Khamis, 19 Jun 2014

35 Siapa Raja di Savana Ini?

Hari ini merupakan hari penentuan. Savana ini akan mempunyai raja yang baru. Singa yang lebih kuat akan memerintah savana ini.

Di satu pihak, Gelespe, singa yang mahu memertahankan haknya. Walaupun sebenarnya raja perlu dipilih, namun populariti keluarga mereka menyebabkan takhta itu diturunkan secara turun menurun. Bagi Gelespe, dialah yang patut menggantikan bapanya.


Berdiri di belakang Gelespe adalah isterinya, diikuti orang-orang kanannya. Adalah penting bagi mereka untuk mempertahankan Gelespe. Savana ini kaya dengan hidupan. Jika Gelespe terus berkuasa, daging segar akan terus disajikan. Jika tumpas, nasib mereka belum pasti bagaimana pengakhirannya.

Di satu pihak lagi, Mislei, singa yang pernah tewas kepada raja sebelum ini. Mislei mash ingat bagaiman dia dihalau dengan cara yang memalukan. Kini dia kembali dengan sokongan orang yang bersimpati dengannya. Sokongan yang diberikan tidak terperi banyaknya.

Ada rahsia yang pengikutnya tidak tahu. Mislei membiarkan rahsia itu terus menjadi rahsia. Walaupun Mislei tahu, kalau-kalau rahsianya terbongkar, pengikutnya pasti tidak percaya malah akan mempertahankan dirinya.

Berkatalah Gelespe kepada pengikutnya," Savana ini kaya. Saya akan beri kepada kamu sebahagian hasilnya. Tewaskan Mislei dan kamu akan kenyang selamanya."

Maka bersoraklah pengikut-pengikut Gelespe.

Mislei juga menyampaikan ucapan kepada pengikutnya, " Gelespe perlu dijatuhkan. Kita akan beri hak kesamaan kepada semua."

Maka bersoraklah pengikut-pengikut Mislei.

Mendengar sorakan yang kuat untuk Mislei itu, Gelespe cuba menyemarakkan semangat pengikutnya pula.

"Apa yang mereka perjuangkan adalah untuk Gelespe semata-mata dan bukan memperjuangkan hak kita semua. Betapa butanya pengikut-pengikutnya. Pekung di dada sudah dibukakan tetapi mereka masih menyokongya"

Maka bersoraklah pengikut-pengikut Gelespe.

Mislei yang mendengar ucapan itu berasa berang. Dia berkata kepada pengikutnya," Tidakkah mereka tahu yang mereka hanya berjuang untuk Mislei dan orang-orang kanannnya. Mereka hanya dapat secebis dari seketul daging. Pelik bukan, bagaimana mereka masih boleh rasa gembira?"

Maka bersoraklah penyokong Mislei.

Selesai menaikkan semangat pengikut masing-masing, dua kumpulan singa itu pun bersedia untuk pertarungan. Memandang lawan masing-masing dengan bengis. Kuku dikeluarkan. Ngauman demi ngauman kedengaran.

Kedua-dua kumpulan itu menyerang. Gigitan dibalas gigitan. Cakaran dibalas cakaran. Masing-masing berhempas pulas untuk pemimpin mereka.

Gelespe dan Mislei memerhatikan pertarungan itu dari tempat masing-masing. Kedua-duanya yakin yang mereka akan menjadi raja savana itu. Satu persatu singa-singa yang bertarung itu tumbang. Sama ada dari pihak sendiri ataupun pihak lawan.

Ketika pertarungan itu tiba di penghujungnya, hanya beberapa ekor sahaja yang masih berdiri. Itu pun mereka sangat lemah dan cedera.

