Khamis, 26 Jun 2014

30 Antara kemewahan, pembaziran, penajaan dan tabung

Bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin meluahkan rasa terkejut dan kekecewaannya terhadap pujian pengarang kanan Utusan Malaysia yang memuji cara pakaian pemimpin Umno dalam sebuah majlis kelmarin.

Cara berpakaian seperti persalinan kepahlawanan Melayu yang dipuji Zaini Hassan itu, menurut Zainuddin, menimbulkan persepsi Umno semakin jauh daripada rakyat biasa ringkas hidupnya.

Ini, tambahnya lagi, apabila harga songket pembesar negara termasuk pemimpin Umno berharga mahal antara RM5,000 hingga RM30,000.




“Dengan berpakaian 'raja bangsawan' ini , Umno memberikan persepsi kepada rakyat bahawa mereka terus tidak memahami perasaan di akar umbi sekarang, Umno semakin jauh dari rakyat, tidak melambangkan Umno sebagai parti rakyat.

“Pemimpin pemimpin bercakap tentang amalan kehidupan yang sederhana tetapi tidak sahaja ahli-ahlinya yang tidak faham tetapi pemimpin-pemimpin juga adalah ibarat burung nuri,” sindir Zainuddin.

Sumber Malaysiakini yang diambil daripada blog TS Zainuddin Maidin.

Kemudian Datuk Seri Syed Ali Alhabshee membalas semula kritikan tersebut dengan menegaskan, bekas Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin tidak perlu cemburu dan bersangka buruk terhadap apa yang dilakukan oleh UMNO Bahagian Cheras.

"Zudahlah Zam...balik ke pangkal jalan, tak payah nak berhujah secara ilmiah mempertikaian cara berpakaian ahli-ahli UMNO sempena sambutan 20 tahun UMNO Bahagian Cheras," tegasnya.

Katanya, dulu ketika menjadi menteri Zam tidak pernah berusaha untuk menonjolkan imej kepahlawanan orang Melayu yang menjadi teras kepada pembangunan negara.

Beliau mendakwa, Zam juga selama ini tidak berupaya untuk menghimpun ahli-ahli UMNO dalam satu majlis besar bagi menyatakan semangat  'kepahlawanan' mereka mempertahankan parti dan negara.

Sebaliknya kata Syed Ali, walaupun beliau tidak memegang sebarang jawatan tetapi diberikan kekuatan uintuk mengadakan majlis seperti itu untuk diraikan bersama ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi.

"Zam tidak perlu beretorik dengan hujah-hujah dan persepsi ilmiah, orang lebih kenal siapa dan apa sumbangan beliau terhadap UMNO selama ini, "tegasnya.

Syed Ali berkata, cara berpakaian ahli-ahli UMNO Cheras termasuk tetamu jemputan merupakan simbolik kepada kepahlawanan Melayu.

Katanya, cara berpakaian sebegitu bukannya satu pembaziran kerana tidak membabitkan wang UMNO mahupun rakyat.

"Kita dapat penajaan menjayakan majlis gemilang seperti itu dan lebihan daripada kos perbelanjaannya kita akan salurkan kepada mereka yang memerlukannya sempena kedatangan Ramadhan dan Aidil Fitri tidak lama lagi," ujarnya.

Zam kata beliau, sepatutnya berasa bangga kerana ada pihak yang bersedia menaja majlis besar yang dianjurkan oleh UMNO.

"Ini membutikan UMNO Cheras berupaya mencari penaja, dapat duit kita belanjakan secara berhemah untuk dinikmati bersama dan lebihannya kita salurkan pula untuk bantu orang susah."

"Apakah membantu orang susah juga sebagai satu pembaziran dan menampilkan imej boros pemimpin UMNO," soal beliau lagi.

Dipetik daripada blog UMNO Bahagian Cheras.

Satu yang aku nampak sikap politikus parti politik ini adalah, mereka susah untuk terima kritikan. Kalau mereka kena kritik, pasti mereka akan bagi seribu satu alasan untuk mempertahankan tindakan mereka, kemudian mengungkit pula kisah lampau pengkritik dan mengkritiknya pula. Kecuali kalau Tun Mahathir yang kritik, mereka tak berani sangat nak balas balik.

Dan yang menarik perhatian aku, beliau berkata UMNO berupaya mencari penaja dan dapat penajaan untuk menjayakan majlis gilang gemilang seperti itu malah masih mempunyai baki untuk disalurkan kepada orang susah.

So aku turut terfikir, apa point Wanita UMNO tubuh Tabung Adik Firdaus dan minta derma dari orang ramai? Kalau mampu cari penaja untuk buat majlis gilang gemilang, cari sajalah penaja untuk membiayai kos penjagaan adik Firdaus tu. Duit daripada kerajaan melalui Jabatan Kebajikan dah tentu diperuntukkan juga.


