Halaman

Rabu, 31 Disember 2014

Perlu keluar kos yang besar untuk memujuk Tuhan?

Malam ini sambutan Ambang Tahun Baru 2015 di seluruh negara banyak yang telah dibatalkan kerana mengenang musibah banjir besar yang melanda Malaysia, namun penganjuran program Malam Cinta Rasul di ambang Tahun Baru 2015 di Putrajaya tetap akan diteruskan dan ia bukan merupakan satu pembaziran, kata penganjurnya menjawab saranan Datuk Saifuddin Abdullah supaya wang yang digunakan untuk program itu digunakan bagi membantu mangsa banjir.


Apabila protokol lebih penting daripada kecemasan

Masih lagi isu banjir, tapi sebelum tu jawab dulu soalan berikut:

Jika kenderaan2 ini bertembung di lampu isyarat simpang empat, kenderaan mana yang harus bergerak dulu?

A - Van ambulans yang tengah membawa pesakit kritikal ke hospital.
B - Bomba yang dalam keadaan terburu2 kerana ada kebakaran.
C - Kereta polis sedang mengejar penjenayah.
D - Rombongan kenderaan yang membawa VVIP untuk melawat mangsa bencana.


Selasa, 30 Disember 2014

Aktiviti perogolan balak yang menyebabkan banjir

Tidak dinafikan kegiatan "perogolan balak" yang memusnahkan kawasan tadahan air serta menyebabkan tanah gambut yang menyerap air terhakis dan akhirnya tanah laterit masuk ke sungai dan mencetekkan sungai adalah salah satu punca yang mengakibatkan bencana banjir. Namun, masalah aktiviti pembalakan ini mahupun secara halal ataupun haram ini bukan untuk dituding jari kepada salah satu pihak, sebaliknya tanya balik kepada semua penguasa dan pemerintah2 kerajaan negeri dan persekutuan, apa sudah jadi?

Isnin, 29 Disember 2014

Kronologi dan infografik tragedi Air Asia QZ8501

Semalam berlaku satu lagi kejadian kehilangan kapal terbang, kali ini melibatkan pesawat Airbus A320-216 milik Air Asia Indonesia yang bernombor QZ8501/AWQ8501 ketika dalam perjalanan daripada Surabaya ke Singapura pada waktu pagi dengan 155 penumpang dan 7 krew di dalamnya. Air Asia Indonesia adalah sebuah anggota gabungan syarikat penerbangan tambang murah yang berasal dari Malaysia, Air Asia. Berikut adalah kronologi serta infografik mengenai tragedi ini.

Jumaat, 26 Disember 2014

Segmen Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 7

[TONTON SECARA LANGSUNG / LIVE ONLINE STREAMING] Maharaja Lawak Mega 2014 masuk minggu ke-7 dengan hanya 9 peserta lagi yang tinggal. Minggu ini temanya sangat baik iaitu Komedi Bermoral. Mungkin demi mengenangkan isu banjir yang melanda negara sekarang ini atau mungkin sebelum ini banyak komedi2 yang dipersembahkan tidak bermoral. Yang pasti, perkara yang bermoral dan isu yang intelektual memang agak sukar untuk membuat orang gelak, mungkin sekadar terhibur sahaja.

Mangsa banjir dan PM juga semuanya manusia biasa

Seperti yang sedia maklum, banjir di kawasan Pantai Timur sangat teruk, terutama di kawasan Kelantan. Kerosakan harta benda, kehilangan nyawa, kesejukan, sakit, kekurangan bekalan makanan dan pakaian, masak dan minum air lumpur, tiada bekalan elektrik, operasi hospital lumpuh, begitu hebatnya dugaan dan ujian Tuhan kepada mereka. Malah boleh aku katakan yang banjir besar kali ini merupakan tragedi terbesar pada tahun ini, namun dengan ketiadaan pemimpin tertinggi negara untuk bersama2 rakyat menghadapi banjir ini sedikit sebanyak menimbulkan banyak isu dan kekalutan di media2 sosial.

Khamis, 25 Disember 2014

Perlukah acara menyambut kedatangan Tahun Baru?