Tiba-tiba muncul sekawan dubuk dari celah-celah pokok di kawasan itu. Mereka menyerang saki-baki singa yang masih berdiri. Walaupun jumlah dubuk itu tidak banyak, dengan mudah mereka membunuh singa-singa yang sudah tercedera dan kelesuan itu. Gelespe dan Mislei juga tidak terlepas. Belum sempat mereka melarikan diri, dubuk-dubuk itu berjaya menghalang mereka. Kedua-duanya dibunuh. Tiadalah peluang mereka untuk menjadi raja.

Savana itu kini mempunyai raja baru. Bukan dari keturunan singa yang gagah perkasa. Pertelagahan itu menyebabkan mereka hilang kerajaan mereka sendiri. Berbanggalah dubuk-dubuk yang lebih bijak mengambil kesempatan itu. Sekarang, merekalah yang menjadi raja. Selama ini mereka hanya memakan bangkai tinggalan singa-singa itu. Kini mereka semua isi savana itu menjadi milik mereka.


35 ulasan:

  1. Gajah Afrika cakap : bitch pleaseeee..

    BalasPadam
  2. Cerita Goreng
    Black Berry
    Psychic Zero
    Blackbeard Heart
    teMbikar Labu
    PG Shamsul Adli
    Aila Eresphia
    Prince of Noob

    BalasPadam
  3. cheetah dgn harimau bintang mcmana plak???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak kena buat cerita macam Lion King kalau nak masukkan semua binatang yang ada.

      Padam
  4. dah macam kerajaan & pembangkang la pulak ceritanye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tulis. Kesimpulan di atas tangan anda :)

      Padam
    2. gelespe = najib
      mislei = anwar
      dubuk-dubuk = konglomerat2 cina

      melayu sama melayu gaduh, bangsa lain ambil kesempatan... yg rugi akhirnya... org melayu juga... cerita yg ringkas tp penuh dgn moral... tanpa nama kt bwh tu je yg bodoh tak boleh paham cerita ni... tu yg blur memanjaaaaang

      Padam
    3. Saya bagi hint sikit. Kalau google translate Mislei tu ada maksudnya. Gelespe tu saya dah tersalah eja, nak trace balik dah tak jumpa.

      Mungkin Tanpa Nama kat bawah tu suka benda benda yang lebih direct. Tak mengapa, itu hak dia.

      Padam
    4. CG, apsal aku rasa mcm ko ada tersalah letak nama 2 ekor singa tu je dlm cerita ni, cer check balik kat bhgian awal cerita...

      Padam
    5. Terima kasih Plain83. Saya dah betulkan.

      Padam
  5. BO sudah kering idea dah skrg ni.. sejak buat contest itu hari..dah makin blur pulak..

    Kamon..banyak lagi berita boleh dimuatkan..takkan mcm ni pun nak dimuatkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sejak bila kitorang declare BO ni jadi portal berita? kalau nak baca berita2 terkini bukak je utusan, berita hairan, metro, malaysiakini. nak gosip artis, pegi bukak beautifulnara atau rotikaya. ikut suka kitorang nak tulis apa kat sini. kalau kau gagal hadam cerita kat atas, ko boleh layan je fanpage khk atau amran fans, mungkin itu lebih sesuai dengan minat dan pemikiran kau

      Padam
    2. Ntahnye. Ok pe entry2 mcm ni. Layan gak. Nama pun blog.suka hati tuan punya blog la. Dah mcm ko masuk rumah org..pastu sruh tukar itu ni dalam rumah

      Padam
    3. Kalo begini sikap pemilik blog yg aku anggap pro-aktif selama ni.. komplen dana komplen sini.. nak hadam komen peminat pun dah butthurt.. rilek la.

      Aku minat BO sbb banyak berita dia agak dinamik. Tapi lately, itu yg aku rasa. Tuan rumah? Ada geran ka buat blog ni? Bo ni pemilik blogspot ker? Haha.. dah jadi pendatang, buat mcm ada geran.. jgn buat lawak la.

      Serius aku suka cereka2 BO yg mmg dikelasnya tersendiri. Tapi sejak minggu2 akhir ni, aku rasa mcm baca copy paste cereka2 undergraduate jer.

