Selasa, 17 Jun 2014

28 Dilema seorang isteri syak suami ada skandal

Assalammualaikum.

Hai, saya Aida dari Miri, Sarawak. Saya dah berumahtangga selama 5 tahun. Kami saling cinta menyintai, namun sebagai seorang isteri, six sense tu memang kuat, saya nak share sikit je my experience. Usia kami berbeza 11 tahun, dia begitu penyayang dan baik, namun saya kurang yakin kerana dia mempunyai ramai rakan yang hobinya berskandal dengan perempuan lain. Saya kurang pasti tapi sebagai isteri, saya dapat rasakan yang suami saya mempunyai skandal.

Gambar hiasan

Dia memegang jawatan sebagai pembantu manager di sebuah kilang dan ramai wanita Indonesia serta tempatan meminatinya. Suami saya good looking, tak mustahilkan benda begitu berlaku terutama di dalam zaman serba canggih ini, semua benda possible. Saya sakit hati dan hanya memendam rasa. Beliau berubah setelah saya resigned dari kilang itu. Dia lebih gemar meninggalkan saya di rumah dan saya dapat menghidu bahawa dia bukan orang yang saya cintai dulu. So u alls, apa pendapat anda terhadap kisah realiti saya ini? Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.



Ini adalah komen daripada seorang pembaca. Beliau meminta pandangan anda terhadap masalah dan dilema rumahtangga yang beliau hadapi, namun disebabkan dia komen di entry yang lama yang mungkin orang takkan baca, maka aku publish komen beliau semula agar pembaca lain dapat turut sama memberi pandangan dan membantu beliau.

1. Sedangkan pantai berubah, inikan pula manusia.

2. Cuba tanya diri puan dulu, apa yang menyebabkan suami puan berubah hati? Mungkin ada sesuatu pada diri puan yang tidak dapat memuaskan hati suami puan dari segi perangai, penampilan, layanan, perasaan dan sebagainya. Lagipun berbeza usia 11 tahun tu agak besar, puan dan suami lahir dari generasi yang berlainan maka pemikiran dan kesukaan pun mungkin banyak yang berbeza.

3. Kalau sakit hati jangan pendam rasa. Komunikasi itu penting, bincang, luah dan tanya betul2 pada suami puan pasal perasaan puan sebab manusia memang dilahirkan tanpa kuasa untuk membaca fikiran orang lain. Tanya apa kelemahan pada puan yang menyebabkan dia hilang rasa cinta pada puan. Lagipun sekarang ini puan hanya ada rasa prasangka dan syak dia ada skandal, belum terbukti dia memang ada skandal.

4. Jika akhirnya puan dapat tahu dia memang curang dan ada skandal haram dengan perempuan lain dan mengabaikan puan sebagai isterinya yang halal, maka suami puan memang lelaki yang tak boleh pakai dan bukan seorang lelaki sejati.

5. Cuba untuk berbaik2 semula dan minta bantuan pihak ketiga jika perlu seperti pejabat agama, kaunseling, ibu bapa, mertua, adik beradik, rakan baik dan lain2 sekiranya puan masih ingin menyelamatkan keluarga puan dan masih sayang pada suami puan. Bersama berusaha untuk berubah menjadi lebih baik untuk membaiki hubungan rumahtangga.

6. Namun jika suami puan mahu berskandal juga dan sudah tiada perasaan pada puan, maka puan tuntut saja penceraian. Sebab walau puan sanggup biarkan dia kawin lagi dan hidup bermadu pun, mungkin puan akan lebih terseksa kerana sekarang ini pun suami puan sering meninggalkan puan sendirian di rumah dan abaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

7. Tiada guna lagi hidup bersama sebumbung kalau hati dah tiada pada pasangan. Daripada hidup berdua dengan hati yang sakit, baik hidup sendiri dan mulakan hidup yang baru.

8. Suami puan tidak layak untuk puan. Puan berhak memiliki seorang suami yang lebih menyayangi dan menghargai seorang wanita yang bergelar isteri.


Sekian pandangan aku. Jika anda ada pandangan lain, boleh bagi komen kat bawah agar sedikit sebanyak dapat membantu puan Aida ini.




tags: isteri frust kesedihan suami skandal curang sedih malang masalah kisah benar luahan dr love cinta rumahtangga komen surat pembaca

28 ulasan:

  1. Pertamaxxxx!!!
    -nicky ajis-

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau takde mende nak tulis baik xpyh tulis...fuck u anon

      Padam
    2. Ala rilekk laaa sekarang zaman seks bebass..setiap 15 minit bercerai kt mesia ni..wkwkwkwkw.

      Padam
  2. Sesungguhnya jodoh itu ketentuan Tuhan..tp bukan bermakna kita x berusaha mendapatkn jodoh n tidak mempertahankn jodoh yg sedia ada.