Biasanya manusia itu menyambut dan bergembira atas sesuatu kejayaan yang diperolehi serta peristiwa yang penting seperti sebesar2 hari negara merdeka, hari perayaan, saat pasukan bola negara menang piala kejohanan, pasukan badminton menang Piala Thomas, atau sekecil2 kejayaan mendapat semua A dalam PT3, menjadi johan dalam Akademi Fantasia atau Pencetus Ummah dan sebagainya. Namun, aku tak pasti kenapa kita perlu beria2 dan menyambut kedatangan Tahun Baru di waktu malam secara besara2an hingga habis sehingga jutaan ringgit semata2 hendak meraikan penukaran tahun dalam kalendar Gregorian yang juga dikenali sebagai Western calendar atau Christian calendar.


Lorong kecemasan lebuhraya bukan khas untuk motor

Izzati memandu laju kereta Proton Prevenya di lorong kanan sebuah lebuhraya PLUS ke arah Selatan untuk pulang ke kampung sempena cuti Hari Krismas. Sedang dia menekan pedal minyak dan keretanya bergerak dengan kelajuan pantas 150km/j, dia ternampak sebuah kereta Perodua Myvi di depannya agak perlahan. Kerana tak sabar, dia menjeling sepintas lalu ke cermin sisi kirinya tiada kereta yang kelihatan, dia terus memusing stering belok ke kiri untuk menukar laluan tanpa memberi lampu signal, dan tiba2 bunyi berdentum dari belakang keretanya.

Rupa2nya ada motor di kawasan blind spotnya dan dia telah melanggar motor tersebut sewaktu sedang menukar laluan kiri menyebabkan motor tersebut jatuh dan penunggangnya tercampak dan terseret ke longkang. Izzati pun menjerit, "Adoi sial betul la motor ni. Motor lalu la kat laluan motor dekat tepi jalan tu, lalu kat tengah highway buat apa?!".


Rabu, 24 Disember 2014

Iklan promosi hebat pasaraya yang troll pelanggan

Gambar iklan PROMOSI HEBAT yang dirakam di sebuah pasaraya ini memang sangat troll pelanggan. Tidak tahu sama ada orang Malaysia yang arif pasal ekonomi negara atau mungkin bangla yang buat iklan ini.

Selasa, 23 Disember 2014

Peminat K-Pop yang kurang akal dan kurang ajar

Aku bukanlah seorang yang benci sangat dengan sesuatu perkara, cuma aku menyampah gila tengok peminat atau macai yang terlalu taksub dan fanatik dengan sesuatu perkara tak kira la hiburan, politik, sukan dan lain2 sebab kebanyakan diorang ni jenis tak boleh ditegur, tak boleh menerima teguran, tak boleh dikritik, sentiasa mahu menang dan merasakan diri betul, kurang ajar, biadap, seringkali berfikir menggunakan emosi bukan guna akal. Dan antara yang paling aku tak boleh tahan adalah dengan peminat K-Pop yang rata2 budak2 perempuan yang masih tak habis sekolah.


Isnin, 22 Disember 2014

Tok Bomoh nombor ekor juga berniaga guna Facebook

Sekarang ni macam2 benda orang jual kat Internet, dari tudung, alat permainan, baju, game, barangan bayi, makanan tambahan, sim kad, ubat kuat, komputer, perkhidmatan membuat kabinet dapur,  termasuk juga benda2 yang tak sepatutnya seperti perempuan dan adult toys. Tapi kini, jangan kata benda2 moden, perkhidmatan tok bomoh tilik nombor ekor pun dah ada kat Facebook, dan ini bukan page troll, tapi betul2 punya khurafat.

Ahad, 21 Disember 2014

Aduan orang berpengaruh VS aduan orang biasa

Baru2 ini tersebar meluas di media sosial dan viral cerita pasal anak gadis pelakon Rosyam Nor disuruh membuka tudung jika ingin bekerja di sebuh kedai alat permainan HAMSLEYS di pusat membeli belah terkemuka tanah air iaitu One Utama. 3 hari kemudian, HAMSLEYS tampil membuat kenyataan rasmi dan permohonan maaf melalui page Facebook mereka. Sebenarnya isu ini bukan sekadar di HAMSLEYS dan berlaku baru2 ini sahaja, tapi diskriminasi berpakaian dalam sektor pekerjaan di Malaysia sudah lama berlaku, antara sedar dan tak sedar je.

