Aku ada ramai kawan lelaki dan perempuan, tapi semua sahabat baik aku adalah lelaki. Aku tak percaya yang ikatan dan hubungan sahabat baik / best friend / BFF boleh wujud di antara lelaki dan perempuan terutama bagi mereka yang sudah masuk ke alam dewasa. Persahabatan baik di antara lelaki dan perempuan bagi aku hanya boleh wujud di kalangan pasangan kekasih yang bercinta dan suami isteri sahaja.
Sahabat baik adalah orang yang paling rapat dengan kita.
Sahabat baik sentiasa ada ketika kita susah dan senang.
Sahabat baik adalah teman untuk kita ketawa dan menangis.
Sahabat baik adalah orang yang kita boleh bercakap tanpa rasa segan silu atau berselindung.
Sahabat baik adalah orang yang boleh tegur dan nasihat kita tanpa kita rasa sakit hati atau sentap.
Sahabat baik adalah orang boleh kita meluahkan masalah dan berkongsi segala rahsia.
Sahabat baik adalah orang yang tahu akan titik putih dan hitam dalam kehidupan kita.
Sebab itu jika seorang lelaki yang sudah berkahwin, tapi ada sahabat baik dengan perempuan lain, atau seorang perempuan yang sudah berkahwin mempunyai sahabat baik lelaki yang lain, hubungan suami isteri itu susah nak berjaya dan bahagia serta kebarangkalian untuk gagal itu tinggi.
Bagaimana seorang lelaki itu boleh berkongsi segala2nya bersama seorang perempuan yang selain isterinya?
Bagaimana seorang perempuan itu boleh berkongsi segala2nya bersama seorang lelaki yang selain suaminya?
Apa pula perasaan seorang suami atau isteri yang tahu pasangannya mempunyai sahabat baik yang berlainan jantina?
Suami dan isteri seharusnya bukan sekadar HOUSEMATE, ROOMMATE dan FRIENDZONE, tapi juga SOULMATE dan BEST FRIEND.
Jika anda ada sahabat baik berlainan jantina sebelum berkahwin, lebih baik anda berkahwin sahaja dengan sahabat baik anda.
Jika tidak dapat membuatkan pasangan rumahtangga anda menjadi sahabat baik anda, jangan mencari sahabat baik lain yang berlainan jantina.
Jika anda mempunyai seorang sahabat baik berlainan jantina tetapi anda berkahwin dengan orang lain, maka suka atau tidak anda terpaksa downgrade hubungan sahabat baik tersebut kepada kawan biasa sahaja. Kegagalan anda untuk berbuat demikian menyebabkan anda boleh menjerumus kepada pengkhianatan terhadap pasangan dan kecurangan dalam rumahtangga.
Anda boleh menilai kembali sejauh mana hubungan anda dengan pasangan anda, dengan rakan anda, dengan orang lain dan sesiapa sahaja melalui Diagram Venn hubungan sesama manusia ini.
tags: best friend bff forever for life husband and wife suami isteri sahabat rakan kawan teman baik rapat sejati kahwin curang lelaki perempuan lain
Rabu, 4 Mac 2015
26 ulasan:
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nurul Izzah ialah contoh terbaik kegagalan rumah tangga.
BalasPadamhoi najib pun pernah gagal dlm rumahtangga lar...
PadamKawinkan jer Najib dengan Nurul Izzah tu.
PadamTong taik biar sama ngan tong taik.
najib perampas !!
PadamYou ulang I saman, you ulang I saman!
BalasPadamAi setuju this entry.. batas berkawan lelaki dan perempuan kena jaga..tambah bila dh kahwin.
BalasPadamhai..salam kenal.. done follow sini
Demi Allah, mari kita semua berpoligami:
BalasPadamhttp://www.utusan.com.my/pendidikan/4-anak-daripada-4-madu-1.65846
best friend aku semua perempuan... so camne kena pilih 4 dari ramai tu ke.....hehehehe...
BalasPadamhahaa..kalau playboy tak panggil la pmpn tu bestfren..ni mesti ramai bestfren pmpn sebab ko jenis lembut2 yang dok lepak ngn pmpn je. hahaha.
Padamko mesti gay/bapuk. perempuan memang suka kwn dgn puak puak ni
Padamsuamimu teman baikku...
BalasPadamboleh buat novel dah ni..
Aku ada ramai kawan pompuan okay aje? Tuhan suruh tutup pandangan pada perkara maksiat...susah jugak kalau tak ada kawan pompuan tapi DVD Porn satu rak...itu yang kemungkinan tak ada pompuan nak buat kau jadi kawan sebab dari jauh depa dah kenai kau siapa...and then tambahan pulak bila tgk adegan berpeluk dalam TV pun dah jatuh berahi...itu yang bahaya tuh!
BalasPadamoi debed gile.. x blh bezakan ke kawan biasa dgn kawan baik? aku pn ramai kwn pompuan.. dh lama x komen ingt dh baik gile dia sekali masih gile
PadamAlhamdulillah
BalasPadamSelepas 6 tahun berkawan dan jadi kawan baik, aku selamat bernikah dgn dia.
Memang lain hubungan kami, kat umah suami isteri tapi bila kuar jalan2 da mcam member2 dah!
hehehehe...
tak tanya pun.peduli apa dgn kehidupan ko
PadamKesah plak aku dgn kehidupan ko .. Mcm ko sorg ada laki/bini dlm dunia ni..
Padamaku pun x heran dgn kehidupan ko
Padamheran?plak......................
Padambetull..peduli apa dengan kehidupan ko..
PadamHalamak banyak plk butthurt kat sini
Padamhue hue hue
best friend takde, boyfriend takde *pergi mereput sensorang
BalasPadambest friend takde, boyfriend takde *pergi mereput sensorang
BalasPadamAlamak aku pun ada kawan baik lelaki tapi aku dah berkahwin tapi dia belum.so macam mana doh?
BalasPadamMalang betul laki kau dpt bini mcm kau ..
Padam"Jika anda mempunyai seorang sahabat baik berlainan jantina tetapi anda berkahwin dengan orang lain, maka suka atau tidak anda terpaksa downgrade hubungan sahabat baik tersebut kepada kawan biasa sahaja."
BalasPadamSetuju sangat bab ni. Kita kena jaga keharmonian rumah tangga orang lain juga, bukan rumah tangga kita sahaja :)
Sahabat baiklah sangat
BalasPadam