Lepas ni kalau jumpa kes adik Mahmud, tubuh pula Tabung Adik Mahmud, ada kes adik Zainab, tubuh pula Tabung Adik Zainab, ada kes adik Munir, tubuh pula Tabung Adik Munir. Tubuh jelah satu tabung untuk semua golongan OKU, atau satu tabung untuk semua golongan miskin. Lagipun takkan peruntukan daripada kerajaan, pusat zakat, masih tak mampu untuk tanggung kos mereka sampai perlu tubuh macam2 tabung?

Daripada tubuhkan macam2 tabung, lebih baik cakap, "Kami akan pastikan adik Firdaus akan mendapat penjagaan melalui peruntukan daripada Jabatan Kebajikan, Pusat Zakat, dana tabung golongan OKU dan kita akan cuba untuk dapatkan penajaan daripada syarikat2 swasta".

Lain2 point korang boleh baca kat entry Amenoworld ni.


Oh ya, jangan lepas ni ada pula yang ungkit pasal tabung tin milo PAS, aku sekarang tengah cerita pasal isu tabung adik Firdaus, bukan tabung tin milo, itu isu yang lain.




tags: kemewahan pembaziran penajaan tabung derma tin milo pas memali adik firdaus tubuh shahrizat wanita umno syed ali alhabshee zainuddin maidin sambutan ulang tahun umno cheras ke-50 pakaian pahlawan melayu songket kebanyakan pemimpin umno mahu jadi raja

30 ulasan:

  1. KEC1WA salah satu lg projek nasional yg membantu malaisiah dari segi psikologi

    BalasPadam
    Balasan
    1. tp ak nmpk point penyokong umno klu org tegur benda yg sepatutnya salah, dia akn attack peribadi orang tu dsb dengan teknik "lari tajuk" teknik ni akn buat penjilat pembangkang meltah dn merapu haha2

      Padam
    2. yang tukang komen geng umno pun suka lari tajuk.. jadi bukan salah geng umno jer.. pikir la sikit

      Padam
  2. Wahahahaha..Pakaian nampak macam Melayu tapi jiwa tak melayu beb..Fake..fake...fake..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan fake...fake.. la... fap..fap..

      Padam
  3. Pembesar malay ni kalu nk ckp pandang2 la sket rakyat jelata... lidah hangpa x betulang.. rakyat akalnya ada mcm2... kan dh kena sebiji dr BO N the gang... aku pong geram... tutttt la..

    BalasPadam
  4. hahaha...tabung abg long pesal x nak tubuh ke?. Betul betul...mana pegi baitulmal, pusat zakat, Jabatan kebajikan Masyarakat....sibuk kutip tapi x reti nak agih,

    BalasPadam
  5. 1 lagi tabiat org melayu..bila ditegur..trus melenting..pastu terbawa2 point serang secara peribadi. Org tegur pasal cara pakaian smbutan tu..dia pi balas dulu org tu tak buat kerja sgala bagai. Jawatan besar..tp pemikiran tahap org batak

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahap2 batak diorang pun.. diornag jaga melayu.. korang geng pkr semua tu jaga cina india.. piraahh

      Padam
    2. Bg bukti umno jaga melayu..setahu aku melayu yg tinggal skrg ni just raja2 melayu ngan kereta api tanah melayu..melayu yang lain mana..

      Padam
    3. Tanpa nama 404...hahaha.tu yg aku suka org umno ni..ko letak la gmbr ketua diorang tgh tibai pelacur sekalipun..'eleh..takpe la..daripada anwar tu tibai lelaki'. Dia punya kesetiaan tu..pergh..sekeras batu yg tenggalam ke dalam laut yg gelap gelita. Walaupun dalam kegelapan..tak tahu mana nak tuju..tp still kekal keras.

      Padam
    4. betul apa... umno jaga melayu... pas kan geng dengan dap.. sanggup tinggalkan hudud pegangan agama untuk berjuang bersama dap... geng pulak dengan anwar ibrahim yang tak nak hudud... lain la umno.. umno walaupun xjalankan hudud, tp dia jaga kepentingan melayu.. dia jaga kekayaan syed mokhtar bukhari, dato' melayu... nak harapkan cina bagi projek kat dato'2 tu, jangan haraplah... harapkan umno je la yang selalu bagi projek.. kalau tak, melayu tak kaya2..

      Padam
  6. 1 lagi tabiat org melayu..bila ditegur..trus melenting..pastu terbawa2 point serang secara peribadi. Org tegur pasal cara pakaian smbutan tu..dia pi balas dulu org tu tak buat kerja sgala bagai. Jawatan besar..tp pemikiran tahap org batak

    BalasPadam
  7. Baju macam pembesar melayu tapi masih angguk-angguk, geleng-geleng?