Sabtu, 20 Disember 2014

Mat Komik: Komuniti pelukis dan pembaca komik tempatan

Anda seorang yang minat melukis kartun? Anda seorang pelukis komik baru dan amatur yang mahu mengembangkan bakat dan berkongsi karya2 anda?

Anda seorang peminat komik dan suka membaca komik? Mahu membaca komik2 yang baru dan fresh yang dihasilkan oleh pelukis2 amatur tempatan secara percuma?

Jika ya, maka anda bolehlah melayari sebuah laman blog yang dibangunkan secara khas untuk para pelukis dan pembaca komik iaitu MAT KOMIK!


Jumaat, 19 Disember 2014

Segmen Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 6

[TONTON SECARA LANGSUNG / LIVE ONLINE STREAMING] Tinggal hanya lagi 10 peserta yang bertanding dalam Maharaja Lawak Mega 2014 minggu ke-6. Bertemakan Komedi Muzikal, gelanggang MLM2014 malam ini pasti akan gamat dan menghiburkan. Walaupun mungkin ada peserta yang kurang punchline komedinya, tapi dengan bantuan muzik dan live band pasti dapat membuatkan penonton terhibur dengan persembahan mereka. Cuma aku harap untuk pementasan komedi muzikal kali ini, ramai peserta yang menukar lirik lagu dengan lirik yang kelakar berbanding menggunakan sahaja lagu yang sedia ada untuk sesebuah situasi.

Haram menjual barang dalam Facebook tanpa daftar

Rata2 ramai aku tengok yang melenting apabila peniaga dalam talian atau online termasuk di laman sosial Facebook dan Instagram selepas ini akan diwajibkan mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana jika tidak berdaftar maka ia akan diharamkan oleh undang2, bukan haram pada agama. Langkah itu dicadang untuk diperkenalkan bagi memelihara dan melindungi hak pengguna daripada dieksploitasi dan ditipu oleh peniaga. 

Khamis, 18 Disember 2014

Penyebab perempuan melayu menjadi gedik murahan

Ada 2 keadaan bila mana seorang perempuan melayu boleh bertukar menjadi gedik, douchebag, faggot dan bersikap sebagai perempuan murahan. Pertama bila ternampak lelaki yang kacak dan macho. Kedua, bila awek, kekasih atau isteri lelaki kacak itu tadi seorang perempuan yang tak berapa cantik.


Peminat yang tidak hargai industri seni kreatif

Orang Malaysia ni ramai yang peminat sejati/true fan/die hard fan yang poser je lebih. Ada yang mengaku diri sendiri true fan anime dan anime otaku, tapi cuma layan anime secara percuma kat Internet. Kata movie lover tapi download movie pakai torrent. Kata die hard fan pemuzik tapi lagu MP3 dia semua convert dari Youtube. Kata K-Poop lover tapi lagu stok rembat dari Internet je. Kata hardcore fan Man United tapi beli jersi palsu. Kata fanatik model aksi figura Gundam tapi beli gunpla semua beli brand Bandi dari China.

Rabu, 17 Disember 2014

PERKASA sudah lama menjadi wira kepada kanak2

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali hari ini menabalkan dirinya sendiri sebagai wira orang Melayu dan Islam. Ibrahim berkata, beliau menabalkan dirinya sendiri kerana banyak memperjuangkan isu berkaitan bangsa Melayu dan Islam bersama pertubuhan yang diasaskannya itu.

Sebenarnya sebelum Presiden PERKASA Ibrahim Ali menabalkan diri sebagai wira orang Melayu dan Islam, PERKASA itu sendiri pun sudah menjadi wira kanak2 pada tahun 90-an lagi.


