Ahad, 25 Jun 2017

1 Inkramadan Hari 30: Kemenangan

Inkramadan Hari 30: Kemenangan

Hari Raya Aidilfitri hari kemenangan buat umat Islam setelah sebulan berpuasa. Walaupun kita sedih kerana bulan Ramadhan telah meninggalkan kita, namun di hari raya ini kita patut menyambutnya dengan penuh rasa syukur dan gembira. Gunakanlah peluang ini untuk bertemu dengan saudara mara dan sahabat handai agar ukhwah di antara kita akan terus mekar.

Karya Zyraroxx.

Dengan ini juga maka tamatlah sudah cabaran Inkramadan untuk tahun 1438H/2017 ini. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat dan peserta yang sudi menyertai cabaran Inkramadan ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua rakan pelukis yang sudi menyumbangkan karya untuk Inkramadan versi Buasir Otak: The Komik. Tanpa kerjasama dan usaha anda semua, takkan lengkap kesemua 32 tema Inkramadan.

Akhir kata, saya Bo (Buasir Otak: The Komik) mewakili semua kru Buasir Otak: The Komik serta rakan penganjur Inkramadan yang lain iaitu Cip (Comicore Club), Oki (Trilog), Omi (Sucomi) dan Iqo (IQomic) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada anda semua terutama peminat seni lukis dan komik tanah air.

Sehingga bertemu lagi!


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: #inkramadan #ramadhancomics #comicoreclub #trilog #sucomi #buasirotakthekomik #iqomic #cip #oki #omi #bo #iqo #day30 #1syawal kemenangan komik kartun

1 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.