    Mmg cabaran sgt sukar bila pasangan kita spt tidak menyanyagi kita sebelum ini. Sbg seorang isteri, cadangan sy ialah cuba ambil hati suami balik, tidak perlu nak tanya mcm2..maybe ada kesilapan n kekurangan yg kita tidak betulkn sebelum ini. Jika ditakdirkan anda terbaca sms suami anda bermesra2an dgn wanita lain, just byk2kn bersabar n tanya suami anda elok2 sbb marah/maki pasangan anda xkan redakan situasi.

    Pecaraian merupakan jalan terakhir, tp kita perlu cuba sedaya upaya mengekalkn hubungan sedia ada. Kpd kaum lelaki khususnya, bila anda sudah berstatus suami, jgn sesekali memberi hati anda kpd wanita lain..sbb bila dah terjatuh cinta kat wanita lain, isteri n anak2 kat rumah mesti lupa sbb itu namanya penangan cinta. Seburuk2 pasangan anda selagi mereka mencintai anda, anda xde hak nak meninggalkn pasangan anda sbb mereka yg terbaik n byk berkorban utk anda.

    Paling penting, cinta kerana Allah swt, jgn jadikan hawa nafsu pegangan utama utk bercinta. Sbg wanita, bersabar dgn kelemahan/kekurangan pasangan anda. Allah nak uji hubungan kita n setiap umat akan diuji olehNya samada mereka lalai atau still berpegang pd prinsip agama Islam. Berdoa byk2 supaya Allah memudahkn urusan anda n kekuatan rumah tangga anda, semoga pintu hati pasangan anda terbuka utk kembali kpd keluarga tercinta.

    BalasPadam
  3. nak komen tu idak la pndai..tapi just dri pemahaman dan pembacaan sy je la. BAWA BERBINCANG duduk SATU MEJA. DAN CARIK TEMPATYANG SESUAI UNTUK BERBINCANG. tempt yang sesuai ialah DALAM BILIK ATAS KATIL. iman selalu dgr motivasi rumah tngga, salah satu tmpt nk berbincg adalah disitu. Tapi, puan aida jgn terus shoot suami. tnya dulu, tapi mesti dimulakan dengan meminta maaf andai selama ni merasa kekurangan. BERUSAHA & BERUSAHA... selebihnya serah pada ALLAH

    BalasPadam
  4. suami yang sejati apabila dia ada calon isteri kedua tapi yg pertama dia masih lagi memenuhi kehendak isteri pertama smpi tak sedar yang suaminya dh merancang nak bermadu dan kemudian baru si isteri pertama tau kehendak suaminya apabila suaminya sendri yg beritau.. that was epic lol

    BalasPadam
  5. Ya dh x suka..mau kata apalg.. kalu x suka la... kalu suka ya tahan dulu... jodoh itu kan dr yg Empunya Kuasa.... lu ada jwpan ka... kalu xder.. ya tanya saja sama yg Empunya Kuasa... berdoa la moga2 lembut hati masing2.... sdgkan lidah lg tegigit...

    BalasPadam
  6. ahmad(not real name)seorg yg ego.. Tp sudah berumah tgga dn m'pyai 4 org ank.. Dia ni kalau blik rmah je letih.. Duduk kjap trus tdo.. Tp kalau ad ap2 event, org call dia,laju je dye pgi.. Smpai istri dan anak2 pun dibiarkan je..pastu dpn org slalu baik je,kalu kt uma lain.. Kalu org len mintak tolong,laju je dia tolong tp kalu family susah sgt.. Dah byk kali nasihatkan dia supaya utamakn fmily tp dia wat xtahu je.. Kesian ad jgak suami yg mcam nie..tolong cdangkan sesuatu untuk si suami berubah..
    -dripadalampinpakaibuang-

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada jugak dengar kisah cmni. suami bila dgn org luar,punya baik dan sanggup tolong tak kira masa. tp bini dgn anak2 jadi watak sampingan pulak. Alhamdulillah..ikut dari pengalaman aku la..aku dah kawin 3 tahun, kalau kita jadikan wife kita tu teman baik kita..sronok sngt. memang sekepala habis la. bagi aku la..kawan2 lepak ke,tempat kerja ke..memang syok gak lepak2..tapi cuma skali skala je. Bila dapat duit bonus ke,aku tgk member yang dah kwin atau belum..ramai yang suke belanja office mate..keluar dgn kawan2. Sepatutnya tak macam tu..lagi elok kalau dapat duit lebih..bli la hadiah kat ahli keluarga. Bini kat rumah tu peneman setia kita tiap2 hari..apa salahnya bawak gi makan kat restoran mahal sikit ke..bli cincin atau gelang ke. Sekarang ni pulak ada baby kecik..boleh bli baju comel2 kat anak. Tak guna la asyik buat kawan puji sbb bnyak tolong dan belanja..sedangkan bini dan anak kat rumah tak dapat perhatian secukupnya. Tak jantan la. Cmna nak panggil ketua keluarga kalau camtu.