Selasa, 16 Disember 2014

Sejauh mana anda menerima minat pasangan anda

Setiap manusia itu berbeza yang punya minat, kegemaran, hobi, citarasa dan kesukaan mereka masing2. Namun apabila seseorang itu sudah masuk alam perkahwinan, pasangan kita juga mungkin tidak meminati apa yang kita suka, mempunyai kegemaran yang lain, benci dengan minat kita namun ada juga yang punya kesukaan yang sama. Ada juga pasangan yang boleh menerima kegemaran kita, ada juga pasangan yang tidak boleh menerimanya. Berikut adalah jenis2 hubungan dan tahap penerimaan yang biasa wujud dalam sebuah pasangan suami isteri terhadap minat dan kegemaran mereka:


Isnin, 15 Disember 2014

Hukum membela anjing dalam telefon bimbit

Seorang suri rumah terkejut melihat foto anjing yang tersimpan secara sulit di dalam telefon bimbit miliknya. Azlina Samsu, 34, berkata, dia yang musykil dengan perkara itu membuat semakan di telefon jenis sama milik rakan lain. Menurutnya, tindakannya itu turut mengejutkan rakan kerana masing-masing tidak mengetahui perkara itu.

“Saya terkejut melihat anak menekan kod *#0*# kemudian menekan sensor dan imej test lalu keluar gambar anjing.


Ahad, 14 Disember 2014

Lelaki lebih suka janda berbanding anak dara

Nak nikah dengan anak dara sampaikan hantaran 12 ribu, pui!!! Baik aku menikah dengan janda lagi bagus, paling mahal pun 4 ribu je. Masak pandai, jahit baju pandai, pagi2 buat nasi goreng untuk suami sarapan sebelum pergi kerja, lepas tu buat bekal sandwich lagi buat suami untuk makan pada jam 10 pagi. Balik dari kerja ada nasi kerabu bawah saji untuk suami makan. Malam2 boleh jimak dengan bini pulak, bangun subuh pun bini gerak.

Jumaat, 12 Disember 2014

Segmen Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 5

[TONTON VIDEO ONLINE STREAMING DAN ULASAN / REVIEW] Maharaja Lawak Mega 2014 sudah masuk minggu ke-5 dengan masih 12 peserta kekal dalam pertandingan ini. Tema bagi minggu ini adalah Bebas, mungkin kerana prestasi kebanyakan peserta merudum untuk membuat lawak mengikut tema, maka kali ini diberikan kebebasan kepada peserta. Sepanjang MLM2014, bagi aku BOCEY dan ZERO agak outstanding, NABIL dan SEPAHTU di paras konsisten manakala VIRUS dan SHIRO grafnya naik sikit tapi turun banyak. So harap2 dengan kebebasan ini, peserta tidak lagi terikat dengan apa2 tema dan dapat memberikan persembahan yang thorbaik.


Khamis, 11 Disember 2014

Anime dan game hobi yang bahaya bagi lelaki

Anime dan game (permainan video) dianggap sebagai hobi "yang paling berbahaya" bagi lelaki kerana mereka mengutamakannya lebih daripada perkahwinan. Di Jepun, para Otaku sering menganggap watak perempuan dalam anime 2D atau permainan video sebagai isteri atau "waifu" yang jauh lebih penting daripada wanita sebenar, menyebabkan sebahagian besar orang Jepun memandang rendah terhadap hobi ini. Satu tinjauan yang dibuat oleh laman web media Jepun, Goo, memaparkan 5 Hobi Paling Berbahaya bagi lelaki seperti berikut.


Rabu, 10 Disember 2014

Diskriminasi dalam sektor pekerjaan yang parah

Kita ini nama sahaja hidup di negara Malaysia, sebuah negara yang agama rasminya Islam, majoritinya orang Islam, ada ketua agama Islam, parti yang memerintah diketuai oleh orang Islam, tapi diskriminasi terhadap pakaian Islam terutama bagi kaum wanita di tempat kerja masih lagi berlaku. Kenapa wanita yang berpakaian seksi dan mencolok mata lebih diutamakan berbanding wanita yang patuh kepada agama dengan menutup aurat? Pelanggan akan larikah kalau tak pakai seksi dan berhijab? Itu belum cerita pasal diskriminasi pekerjaan mengikut jantina dan kaum serta pekerja Islam yang tidak diberi ruang untuk beribadat.