      Padam
    4. orang macam ni pun ada ke? kau nak aku komplen sana sini? apa yang ko nak kitorang komplen sebenarnya? pasal sikap orang melayu? last aku komplen isnin lepas. nak aku komplen pasal politik? last aku komplen hari khamis minggu lepas. kuat komplen bagi kau itu pro-aktif?

      kalau kau nak baca orang komplen pasal politik tiap2 hari, ko boleh baca blog2 politik kat amenoworld, papagomo, omakkau dan lain2. ada masa aku rasa bosan nak cerita pasal politik malaysia, dan blog ini juga bukan blog politik. kalau kau baca blog ni dari awal, kau akan tahu yang blog ni bukannya pasal politic crap semata2.

      so seriously, move on dude.

      oh btw, komen kau pasal pemilik blogspot dan kena geran buat blog tu sangat hambar.

      Padam
    5. terbaekkk la noob. don't worry. aku sokong ko noob. Best la lau cmni.ada entry politik, isu2 semasa, kejadian2 semasa, cerpen2, pengetahuan am. Bagi aku BO ni kira ada keistimewaan tersendiri.

      Padam
    6. Noob, your blog is the best, padat dgn entry yg mind blowing.. Aku masih merasakn Cerita Goreng adalah cerolian dr gaya peyampaian yg sama. Ataupn CG adalah kage bunshin Cero

      Padam
    7. Noob, your blog is the best, padat dgn entry yg mind blowing.. Aku masih merasakn Cerita Goreng adalah cerolian dr gaya peyampaian yg sama. Ataupn CG adalah kage bunshin Cero

      Padam
    8. Dari naruto.wikia.com
      Kage bunshin = Shadow Clone Technique

      Dah ada dua orang ingat saya ni Cero. Jujur saya akui penulisan Cero lebih baik dari saya. Kalau ada persamaan itu semua kebetulan.

      Atau adakah saya dipengaruhi penulisan Cero? Dimanakah originaliti saya? Damn...

      Padam
    9. Assalammualaikum..masing-masing mempunyai pendapat dan idea masing-masing yang ingin dilontarkan. Pada saya blog En Noob adalah yang terbaik pada masa ini, saya suka idea, ulasan, komen, pendapat yang diberikan di dalam blog ini. Semuanya pada pendapat saya memberi gambaran yang menarik dan mengajak pembaca berfikir di luar kotak pemikiran mereka. "So congratulation Mr.Noob and the Group".

      Padam
  6. Layan je aku baca entry CG nih, keep it up yow ^^

    BalasPadam
  7. X mendalam manapun cerita ni. Cetek akalnya. Kurang pengalaman hidup.. Dalam islam pun x benarkan buruk sangka. Tapi melayu memang juara. kenapa x abis2 dgn memuja bngsa melayu. Melayu bngsa yg superior ke?. Asal beniaga rugi - cina punya hal- bila undi jatuh- cina boikot-bila melayu miskin-cina kaut ekonomi, . jangan momokan melayu dgn cina. Apa bngsa cina bukan ciptaan Allah ke?. Kalaulah cina pakat2 rasis .x nak ambik anak2 melayu keje amacm. Bnyk ke melayu sdiakan peluang untk anak melayu keje.. Dulu ada kat paper seorg apek mati dirempuh kereta ketika cuba menyelamatkan lelaki melayu kemalangan- masa dia cuba selamatkan dia x tngk bngsa pun. Jangan sempitkan akal dgn cerita sengal cmni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lorhhh mmg conpem ke penulis entry ni nk maksudkan dubuk tu sbg cina, & singa tu sbg melayu? xde pn dia letak gmbo cina? yg saya nmpk gmbo singa nan dubuk? :p

      Padam
    2. Di bawah ini, saya nyatakan bagaimana terbitnya idea cerita ini.

