Khamis, 12 April 2018

0 Mengundi di tempat tinggal bukan di kampung

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah pun mengumumkan tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-14 adalah pada hari Rabu, 9 Mei 2018. Pengumuman ini telah mengundang banyak persoalan dan kecaman dari netizen terutama penyokong parti pembangkang dan atas pagar kenapa ia diadakan pada tengah-tengah minggu dan bukannya pada hari Sabtu atau Ahad, lebih-lebih lagi ia akan memberi kesusahan kepada pengundi yang terpaksa pulang ke kampung untuk mengundi.

Ada yang membuat spekulasi mengatakan tindakan SPR ini adalah untuk memberi kelebihan kepada parti BN agar ramai pengundi di bandar yang kebanyakannya penyokong parti selain BN tidak dapat pulang ke kampung dan seterusnya menjejaskan undian kepada parti pembangkang di luar bandar, namun aku tidak mahu mengulas tentang itu kerana spekulasi akan kekal spekulasi selagi tiada bukti.


Namun tak kira lah sama ada penyokong BN, PH atau GS, hakikatnya tarikh mengundi dilakukan pada hari Rabu memang akan beri penurunan besar pada jumlah pengundi lebih-lebih lagi orang bandar yang kena balik kampung untuk mengundi.

Walaupun ramai yang sanggup ambil cuti atas nama perjuangan dan menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara, hakikatnya tetap tak semua boleh ambil cuti. Ini kerana kalau semua orang ambik cuti, hospital, klinik, shopping mall, bank, kilang, McD dan sebagainya kena tutup sebab tak cukup pekerja nak jalankan operasi.

Tapi dengan tarikh undi jatuhnya pada tengah-tengah minggu memberi kita satu pengajaran, supaya kita tukar alamat mengundi kita mengikut tempat kita tinggal atau bermaustatin. Kalau rasa susah dan banyak kekangan untuk tukar alamat mengundi, cuba usahakan juga untuk tukar.

Kita memang boleh marah, kecam, merungut dan macam-macam lagi, tapi hakikatnya SPR ada hak nak tentukan tarikh mengundi ikut suka hati mereka. Kalau kita bantah dan bising di media sosial pun, tarikh pengundian tetap takkan berubah. Benda tu adalah suatu yang di luar kawalan kita. Maka apa yang kita boleh kawal, adalah dengan menukar tempat mengundi di kawasan penduduk kita agar ia dapat memudahkan urusan kita sendiri.

Tempat kita tinggal biar kita sendiri yang tentukan hala tuju, tempat tinggal di kampung halaman biar orang-orang di kampung halaman itu sendiri yang tentukan hala tuju mereka. Lagipun senang nak keluar mengundi tak perlu balik kampung jauh-jauh, tak perlu juga ambil cuti lama-lama atau boleh ambil cuti setengah hari sahaja untuk pergi mengundi.

Ini kau duduk bandar balik kampung ramai-ramai undi sana sini, habis undi kau pun tinggal balik semula ke rumah kau. Orang-orang kampung kau dah elok-elok ada calon yang diorang nak menangkan, tapi disebabkan undi kau, calon-calon bukan pilihan mereka yang menang. Contohnya kau duduk bermaustation kat JB tapi mengundi kat Pasir Mas. Kau tahu ke masalah kat Pasir Mas? Lepas tu yang nak kena hadap apa-apa adalah orang-orang kampung kau.

Yang kau pulak komplen sana sini masalah yang berlaku kat kawasan tempat tinggal kau padahal kau tak mengundi pun kat situ. Sibuk nak tentukan nasib orang kampung tapi kat tempat sendiri tak sibuk pun.

Bijok bijok.

Tapi kalau susah nak tukar alamat tempat mengundi atas pelbagai kekangan, nak buat macam mana. Terpaksa lah balik jugak ambil cuti hadap jem semua. Kalau tak dapat jugak balik maka terpaksa lah korbankan undian korang.

Ini ramai yang aku kenal, nak kata musafir tu, duduk sini dah dekat 10-15 tahun, kerja kat sini, beli rumah kat sini, beranak pinak kat sini, tapi bila mengundi balik jauh-jauh hujung Malaysia sampai terpaksa ambik cuti panjang dan tempuh perjalanan yang panjang dan sesak. Lain lah kalau student ke, atau baru lepas grad kerja setahun dua duduk rumah sewa ke takpelah jugak. Tapi lantaklah. Kalau korang tak nak dengar nasihat aku, yang susah korang jugak bukan aku.

Cuma tahu tak kenapa mengundi hari Rabu?
Sebab hari Rabu kan biasanya tiket wayang murah.
So ini wayang murahan je semua ni.

Sekadar jenaka.


Lain-lain artikel berkaitan:

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: undi jauh tukar alamat pusat tempat mengundi pulang anak perantau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.