      Padam
    2. ni cerita sebenar masalah puan ke? yang pertama sekali, cam biasalah, banyakkan berdoa agar dibukakan hati suami puan dan sedar daripada kesilapannya. mungkin puan boleh terus terang je pada suami pasal benda ni, berbincang dengan dia. cakap je hati puan dah kosong, rasa cinta pada suami tu dah hilang kerana sikap dia yang ego dan mengabaikan isteri dan anak2 tu.

      kalau dia tak rasa apa2 jugak, cuba bawa berbincang masalah ini dengan suami serta orang ketiga seperti ibu bapa, mertua, adik beradik. jangan malu untuk meminta nasihat dan bantuan orang lain yang berdekatan jika mereka boleh membantu, kerana kalau didiamkan sahaja masalah ini pasti akan menjadi semakin membarah dan tiada jalan penyelesaian.

      dalam masa yang sama, cuba puan berusaha untuk buat apa2 yang boleh mengambil hati suami semula seperti masak makanan kegemaran dia, bagi layanan terbaik di kamar tidur, ajak dia melancong, berjalan2 dengan dia berdua2an sahaja tanpa anak2 tengok wayang, dinner kat restoran dan lain2 yang boleh meningkatkan semula kecintaan dan kemesraan antara satu sama lain.

      namun setelah puan bersusah payah berusaha berubah untuk membaiki hubungan keluarga tapi dia masih dengan perangai lama dia, tak peduli dan terus mengabaikan tanggungjawab dia, seriously... mintak je cerai, tengok laki puan tu masih sedar atau tak. kalau nak baiki hubungan rumahtangga atau mana2 hubungan sesama manusia pun, perlu usaha dan kerjasama daripada kedua2 pihak. kalau sebelah pihak sahaja yang bertepuk sebelah tangan beria2 berusaha untuk memperbaiki hubungan tapi sebelah pihak lagi buat tak tahu, susah nak berjaya.

      Padam
    3. Terbaik noob..haha.kaunselor keluarga.

      Padam
    4. Ohsem noob, cemtu la bg nasihat :)

      Btw japgi ade la tur yg komen tanye noob kau dh kawen belum?? yelah kan, cm biase msti ade yg x puas ati org belom berumahtgga boleh bg nasihat power..

      lol

      Padam
    5. alamak,noob dh jadi dr love pulak... pas ni mesti ada lg yg luahkan masalah rumahtangga kat sini

      Padam
  7. aku xde nak komen apa2 cuma nak tanya betulke cinta itu buta? btw 1st...

    BalasPadam
  8. Mungkin "six sense" tu datang dari rasa insecurity.
    Mungkin ada benda yang dibuat yang membuatkan suami tidak puas hati. Mula-mula pendam, lepas tu jadi bengkak. Cara yang suami lakukan untuk memberitahu adalah dengan menghindarkan isterinya.

    Susah nak cakap. Cara yang sebaik-baiknya, bawa berbincang. Kehadiran pihak ketiga dalam perbincangan itu hanya apabila rasa perlu ajer.

    Lepas usaha, berdoalah kepada tuhan. Mungkin dah lama tidak berdoa. DIA datangkan ujian untuk dengar doa dari puan ni.

    BalasPadam
  9. tq diatas suggestion tu noob..
    Mgkin sya perlu buat spt ap yg noob katakan.. Tq sgt2..
    -drpdalampinpakaibuang-

    BalasPadam
  10. Wah.. lps ni BO boleh buka klinik sakit puan, klinik kaunseling cara2 nak beranak dan buat joint-venture ngan Kementerian Pembangunan Wanita dan Kementerian Kesihatan. Kaya la noob..

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa yg ko merepek ni ha lahanutttt

      Padam
    2. apa yg ko merepek ni ha hazelnutttt???

      Padam
  11. Dr Noob. Sedia membantu sebarang masalah rumahtangga, sakit puan, tenaga batin, penjagaan kanak-kanak dan lain2 lagi. Ko kne cepat kwin noob.teori tu dah mantap..tinggal nak praktik je. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. mcm mana... kalau... yg sebenarnya... noob ni... dah kawen??? (teori konspirasi aku)

      Padam
    2. Ini konspirasi jahat UMNO-BN!

      Padam
    3. macam mana..kalau noob ni sebenarnya...dah beristeri 4? jeng...jeng..jeng....

      Padam
  12. si isteri belum nampak dgn kepala mata sendiri suaminya curang. kalau salah mmg boleh menimbulkan fitnah.six sense konon, pui. bajet x-men ka ada kuasa-kuasa

    BalasPadam
  13. nak suami good looking...terima padah nya

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.