Iklan Leaderboard

Sabtu, 17 Jun 2017

0 Bijak akademik tidak semestinya berakhlak

Bijak akademik tidak semestinya berakhlak dan beradab.
Tidak bijak akademik tidak semestinya tidak berakhlak dan tidak beradab.

Masa sekolah rendah keputusan UPSR 5A, dapat masuk Sekolah Berasrama Penuh, MRSM, tapi masih ada kes buli di situ. SPM dapat keputusan cemerlang, kemudian masuk universiti, masih lagi ada kes buli.

Yang masuk sekolah asrama, MRSM, universiti, semua tu bukan budak-budak tak pandai, semua pandai-pandai, jenis belajar punya orang. Kalau tak belajar punya orang, macam mana boleh masuk semua tu. Tapi walau semua tu budak-budak pandai tapi masih ada kes buli, sama ada buli fizikal, mental, emosi, malah ada yang sampai tahap mendera dan membunuh pun.

Berita Harian Metro.

Manusia yang jahat, tiada akhlak dan adab ini ada di mana-mana, tak kira bangsa, agama, keturunan, warna kulit, status, tahap pendidikan, pekerjaan dan sebagainya. Malah dalam bulan Ramadan sekalipun, bulan yang mulia yang menuntut umat Islam bersabar dan menahan diri bukan sekadar dari lapar dan dahaga pun kita dengar banyak berlaku kes buli, pergaduhan, kekasaran, kebiadaban, cabul, rogol dan lain-lain yang datang dari umat Islam sendiri.

Tidak tahu mana silapnya, tapi hal yang sepatutnya ada dalam diri kita semua tanpa mengira agama dan kaum bukanlah mengejar kebijaksanaan, kekayaan, nama, pangkat, gelaran dan sebagainya, tetapi akhlak yang baik.

Pemimpin yang berakhlak tidak akan makan rasuah.
Hartawan yang berakhlak tidak akan memandang rendah orang.
Peniaga yang berakhlak tidak akan menipu orang.
Pelajar yang berakhlak tidak akan membuli orang.
Penganggur yang berakhlak tidak akan meragut orang.

Kita tak perlukan ramai orang pandai. Kita tak perlukan ramai orang kaya. Tapi kita perlukan ramai insan yang baik.

Macam mana nak menghasilkan insan yang baik? Ia bermula dari rumah, bermula dengan ibu bapa.

Kalau seorang anak itu tidak mampu untuk menjadi budak yang genius, pintar, cerdas dan bijaksana, tidak mengapa, asalkan ibu bapa mendidik dia untuk menjadi budak yang berakhlak baik, nilai murni, berbudi pekerti, bersopan santun, beradab mulia, menghormati orang lain, menjaga kehormatan diri, bertoleransi, menjaga hati dan perasaan orang lain, tidak mementingkan diri, berdisiplin, tidak menindas dan menzalimi orang lain... itu sudah cukup.

Ini kalau dekat sekolah rendah ada yang dah pandai mencarut, kurang ajar, lawan cikgu, bergaduh, menghina orang, pulaukan kawan, cakap benda-benda lucah dan sebagainya, rasa-rasa dari mana mereka belajar kalau bukan dari rumah? Malah kalau dia pandai sekalipun masih tak berguna kalau akhlak ke laut.

Tak semua orang mampu jadi bijak. Tak semua orang mampu mendapat keputusan cemerlang dapam peperiksaan. Tidak semua orang mampu bekerja ahli profesional. Tidak semua orang mampu jadi ahli cendekiawan. Tak semua orang mampu jadi orang kaya.

Realitinya pasti ada orang yang bijak, ada orang yang kurang bijak. Ada orang kaya, ada orang miskin. Semuanya memerlukan antara satu sama lain. Kalau semua nak jadi doktor, siapa pula akan jadi pekerja kilang. Kalau semua nak jadi tauke, siapa pula nak jadi pekerja?

Sebab tu apa-apa pun yang penting adalah akhlak dulu. Yang lain terpulang kepada kemampuan, matlamat dan cita-cita masing-masing.

Tidak semua orang mampu jadi bijak, tetapi mempunyai akhlak baik adalah satu kemestian buat semua orang. Sebab itu tiada hukuman pada orang yang tidak bijak, tetapi ada hukuman pada orang yang melakukan perbuatan tidak berakhlak terutama terhadap orang lain.

Baca juga artikel berkaitan:

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: bijak akademik akhlak adab buli upnm mati maut wap seterika zulfarhan zuhairi instagram berita kronologi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...