ke, sekolah rendah, sekolah menengah, SBP, MRSM, sekolah agama, tahfiz, SPM, kolej, diploma, universiti, degree, master, dalam negara, luar negara dan sebagainya.
2. Semua itu perjalanan yang kita perlu lalui untuk mencapai suatu matlamat. Kalau matlamat kau nak jadi doktor ke, nak kerja gomen ke, nak jadi polis ke, ada syarat-syarat pendidikan tertentu yang perlu kau capai untuk melayakkan kau memohon.
3. Kalau impian kau adalah suatu kerjaya yang tak memerlukan suatu kelulusan akademik yang tinggi, kau nak belajar ke tak, itu juga terpulang. Kalau kau nak belajar untuk tambah ilmu, atau nak buktikan keupayaan kau, itu bagus. Hak masing-masing, kau dengan cara kau, orang lain dengan cara orang lain, asal tak saling menyusahkan orang lain.
4. Tapi kalau kau takde bakat atau kelebihan lain yang tak boleh bagi kelebihan di masa depan, seperti tak pandai bersukan, melukis, main muzik, tak boleh menyanyi, tak pandai berlakon, tak berani bercakap depan orang, takde pretty privileged, takde mak ayah yang kaya, better kau fokus belajar je lah, sebab benda yang semua orang boleh buat sebenarnya adalah belajar, tinggal nak atau tak, rajin atau malas je.
5. Cuma itu cerita sebelum kita menempuh alam dewasa. Once kita dah masuk dalam alam pekerjaan, semua kehebatan atau kegagalan kita masa zaman sekolah, kolej, universiti dulu, segalanya hanya tinggal bahan sejarah je lah.
6. Di alam pekerjaan, orang lain tak pandang pun result SPM kau berapa, kau sekolah mana, CGPA kau berapa, kau universiti mana, kau dulu ketua pengawas ke, top student ke, presiden persatuan pelajar ke, juara pertandingan debat ke, pelajar paling belakang ke, umur kau berapa ke, kau lebih tua kau lebih muda ke, takde siapa peduli, takde siapa kisah.
7. Sebab yang paling penting dalam alam pekerjaan adalah kau boleh buat kerja. Kau kena buktikan kau boleh buat kerja. Kau kena buktikan kau boleh selesaikan masalah. Kena buktikan kau punya worth. Tak reti ke, tak tahu ke, takde pengalaman ke, kena belajar dan kena buat. Tak nak sekadar tahu teori. Kena apply secara praktikal. No excuse.
8. Pernah tak bila kita nak buat kerja dengan orang yang bukan kawan kita, kita tanya dia dulu SPM dapat berapa? Dulu sekolah mana? Belajar course apa? Berapa CGPA? Takde. Tak siapa kisah. Yang aku tahu, kau boleh buat kerja tu. Kalau kau tanya, kau memang pelik, melainkan kau tu HR yang interview orang, atau kau dah rapat dengan orang tu saja nak throwback buat modal sembang.
9. Jadi tak kira la dulu kau sekolah paling top ke, SPM tinggi melangit ke, belajar universiti ranking no. 1 ke, anugerah dekan ke, CGPA 4 flat, semua tu tak guna kalau kerja tak reti nak buat, asyik mengelat buat kerja, dah bertahun kerja pun semua benda nak kena suap, takde skill problem solving, tak boleh nak solve issue hatta benda simple pun, bagi macam-macam excuse, semua benda nak disilakan, sampai orang lain yang lebih bodo dari kau yang terpaksa cover kerja kau. Tak guna pandai tapi jadi beban masa kerja.
10. Bayangkan ada orang degree first class bidang sains komputer, dapat kerja dalam bidang system development, tapi buat programming pun tak pandai, belajar pun tak nak. Last-last staff yang cuma ada sijil atau diploma yang lagi tahu buat programming dari kau. Tapi gaji kau pulak lagi besar dari diorang. Kau takde rasa malu ke? Baiklah kau tak payah kerja dalam system development kalau sekadar menyusahkan orang lain. Kau dapat kerja dulu guna kabel ke, atau jenis pandai sembang masa interview ke, atau orang HR cuma pandang kelulusan akademik kau ke macam mana?
Pedih tapi itulah realiti. Sekian.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: tak guna pandai tapi beban masa kerja result keputusan spm 10 20 a
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.