Aku dulu dilahirkan di sebuah negeri di selatan Malaysia. Tak sampai 4 tahun, keluarga aku berpindah ke Perak ikut ayah aku berpindah tempat kerja. Elok sampai darjah 3, kami berpindah lagi ke Selangor. 3 tahun kemudian, keluarga aku berpindah lagi ke Negeri Sembilan. Waktu sekolah menengah aku bersekolah di sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Pahang selama 5 tahun. Tamat sekolah, aku pulang semula ke negeri kelahiran aku untuk menyambung belajar di peringkat pengajian tinggi.
Kemudian aku pernah bekerja di Kuala Lumpur dan Selangor. Selain itu, aku mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan negeri Kelantan dan Terengganu, dan aku ada kawan dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan juga Sarawak. Disebabkan itu, aku langsung tiada semangat kenegerian sebab semua negeri aku anggap sama sahaja seperti adik-beradik. Yang ada hanya semangat kenegaraan 1Malaysia.