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa kaitan baju pembesar melayu dengan kelakuan angguk-angguk geleng-geleng? dah pakai baju tu, ko kena jadi keras macam batu ke? nak menyondol pun boleh... takde kaitan betul la komen ko ni..

      Padam
  8. Oh Rozana

    Satu bisjut & royi terpetal dari sini
    Satu bisjut & royi pun tak bisa
    memadam royi yang kau tanam
    Bisjut & royi ini telah menjadi Induk

    Oh Rozana

    Beberapa ketul bisjut & royi ini telah terbuang
    kau telah sia siakan ini
    Bisjut ini
    royi ini

    Oh Rozana

    Sungguh tak bisa ku membeli bisjut
    Namun ku ingin
    meraih lembutnya katamu
    Namun jejaka bangla telah bersedih

    Oh Rozana

    Ini semua karna bisjut & royi
    Bibir manis mu jejaka bangla
    Kau bagaikan bisjut & royi dalam kain sutra
    Bisjut & royimu tak bisa dilupakan bangla

    Nak bisjut?

    BalasPadam
  9. pakaian pahlawan melayu..konon berjuang segala2nya untuk melayu...bila ada duit mundar mandir depan mata..tanah melayu juga yang kami sodok...ha..ha....

    BalasPadam
  10. kem tentera paling strategik selama 70 tahun kat johor pun dah jadi shopping complex...dah la paling dekat dengan sempadan singapore.. kalau jadi macam lahad datu- (krisis yang x pernah malaysia sangka akan terjadi)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hak tuih la benda yang tak sangka akan jadi.. benda tu adalah rancangan politik.. sila fahami sesuatu isu itu dalam-dalam...

      Padam
    2. Ckp bolh la rncgn politik..org nk brcakp dgn hujah..kalau betul..bg hujah

      Padam
    3. orang suruh fahami isu dalam-dalam.. sibuk mintak hujah.. cari sendiri...

      Padam
    4. anwar ibrahim pergi setiap negeri untuk berkempen.. tiap2 negeri dia nyanyi lagu yang ada lirik, 'mereka takut negeri ____________(isi nama negeri) nak hilang'... tiba2 muncul satu puak pengganas nak rampas sabah..

      dengan begitu lengah, mereka selesaikan isu ni... boleh lagi nak bincang2.. kalau geng BERSIH tu, tak payah bincang.. terus tibai jer dah macam rakyat sendiri pulak yang pengganas..

      sambil lengah2, sambil keluar kenyataan media kata pengganas ni ada kaitan dengan anwar.. sebb nak rampas sabah..

      kalau betul sayangkan negara, mesti korang dengan segera selesaikan masalah ni.. tak payah nak bincang bagai la..
      kalau betul korang pandang serius isu ni, tak payah la dalam kalut kita nak hadap pengganas sampai ada polis yang mati, boleh pulak buat cerita anwar ada komplot..

      Padam
  11. Balasan
    1. poyo-poyo diorg pun.. diorg jaga melayu... ko tau nak ikut bontot cina india jer

      Padam
    2. umno jaga melayu??? ambil kesempatan atas org melayu ada la... harrkktuiiiiiiiiiiiiiiiiihhh

      Padam
    3. kalau nak ikut amik kesempatan, dengan cina india pun diorang amik kesempatan.. habis tu ko nak suruh kerajaan buat apa? bagi subsidi jer.. suruh rakyat melepak kat rumah jer... nanti kerajaan hulur duit supaya semua melayu tak mati kebulur?

      dap pun amik kesempatan pada pas.. pkr pun amik kesempatan pada pas... pas pun amik kesempatan pada keyakinan rakyat pada depa.. semua pakat2 amik kesempatan.. jangan mengata umno jer..

      Padam
  12. Apela yg nak beribu-ribannye.. Sewa kat butik pengantin je

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh bagi nama kedai yang murah? kejadah apa menteri nak sewa kat butik pengantin.. geli... mana tau kedai tu tak basuh balik baju tu lepas pengantin berpenyakit datang menyewa...

      kalau setakat sewa jer... baik tak payah jadi menteri.. menteri mesti kena beli... kereta mahal2 dia beli pakai duit rakyat... pengantin ada beli kereta ke pakai duit rakyat? takde kan.... so, kena pandai bezakan menteri dengan pengantin...

      pengantin sewa kat butik.. menteri beli butik tu sendiri dan suruh pekerja butik jahitkan baju dia..

      Padam
  13. takde la poyo sangat.. dia pakai baju melayu mahal2 je pun.. bukan dia pakai ala-ala koboi... korang tu pakai ntah ape2.. lagi jahanam..

    BalasPadam
  14. Horeyyyyy hari raya dah dekat...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.