Selasa, 9 Disember 2014

Apabila gambar bogel disebar bekas teman lelaki

Dah banyak kali isu pasal ini ditulis dalam Buasir Otak, tapi ini adalah kisah benar yang telah diberitakan. Orang perempuan selagi belum berkahwin, kalau hanya sekadar bergelar awek, tunang, fake relay, girlfriend atau apa sahaja kepada lelaki, janganlah percaya kepada lelaki tu sampai sanggup nak bagi gambar bogel ke separuh bogel atau bagi pasangan korang rakam gambar atau video kau dalam keadaan yang ghairah dan mengaibkan. Sedangkan yang dah kahwin pun risiko merakam gambar dan video berjimak sangat tinggi, apatah lagi yang belum sah bernikah. Last2 bila gambar dan video dah jadi hak milik internet, paling menanggung malu dan aib adalah orang perempuan, orang lelaki diorang selamba je cuci tangan.

Isnin, 8 Disember 2014

Nilai ringgit jatuh boleh jejas ekonomi negara?

Apabila nilai matawang Ringgit Malaysia diberitakan turun merudum atau jatuh teruk berbanding matawang negara lain, adakah tahap ekonomi negara akan terjejas teruk atau hanya sekadar membimbangkan sahaja? Perbandingan di bawah menunjukkan bagaimana sesebuah berita yang mempunyai cerita yang sama boleh digambarkan situasinya dalam keadaan yang biasa2 sahaja atau sudah di tahap kritikal hanya melalui headline atau tajuk beritanya.

Kegagalan berganda dalam perlawanan bola sepak

Apa yang lebih gagal daripada suatu pasukan kalah dalam sebuah perlawanan bola sepak? Penonton balik awal? Pemain kena boo dan maki? Baling botol, mercun, bom asap dan suar dalam padang? Bakar kerusi stadium? Yang paling gagal adalah apabila penonton tuan rumah gagal mengawal emosi kerana pasukan mereka kalah lantas membelasah dan mencederakan penyokong pasukan pelawat di stadium. Sudahlah gagal dalam perlawanan bola sepak, gagal sekali lagi dalam mengawal emosi dan kelakuan.


Jumaat, 5 Disember 2014

Segmen Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 4

[TONTON ONLINE STREAMING DAN BACA ULASAN] Untuk gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014 minggu ke-4, hanya tinggal 12 peserta lagi yang berentap. Minggu lepas dengan tema Retro rata2 persembahan peserta agak mengecewakan termasuk kumpulan2 favorite seperti Virus dan Shiro, hanya beberapa peserta sahaja yang buat dengan baik. Tema pada malam ini adalah tema Parodi iaitu sketsa berdasarkan karya sedia ada seperti filem, drama, lagu, rancangan TV dan lain2. Diharap dengan tema parodi ini, peserta dapat mencari idea2 yang lebih fresh dan kelakar.


Khamis, 4 Disember 2014

GiveAway Contest Gila #6: Anda Tulis Kami Bayar

[INI ADALAH STICKY POST. ENTRY BARU ADA DI BAWAH]

Sempena meraikan pencapaian 5 juta pageviews blog Buasir Otak ini serta penghargaan kepada semua pembaca Buasir Otak, kami akan menganjurkan Giveaway Contest untuk kali ke-6. Dan untuk kali ini, demi menghargai pembaca pembaca2 setia Buasir Otak, syarat penyertaan adalah mudah dan yang paling penting, kali ini ia terbuka kepada semua orang sama ada anda seorang blogger, Facebooker, Twitterer, Youtuber, penulis amatur, pelukis komik, otaku peminat anime, peminat K-Pop dan 1D, hot stuff, penyanyi indie, kakitangan kerajaan, pekerja oil and gas, peminat Amran Fans, mahasiswa mahasiswi, pelajar sekolah, budak baru nak up, ustaz ustazah Internet, macai politik, para anon, keyboard warrior dan sebagainya.