      Bermula dengan Kerajaan Utamiyah:

      http://www.dinardirham.com/sejarah-bermulanya-kejatuhan-khilafah-empayar-turki-othmaniah/

      http://koki-forshort.blogspot.com/2013/05/faktor-faktor-kejatuhan-kerajaan.html?m=1

      Membawa kepada kejatuhan kerajaan-kerajaan pra-penjajahan:

      http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melaka

      http://kejatuhanmelaka.blogspot.com/2010/10/faktor-faktor-kejatuhan-melaka.html?m=1

      http://410percent.blogspot.com/2013/07/faktor-kemerosotan-johor.html?m=1

      Akhir sekali membawa kepada bentuk penjajahan baru:

      http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/malaysia-awas-agenda-as-dalam-tppa-ismail-hashim

      http://m.malaysiakini.com/news/239910

      Apa yang saya cuba sampaikan adalah penyatuan negara.

      Mungkin kesilapan pertama saya adalah cuba relate dengan pemerhatian saya kepada senario politik negara sekarang ini. Mungkin juga kesalahan dalam pemilihan karakter. Mungkin tidak patut letak singa. Saya patut letak sekumpulan binatang bergaduh. Datang alien untuk membunuh mereka.

      Saya tidak mahu kacau kesimpulan yang anda fikirkan. Itu hak anda. Seperti anda katakan, interperasi masing-masing beragantung kepada pengalaman hidup.

      Maafkan pemikiran saya yang singkat dan dengkel ini.

      Padam
    3. Uthmaniyah. Typo di situ. Tulis dalam gelap.

      Jangan buruk sangka yer :)

      Padam
    4. Kepada Tanpa Nama19 Jun 2014 11:50 PTG,
      Macam x pernah belajar sejarah je kat sekolah. Dia ni yg kurang pengalaman hidup. Kenapa perlu kaitkan dgn bangsa cina. Maksud penulis ni tersirat, pikir la sindri. Pengajaran cite ni bole dikaitkan dgn sejarah tanah melayu, raja2 bergaduh, bangsa asing dpt nikmat. Harap dia ni pergi masuk sekolah balik, jgn hidup dalam kebodohan.

      Padam
    5. itu menunjukkan pemikiran tanpa nama 1150 tu memang ke arah racist macam tu. Pengajaran cerita tu boleh dikaitan dengan pelbagai bentuk peristiwa. malah kepada diri sendiri pun boleh diambil pengajaran. Kalau ko masuk makhamah, memang mampus kalah kena saman dengan CG. hahahaha

      Padam
  8. Nice entry..x sesuai org yg jenis malas nak baca n memahami konsep sebenar cerita ni, terutama IQ bawah 80.

    BalasPadam
  9. melalui kisah ini juga kita boleh kaitkan pergaduhan dan perpecahan sesama umat islam iaitu singa yang menguntungkan yahudi zionis iaitu dubuk

    BalasPadam
  10. perkhabaran dubuk berjaya menguasai Savana smpi ke geng2 Ayam Afrika, kemudian mereka pun mengumpul orang2 nya untuk bekerja dengan penguasa Savana yang baru di ketuai dubuk2 yg keji, Ayam Afrika menghantar orang2nya ke savana untuk menyara hidup keluarga mereka di Kampung Afrika sana dan sampai cukup bekalan di simpan setelah bekerja diSavana Ayam Afrika akan menghantar bekalan untuk orang2 kampungnya di Afrika.. bersambung lul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tukar nama ke Ayam Jepun la...Ayam Afrika sensitif la skrg....aku gak jd bahan.

      Padam
  11. bagus cerita nie mendalam maksud. org yang suka berfikir je sesuai untuk bace. org yang tak suka bleh pegi tengo cite doreamon

    BalasPadam
  12. nice entry..seriously,, ak ske sgt dgn cter nie..menarik sgt..spatutnya moral story nie dijadikan pringatan dlm khidupan..spya sume org sdar..ksimpulannya,kita hrus b'fikir diluar kotak..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.