Ahad, 15 Jun 2014

14 Acara menjamah coklat secara berjemaah

“Kami  tidak takut dikecam. Malah sanggup berdepan dengan mana-mana individu sekalipun.” Itulah pengakuan berani yang disuarakan Presiden Aktivis Siber Malaysia (ASM), Md Faisal Ahmad yang mempertahankan imej JAKIM susulan isu coklat Cadbury yang didakwa sebelum ini ada DNA babi.

Katanya pengguna harus mempercayai sepenuhnya keputusan status halal yang dikeluarkan JAKIM selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal.



“Sebagai pengguna Islam, kami percaya dan yakin dengan keputusan tersebut kerana JAKIM tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan khususnya kepada umat Islam.”

Tambahnya lagi kaedah ujian dan pensijilan halal oleh JAKIM mencukupi untuk mengesahkan status produk tersebut.

Ketika ditanya mengapa JAKIM tidak turut menjamah coklat Cadbury itu, tegas Md. Faisal pihak JAKIM tidak berhak untuk dipaksa berbuat demikian.

Dalam pada itu pihak Astro AWANI yang cuba untuk mendapatkan reaksi daripada wakil pegawai JAKIM berkenaan isu jamah Cadbury, gagal untuk mendapatkan beliau.

Dalam pada itu, penggiat media sosial menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tampil memberi kenyataan mengapa keputusan ujian DNA babi ke atas dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Hazelnut dibiarkan utuk tempoh tiga bulan.

Menurut Md Faisal lagi, isu ini terjadi selepas KKM pada mulanya mengesahkan ada DNA babi pada awal Februari, namun membiarkan perkara ini sehingga 5 Mei.

“Kita juga mahu tahu mengapa KKM tidak menjalankan ujian kedua bagi mengesahkan penemuan awal, dalam penemuan kontroversi seperti ini adalah tidak wajar pihak Kementerian tidak membuat sebarang tindakan ujian lanjut dan berdiam diri sahaja.”

Katanya, tindakan itu bukan sahaja mengaibkan Malaysia sebagai peneraju hab halal yang menyumbang hampir tiga trillion ringgit setahun kepada negara, malah kepada seluruh kakitangan syarikat pengeluar jenama coklat terbesar dunia Cadbury.

Mereka ditemui pada Forum Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif yang dihadiri penggiat media sosial yang lain.

Pada 23 Mei, produk coklat Cadbury iaitu Kacang Hazel 175 gram (kelompok 200813M01H I2 tarikh luput 13 Nov 2014) dan Buah Badam  175 gram (kelompok 221013N01R I1 tarikh luput 15 Januari 2015) telah dikesan mempunyai Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi atau porsin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beberapa hari selepas itu, JAKIM membuat pengumuman bahawa dakwaan KKM sebelum ini mengenai penemuan DNA babi di dalam dua produk Cadbury itu adalah tidak benar dan mengesahkan kedua-dua produk itu sebagai halal.

Sumber Astro Awani serta The Rakyat Post.





Dikatakan hanya blogger sahaja yang jamah coklat Cadbury tu tapi pegawai JAKIM enggan. Sapa blogger2 tu, sorang pun aku tak kenal, lain la kalau ada blogger famous cam Ben Ashaari, Fatin Liyana, Hanis Zalikha atau Obe. At least bagitau lah siapa blogger2 ni, apa nama blog diorang, nak la jugak baca tulisan2 diorang selepas makan coklat tuh.

Dan diorang cakap pihak JAKIM tidak berhak dipaksa untuk makan coklat tu, namun mereka juga tak boleh paksa siapa2 untuk makan atau tidak coklat tu. Kalau ada orang Islam yakin benda tu halal, diorang akan makan. Kalau ada yang rasa was2 benda tu tak halal, diorang tak akan makan jugak.

So bila difikir2kan semula, sebenarnya apa point diorang buat event demo makan coklat Cadbury tu sambil beria2 bagai makan coklat? Apa yang diorang cuba buktikan? Nak buktikan coklat Cadbury tu halal sebab tu makan? So dengan blogger2 ni makan cekelat tu maka dengan ini terbuktinya cekelat tu halal dan toyyibah? Bagi aku kenyataan rasmi daripada pihak JAKIM yang mengatakan ianya halal dah cukup kot, tak perlu ditambah dengan acara2 mengarut macam nih.

Sekarang ni aku tertanya2, event makan cekelat secara berjemaah ni yang sebenar2nya untuk pertahan dan selamatkan Cadbury atau JAKIM sebenarnya? Beriya2 bagai.




tags: hanya blogger jamah coklat cadbury pegawai jakim enggan makan

14 ulasan:

  1. siap bersuap suap bagai. bg aku tak perlu pn buat bende ni. ni sumer nk cr publisiti

    BalasPadam
    Balasan
    1. ntahnyer, dah la makan sambil berdiri, buruk benau..sebijik mcm lembu..

      Padam
  2. Dapat bayaran untuk buat promosi ni kot? Kenala makan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab tu konfius. kalau dapat bayaran, dari siapa? cadbury atau jakim? siapa yang diorang beria2 pertahankan, cadbury atau jakim?

      Padam
    2. oh kena bayar dgn cadbury... ingat diorg ni pejuang islam mempertahankan jakim... kesian... begitu mudahnya org melayu dibeli & digula2...

      Padam
  3. Iklan cadbury dekat paper dah dapat dilihat. Kata yang mereka menjaga kehalalan produk mereka. So, untuk event macam ni, aku rasa hujung kuku jer untuk diorang buat.

    BalasPadam
  4. Org malaysia ni kalau bab2 cmni..memang rajin.

    BalasPadam
  5. Graduan melayu la terKEDEPAN kalo bab2 tahi ni... bilakah ketahian ini akan berakhir???

    Sistem kapitalis.. sumer boleh dibeli.. agama boleh dibeli.. riba boleh dihalalkan.. judi juga boleh dihalalkan.. arak juga dihalalkan.. bayar saja lesen..habis citer..

    Patutla melayu maju begini.. kedepan dgn tahi..

    BalasPadam
  6. Sedapkah coklat itu abg janggut... dek kerna nila yg tumpah d susu.. hr ini nmpknya nila blh d tapis..susu masih blh guna ya abg janggut... tahniah abg janggut... mkn la lg..tambah2.. x rosak benda tu...tambah lg...

    BalasPadam
  7. kedekut sangat Cadbury nie. cari laa artis k-pop ke, dato siti ke, nora Danish ke. ramai skit pengikut. nie macai ntah dari mane timbul dorang ambil

    BalasPadam
  8. Tapi yang hadir....makan cekelat mcm kurang cerdik rupa paras...mereka....standard....ngo2 cap ayam sebelum ni

    BalasPadam
  9. Ni sume PR (baca: Public Relation) diaorg punye cadangan nk counter balik isu yg terang-terangan merosakkan reputasi pihak2 berkenaan. Dalam isu ni aku rase pihak cadbury la yang hire PR tu. Sebab itu ade event mcm makan coklat secara jemaah and iklan kat suratkhabar tu.

    Tapi masalahnye maybe PR diorg tak berapa peka dengan sensitiviti org Islam malaysia ni kalo berkaitan dengan bab makanan especialy melibatkan babi or cadbury bayar ciput sgt kat PR tu. Maka jadilah hasilnye seperti event tersebut yang mendatangkan lebih banyak persoalan dari jawapan.

    Ataupun PR tu dari HQ diaorg kat obersea tu. Maka terhasil juga event seperti itu, Kat luar negara, rebranding dengan event mcm tu maybe possible but bukan sini.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.