Jangan membakul sampahkan maruahmu wahai perempuan

Pergaulan bebas zaman sekarang sudah menjadi perkara biasa malah yang tidak pernah berbuat sedemikian akan dicemuh kerana dianggap tidak ikut peredaran zaman. Dekat sini aku nak luahkan perasaan yang terbuku selama ni yang merujuk kepada perempuan terutamanya. Kenapa perempuan? Sebab aku juga perempuan. Aku tak sanggup nak tonton "wayang dunia yang realiti" yang menindas darjat wanita. Maruah dan harga diri dibuat macam sampah. Jujur aku cakap perempuan macam ni langsung tak ada harga diri, tak ada rasa malu dengan orang ramai. Malah bangga buat benda-benda macam ni. Mudah terpengaruh dengan budaya barat yang langsung tak ada moral.


Rabu, 3 Disember 2014

Gaya hidup mewah punca anak muda muflis

Sesiapa pun akan tersentak apabila membaca laporan berhubung tunggakan kad kredit rakyat Malaysia sehingga Disember 2006 yang mencecah RM20 bilion ekoran gaya hidup gemar berhutang menggunakan kad kredit walaupun tidak mampu dari segi kewangan. Timbalan Perdana Menteri (pada ketika itu), Datuk Seri Najib Razak, turut menyuarakan kebimbangan berhubung kes muflis membabitkan anak muda akibat tabiat berbelanja menggunakan kad kredit melebihi kemampuan. Sikap rakyat Malaysia suka berhutang bukan sesuatu yang baru dan menghairankan. Saya tidak mahu pergi jauh dalam memperkatakan sikap suka berhutang cukup sekadar melihat senario mengapa orang suka berhutang dan implikasinya di depan mata.


Selasa, 2 Disember 2014

Perjuangan si kecil pesakit Short Bowel Syndrome

Tidak semua orang di dalam dunia ini mempunyai nasib yang baik. Ada yang diberikan harta yang banyak tapi tidak dikurniakan zuriat. Ada yang dikurniakan zuriat yang ramai tetapi tidak mempunyai harta yang banyak. Ada juga yang dikurniakan zuriat yang sempurna, namun ada juga yang dilahirkan tidak sempurna seperti kanak2 normal lain. Untuk itu, aku nak kongsikan kisah seorang anak kecil iaitu adik Izz yang menghidap penyakit Short Bowel Syndrome yang dihantar oleh Puan Yana Yani.


Isnin, 1 Disember 2014

Perasaan ayah yang mempunyai anak perempuan

Apa Yang Seorang Ayah Berharap Dan Sedih dengan Anaknya?

Aku seorang ayah, aku juga adalah anak kepada ayah aku, anak kepada emak aku, adik kepada abang dan kakak aku, abang kepada adik aku, abang ipar kepada adik-adik ipar aku yang duduk serumah dengan aku dan juga suami kepada isteri aku. Tapi apa yang aku nak cerita, ialah perasaan seorang ayah kepada anak perempuan aku. Aku kongsi cerita sebab aku masih belum dianugerahkan rezeki anak lelaki lagi.

Setiap butir beras yang dimakan adalah kerana UMNO

Wakil Kedah, Dr Mohammad Nawar Ariffin, mengingatkan kepada golongan muda supaya tidak terus-menerus menentang kerajaan dan menggelarkan parti UMNO sebagai parti rasuah.

"Jangan tuduh parti ini parti rasuah... kita hantar belajar tetapi tuduh UMNO parti macam-macam. Kita bantu mereka daripada susah tetapi bila dah berjaya, mereka tentang kerajaan.

"Anak muda kena tengok balik apa yang mereka perjuangkan. Sepatutnya kena bantu kerajaan bangunkan ekonomi anak muda yang lain... bantu dan perbetulkan ekonomi mereka.

"Ingat anak-anak, setiap butir beras yang kamu makan itu adalah kerana UMNO... itu peringatan kepada anak-anak muda di luar sana," tegasnya.