Khamis, 18 Julai 2019

1 Pelaksanaan PPSMI langkah mengundur ke belakang

1. Pemimpin politik ni tak habis-habis nak naikkan balik isu PPSMI. Isu ni sepatutnya dah tak patut dibangkitkan lagi untuk selama-lamanya. Benda ni simple je sebenarnya.

Kenapa kat Jepun murid belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Jepun?
Kenapa kat Jerman murid belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Jerman?
Kenapa kat Indonesia murid belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Indonesia?
Kenapa kat China murid belajar Sains dan Matematik dalam bahasa China?


2. Jati diri mungkin nombor dua, tapi yang paling penting adalah bahasa pengantar apa yang paling ramai orang guna, fasih dan faham di suatu-suatu tempat.

3. Di Malaysia majoriti orang terutama kaum Melayu menggunakan bahasa Malaysia, jadi pembelajaran apa-apa ilmu selain subjek bahasa perlulah dalam bahasa Malaysia.

4. Jadi kalau murid nak belajar Matematik, mereka lebih senang nak faham sebab di ajar dalam BM.

Kalau murid nak belajar Sains, mereka lebih senang nak faham sebab di ajar dalam BM.
Kalau murid nak belajar Sains, mereka lebih senang nak faham sebab di ajar dalam BM.

5. Bayangkan kalau ada PPSMI, murid perlu menguasai BI dulu sebelum dapat belajar Sains dan Matematik. Selagi dia tak menguasai BI, memang payahlah mereka nak faham. Lama-lama susah nak faham terus malas dan tak berminat nak belajar. Last-last BI pun ke laut, Sains dan Matematik pun ke laut. Pernah tengok kertas soalan peperiksaan Sains dan Matematik UPSR kertas 2? Soalan dalam BM pun budak terkial-kial nak paham, ini pula soalan dalam BI.

6. Cuba bayangkan kalau Pendidikan Islam diajar dalam Bahasa Arab, alamat tak belajar agama la budak-budak. Sebab apa? Sebab mereka perlu menguasai Bahasa Arab dulu baru boleh belajar agama. Sebab itu orang ajar agama pun guna bahasa yang paling difahami majoriti setempat.

7. Jepun tu masa zaman dulu macam mana mereka cilok ilmu dan teknologi dari negara barat? Mereka bukan belajar ilmu dalam Bahasa Inggeris pun, tapi mereka bawa ilmu dan teknologi tu terjemah dalam bahasa mereka supaya orang-orang mereka boleh belajar ilmu dan adaptasi teknologi tu dengan lebih cepat dan efisien.

8. Negara lain berlumba-lumba terjemahkan ilmu pengetahuan ke dalam bahasa mereka supaya orang bandar orang kampung semua dapat belajar, kita pulak nak mengundur ke belakang nak jadikan subjek Sains dan Matematik ni macam matapelajaran untuk pelajar urban dan elitis yang fasih BI. Sepatutnya Malaysia juga kena aktif dalam bidang penterjemahan ilmu. Ada apa-apa artikel, jurnal atau buku baru je tak kira la diterbitkan dalam bahasa asalnya apa, terus terjemah ke BM. Bukan tunggu semua orang pandai bahasa lain baru boleh baca artikel, jurnal dan buku tu.

9. Bukanlah bahasa Inggeris tu tak penting, tapi subjek tu boleh diajar dalam kelasnya. Macam kau belajar bahasa Arab, atau bahasa Perancis sekalipun, kau belajar bahasa dalam kelas khusus bahasa, bukan campur dalam subjek-subjek lain.

10. Alasan Perdana Menteri;
“Untuk menguasai ilmu baharu, bahasa Inggeris menjadi penting manakala terjemahan kepada bahasa Melayu tidak dapat dibuat melainkan oleh mereka yang pakar dalam bahasa Sains Melayu dan Inggeris serta memahami ilmu baharu yang ingin dialih bahasa.

“Sebaliknya, jika seseorang fasih dalam bahasa Sains Inggeris, ia dapat akses secara langsung kepada ilmu yang baharu,”

11. Ilmu baru apa ke benda budak-budak sekolah bukan nak kena buat kajian berat-berat untuk ilmu baru pun. Mereka banyak belajar basic dan fundemental je pun. Nak ajar Sains ke Matematik ke apa-apa subjek dalam bahasa Inggeris nanti masa kat universiti nanti lah. Masa tu ye mereka kena banyak buat research untuk dapatkan ilmu-ilmu baru.

12. Alasan Tun Mahathir lagi;
“Sains dan Matematik bukan ilmu yang diteroka dalam bahasa Melayu, sebaliknya bahasa lain.

“Kalau kita tidak faham, maka sukar untuk kita terjemah ke bahasa Melayu. Oleh itu, peneroka ilmu baharu perlu ada akses secara langsung dalam bahasa berkenaan."

13. Dah tu cipta je lah terjemahan dan istilah baru dalam BM kalau benda tu takde dalam vocabulary BM pun. Mouse boleh jadi tetikus, joystick boleh jadi kayu ria, viral boleh jadi tular, apa ada hal.

14. Lagipun bagi aku lebih baik ada seorang yang pakar dalam bahasa dan seorang yang pakar dalam Sains, berbanding seorang yang pakar kedua-duanya.

Sebab apa?

Sebab baru la banyak peluang pekerjaan, ada seorang saintis dan seorang penterjemah. Kalau saintis tu bahasa Inggeris dia pun power, maka perkhidmatan penterjemah tak diperlukan, kerjaya penterjemah pun berkurangan, last-last takde orang nak ambil jurusan bahasa sebab peluang pekerjaan sikit.

15. Kalau nak guna BI dalam subjek Sains dan Matematik juga, tunggu lah majoriti rakyat cakap BI sebagai bahasa pengantar. Masa tu nak belajar semua subjek dalam BI pun tak kisah. Masalahnya selagi BM menjadi bahasa pengantar utama, benda tu takkan berlaku.

16. Tapi sebenarnya nak belajar apa-apa subjek dalam bahasa apa pun tak kisah, janji kita dapat ilmu tu. Kalau belajar dalam BM ke, BI ke, Mandarin ke, Tamil ke, kalau ilmu tu tak dapat disampaikan dan tak difahami tak guna juga. Jadi untuk sekarang, aku sarankan kita kekalkan je program Dual Language Programme (DLP). Siapa selesa belajar dalam BM, masuk kelas BM. Siapa selesa belajar dalam BI, masuk kelas BI. Tak payah paksa semua orang belajar dalam BM atau BI, habis cerita.

Baca artikel berkaitan:

Baca juga artikel berkaitan pendidikan di sini:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: ppsmi pembelajaran sains matematik dalam bahasa inggeris english cadangan kerajaan kementerian pendidikan tun mahathir 

1 ulasan:

  1. Ya noob..satu ulasan yg sukar utk dinafikn..tk perlu pn bangkitkn kembali isu nii..byk kos yg perlu ditanggung..📕📔📖📗📜📃📒📓📚📙📘💡

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.