Halaman

Sabtu, 20 Julai 2019

Bawalah pulang ilmu dari luar negara ke tanah air

1. Sejak zaman tok nenek moyang kita lagi, kita macam ada satu kekaguman terhadap bangsa kulit putih. Sebab itu masa mereka datang Tanah Melayu, kita terima dan layan mereka dengan tangan terbuka, malah menjadikan mereka gabenor dan menguasai pentadbiran.

2. Zaman dulu biasanya golongan bangsawan dan hartawan yang berpeluang untuk menghantar anak mereka belajar ke luar negara atau belajar di sekolah Inggeris untuk mendapatkan pendidikan terbaik. Zaman sekarang pun mereka yang cemerlang akan diberi biasiswa melanjutkan pengajian ke luar negara.


3. Jadi sampai kini semacam sudah tertanam suatu pemikiran yang bangsa kulit putih ini adalah superior, dan untuk kita berjaya dan menguasai ilmu, fokus kita adalah kita perlu belajar bahasa mereka, pergi pada mereka dan jadi seperti mereka.

4. Berbeza dengan negara-negara Asia maju lain, sejak dulu fokus mereka adalah bawa ilmu dari tempat lain kepada mereka dan terjemahkan ke bahasa mereka untuk dipelajari rakyat mereka sendiri.

5. Dari segi kos, membawa ilmu dari sana kepada kita adalah lebih murah berbanding kita pergi  ke sana untuk mendapatkan ilmu. Sebagai contoh, kos untuk menghantar 1,000 orang ke luar negara untuk mencari ilmu adalah lebih mahal, berbanding menghantar 100 orang ke luar negara kemudian mengajarkan kepada 900 orang lagi di dalam negara.

6. Contoh lain juga, adalah lebih efisyen jika kita membawa 10 tenaga pengajar dari sana ke negara kita untuk mengajar 1,000 orang kita yang terdiri dari segenap lapisan masyarakat dan darjat, berbanding kita hanya dapat menghantar 10 orang yang terpilih untuk belajar di sana dengan kos yang sama.

7. Sebab itu banyak negara Asia seperti Jepun dan Korea Selatan lebih cepat maju berbanding kita, kerana mereka lebih banyak menggunakan konsep bawa ilmu dari luar dan terjemahkan untuk rakyat, berbanding kita belajar bahasa luar dan pergi ke sana mencari ilmu. Lebih murah dan lebih ramai yang dapat peluang untuk belajar.

8. Kita pula sudahlah sangat mengagungkan bangsa kulit putih, banyak benda kita nak tiru dan ikut cara mereka, lepas tu kurang pula sifat patriotik dan jati diri nasionalis dalam diri. Kita taja ramai orang ke luar negara untuk belajar, dengan harapan lepas mereka habis belajar mereka pulanglah ke negara untuk memberi khidmat bakti dan mencurahkan ilmu serta kepakaran di negara kita, tapi ramai pula yang tak nak balik dan terus kerja atau menetap di sana dengan pelbagai alasan seperti gaji di sana lebih tinggi, kemudahan lebih selesa dan cara hidup lebih menarik.

9. Belajar bahasa Inggeris itu penting, tapi bawalah ilmu itu pulang ke negara kita. Terjemahkanlah lebih banyak ilmu yang asalnya tak kiralah dari Bahasa Inggeris, Cina, Jepun, Perancis, Jerman dan sebagainya, dan sebar luaskan lah ia di negara kita agar ia dapat dipelajar dan dinikmati oleh lebih ramai anak-anak kita, baik yang muda mahupun yang tua, baik yang bijak mahupun yang kurang bijak, baik yang kaya mahupun yang miskin, baik yang tinggal di bandar mahupun yang tinggal di luar bandar.

10. Kalau dulu ada juga pihak yang giat buat penterjemahan termasuk menterjemah istilah-istilah negara luar ke Bahasa Malaysia seperti nama negara US menjadi Amerika Syarikat, Japan menjadi Jepun, Netherlands menjadi Belanda, Germany menjadi Jerman, nama planet seperti Jupiter menjadi Musytari, Mars menjadi Marikh, Venus menjadi Zuhrah dan sebagainya, jadi aku tidak nampak mengapa hari ini kita perlu merasa janggal untuk memperbanyakkan terjemahan ke Bahasa Malaysia.

Baca artikel berkaitan:

Baca juga artikel berkaitan pendidikan di sini:

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: bawa pulang balik ilmu belajar luar negara ke tanah air malaysia tajaan biasiswa kepakaran terjemahan penterjemah jurubahasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.